GELANG RATU SARBANUN SOLD OUT!

 





Alhamdulillah, kemasukan pertama item wanita ke dalam blog MGT. Gelang ini merupakan pemberian daripada Ratu Sarbanun kepada Puteranya iaitu Putera Ahmad untuk diserahkan kepada manusia sebagai kegunaan manusia di alam nyata. Ianya batu hidup semakin lama si pemiliknya pakai, maka warna gelang batu ini akan semakin menyerlah dan menawan. Sungguh indah ciptaan Allah SWT.. Abang bila tenung batu ini rasa seperti tenggelam dalam lautan biru yang luas dan jernih.


Ratu Sarbanun berkata gelang ini bagus digunakan sebagai:

PENAIK AURA

PENYERI WAJAH 

MEDIUM KETENANGAN JIWA

MENYERAP AURA NEGATIF DAN MENTERJEMAHKANNYA KEPADA AURA POSITIF

Kod Produk : GRS01

Stok : 1 Unit

MAHAR : RM 80

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI



GOLOK PAWANG + IJAZAH BACAAN PAWANG SOLD OUT






 


Golok ini adalah milik seorang pawang yang agak terkenal di arah timur satu ketika dahulu. Namun beliau sudah kembali ke rahmatullah.. Al-Fatihah untuk beliau. Golok ini merupakan pakaian beliau ketika "berbomoh" ratusan pesakit yang datang dan golok ini mempunyai seorang khodam daari bangsa jin Islam. Rupa khodam ini ialah seorang lelaki tua yang tinggi lampai berbaju melayu putih dan berkain pelikat. Abang bertemu khodam ini di dalam mimpi ketika diawal abang perolehi golok ini, beliau hadir dengan memberi salam dan senyuman yang mesra. Beliau bertugas sebagai pembantu kepada pemilik golok hikmat ini. Dan kini abang ingin melepaskan golok ini kepada sesiapa yang berhajat in sha Allah.

Pemahar golok pawang ini juga akan menerima ijazah BACAAN PAWANG dari abang.. ianya dibacakan ketika merawat menggunakan golok ini (ABANG AKAN AJARKAN GERAKNYA JANGAN RISAU) tapiiii abang akan pos golok ini selepas raya naaa kerana untuk mentapakan golok ini bagi menguatkan lagi hikmatnya. Silakaannnn barang baik ada satu je, siapa cepat dia dapat.

GOLOK INI MEMPUNYAI KELEBIHAN DALAM:

PERUBATAN DALAM HAL MAKHLUS HALUS DAN SEUMPAMANYA 

PEMAGAR DIRI DAN RUMAH

PAKAIAN BOMOH

AMPUHHHH


Kod Produk : GP01

Stok : 1 Unit

MAHAR : RM200

Kos Pos : BAWAH RM20 ( abang tak pasti sebab tak pernah pos item berupa senjata, kena tanya pihak pos dulu huhu )

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

KULIT KIJANG PUTEH GUNUNG TEBU

 


KULIT KIJANG 01


KULIT KIJANG 02

Kulit Kijang Puteh asli... barang ada 2 sahaja. Apa kelebihannya? 

Umum menggunakannya sebagai ;

PENGANYER IKAN (MEMANCING DAPAT BAAAANYAAK IKAN) SUDAH TERBUKTI SEKIAN LAMANYAA

PELARISAN NIAGA (DILETAKKAN DALAM LACI KEDAI ANDA)

PEMAGAR DIRI


Kod Produk : KKPA01&02

Stok : 2 Unit Sahaja

Mahar : RM 40

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

GELIGA MANI GAJAH TERUNA SOLD OUT!




 
Assalamualaikum semua dan salam bahagia buat semua. Pada kali ini abang persembahkan GELIGA MANI GAJAH TERUNA perolehan dari Kerajaan Gunung Tebu. Ianya abang dah siap ikatkan cincin perak alpaka gred A. Uniknya mani gajah kali ini ialah dari Gajah Teruna kerana "kepekatan" warnanya, yang sangat ampuh khasiatnya dari geliga mani gajah biasa. Cara dia berfungsi ialah dengan bau ghaib yang boleh membangkitkan daya tarikan untuk orang wanita dan lelaki. Sangat sesuai dipakai ketika hari raya, orang melihat kita berseri-seri dan tertarikkkk

MANI GAJAH TERUNA INI BERFUNGSI SEBAGAI :

RAJA PENGASEHAN 

PENYERI WAJAH SUPERRR!!

PELARISAN NIAGA (DIPAKAI KETIKA BERNIAGA)

SENANG DAPAT TENDER PROJECT (USAPKAN BATU KETIKA BERURUSAN)


KOD PRODUK : MGT01

STOK : 1 UNIT

SIZE CINCIN : 20 (BOLEH RESIZE)

MAHAR : RM 150


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

PENGUMUMAN

 Assalamualaikum semua, salam sahur buat semua pengunjung blog MGT. Pertama sekali, abang nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang sudi berkunjung di Kedai MGT ini dan yang telah memaharkan item di blog ini.

Abang ingin memohon maaf kepada anda semua kerana abang agak slow update barang di blog, abang tahu ramai yang hari-hari datang jenguk blog abang untuk melihat item abang yang terbaru. Hal ini kerana pada 10 hari terakhir Ramadhan ini abang banyak meluangkan masa beribadat agar dapat bertemu dengan malam Lailatulqadar dan abang sedang menjaga mak abang yang kurang sihat.

Abang ingin memaklumkan abang akan kembali aktif update item selepas Hari Raya Aidilfitri ini dengan pelbagai item-item menarik dan juga abang akan buka pengijazahan keilmuan dari PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU. In sha Allah sentiasa yang terbaik untuk anda semua.

Oleh kerana ramai yang tanya ijazah ilmu apa yang abang akan buka maka abang akan senaraikan di sini:

1. ILMU GAJAH BERANG (PEPERANGAN) 

2. ILMU RATNA KASIH (PENGASIH)

3. ISIM HULUBALANG ALLAH (PEPERANGAN) 

4. SELEMPANG HARIMAU BERANTAI (PEPERANGAN DAN PERAWATAN)

DLL YANG MASIH BELUM ABANG PUTUSKAN.

Antara syarat-syarat untuk mempelajari keilmuan ini ialah beragama islam, dan diberikan nama anda dan abang akan check sama ada serasi atau tidak keilmuan tersebut dengan anda. Segala ijazahan abang maharkan sama seperti kadar fidyah yang abang bayarkan kepada guru-guru abang dulu, kira macam yuran belajar la nohh.

Ok itu saja, jangan lupa jenguk blog abang everyday. In sha Allah ada rezeki anda 

GELANG NYI SARI ALAM SOLD OUT

 




Permata ini nama sainsnya ialah Rose Quartz jenis gred A mengikut "Airnya". Ianya merupakan pemberian dari Nyi Sari Alam, beliau merupakan seorang Tok Bidan Diraja yang banyak membantu kaum wanita dalam urusan melahirkan anak, rawatan mandi bunga untuk penarik jodoh dan pemulih seri dan pelbagai lagi kemampuannya dalam hal keperempuanan. Nama lagi bidan raja mesti la handal kan huhu.. 

Tok Nyi Sari Alam memberikan batu ini sebagai ikhtiar :
 
PENGASEHAN UMUM

PELARIS DIRI

PENYEJUK JIWA (jika sebelum ini anda seorang yang baran)

BERFIKIRAN POSITIF DAN MAJU JAYA

KEMAKMURAN HIDUP 


Kod Produk : GNS01

Stok : 1 Unit 

MAHAR : RM 83.00 SAHAJA

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

JEMALA NAGA GUNUNG TEBU SOLD OUT!

 





Jemala Naga ini ialah pemberian dari Naga Gunung Tebu. Beliau merupakan pengawal bagi Kerajaan Bunian Gunung Tebu, sangat besar dan gagah perkasa. Naga ini abang berjumpa ketika melakukan ritual di gunung tebu dan ada 2 orang anak buah abang yang juga dapat saksikan kehadirannya. Alhamdulillah hebat sungguh ciptaan Allah ni nohhhh. Barang ada 1 sahaja

Mempunyai kelebihan :

PENUNDUK MUSUH
KEWIBAWAAN TINGGI
BERDEBAT MENANG
KEKUATAN DALAMAN DAN SEMANGAT
PERISAI SIHIR ( DIBENTENGI MELALUI SISIK NAGA TERSEBUT)

Kod Produk :JNGT01
MAHAR PROMO : RM 150

CARA PAYMENT ANDA BOLEH CLICK DI PAUTAN PEMBELIAN SEBELAH KIRI BLOG OK

GELIGA PUTERI SRIDAYU SOLD OUT

 





Alhamdulillah pemberian Puteri Sridayu dari Kerajaan Air Deru. Beliau mempunyai rupa paras yang menawan, berhidung mancung dan warak orangnya. Kerajaan Air Deru merupakan kerajaan kecil dibawah jajahan Kerajaan Gunung Tebu jugak. Siapa pernah pergi lata kolam air deru? Haa Puteri ni berasal dari situ laaahh. Bapanya seorang Tuan Guru dalam bidang agama dan keilmuan hikmah, boleh tahan handal jugak. Ok abang teruskan tentang kelebihan geliga ini ya.

Ia mempunyai kelebihan asbab sebagai medium:

PENAWAR PANAS BARAN

MENSTABILKAN AURA DIRI

MENAIKKAN AURA PENGASEHAN DIRI (orang terpersona melihat kita sepertimana mereka terpegun melihat keanggunan wajah si puteri ini)


Kod Produk: GPS01
Stok: 1 Unit
MAHAR: RM 80.00

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

PEROLEHAN TERBARU

Assalamualaikum semua, pada esok hari in sha Allah item terbaru akan masuk ya. Maaf atas kelewatan update barang.. Abang tunggu barang sampai je huhu. Pada kali ini banyak item-item berkhasiat untuk kegunaan wanita. Oklah kita jumpa esok ya! 

BATU LELEH PANGLIMA ALI SOLD OUT

 


                                           


BATU LELEH ini merupakan pemberian dari Panglima Ali iaitu antaran barisan panglima dalam Kerajaan Gunung Tebu. Batu ini pemberian darinya kepada abang sebagai tanda perkenalan antara kami dan oh yaa leleh jenis ini tak lekat magnet tau. Batu ini abang dah siap ikat dengan ikatan tembaga yang solid. Setahu abang jenis tembaga tak boleh resize, alah tukar perak alpaka atau perak biasa je. Murah je.. Kalau nak suruh abang tukar perak, kena bagi masa abang tempah dengan tukang ya. Ok kita teruskan.. abang kejap lagi pun nak buat ritual ni. 

Batu Leleh Ini Mempunyai Kelebihan Dalam:

MEDIUM KEKEBALAN DARURAT

KEKEBALAN PELURU

PENAIK SEMANGAT BERANI (RENDAM DAN MINUM, SESUAI UNTUK ORANG YANG MEMPUNYAI MASALAH GUGUP DAN KURANG KEYAKINAN DIRI)

PEMAGARAN DIRI DARI SERANGAN HALUS 


Kod Produk: BL01
Stok: 1 Unit
Saiz: 19-20

MAHAR: RM 137

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI





CINCIN PAWANG SOLD OUT!!






CINCIN PAWANG ini ialah milik seorang pawang tua yang abang terpaksa rahsiakan identiti beliau di atas sebab beliau tak ingin dikenali. Beliau seorang pawang yang berilmu tinggi dan rendah diri orangnya. Cincin ini katanya sangat berguna ketika beliau dalam peperangan dan urusan kerja berat. Kiranya khasiat cincin ini lebih kepada peperangan la ya tuan-puan semua. Seingat abang beliau mempunyai 3 bentuk cincin, 1 dipakainya ketika merawat, 1 lagi iaitu cincin di atas ini beliau pakai saat pergi berperang dan 1 lagi beliau pakai ketika ada urusan dengan pemerintah. Setakat ini beliau hanya beri cincin ni saja untuk abang. Silakan...

Cincin Pawang Ini Mempunyai Kelebihan Dalam:

KEGAGAHAN BADAN SAAT BERTEMPUR

PEMBERAT PUKULAN 

SEMANGAT JUANG DALAM BERPERANG

PERISAI AUTOMATIK DARI BAHANA SIHIR




Kod Produk: CP01

Stok: 1 Unit Sahaja

Saiz: 11-13 (NO RESIZE, KORANG TUKAR SARUNG CINCIN BARU JE)

MAHAR: RM 150

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI










MANI GAJAH GUNUNG TEBU SOLD OUT!

 



MG01A



MG01B

Assalamualaikum semua, alhamdulillah kali ini perolehan dari Gunung Tebu membawa 2 Geliga Mani Gajah. Umumnya sudah ramai yang tahu khasiat geliga mani gajah ini dan sudah banyak berjasa pada manusia Alhamdulillah Allah Taala takkan mencipta sesuatu tanpa sebab dan manfaat.

Geliga Ini Mempunyai Kelebihan Dalam:

PENGASIHAN TINGGI

IKHTIAR PENARIK JODOH

PELARIS DIRI DALAM URUSAN PEKERJAAN ATAU PERNIAGAAN

PENAIK SERI WAJAH


Kod Produk: MG01

Stok: 2 Unit

MAHAR: RM 65


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI



SESI IJAZAHAN KEBATINAN

Assalamualaikum semua, salam subuh dan selamat berpuasa semua.

Setelah abang timbang kira dari segenap segi, dengan keadaan dunia yang kian meruncing. Abang merancang ingin membuka ijazah keilmuan di dalam blog ini, hal ini untuk persediaan bagi kita dalam mengharungi suasana perang akhir zaman yang akan berlaku kelak. Kita tidak minta benda ini terjadi tetapi kalau berlaku, paling kurang kita ada amalan sebagai perisai diri kita dan keluarga. Apa pendapat anda? Jika rancangan ijazah keilmuan ini mendapat sambutan.. Abang akan membukanya.

Ingat nak buat kem tapi dengan keadaan sekarang kita berpuasa.. Dan abang pun agak sibuk dengan perniagaan maka ijazahan keilmuan abang dapat bukakan di blog sahaja. Caranya anda bagi nama berbinti kan nama ibu, abang akan tilik adakah anda serasi atau tidak.. Jika serasi abang akan pos satu pil yang telah di isi dengan tenaga ilmu dan anda tinggal makan sahaja, serta amalan keilmuan juga akan diberikan di dalam satu kertas untuk anda amalkan. Bagaimana? Berminat untuk belajar sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan?

Kalau jadi, lepas raya baru kita bukak. 

UPDATE TERBARU (BARU LANDING)

Esok 2 barang ni dan beberapa lagi akan menyusul. In sha Allah sentiasa yang terbaik untuk pelanggan abang

AKIK BADAR RARE! SOLD OUT!

 





Akik Badar ini diberikan oleh Panglima Rahman dari Kerajaan Gunung Tebu. Beliau merupakan salah seorang panglima yang menjaga kedaulatan kerajaan. Beliau seorang yang berbadan tegap dan tinggi ilmu persilatannya serta berwajah garang. Akik Badar ini merupakan pakaian para panglima dan hulubalang ketika di dalam peperangan. Batu ini ialah batu akik yang berunsurkan badar besi, sungguh indah jika dilihat depan mata.

Akik Badar Ini Mempunyai Kelebihan Dalam:

KEKEBALAN DARURAT

PERISAI SIHIR YANG AMPUH

HALIMUNAN DARI PANDANGAN MUSUH


Kod Produk: AB01
Stok: 1 Unit
Saiz: 16-17 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 140 SAHAJA

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI






GELIGA HARIMAU KUMBANG SOLD OUT!

 






Assalamualaikum semua, abang baru saja sihat dari demam. Hari ni baru ada tenaga nak update blog, korang semua puasa ok ke? Harap semua sihat semuanya ya.

Kali ini abang keluarkan GELIGA HARIMAU KUMBANG, sebuah item yang sangat berguna dalam peperangan. Geliga ni abang dah siap ikat cincin, cincin tu kira abang belanja la korang. Bercakap tentang harimau ni abang teringat zaman abang merantau dalam mencari ilmu harimau dulu, pelbagai dugaan dan cabaran abang harungi untuk menguasai keilmuan ini. Abang belajar dari beberapa orang guru tentang keilmuan rimau ni antaranya ilmu seribu harimau, isim harimau putih dll. Khasiat keilmuannya lebih kurang sama dengan Geliga Harimau Kumbang ini. Huhu sungguh aku rindui zaman itu. Ok abang teruskan ya...

Geliga Ini Mempunyai Kelebihan Dalam:

KEKUATAN KAKI DAN TANGAN (TENDANG DAN PUKULAN KUAT)

TAHAN PUKUL

SEMANGAT KEBERANIAN YANG LUAR BIASA (RENDAM GELIGA INI DAN MINUM)

KEWIBAWAAN LAGAK SEEKOR HARIMAU GARANG


Kod Produk: GHK01

Stok: 1 Sahaja

Saiz: 19-20 (BOLEH RESIZE)

MAHAR: RM 130

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

ITEM PERANG

Assalamualaikum semua, apa khabar?
Abang kurang sihat buat masa sekarang, in sha Allah lagi 2-3 hari baik la ni. Demam sikit huhu

In sha Allah selepas ini akan masuk item lebih ke arah untuk PEPERANGAN. Sekutu-sekutu abang di alam sana banyak memberikan item perang buat masa sekarang, kata mereka untuk persediaan akhir zaman. Wallahualam

Item dah landing dah malam tadi, cuma abang nak pi ikat cincin terus. Takpela cincin tu abang belanja je untuk korang, korang hanya bayar kos batu saja. Ok jumpa nanti ya, selamat berbuka semua.

"TAWAKKALTU ALALLAH MELALUI ASBAB" 

MINYAK KHAIBAR

 



Assalamualaikum semua, harap anda semua dalam keadaan sihat waalfiat. Alhamdulillah, abang sihat saja di sini. Hari ini abang persembahkan MINYAK KHAIBAR karya Tuan Che Man, minyak ini sudah tersebar hampir ke seluruh semenanjung Malaysia. Sebuah minyak yang sangat banyak khasiatnya dalam hal spiritual dan sudah banyak terbukti. Khasiat minyak sudah abang masukkan dalam flyer di atas ya. Abang nasihatkan beli la satu sorang simpan buat first kid kat rumah mana tau ada orang rumah sakit-sakit badan ke kena rasuk ke lemah semangat ke bolehlah pakai kan. Ianya juga sangat baik jika dipakai sebelum beramal apa saja keilmuan beraliran putih.

Stok: 15 unit
MAHAR: RM 30.00

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI