KALIMAT JAGOH SAKTI



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera untuk para murid dan para pengunjung setia ke blog PUSAT ILMU PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU

Abang ingin membuat pengumuman untuk pengetahuan anda semua
SELAKU GURU & PENGASAS KEPADA PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU, PADA BULAN INI YAKNI BULAN 10 & BULAN 11 ABANG AKAN MELANCARKAN PELBAGAI ILMU TAHAP TINGGI DAN ISTIMEWA KERANA PADA BULAN 12 BLOG (PUSAT ILMU) AKAN BERCUTI SELAMA LEBIH KURANG 1 BULAN ATAS SEBAB URUSAN-URUSAN PERIBADI ABANG MAKA DEMIKIAN HARAP MAKLUM YA SEMUA

Oleh yang demikian, abang starting melancarkan keilmuan pertama tahap tinggi dan sangat istimewa pada bulan 10 ini iaitu bermula dengan sebuah keilmuan yang bernama KALIMAT JAGOH SAKTI sebagai menjadi salah satu PERSIAPAN MENGHADAPI PERANG AKHIR ZAMAN untuk anda semua. PEPERANGAN AKHIR ZAMAN ini bila-bila masa saja boleh meletus dengan keadaan negara-negara yang mempunyai kuasa besar dunia sedang bergolak sekarang dan justeru itu sebagai langkah persiapan adalah kita mempersiapkan diri kita dengan keilmuan-keilmuan HIKMAH dan KEBATINAN agar paling tidak kita dapat mempertahankan dan membela keluarga kita kelak. KALIMAT JAGOH SAKTI ini sangat sesuai untuk semua lapisan golongan masyarakat kerana amalannya SANGAT SIMPLE & TIDAK MEMAKAN MASA YANG LAMA TAPI PADU 1000%

Ilmu ini abang pelajari dari seorang guru yang abang membiasakan memanggil dirinya "ABAH GURU" kerana beliau melayani dan mengajar para muridnya seperti anaknya sendiri. Murid beliau sangat ramai tetapi yang mewarisi KALIMAT JAGOH SAKTI ini sangat sedikit bilangannya dan abang sangat bersyukur kerana terpilih dapat memilikinya. Kalimat ini dipelajari oleh abah guru daripada seorang guru yang bernama ABUYA XXXX (HANYA BAKAL PEMILIK ILMU INI SAJA AKAN KETAHUI NAMA PENUHNYA), bukan abuya yang viral sesat tu pulak ya hahaha. Gelaran Abuya itu merujuk kepada seorang guru dan ulamak yang alim dalam bidang agama dan ketinggian ilmunya diperakui oleh para ulamak yang lain pada zaman itu. Kesimpulannya adalah ilmu yang bakal abang ajarkan pada kali ini bersumber dari para alim ulamak jadi anda semua tidak perlu meragui lagi tentang kesahihan dan hukum ilmunya. 

Abah Guru pernah mengatakan bahawa KALIMAT JAGOH SAKTI ini setanding bahkan juga KEKUATANNYA lagi KERAS DAN DAHSYAT dari ilmu : 

1. ILMU KEBAL TUJUH LAPIS

2. ILMU BENTENG KULIT

3. ILMU TAMENG GUNUNG 

Dan banyak lagi ilmu-ilmu perang terutamanya yang menjurus ke arah ilmu "kebal" yang TIDAK MAMPU MENANDINGINYA. Ilmu perang khususnya ilmu kekebalan memang menjadi buruan abang sejak awal abang bermula merantau untuk mencari dan mempelajari ilmu kebatinan. Abang rasa bukan abang seorang saja bahkan hampir seluruh pemburu dan pengamal kebatinan meminati ilmu perang & kekebalan pada peringkat awal ketika mereka mula menceburkan diri dalam DUNIA KEBATINAN dan antara guru terawal abang mempelajari ilmu perang ialah ABAH GURU. Beliau sebenarnya bukan saja handal dalam bab keilmuan perang kepahlawanan namun Abah Guru juga pakar dalam bab mengubati penyakit baik penyakit zahir, sihir, gangguan, penyakit mistik dan penyakit misteri serta seorang yang ahli lagi pandai dalam bidang pengetahuan herba ubat-ubatan. 

Namun begitu, abang hanya mempelajari sehingga khatam dengan beliau keilmuan kebatinan perang dan perubatan sahaja kerana abang memang tak minat kalau bab herba ni tapi ada sorang dua rakan seguru abang yang khatam dalam bidang herba ubat-ubatan tersebut. Abah Guru menurunkan bermacam-macam keilmuan kepada abang dan boleh dikatakan ilmu beliau yang abang warisi agak banyak, bukan 10-20 ilmu malahan lebih dari jumlah itu. Meskipun abang mempunyai banyak keilmuannya tapi pada kali ini abang memilih untuk mengangkat sebuah KEILMUAN TINGKAT TINGGI yang menjadi ilmu kegemaran yang sering abang gunakan iaitu KALIMAT JAGOH SAKTI. Hal ini disebabkan, kalimat ini sangat SUPER HYPER RARE kerana jumlah pewaris keilmuan ini hanya boleh dikira dengan jari sahaja, sangat sedikit dan kerana KESAKTIAN yang terkandung di dalam kalimat ini sangat MAHA GILA.    

Kalimat Jagoh Sakti merupakan sebuah kalimat/ilmu yang menjadi pegangan utama Abah Guru di kala waktu mudanya. Pada waktu mudanya, Abah Guru sangat terkenal dengan KEHANDALAN & KEJAGOHANNYA dalam HAL KEPENDEKARAN yang sangat digeruni dan dihormati oleh para pendekar dari berbagai daerah dan masyarakat sekeliling. Nama beliau harum dan terkenal luas kerana Abah Guru sewaktu mudanya beliau kerap merantau dari satu daerah ke satu daerah. Di samping itu, setahu abang antara asbab yang membuatkan namanya terkenal di dunia pendekar kerana beliau mempunyai kesaktian seperti : 

1. MENUNJUKKAN KEKEBALAN TUBUHNYA DARI SENJATA TAJAM DAN DARI TEMBAKAN SENJATA API KETIKA MELAKUKAN PERTUNJUKKAN PERMAINAN DEBUS 

2. MENUNJUKKAN KEGAGAHANNYA YANG LUAR BIASA DAN KETAHANAN BADANNYA TIDAK TERBAKAR KETIKA DIBAKAR DENGAN API YANG SANGAT MARAK DI SESEBUAH PERTUNJUKKAN 

Pertunjukkan tersebut bukanlah berniat riak atau takabbur namun pada waktu tersebut pertunjukkan sebegitu memang menjadi adat tradisi yang khas dilakukan oleh para pendekar di zaman itu. KALIMAT JAGOH SAKTI inilah ILMU RAHSIA YANG SANGAT AMPUH yang menjadikan beliau dikurniakan PELBAGAI KESAKTIAN oleh ALLAH SWT. Adapun Kalimat Jagoh Sakti ini tergolong di dalam aliran ilmu hikmat, tahukah anda tentang aliran ilmu hikmat? Ilmu hikmat bukanlah ilmu berkhodam, ilmu ketuhanan atau ilmu hikmah tetapi sebuah aliran ilmu yang mempunyai KEUNIKAN ILMUNYA TERSENDIRI. 

Inilah pertama kali abang mendedahkan keilmuan ALIRAN HIKMAT di Pusat Ilmu Perguruan MGT supaya para murid MGT dan pengunjung blog yang berminat mengikuti perguruan MGT menjadi seorang ahli hikmah yang serba boleh dalam apa jua bidang keilmuan seperti bidang keilmuan khodam, bidang keilmuan ismul adzom dan sebagainya . Aliran Ilmu Hikmat ialah sebuah ilmu yang di dalam kalimatnya, bait mantranya, asmanya dan ismunya sudah SEDIA ADA MENGANDUNGI KAROMAH & KESAKTIAN SEMULAJADI ketika ianya diciptakan oleh ALLAH YANG MAHA PENCIPTA LAGI MAHA BERKUASA & MAHA BERILMU. Aliran ini juga mempunyai banyak sekali pecahan keilmuannya, ada ilmu hikmat yang dalam berbentuk mantra, ada yang dalam berbentuk ismu/asma dan ada yang dalam berbentuk kalimat. Kalimat Jagoh Sakti pula tergolong dalam bentuk pecahan KALIMAT yang mempunyai HIKMAT yang SANGAT SAKTI, MENGAGUMKAN & MEMUKAU meskipun kalimat ini tidak berkhodam. Ya seperti yang kita sedia maklum tentang ilmu khodam, selalunya sesetengah orang yang mempunyai ilmu khodam pendamping ini pasti mempunyai kesaktian yang bermacam-macam seperti kebal dari segala senjata, mendapat firasat atau diberitahu tentang perkara yang bakal berlaku, dapat membaca isi hati orang lain, boleh mengubati penyakit mistik, mempunyai kekuatan fizikal yang luarbiasa dan sebagainya. Demikian juga dengan KALIMAT JAGOH SAKTI, ianya mempunyai banyak lagi hikmat yang melimpah dan kelebihan-kelebihan yang di luar logik akal (KHOWARIQUL LIL A'DAH) tanpa dibackup langsung oleh sebarang khodam mana pun bahkan kata guru, sesiapa yang mengamalkan Kalimat Jagoh Sakti ini dengan istiqomah maka dengan izin Allah SWT, tubuh pengamal akan menjadi : 

1. DITIKAM TIADA LUKA

2. DIBAKAR TIADA HANGUS 

3. DICINCANG TIADA PUTUS 

4. DIGODAM TIADA PECAH 

5. DITIMPA TIADA HANCUR

Bukan itu saja, Kalimat Jagoh Sakti juga mempunyai beberapa TUAH GHAIB YANG UNIK & GANJIL yang jarang sekali abang temui di dalam ilmu-ilmu yang lain yakni : 

1. MESKIPUN KALIMAT ILMU INI BERNAMA JAGOH SAKTI SUDAH PASTI KITA SANGKAKAN ILMU INI HANYA KHAS UNTUK PEPERANGAN NAMUN JAWAPANNYA TIDAK SAMA SEKALI, JIKA PENGAMAL MAHU MENARIK KEREZEKIAN AGUNG MAKA WIRIDKANLAH KALIMAT INI SEBANYAK XX SELEPAS SOLAT HAJAT 

2. JIKA PENGAMAL PERGI KE SESEBUAH TEMPAT YANG KERAMAT SEPERTI KE KUBUR PARA WALIYULLAH DAN KE TEMPAT PERTAPAAN ORANG SAKTI DAHULUKALA, KALIMAT INI  MAMPU MENARIK DAN MENYEDUT TENAGA GHAIB YANG BERADA DI KAWASAN TERSEBUT DAN DISERAP KE DALAM DIRI PENGAMAL DENGAN SEMPURNA HINGGA MEMBUATKAN PENGAMAL SECARA TIBA-TIBA MENDAPAT KAROMAH & MAU'NAH YANG BELUM PENGAMAL RASAKAN SEBELUM ITU. KAEDAH KHUSUSNYA AKAN ABANG AJARKAN DI DALAM PDF KEILMUAN KELAK

3.KALIMAT JAGOH SAKTI JUGA MAMPU MENYEDUT KEKUATAN GHAIB DAN KELEBIHAN YANG BERADA DI DALAM PUSAKA ATAU BENDA YANG "BERISI" YANG ANDA TEMUI CONTOHNYA KERIS DIRAJA YANG KUNO, KERIS PANGLIMA YANG LANGKA, PEDANG BUAYA BERENANG 13 MEI YANG USANG, MUSTIKA GELIGA ULAR YANG ASLI DAN SEBAGAINYA LALU KEKUATAN GHAIB DARI BENDA TERSEBUT AKAN DISALURKAN PADA TUBUH PENGAMAL DAN AKAN DISERAP DENGAN SEMPURNA

Menarik kan? Ya memang sangat menarik dan istimewa, itulah sebabnya mengapa Kalimat Jagoh Sakti menjadi kegemaran abang. Seperti biasa, sebelum abang melancarkan ilmu ini di blog Pusat Ilmu MGT pasti abang akan MENGULIKNYA & MEMANASKANNYA terlebih dahulu dan hasilnya yang abang dapat sangat luarbiasa yakni abang dapat merasakan tindak balas ilmu ini membuatkan BADAN ABANG SEMAKIN PADAT, KEKUATAN DAN KEGAGAHAN ABANG MENINGKAT SECARA DRASTIK, SEMANGAT JATI DIRI ABANG SEMAKIN BERKOBAR-KOBAR dan yang paling AJAIB sekali adalah berlakunya PERISTIWA ANEH BERULANG-ULANG KALI iaitu setiap kali ABANG HENDAK MEMEGANG GETAH UNTUK MENGIKAT BUNGKUSAN PASTI GETAHNYA AKAN TERPUTUS DAN HAL INI BERLAKU SEBANYAK 5 KALI BERTURUT-TURUT. Buktinya lihatlah gambar di bawah :
 

Kejadian itu membuat abang bingung seketika sehingga barulah terlintas di benak fikiran tentang sebuah kaedah iaitu KAEDAH GERAK SIMPAN yang diajarkan oleh guru untuk menyimpan kesaktian sesebuah ilmu ketika kita tidak memerlukannya lalu abang terus melakukan GERAK SIMPAN dan Alhamdulillah barulah getah yang abang pegang di jari tersebut tidak putus. Oleh itu, abang ingin memberi peringatan awal kepada BAKAL-BAKAL PENGAMAL KALIMAT JAGOH SAKTI supaya jangan terkejut jika semasa anda mengamalkannya maka akan berlaku berbagai-bagai perkara dan kejadian yang bersifat KHOWARIQUL LIL A'DAH dan AJAIB yakni hal yang di luar logik akal manusia dengan izin Allah SWT.  

Adapun bacaan ilmu KALIMAT JAGOH SAKTI ini SANGAT PENDEK dan mudah untuk dihafal, kalimatnya terdiri dari EMPAT PATAH PERKATAAN saja. EMPAT KALIMAT KERAMAT ini hanya perlu diritualkan dan diwiridkan sebanyak 313x selama 7 malam berturut-turut dan selepas itu, segala HIKMAT, KESAKTIAN, & MAU'NAH yang terkandung di dalam keilmuan ini akan MENYATU DENGAN SEMPURNA ke tubuh badan pengamal. Selain daripada itu, abang juga akan mengajarkan tatacara riydhoh kedua kepada mereka yang mempunyai masa yang terluang dan ingin MENGULIK serta MENGGALI lebih dalam lagi tentang KERAHSIAAN HIKMAT yang terpendam dalam keilmuan ini namun ianya bukan riyadhoh yang wajib dilakukan, hukumnya sunat sahaja dan RIYADHOH WAJIB keilmuan ini adalah riyadhoh 7 malam berturut-turut yang abang sebutkan.  

Pada waktu yang sama juga, abang akan mengajarkan satu lagi ilmu tambahan kepada BAKAL PENGAMAL KALIMAT JAGOH SAKTI iaitu sebuah ilmu yang bernama MANDI SELAMAT, ilmu ini berfungsi untuk mendatangkan KESEJAHTERAAN HIDUP contohnya KEMAKMURAN HIDUP, KEHIDUPAN YANG AMAN DAMAI, DIJAUHKAN DARI SEGALA BALA MUSIBAH DAN MARABAHAYA, KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA, KELUARGA YANG BAHAGIA dan lain-lain yang bersifat positif. Bacaan ilmu ini hanya sepanjang Surah Al-Fatihah dan kaedah menjalankannya adalah anda hanya perlu menyediakan satu baldi yang di-isi dengan air yang penuh lalu bacakanlah AYAT MANDI SELAMAT yang akan abang tuliskan di pdf keilmuan sebanyak 7x dan ditiupkan pada air di dalam baldi tersebut. Seterusnya, sebaldi air yang dibacakan oleh anda itu hendaklah dibuat mandi pada waktu ANTARA ASAR DAN MAGHRIB selama 3 HARI ATAU 7 HARI BERTURUT-TURUT. Ilmu Mandi Selamat ini bukan saja untuk anda seorang bahkan anda boleh buatkan "MANDI SELAMAT" untuk orang lain seperti isteri, anak, ibu dan ayah serta orang-orang yang "memerlukan"

KALIMAT JAGOH SAKTI MEMPUNYAI BANYAK KELEBIHAN, KESAKTIAN, KEBOLEHAN DAN PELBAGAI HIKMAT MULTIFUNGSI YANG BAKAL ANDA NIKMATI DAN DI ANTARANYA ADALAH : 

1. PENGAMAL JAGOH SAKTI AKAN MEMILIKI DAYA KEKEBALAN LUARBIASA DARI SEGALA SENJATA BAIK SENJATA TAJAM, SENJATA TUMPUL DAN KEBAL DARI TEMBAKAN PELURU BAHKAN DIKATAKAN SEMAKIN TINGGI EMOSI SANG MUSUH MENYERANG PENGAMAL BAIK MENUSUK, MENETAK, MENGHIRIS DAN MENEMBAK PENGAMAL MAKA SEMAKIN MENINGKAT KUDRAT KEKEBALAN YANG MENYELIPUTI PENGAMAL

2. PENGAMAL JAGOH SAKTI AKAN MEMPUNYAI KEKUATAN YANG LUARBIASA SEHINGGA SERANGAN SEKUAT APAPUN YANG DILAKUKAN OLEH MUSUH TERHADAP PENGAMAL MAKA DENGAN IZIN ALLAH PENGAMAL TIDAK AKAN DAPAT DIJATUHKAN ATAU DIROBOHKAN KERANA BADAN PENGAMAL AKAN MENJADI SANGAT PERKASA LAKSANA TEMBOK BESI YANG KUKUH (BERBADAN TEMBOK BESI) SERTA BADAN PENIMBOL YAKNI PUKULAN SEKUAT APA SAJA TERHADAP PENGAMAL TIDAK AKAN TERASA 

3. PENGAMAL JAGOH SAKTI JUGA AKAN DIKURNIAKAN KEKUATAN SERANGAN YAKNI PUKULAN DAN TENDANGAN YANG LUARBIASA DAN SANGAT MEMATIKAN LAKSANA PUKULAN BRAJAMUSTI IAITU SEBUAH KEILMUAN DAHULUKALA UNTUK MENINGKATKAN DAYA PUKULAN  

4. PENGAMAL AKAN MEMILIKI KEGAGAHAN YANG DAHSYAT SEHINGGA MAMPU MEMBANTING MUSUH, MENGANGKAT BENDA BERAT YANG DIANGGAP MUSTAHIL JIKA DI ANGKAT BERSEORANGAN DAN MAMPU MENGADU KEGAGAHAN SECARA BERSEORANGAN WALAUPUN DENGAN MUSUH YANG RAMAI

5. PENGAMAL AKAN DIKURNIAKAN BERMACAM-MACAM KESAKTIAN DAN MAU'NAH YANG PENGAMAL INGINKAN DENGAN WASILAH KALIMAT JAGOH SAKTI SEPERTI HALIMUNAN DARI MUSUH, PETIR MENYAMBAR MUSUH, MENJADI PAWANG/PERAWAT YANG MAMPU MENGUBATI APA SAJA PENYAKIT, MENUNDUKKAN MAKHLUK HALUS DAN SEBAGAINYA

6. SUARA PEKIKAN PENGAMAL KETIKA MARAH AKAN MEMBUATKAN MUSUH DAN MEREKA YANG MENDENGAR TERTUNDUK TAKUT DAN DIGERUNI LAKSANA MENDENGAR BUNYI DENTUMAN GURUH YANG SABUNG-MENYAMBUNG

7. PENGAMAL JAGOH SAKTI AKAN DIKURNIAKAN MAU'NAH IAITU BADAN YANG TIDAK AKAN TERBAKAR DEK API YANG MARAK DAN MAMPU BERJALAN DI ATAS BARA API SEPERTI YANG SELALU DIPERTUNJUKKAN PADA PERMAINAN DEBUS

8. PENGAMAL KALIMAT JAGOH SAKTI AKAN DITINGKATKAN SEMANGAT KEBERANIANNYA MENGHADAPI MUSUH MESKIPUN PENGAMAL BERSEORANGAN DAN MUSUHNYA RAMAI SERTA PENGAMAL JUGA AKAN DIKURNIAKAN JATI DIRI YANG KUKUH DALAM KEHIDUPAN

9. PENGAMAL JUGA AKAN DIKURNIAKAN KESELAMATAN ZAHIR DAN BATIN DARI SEGALA KECELAKAAN, PERKARA BURUK, MUSIBAH DAN BALA BENCANA SERTA KESELAMATAN ZAHIR TERSEBUT JUGA MELIPUTI SE-ISI KELUARGA PENGAMAL 

10. KALIMAT JAGOH SAKTI JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENJADIKAN WAJAH PENGAMAL BERSERI-SERI, DIKASIHI DAN KELIHATAN TAMPAN DENGAN DIBACAKAN SEBANYAK BEBERAPA KALI LALU DITIUP DAN SAPU DI MUKA SETIAP PAGI

11. PENGAMAL AKAN DIHORMATI, DISEGANI RAMAI DAN MEMILIKI DAYA KEWIBAWAAN DI KHALAYAK RAMAI 

12. PENGAMAL BOLEH MENGUBATI PENYAKIT SANTAU, SIHIR DAN GANGGUAN DENGAN WASILAH KALIMAT JAGOH SAKTI BAHKAN PENGAMAL JUGA MAMPU MENGOSONGKAN DAN MENGHILANGKAN KESAKTIAN MUSUHNYA ATAU BOMOH JAHAT DENGAN HANYA MEMBAYANGKAN WAJAH MUSUH ATAU DINIATKAN LALU WIRID KALIMATNYA 

13. HIKMAT YANG BERADA DI DALAM KALIMAT JAGOH SAKTI JUGA MAMPU DI-APLIKASIKAN UNTUK MENGOSONGKAN KAWASAN YANG BERPENUNGGU OLEH JIN DAN SYAITAN DAN MENGHANCURKANNYA DENGAN MELETAKKAN TAPAK TANGAN KANAN PADA TANAH KAWASAN TERSEBUT LALU BACAKAN KALIMAT JAGOH SAKTI BESERTA NIAT 

14. PENGAMAL JUGA MAMPU MENUNDUKKAN DAN MEMPENGARUHI FIKIRAN SESEORANG YANG DIA MAHUKAN AGAR PATUH PADA KEHENDAKNYA DENGAN MEMBACA KALIMAT JAGOH SAKTI SEBANYAK 3X DI DALAM HATI ATAU DILAFAZKAN DI MULUT SEBELUM BERTEMU TARAGETNYA

15. JIKA PENGAMAL MENGALAMI MASALAH KEREZEKIAN MAKA KALIMAT JAGOH SAKTI INI JUGALAH YANG AKAN MENJADI WASILAH PENYELESAIAN MASALAH PENGAMAL TERSEBUT 

16. PENGAMAL KALIMAT JAGOH SAKTI MAMPU MENYERAP DAN MENYEDUT SEGALA UNSUR TENAGA ALAM YANG BAIK DAN APA SAJA YANG BERSIFAT POSITIF SEPERTI AURA KEKAYAAN, AURA KEBERUNTUNGAN, TENAGA GHAIB, KAROMAH DARI MAKAM WALIYULLH, KERAMAT DARI ORANG YANG MEMILIKI KESAKTIAN YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA ATAU DI TEMPAT PERTAPAANNYA DAN SEBAGAINYA 

SERTA BANYAK LAGI KEAJAIBAN, KESAKTIAN, KELEBIHAN DAN MAU'NAH KEILMUAN INI YANG AKAN DIRASAKAN JIKA IANYA TERUS DIAMALKAN DAN MENJADIKANNYA SEBAGAI SAHABAT RAPAT ANDA

EMPAT KALIMAT KERAMAT YANG AJAIB

      Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS. 

MAHAR PINANGAN KALIMAT JAGOH SAKTI:

SEBANYAK RM 279 SAHAJA


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI

MINYAK CEMPAKA HIJAU (LIMITED)

 



GAMBAR DIBAWAH ADALAH MINYAK RAW DARI GUNUNG JERAI YANG ABANG DAPAT, BOTOL TU JE ABANG BELI TETAPI MINYAK DI DALAMNYA ORIGINAL 1000% HASIL DARI PERMOHONAN DI GUNUNG JERAI SEBELUM DIBOTOLKAN





MINYAK GHAIB CEMPAKA HIJAU

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, setelah sekian lama abang tidak memasukkan item-item penarikan dari ALAM GHAIB yakni semenjak abang focus kepada pengijazahan keilmuan perguruan maka kini abang kembali menyajikan kepada anda sebuah MINYAK PERMOHONAN yang abang perolehi dari GUNUNG JERAI sewaktu abang menziarahi dan melakukan RITUAL PERMOHONAN MINYAK di sana. Gunung Jerai ialah sebuah gunung yang SARAT dengan bermacam-macam RAHSIA ALAM GHAIB dan sebuah gunung yang sangat keramat hingga menjadi gunung kesukaan oleh para pertapa. Alhamdulillah ritual permohonan yang abang lakukan di Gunung Jerai berjaya dan KERAJAAN GUNUNG JERAI dengan rela hati menghadiahkan sebuah minyak yang bernama MINYAK CEMPAKA HIJAU kepada abang. 

Sebuah minyak yang sangat KING OF HYPER RARE kerana ianya sangat-sangat JARANG dikeluarkan oleh Kerajaan Gunung Jerai sebab tak silap abang Minyak Cempaka Hijau dikeluarkan pada KALI TERAKHIR adalah pada 7 tahun yang lepas dan. Kenapa abang tak tarik geliga batu sekali kat gunung jerai? Tarik-tarik geliga batu ni dah lapuk di zaman ini bro, kalau korang nak geliga ha pi tengok kat tiktok bersepah geng mistik duk maharkan di sana dengan mahar yang sangat mahal dan menekan orang hahaha. Barang original ke bang yang buat live kat tiktok harga riban-riban tu? Entahlah korang tengok la sendiri dengan mata hati, kami orang lama ni perati & gelak sambil makan popcorn je tengok geng mistik zaman sekarang cari makan hahaha. Abang bukan nak kecam tapi disebabkan ramai anak buah abang yang terkena di tiktok seperti claim geliga ni hasil penarikkan atau hasil pemberian dari puteri sekian sekian walhal dorang beli batu tu kat kedai gemstone dan bentang kain kuning ja hahaha. Abang hanya memberi peringatan kepada anda semua sahaja agar tidak tertipu dan daripada anda habiskan duit beli item mistik kat tiktok yang mengarut tu lebih baik anda habiskan duit anda dengan MEMPELAJARI KEILMUAN ORIGINAL & MENGAMALKANNYA sebagai persediaan di AKHIR ZAMAN ini. 

Minyak Cempaka Hijau ini ialah sebuah MINYAK WANGIAN yang sangat HARUM, WANGI SEMERBAK dan MENYAMANKAN JIWA. Abang berani jamin bahawa anda tidak akan menemui "BAU & AROMANYA" di mana-mana walau anda pusing satu dunia sekalipun kerana minyak ini hanya ada di Gunung Jerai sahaja. Minyak ini juga bukan sebarang minyak, ianya dibuat dan diciptakan oleh SEORANG RATU di alam ghaib dan minyak tersebut telah di-isi serta didoakan oleh PARA RIJALUL GHAIB yang berilmu tinggi yang membuatkan FADHILAT & KELEBIHAN minyak ini sangat LUARBIASA bahkan abang boleh katakan kesan tindak balasnya mengatasi pemakaian geliga.

Selain itu, kandungan bahan di dalam minyak ini juga sangat EKSKLUSIF & MAHAL iaitu : 

1. PATI BUNGA CEMPAKA ASLI YANG MEMILIKI KHASIAT ALAMI

2. PATI GAHARU/OUD ASLI YANG BERMUTU TINGGI DAN SENTIASA DIPAKAI OLEH PARA RAJA DI ALAM GHAIB

 Oleh yang demikian, jangan tanya abang kenapa mahar minyak ini agak MAHAL (mungkin mahal bagi anda, murah bagi orang yang "mengenal") kerana bermula dari sang pembuat minyak, ahli yang melakukan pengisian sehingga campuran bahan kandungan minyak ini sangat EKSLUSIF & LIMITED. Ya minyak ini sangat LIMITED kerana hanya ada 18 BOTOL SAHAJA yang berjaya abang dapatkan dan jika ianya sold out maka tidak ada lagi minyak cempaka ini sampai bila-bila kerana Kerajaan Gunung Jerai sudah tidak mengeluarkannya lagi maka JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN SEKALI SEUMUR HIDUP INI

Ketahuilah bahawa Allah SWT sangat suka dengan hambaNya yang memakai haruman wangi-wangian dan ianya juga merupakan SUNNAH RASULULLAH SAW & SUNNAH PARA RASUL. Tambahan, setiap sunnah para rasul seperti memakai wangi-wangian itu pasti mempunyai "HIKMAH" di sebaliknya jika kita kaji. Ada banyak hikmahnya dan antaranya adalah minyak wangi-wangian merupakan MAKANAN BAGI ROH & JIWA SESEORANG iaitu minyak wangian akan mendatangkan ketenangan alami pada jiwa dan menguatkan rohani serta menstabilkan aura diri seseorang. 

Minyak Cempaka Hijau ini sesuai untuk siapa abang megat? Minyak ini sesuai untuk semua golongan tanpa terkecuali baik kanak-kanak, dewasa, lelaki, perempuan, muslim dan non muslim sekalipun sangat sesuai kerana minyak ini bersifat MULTIFUNGSI untuk segala hal dan memberi KENTENTERAMAN JIWA kepada seseorang kerana abang mendapati bahawa statistik rakyat Malaysia yang mengalami masalah penyakit kejiwaan seperti anxiety, kecelaruan stress, insomnia, paranoid, kemurungan dan sebagainya kian meningkat dan semakin ramai mereka yang mengidapinya maka Minyak Cempaka Hijau adalah SOLUSI TERBAIK yang abang sediakan. Dengan izin Allah minyak ini akan mendatangkan AURA POSITIF kepada si pemakai sehingga aura positif tersebut akan memainkan peranannya dalam mengatasi setiap masalah dan keperluan si pemakainya

Minyak cempaka hijau ini juga sangat bagus untuk AHLI ILMU yakni mereka yang mengamalkan ILMU HIKMAH & KEBATINAN ALIRAN PUTIH kerana aroma dan wangian yang terdapat didalam CEMPAKA HIJAU sangat DIGEMARI dan DISUKAI oleh : 

1. KHODAM SESEBUAH KEILMUAN 

2. SEMANGAT & KAROMAH SESEBUAH KEILMUAN (ILMU YANG TIDAK BERKHODAM)

3. BANGSA JIN 

4. BANGSA MALAIKAT 

5. PARA RIJALUL GHAIB 

Sebenarnya, ramai ahli hikmah termasuk para murid abang sendiri tidak mengetahui bahawa minyak wangi-wangian yang dipakai ketika sedang MERITUALKAN & MENGAMALKAN SESEBUAH ILMU itu sangat MEMPENGARUHI KEMUJARABAN ILMU tersebut. Ramai yang menyangka bahawa hanya setanggi dan bukhor saja yang penting ketika mengamalkan sesebuah ilmu walhal minyak wangi yang dipakai sewaktu beramal juga MEMAINKAN PERANAN YANG SANGAT PENTING untuk mempercepatkan kehadiran khodam keilmuan baik khodam tersebut berbangsa jin dan malaikat serta kemujarabannya. Setanggi dan bukhor dibakar untuk mewangikan tempat ritual supaya bangsa ghaib yakni khodam keilmuan hadir di tempat ritual sementara minyak wangi yang dipakaikan pada tubuh pengamal pula bertujuan untuk MEMPERCEPATKAN PENYATUAN AURA, SEMANGAT, KHODAM DAN KAROMAH ILMU itu dengan diri batin sang pengamal yang hadir pada ketika itu. Kalau pakai minyak attar yang murah yang dijual di mydin tak boleh ke bang? Boleh je tapi.... kalau minyak gred murah ha lambat la sikit ilmu nak mujarab kerana kualiti minyak memainkan peranan penting dengan hal-hal ghaib. 

Oleh hal yang demikian, abang sangat menyarankan kepada para pengamal ilmu kebatinan memaharkan minyak ini untuk anda gunakan sewaktu ingin mengamalkan sesebuah ilmu tapi kalau ilmu tu biasa-biasa saja baik tak payah tapi gunakan ketika anda hendak mengamalkan ilmu-ilmu tingkat tinggi baik yang anda pelajari dari abang atau guru lain sekalipun. Begitu juga kepada golongan awam, abang sangat menyarankan anda memiliki MINYAK CEMPAKA HIJAU kerana percayalah minyak ini mempunyai KEINDAHANNYA TERSENDIRI dan akan berfungsi mengikut kehendak pemakainya. 

Di samping itu, meskipun minyak ini multifungsi namun abang juga menawarkan JASA PENGISIAN HAJAT KHUSUS pada minyak ini untuk anda yang mempunyai sesebuah hajat khusus yang khas seperti PELARISAN PERNIAGAAN, PENARIK KEKAYAAN, PENGASIHAN TINGKAT TINGGI, MENGUBATI SIHIR, PENUNDUK YANG KUAT, MEMBUANG KESIALAN & SEBAGAINYA tetapi anda perlu memberikan abang waktu selama 5 HARI untuk abang melakukan PENGISIAN BOOSTER HAJAT TERSEBUT tersebut dan fidyah yang perlu ditambah yang dikenakan adalah sebanyak RM97 untuk SATU HAJAT SAHAJA maka selain minyak ini aktif sebagai multifungsi namun minyak ini juga akan menjadi lebih condong kepada hajat khusus yang anda inginkan. Anda yang request hajat khusus juga akan ABANG AJARKAN KAEDAH KHAS UNTUK MENJAYAKAN HAJAT KHUSUS ANDA dengan wasilah Minyak Cempaka Hijau ini.  Jika anda tidak memerlukan pengisian hajat khusus pun tidak mengapa, anda cukup maharkan fidyah minyak ini saja dan memakainya beserta niat yang anda kehendaki. 

Tatacara pemakaian MINYAK CEMPAKA HIJAU pula sangat ringan dan tidak merumitkan langsung yakni anda hanya perlu CALIT minyak ini pada KEDUA-DUA URAT NADI TANGAN KANAN & KIRI anda dan gosok pada tapak tangan lalu DITEKUPKAN PADA HIDUNG dan MENARIK NAFAS WANGIAN MINYAK tersebut serta sapu pada seluruh tubuh, selesai. Tatacara penjagaan dan penyimpanan minyak ini juga tidak rumit sedikitpun tetapi hanya ada 1 PANTANG LARANG SAHAJA iaitu ANDA ATAU SESIAPA SAHAJA TIDAK BOLEH MENGHIDU BAU HARUMAN MINYAK INI LANGSUNG DI BOTOLNYA, jika anda atau sesiapa yang ingin mencuba menghidu harumannya anda perlu calit di tubuh lalu hiruplah haruman tersebut. 

ADAPUN MINYAK CEMPAKA HIJAU INI MEMPUNYAI PELBAGAI FADHILAT DAN MANFAAT DI DALAMNYA : 

1. MEMPERBAIKI AURA DIRI, MENGHAPUSKAN AURA NEGATIF DAN MENINGKAT AURA POSITIF PADA DIRI

2. MEMPUNYAI AURA PENGASIHAN DIRI SEHINGGA SENANG DISUKAI DAN DISENANGI OLEH ORANG YANG MELIHAT SI PEMAKAI 

3. MEMPUNYAI AURA KEWIBAWAAN, KARISMATIK DAN PENUNDUK SEHINGGA DISEGANI DAN DIHORMATI OLEH SETIAP MATA YANG MEMANDANG SERTA BOLEH MENUNDUKKAN TARGET KHUSUS DENGAN NIAT KETIKA MEMAKAI MINYAK INI

4. TERAPI JIWA YAKNI HARUMANNYA AKAN MENENANGKAN DAN MENTENTERAMKAN JIWA DAN MENGUBATI JIWA YANG SERABUT DAN GUNDAH GULANA (RELAXING SOUL) 

5. MENGUBATI PELBAGAI PENYAKIT KEJIWAAN SEPERTI INSOMNIA SUPAYA MENDAPAT TIDUR YANG BERKUALITI DENGAN MENGHIDU HARUMAN MINYAK INI SEBELUM TIDUR

6. MENINGKATKAN SEMANGAT DIRI DI DALAM KEHIDUPAN BAIK DARI SEGI URUSAN KERJA, IBADAT DAN MENGUATKAN ROHANIAH DIRI YAKNI MENYEMPURNAKAN SPIRITUAL DAN DIRI BATIN

7. MENDATANGKAN KEBERUNTUNGAN DUNIA DAN TUAH SEHINGGA MEMBUATKAN PEMAKAI SENTIASA MENDAPAT HAL-HAL YANG MENGUNTUNGKAN DENGAN MEMAKAINYA PADA WAKTU PAGI SEBELUM PERGI BEKERJA 

8. MELARISKAN DIRI IAITU DIPERMUDAHKAN DALAM SEGALA URUSAN CONTOHNYA DITERIMA KETIKA DITEMUDUGA, KENAIKAN PANGKAT, BERJAYA DALAM MEREBUT TENDER DAN SEBAGAINYA 

9. MENARIK AURA KEREZEKIAN DAN KEKAYAAN DARI SEGENAP SUDUT DAN PENJURU KEPADA PEMAKAI 

10. MEMPERCEPATKAN KEMUSTAJABAN & KEMUJARABAN ILMU YANG DIAMALKAN SERTA MENYEMPURNAKAN SEGALA KEILMUAN YANG DIMILIKI OLEH PEMAKAI

11. MEMBUKA INDERA KEENAM DAN MEMUDAHKAN SESEORANG UNTUK TERAWANGAN DAN MERAGA SUKMA  

12. MENGEKALKAN DAN MENINGKATKAN AURA SESEBUAH ITEM MISTIK SEPERTI GELIGA, KERIS DAN PELBAGAI LAGI ITEM MISTIK DENGAN MENYAPUKAN MINYAK INI PADA ITEM TERSEBUT (BAGUS UNTUK GENG COLLECTOR BARANG MISTIK DAN MEREKA YANG MEMPUNYAI GELIGA)

13. MEMPERMUDAHKAN URUSAN DENGAN ALAM GHAIB BAIK DARI SEGI URUSAN APAPUN KERANA BANGSA GHAIB SANGAT MENYUKAI HARUMAN CEMPAKA HIJAU INI

14. PEMAKAI AKAN MEMILIKI PERISAI GHAIB DARI SIHIR, TUJU-TUJU, GANGGUAN, ENERGI NEGATIF DAN PERBUATAN JAHAT MAKHLUK

15. MENARIK BERBAGAI ENERGI POSITIF DARI SEGENAP ARAH KEPADA PEMAKAI MINYAK INI 

DAN MASIH BANYAK LAGI TUAH ALAMI DAN HIKMAH MINYAK CEMPAKA HIJAU INI YANG AKAN DIRASAI OLEH PEMAKAI SENDIRI


"HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM"

MAHAR MINYAK CEMPAKA HIJAU 3ML:

SEBANYAK RM 167 SAHAJA

MAHAR MINYAK CEMPAKA HIJAU & PENGISIAN HAJAT KHUSUS:

SEBANYAK RM 264 SAHAJA 

( RM 167 + RM 97 )


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI


KALIMAT JIN LANGIT HIJAU

 


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para murid dan pengunjung setia di blog PUSAT ILMU PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU, apa khabar semua? Abang mendoakan anda semua berada dalam keadaan baik dan dipermudahkan segala urusan anda. Boleh tahan lama jugak blog abang ni menyepi ya, sepi dari kemasukan ilmu baru. Abang menyepi disebabkan abang agak sibuk sebenarnya kerana abang baru saja pulang dari menuntut ilmu dengan GURU TUA KESAYANGAN abang dan sebab kedua adalah abang sedang giat mengulik ilmu yang dilancarkan pada hari ini iaitu KALIMAT JIN LANGIT HIJAU. Ada juga yang bertanya Kalimat As-Saffah yang tempohari abang post coming soon tu tak keluar ke? Ya abang hold dulu ilmu As-Saffah demi memberi laluan kepada ilmu level KING OF HYPER RARE pada kali ini.

Anda pernah dengar ilmu atau kalimat JIN LANGIT HIJAU? Ianya adalah sebuah keilmuan warisan dari GURU TUA yang bernama TOK XXX XXXXXX (nama beliau dirahsiakan, hanya pemilik sah ilmu ini saja yang akan diberitahu namanya) yang tinggal di utara dan untuk pengetahuan anda semua, inilah KALI PERTAMA abang mengangkat keilmuan yang bersanad dari beliau di blog MGT. Sanad keilmuannya ialah SANAD EMAS bagi abang kerana seluruh keilmuan yang abang pelajari dari beliau ialah keilmuan yang berstatus KING OF HYPER RARE, ilmunya jarang didengari dan tergolong dalam golongan ILMU RAHSIA YANG TERSEMBUNYI

Nama ilmu Jin Langit Hijau bukan sekadar nama rekaan melainkan ianya ialah sebuah NAMA dan PANGKAT yang sangat TERKENAL, BERPENGARUH & DIGERUNI di alam ghaib. Ilmu ini dinamakan dengan nama tersebut kerana ilmu ini juga pernah diamalkan oleh SANG JIN LANGIT HIJAU dan KEDAHSYATAN & KESAKTIAN ilmu ini juga sangat LUARBIASA dan AMPUH. Abang telah mengujinya beberapa kali dan hasilnya sangat memuaskan sehingga membuatkan abang sangat-sangat JATUH CINTA kepada keilmuan ini dan menjadi PAKAIAN UTAMA abang sebagai Ahli Hikmah

Pada gambar di atas tertera ayat "ILMU TERTUA TURUN GUNUNG", ya ilmu ini memang USIANYA SANGAT TUA & KUNO bahkan lagi tua dari umur Nabi Sulaiman Alaihissalam kerana ilmu ini sudah wujud dan diamalkan oleh PARA SOLIHIN (orang-orang soleh) dan AHLI HIKMAH TERDAHULU sebelum zaman Nabi Sulaiman Alaihissalam lagi. Setelah itu, barulah ilmu ini diwariskan kepada Baginda Nabi Sulaiman AS dan diamalkan oleh baginda lalu diajarkan pula kepada seorang waliyullah yang menjadi menteri di dalam kerajaan Nabi Sulaiman AS iaitu WALIYULLAH SYEIKH ASHIF BIN BARKIYA yang terkenal dengan pelbagai karomahnya. Ilmu ini diturunkan turun temurun secara bersanad kepada para waliyullah dan ahli hikmah hingga kepada generasi kita sekarang maka bersyukurlah kerana ilmu ini tidak ditelan zaman dan masih ada PEWARISNYA hingga sekarang. 

Kalimat Jin Langit Hijau ini SANGAT AGUNG & ISTIMEWA dan menjadi BINTANG di hati abang kerana kesaktian dan karomahnya yang MULTIFUNGSI sangat berguna dalam pelbagai urusan duniawi selama ini. Oleh yang demikian, abang sangat menyarankan kepada para murid dan pengunjung blog agar mempelajari keilmuan ini IN SHA ALLAH PASTI AKAN MENGUNTUNGKAN KALIAN SEMUA. Abang mengesyorkan juga ilmu ini kepada para PEMBURU ILMU HIKMAH dan PENCINTA ILMU KHODAM kerana dengan memiliki sebuah ilmu ini saja akan menjadikan anda sebagai : 

1. AHLI ISTIKHDAMUL JAN - yakni anda akan menjadi seorang yang JAGUH MENAKLUKKAN & MENUNDUKKAN BANGSA JIN dan anda juga akan menjadi seorang yang pakar dalam ilmu khodam

2. PAWANG GHOIB - yakni anda akan menjadi seorang pawang yang mampu MENGATASI apa saja masalah dan MENGUBATI apa saja penyakit yang berkaitan dengan JIN & ALAM GHOIB

3. AHLI HAJAT - yakni anda mampu memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan untuk MENJAYAKAN PELBAGAI HAJAT DUNIAWI dengan wasilah keilmuan ini dengan izin ALLAH SWT 

Guru tua abang menerangkan bahawa Kalimat Jin Langit Hijau mengandungi KAROMAH yang mampu MENDATANGKAN KHODAM ANGKATAN BALA TENTERA JIN MUSLIM yang berjumlah 10,000 BALA TENTERA yang sentiasa siap sedia untuk berkhidmat dan patuh kepada pengamal kalimat ini. Bala tentera jin muslim tersebut bukan dari golongan jin biasa tetapi mereka merupakan GOLONGAN JIN KELAS BANGSAWAN iaitu golongan jin yang mempunyai KEDUDUKAN YANG TINGGI di kalangan bangsa jin dan mereka MEMILIKI KEKUATAN & KESAKTIAN YANG SANGAT DAHSYAT. Hal inilah yang membuatkan pengamal Kalimat Jin Langit Hijau mendapat PELBAGAI KESAKTIAN KHOWARIQUL LIL ADAH ketika mengamalkannya dan sangat digeruni oleh bangsa ghaib.

Anda mahu percaya atau tidak itu terserah kepada diri anda kerana abang telah menjalankan tanggungjawab iaitu menceritakannya dengan jujur sepertimana penjelasan dari guru tua ketika abang mempelajari Kalimat Jin Langit Hijau dengan beliau. Anda akan menyaksikan sendiri KEAJAIBAN keilmuan ini ketika anda mengamalkannya dan jangan terkejut apabila anda akan mengalami ciri-ciri peristiwa seperti berikut sewaktu mengamalkan KALIMAT JIN LANGIT HIJAU iaitu : 

1. ANDA AKAN MENDENGAR SEOLAH-OLAH SUARA RIUH RENDAH SEPERTI ADA KERAMAIAN DAN MENDENGAR BUNYI HENTAKKAN TAPAK KAKI KUDA YANG SANGAT BANYAK 

2. ANDA AKAN MELIHAT CAHAYA-CAHAYA PUTIH DI DALAM GELAP SEPERTI CAHAYA FLASH LIGHT DALAM KEADAAN REAL ATAU KETIKA PEJAMAN MATA SEWAKTU MENZIKIRKANNYA

3. ANDA AKAN MERASAI SUASANA TEMPAT ANDA MENGAMALKAN ILMU INI SEPERTI DIPENUHI RAMAI 

4.ANDA AKAN BERMIMPI DIDATANGI OLEH SEGEROMBOLAN ORANG YANG BERPAKAIAN INDAH LALU MEREKA AKAN MENJABAT SALAM, MENYAPA ATAU MEMBERI SALAM KEPADA ANDA 

Peristiwa di atas akan dirasai oleh para pengamal keilmuan ini kelak namun hal tersebut bergantung kepada MAQOM DIRI BATIN masing-masing. Ada yang mengamalkannya pada malam pertama sudah bertemu secara nyata, ada yang mengamalkannya lalu bertemu di dalam mimpi dan ada juga yang mengamalkannya tapi tidak bertemu dengan khodam bala tentera tersebut TETAPI APA SAJA HAJAT DAN KESAKTIAN YANG PENGAMAL KEHENDAKI DENGAN MENGGUNAKAN WASILAH KALIMAT INI, BERJAYA DAN BERHASIL MENDAPATKANNYA. Ha abang nak membebel sikit soal ini, ada murid yang merungut kerana tak dapat jumpa khodam keilmuan sedangkan para murid abang yang lain dapat je bertemu dengan khodam keilmuan mereka masing-masing. Persoalannya, kenapa murid tersebut tak dapat jumpa? Ianya kerana NAFSU pengamal itu sendiri, semakin anda RAKUS ingin bertemu khodam keilmuan maka semakin jauhlah anda untuk bertemu dengannya kerana seluruh keilmuan berkhodam yang abang ajarkan di blog selama ini semuanya ilmu khodam beraliran putih/muslim dan ketahuilah bahawa khodam jin muslim yang menjaga setiap keilmuan amat tidak suka mereka diagung-agungkan dan tidak suka "ditaksubkan". Oleh yang demikian, anda hendaklah kembali kepada matlamat asal yakni APAKAH TUJUAN ANDA MENGAMALKAN KEILMUAN TERSEBUT? Nak jadi orang yang sakti? Nak jadi orang yang ada kebolehan mistik? Nak kuat dan hebat? Nak jadi pawang? Nak jadi kaya? Ha focuslah kepada tujuan asal anda namun suka abang ingatkan bahawa ALLAH SWT telah SEDIA MAKLUM akan apa tujuan anda mengamalkan sesebuah ilmu tersebut maka niatlah IKHLAS BERAMAL KERANA ALLAH SWT dan selebihnya akan diuruskan oleh Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. PRINSIP ILMU HIKMAH yang sebenar-benarnya adalah menemui khodam itu dikira sebagai "BONUS" sahaja dan tidak penting pun, yang penting adalah KITA BERJAYA MENGUASAI segala kelebihan, fadhilat dan kesaktian yang terkandung di dalam keilmuan tersebut DENGAN MANTAP & SEMPURNA

Kita kembali kepada pembahasan lanjut keilmuan KALIMAT JIN LANGIT HIJAU iaitu tentang bagaimana SISTEM ILMU INI BERAKSI yang ianya sangat berbeza dengan kaedah keilmuan khodam yang lain. Kekhususan sistem ilmu ini adalah ketika anda mahu menggunakan Kalimat Jin Langit Hijau untuk sesebuah hajat tertentu baik hajat peribadi atau hajat orang lain, khodam bala tentera jin muslim yang berjumlah 10,000 orang tersebut tidak akan hadir secara serentak beramai-ramai sebaliknya "KETUA PANGLIMA" kepada bala tentera mereka akan menilai terlebih dahulu sebesar apa hajat anda dan semakin besar hajat anda maka semakin banyaklah bala tentera jin muslim yang akan hadir membantu menjayakan hajat anda namun jika hajat anda kecil maka pasukan bala tentera yang akan hadir menjayakannya bersesuaian dengan kekuatan yang anda perlukan. 

Contohnya, kereta anda terbabas sehingga terkeluar dari jalan landasan dan anda berseorangan pada ketika itu maka dengan wasilah Kalimat Jin Langit Hijau ini akan di-utuskan 1000 BALA TENTERA JIN MUSLIM yang mempunyai KEKUATAN dan KESAKTIAN yang berupaya untuk menolong anda MENGANGKAT KERETA tersebut. Namun begitu, mereka tidak akan merasuki anda sehingga anda tidak sedarkan diri tetapi mereka hanya akan "MENYELIMUTI & MENYALURKAN" kekuatan dan kesaktikan mereka kepada tubuh anda supaya anda menjadi gagah perkasa untuk mengangkat kereta tersebut berseorangan. In Sha Allah anda mampu menjadikan Kalimat Jin Langit Hijau ini sebagai PEGANGAN UTAMA dalam apa jua urusan duniawi dan khodam 10,000 Bala Tentera Jin Muslim tersebut boleh anda gunakan unuk pelbagai keperluan, hajat dan impian baik untuk peribadi dan orang lain kerana khodam keilmuan ini bersifat SANGAT PATUH dan TAAT kepada pengamal keilmuan selama anda istiqomah mengamalkannya. 

Selain itu, karomah yang terdapat di dalam KALIMAT JIN LANGIT HIJAU ini bukan hanya untuk menaklukkan dan menghadirkan 10,000 khodam bala tentera jin muslim sahaja bahkan KALIMATNYA MENGANDUNGI BANYAK LAGI KAROMAH & KESAKTIAN YANG LAIN. Adapun kalimat bacaan ilmu ini SANGAT PENDEK yakni hanya mengandungi DUA ISMULLAHIL ADZOM yang terdiri dari 2 PATAH PERKATAAN SAHAJA iaitu NAMA ALLAH & PUJI-PUJIAN YANG TERAGUNG yang berbahasa Suryani Tua. Meskipun bacaan kalimat ilmunya sangat pendek namun tersurat SEGUDANG KAROMAH & KESAKTIAN di dalamnya kerana sepanjang abang mengulik ilmu ini abang mengalami pelbagai peristiwa yang ajaib dan abang juga melakukan kajian ke atas ilmu ini sekian lama lantas penemuan yang abang temukan ternyata sangat mengejutkan iaitu kalimat ini SANGAT MASYHUR  ditulis di dalam pelbagai kitab ilmu hikmah timur tengah karangan PARA ALIM ULAMAK yang terkenal dengan kepandaian dan keahlian mereka di bidang ilmu hikmah. Walaupun kalimatnya sama tanpa dikurangi sedikit pun namun manfaat, fungsi dan fadhilatnya berbeza-beza yang tercatat di dalam kitab hikmah alim ulamak contohnya ada yang menggunakan Kalimat Jin Langit Hijau ini untuk :

1. MENJADIKAN PENGAMALNYA KAYA RAYA

2. MENJADIKAN PENGAMALNYA KEBAL DAN GAGAH PERKASA 

3. MENUNDUKKAN SELURUH MAKHLUK AGAR TUNDUK KEPADA PENGAMAL

4. MENGHADIRKAN PARA MALAIKAT KHUSUS   

Dan banyak lagi fungsi dan manfaat yang terdapat pada DUA ISMULLAHIL ADZOM yang terkandung di dalam ilmu KALIMAT JIN LANGIT HIJAU ini. Kesimpulannya, apa yang dapat abang rangkumkan setelah sekian lama mengulik dan mengkajinya ialah KALIMAT JIN LANGIT HIJAU merupakan sebuah ilmu yang bermartabat SIRRUL ASROR yang bermaksud ilmu yang mengandungi RAHSIA SEGALA RAHSIA YANG AGUNG sehingga membuatkan ilmu ini mempunyai KAROMAH, KESAKTIAN & MAUNAH YANG TIDAK TERHITUNG JUMLAHNYA. Oleh itu, abang ingin berpesan kepada bakal para pewaris dan pengamal keilmuan ini agar jangan sesekali riya', takbur, sombong dan menyalahgunakan apabila anda telah memiliki ilmu ini dan telah merasai keajaibannya. Tetaplah merendah diri dan gunakanlah ilmu ini ke jalan kebaikan baik untuk diri sendiri dan membantu orang yang memerlukan. 

Tatacara dan kaedah riyadhoh mengamalkan Ilmu Kalimat Jin Langit Hijau ini sangat simple dan ringkas iaitu anda hanya perlu mengamalkannya selama 7 malam berturut-turut dan pada setiap malam tersebut anda perlu wiridkan kalimatnya sebanyak 1000x sahaja yang memerlukan masa yang sangat singkat kerana kalimatnya pendek hanya 2 kata sahaja. Selain riyadhoh 7 malam, abang juga akan mengajarkan anda satu lagi tatacara riyadhoh khusus untuk MENGULIK keilmuan ini yang mana riyadhoh khusus ini hanya untuk mereka yang ada masa terluang dan gemar serta rajin melakukan riyadhoh ilmu. Namun begitu, kaedah riyadhoh mengulik ini TIDAK WAJIB dilakukan dan yang wajib adalah tatacara riyadhoh 7 malam berturut-turut. Justeru itu, jika anda tidak mempunyai banyak masa yang terluang maka cukup anda jalankan riyadhoh 7 malam sahaja dan seterusnya anda istiqomah menzikirkan kalimat ilmu ini setiap kali selepas solat fardhu maka ianya sudah cukup dan memadai untuk anda menguasai keilmuan ini. 

Akhir sekali, abang juga akan bekalkan kepada anda sebuah KALIMAT PENUNDUK KHUSUS yang perlu anda bacakan sebelum membaca KALIMAT JIN LANGIT HIJAU ketika anda mahu MEMERINTAH angkatan 10,000 bala tentera jin muslim tersebut untuk menjalankan tugas menjayakan apa jua hajat. Tidak lupa juga abang akan berikan kepada anda TAWASSUL KHUSUS TUJUH HARI yakni tawassul kepada malaikat khusus yang menjaga hari. Tawassul Tujuh Hari ini sangat penting kerana di dalam pengamalan ilmu khodam kuno anda perlu menghadiahkan al-fatihah kepada malaikat yang menjaga hari bagi mempercepatkan ''PROSES KEMUJARABAN'' ilmu yang anda amalkan pada hari tersebut.

KALIMAT JIN LANGIT HIJAU MENGANDUNGI PELBAGAI KAROMAH, MA'UNAH DAN KESAKTIAN YANG TIDAK TERHITUNG, ANTARANYA ADALAH : 

1. TASKHIRUL JAN YAKNI PENAKLUK BANGSA JIN DAN MENUNDUKKAN MEREKA AGAR PATUH KEPADA PENGAMAL 

2. PENGAMAL AKAN SENTIASA DIDAMPINGI DAN DIKAWAL 24 JAM OLEH BALA TENTERA JIN MUSLIM 

3. AKAN TERPANCAR AURA KEWIBAWAAN DAN PENUNDUK YANG SANGAT DAHSYAT SEHINGGA DIHORMATI BAIK DI MATA MANUSIA DAN MAKHLUK GHAIB 

4. PENGAMAL AKAN DIGERUNI DAN DITAKUTI OLEH SEKALIAN BANGSA JIN YANG JAHAT

5. BENTENG KESELAMATAN ZAHIR DAN BATIN YANG SANGAT AMPUH DARI PERBUATAN JAHAT MAKHLUK BAIK JIN, MANUSIA DAN SELURUH MAKHLUK CIPTAANNYA

6. MENARIK KEREZEKIAN DAN MENDATANGKAN KEKAYAAN YANG LUAR BIASA DARI SEGENAP PENJURU SERTA KECUKUPAN HIDUP

7. PENGAMAL KALIMAT INI MAMPU MELARISKAN DAN MERAMAIKAN SEMULA SESEBUAH PERNIAGAAN YANG SENDU SEPI SERTA PENGAMAL JUGA MAMPU MENGHANCURKAN SEGALA SIHIR TUJU-TUJU YANG DITUJUKAN PADA SEBUAH PERNIAGAAN SEPERTI KEDAI MAKAN, KEDAI BUAH, KEDAI RUNCIT DAN SEBAGAINYA

8. KALIMAT JIN LANGIT HIJAU JUGA BERUPAYA MENGUBATI SEGALA MACAM JENIS SIHIR DAN MENGHANCURKANNYA SERTA JIKA PENGAMAL BERKEHENDAK AGAR SIHIR TERSEBUT DIPULANGKAN KEMBALI KEPADA TUANNYA MAKA BALA TENTERA JIN MUSLIM AKAN BERTINDAK MENGIRIMKAN KEMBALI DENGAN KEKUATAN BERLIPAT-LIPAT KALI GANDA TERUKNYA

9. KALIMAT JIN LANGIT HIJAU JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGHALAU JIN PENUNGGU SESEBUAH TEMPAT DAN MENGOSONGKAN TEMPATNYA AGAR KEMBALI NORMAL

10. PENGAMAL BOLEH MEMAGARI SESEORANG ATAU PESAKIT DARI GANGGUAN JIN & SERANGAN  SIHIR DAN KEKUATAN KALIMAT INI JUGA BERUPAYA BERKHIDMAT MEMAGARI  SESEBUAH TEMPAT DARI SERANGAN GANGGUAN JIN SEPERTI SEKOLAH, ASRAMA PEREMPUAN DAN LAIN-LAIN

11. DENGAN IZIN ALLAH, PENGAMAL KALIMAT JIN LANGIT HIJAU AKAN DIANUGERAHKAN DENGAN PELBAGAI KESAKTIAN DAN MAU'NAH YANG BERSIFAT KHOWARIQUL LIL ADAH  

12. DIBUKAKAN MATA BATINNYA (KASYAF) DAN PENGAMAL AKAN KERAP MENDAPAT ISYAROH/BERITA TENTANG RAHSIA-RAHSIA ALAM GHAIB

13. KETAJAMAN HATI DAN PENGAMAL AKAN SENTIASA MERASAI SESUATU PERKARA YANG BAKAL BERLAKU

14. PENGAMAL JUGA MAMPU MENGHADIRKAN ANGKATAN BALA TENTERA GHAIB YAKNI BALA TENTERA JIN MUSLIM UNTUK MENJAYAKAN APA JUA HAJAT SEPERTI MENYELESAIKAN MASALAH YANG RUMIT, MENYATUKAN PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BERTENGKAR, MENAGIH HUTANG DARI ORANG YANG LIAT MEMBAYAR HUTANG DAN SEBAGAINYA

15. KALIMAT JIN LANGIT HIJAU JUGA BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI WASILAH UNTUK MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN MENJAYAKAN HAJAT-HAJAT DUNIAWI SERTA DIKABULKAN SEGALA IMPIAN YAKNI DENGAN MEMBACA KALIMAT INI DALAM BILANGAN GANJIL KETIKA BERDOA LALU SEBUTKANLAH HAJAT YANG ANDA INGINKAN

16. APABILA KALIMAT JIN LANGIT HIJAU INI SUDAH BENAR-BENAR MASAK DAN "SEBATI" DALAM DIRI ANDA MAKA DENGAN IZIN ALLAH ANDA MAMPU MEMERINTAHKAN KHODAM SEPULUH RIBU BALA TENTERA JIN MUSLIM UNTUK MENGESAN KEBERADAAN HARTA KARUN DAN MENZAHIRKANNYA KE ALAM NYATA

17. PENGAMAL JUGA AKAN MENJADI KEBAL DAN GAGAH PERKASA KETIKA DISERANG MUSUH DAN DAPAT MENGALAHKAN MUSUH YANG RAMAI WALAUPUN PENGAMAL SEDANG BERSEORANGAN

18. PENGAMAL JUGA MAMPU MENJAHANAMKAN DAN MEMBALAS KEMBALI KEJAHATAN ORANG YANG TELAH BERTINDAK ZALIM KE ATAS DIRINYA (HAL INI HANYA BERLAKU KETIKA ANDA BETUL-BETUL DIZALIMI SAHAJA KERANA ANDA TIDAK BOLEH MEMERINTAHKAN KHODAM KEILMUAN INI SESUKA HATI MENYERANG ATAU MEMBALAS KEPADA SESEORANG TANPA SEBAB YANG KUKUH)

19. KEDUDUKAN DAN MARTABAT PENGAMAL JUGA AKAN DIJAGA DARI DIJATUHKAN 

20. PENGAMAL AKAN MENJADI SEORANG YANG UNGGUL DAN SENTIASA MEMENANGI DALAM APA JUA URUSAN YANG BERSIFAT PERTANDINGAN, PERLAWANAN DAN PERSAINGAN 

21. KAROMAH KALIMAT JIN LANGIT HIJAU INI JUGA MAMPU MENUNDUKKAN UNSUR ALAM SEPERTI MENDATANGKAN HUJAN, MEMBERHENTIKAN HUJAN, MENDATANGKAN PETIR DAN SEBAGAINYA KERANA TERDAPAT ISMUL ADZOM YAKNI NAMA PUJI-PUJIAN ALLAH YANG AGUNG DI DALAM KALIMAT INI YANG MEMBUATKAN PENJAGA UNSUR ALAM JUGA AKAN TUNDUK KEPADA PENGAMAL ILMU INI

DAN PELBAGAI LAGI KELEBIHAN YANG AKAN DIRASAI SENDIRI OLEH PENGAMAL KERANA KALIMAT JIN LANGIT HIJAU BERSIFAT SEBUAH ILMU YANG SANGAT UNGGUL DAN SUPER-MULTIFUNGSI. ABANG MENGUCAPKAN SELAMAT MENGAMALKAN ILMU YANG AGUNG INI DENGAN PENUH BERSEMANGAT DAN MENYAYANGINYA SEPERTI SAHABAT BAIK ANDA !

"HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM"

      Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS. 


MAHAR KALIMAT JIN LANGIT HIJAU:

SEBANYAK RM 313 SAHAJA


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI