KALIMAT JIN LANGIT HIJAU

 


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para murid dan pengunjung setia di blog PUSAT ILMU PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU, apa khabar semua? Abang mendoakan anda semua berada dalam keadaan baik dan dipermudahkan segala urusan anda. Boleh tahan lama jugak blog abang ni menyepi ya, sepi dari kemasukan ilmu baru. Abang menyepi disebabkan abang agak sibuk sebenarnya kerana abang baru saja pulang dari menuntut ilmu dengan GURU TUA KESAYANGAN abang dan sebab kedua adalah abang sedang giat mengulik ilmu yang dilancarkan pada hari ini iaitu KALIMAT JIN LANGIT HIJAU. Ada juga yang bertanya Kalimat As-Saffah yang tempohari abang post coming soon tu tak keluar ke? Ya abang hold dulu ilmu As-Saffah demi memberi laluan kepada ilmu level KING OF HYPER RARE pada kali ini.

Anda pernah dengar ilmu atau kalimat JIN LANGIT HIJAU? Ianya adalah sebuah keilmuan warisan dari GURU TUA yang bernama TOK XXX XXXXXX (nama beliau dirahsiakan, hanya pemilik sah ilmu ini saja yang akan diberitahu namanya) yang tinggal di utara dan untuk pengetahuan anda semua, inilah KALI PERTAMA abang mengangkat keilmuan yang bersanad dari beliau di blog MGT. Sanad keilmuannya ialah SANAD EMAS bagi abang kerana seluruh keilmuan yang abang pelajari dari beliau ialah keilmuan yang berstatus KING OF HYPER RARE, ilmunya jarang didengari dan tergolong dalam golongan ILMU RAHSIA YANG TERSEMBUNYI

Nama ilmu Jin Langit Hijau bukan sekadar nama rekaan melainkan ianya ialah sebuah NAMA dan PANGKAT yang sangat TERKENAL, BERPENGARUH & DIGERUNI di alam ghaib. Ilmu ini dinamakan dengan nama tersebut kerana ilmu ini juga pernah diamalkan oleh SANG JIN LANGIT HIJAU dan KEDAHSYATAN & KESAKTIAN ilmu ini juga sangat LUARBIASA dan AMPUH. Abang telah mengujinya beberapa kali dan hasilnya sangat memuaskan sehingga membuatkan abang sangat-sangat JATUH CINTA kepada keilmuan ini dan menjadi PAKAIAN UTAMA abang sebagai Ahli Hikmah

Pada gambar di atas tertera ayat "ILMU TERTUA TURUN GUNUNG", ya ilmu ini memang USIANYA SANGAT TUA & KUNO bahkan lagi tua dari umur Nabi Sulaiman Alaihissalam kerana ilmu ini sudah wujud dan diamalkan oleh PARA SOLIHIN (orang-orang soleh) dan AHLI HIKMAH TERDAHULU sebelum zaman Nabi Sulaiman Alaihissalam lagi. Setelah itu, barulah ilmu ini diwariskan kepada Baginda Nabi Sulaiman AS dan diamalkan oleh baginda lalu diajarkan pula kepada seorang waliyullah yang menjadi menteri di dalam kerajaan Nabi Sulaiman AS iaitu WALIYULLAH SYEIKH ASHIF BIN BARKIYA yang terkenal dengan pelbagai karomahnya. Ilmu ini diturunkan turun temurun secara bersanad kepada para waliyullah dan ahli hikmah hingga kepada generasi kita sekarang maka bersyukurlah kerana ilmu ini tidak ditelan zaman dan masih ada PEWARISNYA hingga sekarang. 

Kalimat Jin Langit Hijau ini SANGAT AGUNG & ISTIMEWA dan menjadi BINTANG di hati abang kerana kesaktian dan karomahnya yang MULTIFUNGSI sangat berguna dalam pelbagai urusan duniawi selama ini. Oleh yang demikian, abang sangat menyarankan kepada para murid dan pengunjung blog agar mempelajari keilmuan ini IN SHA ALLAH PASTI AKAN MENGUNTUNGKAN KALIAN SEMUA. Abang mengesyorkan juga ilmu ini kepada para PEMBURU ILMU HIKMAH dan PENCINTA ILMU KHODAM kerana dengan memiliki sebuah ilmu ini saja akan menjadikan anda sebagai : 

1. AHLI ISTIKHDAMUL JAN - yakni anda akan menjadi seorang yang JAGUH MENAKLUKKAN & MENUNDUKKAN BANGSA JIN dan anda juga akan menjadi seorang yang pakar dalam ilmu khodam

2. PAWANG GHOIB - yakni anda akan menjadi seorang pawang yang mampu MENGATASI apa saja masalah dan MENGUBATI apa saja penyakit yang berkaitan dengan JIN & ALAM GHOIB

3. AHLI HAJAT - yakni anda mampu memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan untuk MENJAYAKAN PELBAGAI HAJAT DUNIAWI dengan wasilah keilmuan ini dengan izin ALLAH SWT 

Guru tua abang menerangkan bahawa Kalimat Jin Langit Hijau mengandungi KAROMAH yang mampu MENDATANGKAN KHODAM ANGKATAN BALA TENTERA JIN MUSLIM yang berjumlah 10,000 BALA TENTERA yang sentiasa siap sedia untuk berkhidmat dan patuh kepada pengamal kalimat ini. Bala tentera jin muslim tersebut bukan dari golongan jin biasa tetapi mereka merupakan GOLONGAN JIN KELAS BANGSAWAN iaitu golongan jin yang mempunyai KEDUDUKAN YANG TINGGI di kalangan bangsa jin dan mereka MEMILIKI KEKUATAN & KESAKTIAN YANG SANGAT DAHSYAT. Hal inilah yang membuatkan pengamal Kalimat Jin Langit Hijau mendapat PELBAGAI KESAKTIAN KHOWARIQUL LIL ADAH ketika mengamalkannya dan sangat digeruni oleh bangsa ghaib.

Anda mahu percaya atau tidak itu terserah kepada diri anda kerana abang telah menjalankan tanggungjawab iaitu menceritakannya dengan jujur sepertimana penjelasan dari guru tua ketika abang mempelajari Kalimat Jin Langit Hijau dengan beliau. Anda akan menyaksikan sendiri KEAJAIBAN keilmuan ini ketika anda mengamalkannya dan jangan terkejut apabila anda akan mengalami ciri-ciri peristiwa seperti berikut sewaktu mengamalkan KALIMAT JIN LANGIT HIJAU iaitu : 

1. ANDA AKAN MENDENGAR SEOLAH-OLAH SUARA RIUH RENDAH SEPERTI ADA KERAMAIAN DAN MENDENGAR BUNYI HENTAKKAN TAPAK KAKI KUDA YANG SANGAT BANYAK 

2. ANDA AKAN MELIHAT CAHAYA-CAHAYA PUTIH DI DALAM GELAP SEPERTI CAHAYA FLASH LIGHT DALAM KEADAAN REAL ATAU KETIKA PEJAMAN MATA SEWAKTU MENZIKIRKANNYA

3. ANDA AKAN MERASAI SUASANA TEMPAT ANDA MENGAMALKAN ILMU INI SEPERTI DIPENUHI RAMAI 

4.ANDA AKAN BERMIMPI DIDATANGI OLEH SEGEROMBOLAN ORANG YANG BERPAKAIAN INDAH LALU MEREKA AKAN MENJABAT SALAM, MENYAPA ATAU MEMBERI SALAM KEPADA ANDA 

Peristiwa di atas akan dirasai oleh para pengamal keilmuan ini kelak namun hal tersebut bergantung kepada MAQOM DIRI BATIN masing-masing. Ada yang mengamalkannya pada malam pertama sudah bertemu secara nyata, ada yang mengamalkannya lalu bertemu di dalam mimpi dan ada juga yang mengamalkannya tapi tidak bertemu dengan khodam bala tentera tersebut TETAPI APA SAJA HAJAT DAN KESAKTIAN YANG PENGAMAL KEHENDAKI DENGAN MENGGUNAKAN WASILAH KALIMAT INI, BERJAYA DAN BERHASIL MENDAPATKANNYA. Ha abang nak membebel sikit soal ini, ada murid yang merungut kerana tak dapat jumpa khodam keilmuan sedangkan para murid abang yang lain dapat je bertemu dengan khodam keilmuan mereka masing-masing. Persoalannya, kenapa murid tersebut tak dapat jumpa? Ianya kerana NAFSU pengamal itu sendiri, semakin anda RAKUS ingin bertemu khodam keilmuan maka semakin jauhlah anda untuk bertemu dengannya kerana seluruh keilmuan berkhodam yang abang ajarkan di blog selama ini semuanya ilmu khodam beraliran putih/muslim dan ketahuilah bahawa khodam jin muslim yang menjaga setiap keilmuan amat tidak suka mereka diagung-agungkan dan tidak suka "ditaksubkan". Oleh yang demikian, anda hendaklah kembali kepada matlamat asal yakni APAKAH TUJUAN ANDA MENGAMALKAN KEILMUAN TERSEBUT? Nak jadi orang yang sakti? Nak jadi orang yang ada kebolehan mistik? Nak kuat dan hebat? Nak jadi pawang? Nak jadi kaya? Ha focuslah kepada tujuan asal anda namun suka abang ingatkan bahawa ALLAH SWT telah SEDIA MAKLUM akan apa tujuan anda mengamalkan sesebuah ilmu tersebut maka niatlah IKHLAS BERAMAL KERANA ALLAH SWT dan selebihnya akan diuruskan oleh Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. PRINSIP ILMU HIKMAH yang sebenar-benarnya adalah menemui khodam itu dikira sebagai "BONUS" sahaja dan tidak penting pun, yang penting adalah KITA BERJAYA MENGUASAI segala kelebihan, fadhilat dan kesaktian yang terkandung di dalam keilmuan tersebut DENGAN MANTAP & SEMPURNA

Kita kembali kepada pembahasan lanjut keilmuan KALIMAT JIN LANGIT HIJAU iaitu tentang bagaimana SISTEM ILMU INI BERAKSI yang ianya sangat berbeza dengan kaedah keilmuan khodam yang lain. Kekhususan sistem ilmu ini adalah ketika anda mahu menggunakan Kalimat Jin Langit Hijau untuk sesebuah hajat tertentu baik hajat peribadi atau hajat orang lain, khodam bala tentera jin muslim yang berjumlah 10,000 orang tersebut tidak akan hadir secara serentak beramai-ramai sebaliknya "KETUA PANGLIMA" kepada bala tentera mereka akan menilai terlebih dahulu sebesar apa hajat anda dan semakin besar hajat anda maka semakin banyaklah bala tentera jin muslim yang akan hadir membantu menjayakan hajat anda namun jika hajat anda kecil maka pasukan bala tentera yang akan hadir menjayakannya bersesuaian dengan kekuatan yang anda perlukan. 

Contohnya, kereta anda terbabas sehingga terkeluar dari jalan landasan dan anda berseorangan pada ketika itu maka dengan wasilah Kalimat Jin Langit Hijau ini akan di-utuskan 1000 BALA TENTERA JIN MUSLIM yang mempunyai KEKUATAN dan KESAKTIAN yang berupaya untuk menolong anda MENGANGKAT KERETA tersebut. Namun begitu, mereka tidak akan merasuki anda sehingga anda tidak sedarkan diri tetapi mereka hanya akan "MENYELIMUTI & MENYALURKAN" kekuatan dan kesaktikan mereka kepada tubuh anda supaya anda menjadi gagah perkasa untuk mengangkat kereta tersebut berseorangan. In Sha Allah anda mampu menjadikan Kalimat Jin Langit Hijau ini sebagai PEGANGAN UTAMA dalam apa jua urusan duniawi dan khodam 10,000 Bala Tentera Jin Muslim tersebut boleh anda gunakan unuk pelbagai keperluan, hajat dan impian baik untuk peribadi dan orang lain kerana khodam keilmuan ini bersifat SANGAT PATUH dan TAAT kepada pengamal keilmuan selama anda istiqomah mengamalkannya. 

Selain itu, karomah yang terdapat di dalam KALIMAT JIN LANGIT HIJAU ini bukan hanya untuk menaklukkan dan menghadirkan 10,000 khodam bala tentera jin muslim sahaja bahkan KALIMATNYA MENGANDUNGI BANYAK LAGI KAROMAH & KESAKTIAN YANG LAIN. Adapun kalimat bacaan ilmu ini SANGAT PENDEK yakni hanya mengandungi DUA ISMULLAHIL ADZOM yang terdiri dari 2 PATAH PERKATAAN SAHAJA iaitu NAMA ALLAH & PUJI-PUJIAN YANG TERAGUNG yang berbahasa Suryani Tua. Meskipun bacaan kalimat ilmunya sangat pendek namun tersurat SEGUDANG KAROMAH & KESAKTIAN di dalamnya kerana sepanjang abang mengulik ilmu ini abang mengalami pelbagai peristiwa yang ajaib dan abang juga melakukan kajian ke atas ilmu ini sekian lama lantas penemuan yang abang temukan ternyata sangat mengejutkan iaitu kalimat ini SANGAT MASYHUR  ditulis di dalam pelbagai kitab ilmu hikmah timur tengah karangan PARA ALIM ULAMAK yang terkenal dengan kepandaian dan keahlian mereka di bidang ilmu hikmah. Walaupun kalimatnya sama tanpa dikurangi sedikit pun namun manfaat, fungsi dan fadhilatnya berbeza-beza yang tercatat di dalam kitab hikmah alim ulamak contohnya ada yang menggunakan Kalimat Jin Langit Hijau ini untuk :

1. MENJADIKAN PENGAMALNYA KAYA RAYA

2. MENJADIKAN PENGAMALNYA KEBAL DAN GAGAH PERKASA 

3. MENUNDUKKAN SELURUH MAKHLUK AGAR TUNDUK KEPADA PENGAMAL

4. MENGHADIRKAN PARA MALAIKAT KHUSUS   

Dan banyak lagi fungsi dan manfaat yang terdapat pada DUA ISMULLAHIL ADZOM yang terkandung di dalam ilmu KALIMAT JIN LANGIT HIJAU ini. Kesimpulannya, apa yang dapat abang rangkumkan setelah sekian lama mengulik dan mengkajinya ialah KALIMAT JIN LANGIT HIJAU merupakan sebuah ilmu yang bermartabat SIRRUL ASROR yang bermaksud ilmu yang mengandungi RAHSIA SEGALA RAHSIA YANG AGUNG sehingga membuatkan ilmu ini mempunyai KAROMAH, KESAKTIAN & MAUNAH YANG TIDAK TERHITUNG JUMLAHNYA. Oleh itu, abang ingin berpesan kepada bakal para pewaris dan pengamal keilmuan ini agar jangan sesekali riya', takbur, sombong dan menyalahgunakan apabila anda telah memiliki ilmu ini dan telah merasai keajaibannya. Tetaplah merendah diri dan gunakanlah ilmu ini ke jalan kebaikan baik untuk diri sendiri dan membantu orang yang memerlukan. 

Tatacara dan kaedah riyadhoh mengamalkan Ilmu Kalimat Jin Langit Hijau ini sangat simple dan ringkas iaitu anda hanya perlu mengamalkannya selama 7 malam berturut-turut dan pada setiap malam tersebut anda perlu wiridkan kalimatnya sebanyak 1000x sahaja yang memerlukan masa yang sangat singkat kerana kalimatnya pendek hanya 2 kata sahaja. Selain riyadhoh 7 malam, abang juga akan mengajarkan anda satu lagi tatacara riyadhoh khusus untuk MENGULIK keilmuan ini yang mana riyadhoh khusus ini hanya untuk mereka yang ada masa terluang dan gemar serta rajin melakukan riyadhoh ilmu. Namun begitu, kaedah riyadhoh mengulik ini TIDAK WAJIB dilakukan dan yang wajib adalah tatacara riyadhoh 7 malam berturut-turut. Justeru itu, jika anda tidak mempunyai banyak masa yang terluang maka cukup anda jalankan riyadhoh 7 malam sahaja dan seterusnya anda istiqomah menzikirkan kalimat ilmu ini setiap kali selepas solat fardhu maka ianya sudah cukup dan memadai untuk anda menguasai keilmuan ini. 

Akhir sekali, abang juga akan bekalkan kepada anda sebuah KALIMAT PENUNDUK KHUSUS yang perlu anda bacakan sebelum membaca KALIMAT JIN LANGIT HIJAU ketika anda mahu MEMERINTAH angkatan 10,000 bala tentera jin muslim tersebut untuk menjalankan tugas menjayakan apa jua hajat. Tidak lupa juga abang akan berikan kepada anda TAWASSUL KHUSUS TUJUH HARI yakni tawassul kepada malaikat khusus yang menjaga hari. Tawassul Tujuh Hari ini sangat penting kerana di dalam pengamalan ilmu khodam kuno anda perlu menghadiahkan al-fatihah kepada malaikat yang menjaga hari bagi mempercepatkan ''PROSES KEMUJARABAN'' ilmu yang anda amalkan pada hari tersebut.

KALIMAT JIN LANGIT HIJAU MENGANDUNGI PELBAGAI KAROMAH, MA'UNAH DAN KESAKTIAN YANG TIDAK TERHITUNG, ANTARANYA ADALAH : 

1. TASKHIRUL JAN YAKNI PENAKLUK BANGSA JIN DAN MENUNDUKKAN MEREKA AGAR PATUH KEPADA PENGAMAL 

2. PENGAMAL AKAN SENTIASA DIDAMPINGI DAN DIKAWAL 24 JAM OLEH BALA TENTERA JIN MUSLIM 

3. AKAN TERPANCAR AURA KEWIBAWAAN DAN PENUNDUK YANG SANGAT DAHSYAT SEHINGGA DIHORMATI BAIK DI MATA MANUSIA DAN MAKHLUK GHAIB 

4. PENGAMAL AKAN DIGERUNI DAN DITAKUTI OLEH SEKALIAN BANGSA JIN YANG JAHAT

5. BENTENG KESELAMATAN ZAHIR DAN BATIN YANG SANGAT AMPUH DARI PERBUATAN JAHAT MAKHLUK BAIK JIN, MANUSIA DAN SELURUH MAKHLUK CIPTAANNYA

6. MENARIK KEREZEKIAN DAN MENDATANGKAN KEKAYAAN YANG LUAR BIASA DARI SEGENAP PENJURU SERTA KECUKUPAN HIDUP

7. PENGAMAL KALIMAT INI MAMPU MELARISKAN DAN MERAMAIKAN SEMULA SESEBUAH PERNIAGAAN YANG SENDU SEPI SERTA PENGAMAL JUGA MAMPU MENGHANCURKAN SEGALA SIHIR TUJU-TUJU YANG DITUJUKAN PADA SEBUAH PERNIAGAAN SEPERTI KEDAI MAKAN, KEDAI BUAH, KEDAI RUNCIT DAN SEBAGAINYA

8. KALIMAT JIN LANGIT HIJAU JUGA BERUPAYA MENGUBATI SEGALA MACAM JENIS SIHIR DAN MENGHANCURKANNYA SERTA JIKA PENGAMAL BERKEHENDAK AGAR SIHIR TERSEBUT DIPULANGKAN KEMBALI KEPADA TUANNYA MAKA BALA TENTERA JIN MUSLIM AKAN BERTINDAK MENGIRIMKAN KEMBALI DENGAN KEKUATAN BERLIPAT-LIPAT KALI GANDA TERUKNYA

9. KALIMAT JIN LANGIT HIJAU JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGHALAU JIN PENUNGGU SESEBUAH TEMPAT DAN MENGOSONGKAN TEMPATNYA AGAR KEMBALI NORMAL

10. PENGAMAL BOLEH MEMAGARI SESEORANG ATAU PESAKIT DARI GANGGUAN JIN & SERANGAN  SIHIR DAN KEKUATAN KALIMAT INI JUGA BERUPAYA BERKHIDMAT MEMAGARI  SESEBUAH TEMPAT DARI SERANGAN GANGGUAN JIN SEPERTI SEKOLAH, ASRAMA PEREMPUAN DAN LAIN-LAIN

11. DENGAN IZIN ALLAH, PENGAMAL KALIMAT JIN LANGIT HIJAU AKAN DIANUGERAHKAN DENGAN PELBAGAI KESAKTIAN DAN MAU'NAH YANG BERSIFAT KHOWARIQUL LIL ADAH  

12. DIBUKAKAN MATA BATINNYA (KASYAF) DAN PENGAMAL AKAN KERAP MENDAPAT ISYAROH/BERITA TENTANG RAHSIA-RAHSIA ALAM GHAIB

13. KETAJAMAN HATI DAN PENGAMAL AKAN SENTIASA MERASAI SESUATU PERKARA YANG BAKAL BERLAKU

14. PENGAMAL JUGA MAMPU MENGHADIRKAN ANGKATAN BALA TENTERA GHAIB YAKNI BALA TENTERA JIN MUSLIM UNTUK MENJAYAKAN APA JUA HAJAT SEPERTI MENYELESAIKAN MASALAH YANG RUMIT, MENYATUKAN PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BERTENGKAR, MENAGIH HUTANG DARI ORANG YANG LIAT MEMBAYAR HUTANG DAN SEBAGAINYA

15. KALIMAT JIN LANGIT HIJAU JUGA BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI WASILAH UNTUK MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN MENJAYAKAN HAJAT-HAJAT DUNIAWI SERTA DIKABULKAN SEGALA IMPIAN YAKNI DENGAN MEMBACA KALIMAT INI DALAM BILANGAN GANJIL KETIKA BERDOA LALU SEBUTKANLAH HAJAT YANG ANDA INGINKAN

16. APABILA KALIMAT JIN LANGIT HIJAU INI SUDAH BENAR-BENAR MASAK DAN "SEBATI" DALAM DIRI ANDA MAKA DENGAN IZIN ALLAH ANDA MAMPU MEMERINTAHKAN KHODAM SEPULUH RIBU BALA TENTERA JIN MUSLIM UNTUK MENGESAN KEBERADAAN HARTA KARUN DAN MENZAHIRKANNYA KE ALAM NYATA

17. PENGAMAL JUGA AKAN MENJADI KEBAL DAN GAGAH PERKASA KETIKA DISERANG MUSUH DAN DAPAT MENGALAHKAN MUSUH YANG RAMAI WALAUPUN PENGAMAL SEDANG BERSEORANGAN

18. PENGAMAL JUGA MAMPU MENJAHANAMKAN DAN MEMBALAS KEMBALI KEJAHATAN ORANG YANG TELAH BERTINDAK ZALIM KE ATAS DIRINYA (HAL INI HANYA BERLAKU KETIKA ANDA BETUL-BETUL DIZALIMI SAHAJA KERANA ANDA TIDAK BOLEH MEMERINTAHKAN KHODAM KEILMUAN INI SESUKA HATI MENYERANG ATAU MEMBALAS KEPADA SESEORANG TANPA SEBAB YANG KUKUH)

19. KEDUDUKAN DAN MARTABAT PENGAMAL JUGA AKAN DIJAGA DARI DIJATUHKAN 

20. PENGAMAL AKAN MENJADI SEORANG YANG UNGGUL DAN SENTIASA MEMENANGI DALAM APA JUA URUSAN YANG BERSIFAT PERTANDINGAN, PERLAWANAN DAN PERSAINGAN 

21. KAROMAH KALIMAT JIN LANGIT HIJAU INI JUGA MAMPU MENUNDUKKAN UNSUR ALAM SEPERTI MENDATANGKAN HUJAN, MEMBERHENTIKAN HUJAN, MENDATANGKAN PETIR DAN SEBAGAINYA KERANA TERDAPAT ISMUL ADZOM YAKNI NAMA PUJI-PUJIAN ALLAH YANG AGUNG DI DALAM KALIMAT INI YANG MEMBUATKAN PENJAGA UNSUR ALAM JUGA AKAN TUNDUK KEPADA PENGAMAL ILMU INI

DAN PELBAGAI LAGI KELEBIHAN YANG AKAN DIRASAI SENDIRI OLEH PENGAMAL KERANA KALIMAT JIN LANGIT HIJAU BERSIFAT SEBUAH ILMU YANG SANGAT UNGGUL DAN SUPER-MULTIFUNGSI. ABANG MENGUCAPKAN SELAMAT MENGAMALKAN ILMU YANG AGUNG INI DENGAN PENUH BERSEMANGAT DAN MENYAYANGINYA SEPERTI SAHABAT BAIK ANDA !

"HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM"

      Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS. 


MAHAR KALIMAT JIN LANGIT HIJAU:

SEBANYAK RM 313 SAHAJA


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI

No comments:

Post a Comment