PENGUMUMAN

 Assalamualaikum semua, salam sahur buat semua pengunjung blog MGT. Pertama sekali, abang nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang sudi berkunjung di Kedai MGT ini dan yang telah memaharkan item di blog ini.

Abang ingin memohon maaf kepada anda semua kerana abang agak slow update barang di blog, abang tahu ramai yang hari-hari datang jenguk blog abang untuk melihat item abang yang terbaru. Hal ini kerana pada 10 hari terakhir Ramadhan ini abang banyak meluangkan masa beribadat agar dapat bertemu dengan malam Lailatulqadar dan abang sedang menjaga mak abang yang kurang sihat.

Abang ingin memaklumkan abang akan kembali aktif update item selepas Hari Raya Aidilfitri ini dengan pelbagai item-item menarik dan juga abang akan buka pengijazahan keilmuan dari PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU. In sha Allah sentiasa yang terbaik untuk anda semua.

Oleh kerana ramai yang tanya ijazah ilmu apa yang abang akan buka maka abang akan senaraikan di sini:

1. ILMU GAJAH BERANG (PEPERANGAN) 

2. ILMU RATNA KASIH (PENGASIH)

3. ISIM HULUBALANG ALLAH (PEPERANGAN) 

4. SELEMPANG HARIMAU BERANTAI (PEPERANGAN DAN PERAWATAN)

DLL YANG MASIH BELUM ABANG PUTUSKAN.

Antara syarat-syarat untuk mempelajari keilmuan ini ialah beragama islam, dan diberikan nama anda dan abang akan check sama ada serasi atau tidak keilmuan tersebut dengan anda. Segala ijazahan abang maharkan sama seperti kadar fidyah yang abang bayarkan kepada guru-guru abang dulu, kira macam yuran belajar la nohh.

Ok itu saja, jangan lupa jenguk blog abang everyday. In sha Allah ada rezeki anda 

No comments:

Post a Comment