Assalamualaikum wbt dan salam bahagia semua,
Apa khabar? Abang doakan semoga semuanya berada di dalam keadaan baik-baik saja ya dan terima kasih kerana sentiasa setia memantau dan mengunjungi blog abang. Ya blog MGT telah sekian lama tidak mengeluarkan keilmuan-keilmuan baru kerana ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Oleh yang demikian, maka dengan ini kami kembali aktif MENGHIDANGKAN ILMU YANG MENARIK DAN MENAKJUBKAN untuk para pencinta ilmu kebatinan dan untuk mereka yang memerlukan. Ilmu yang abang keluarkan kali ini adalah SEBUAH KALIMAT milik PRABU KIAN SANTANG.
Sebelum abang bercerita panjang lebar, izinkan abang membuat DISCLAIMER terlebih dahulu tentang keilmuan KALIMAT PRABU KIAN SANTANG iaitu ilmu ini tidak sama dengan ilmu-ilmu yang beredar di internet yang dinisbatkan kepada Prabu Kian Santang. Ilmu ini masih "DARA" dan "FRESH" kerana ianya belum pernah diajarkan kepada sesiapa dan tersimpan rapi serta dirahsiakan dari khalayak umum oleh para guru tua. Abang memperolehinya dari seorang guru yang bernama... (DIRAHSIAKAN). Abang disclaimer awal-awal kerana tidak mahu anda salah faham dan menyamakan ilmu ini dengan ilmu yang dah beredar di internet dan di perguruan lain. Ada yang tanya abang, Kalimat Prabu Kian Santang yang abang akan ajarkan ini termasuk golongan asma sunge rajeh yang dah tersebar luas tu ke? JAWAPANNYA TIDAK SAMA SEKALI kerana asma sunge rajeh berbahasa arab yang selalu didepannya ada ayat "inna" manakala KALIMAT PRABU KIAN SANTANG ini pula BERBAHASA ASROR (bahasa rahsia) yang jarang didengari dan agak sulit untuk difahami kecuali "ahlinya" sahaja dan ianya mengandungi 1001 RAHSIA DAN KESAKTIAN yang dihimpunkan di dalam sebuah kalimat yang SANGAT PENDEK.
Kalimat ini merupakan pegangan utama yang sentiasa diwiridkan oleh PRABU KIAN SANTANG, seorang anak raja yang terkenal dengan ketokohannya di bidang kesaktian dan juga banyak berjasa di dalam menyebarkan dakwah agama Islam di Tanah Jawa. Prabu Kian Santang atau di zaman abang menuntut ilmunya dulu lebih dikenali dengan nama PRABU GAGAK LUMAYUNG, tak ramai yang tahu nama tersebut kecuali orang yang benar-benar mendalami keilmuan beliau. Beliau adalah seorang anak raja Kerajaan Pajajaran yakni anak kepada Prabu Siliwangi dan abang rasa hampir semua orang mengetahui tentang sejarah ayahnya yang juga digelar sebagai RAJA HARIMAU kerana kesaktian ayahnya berasaskan "ilmu harimau". Selain itu, beliau juga merupakan bapa saudara kepada Sunan Gunung Jati kerana saudari kandungnya yang bernama Rara Santang ialah ibu kepada Sunan Gunung Jati. Aliran keilmuan Prabu Kian Santang sangat berlainan dengan keilmuan ayahnya kerana ilmu beliau pula berasaskan "ilmu para wali". Kesaktian beliau memang tak dapat ditandingi oleh sesiapa pun di zamannya sehingga beliau diangkat sebagai PANGLIMA TERMUDA dalam Kerajaan Pajajaran.
ANTARA KESAKTIAN PRABU KIAN SANTANG YANG DICERITAKAN OLEH GURU ABANG DAHULU ADALAH:
1. KESAKTIAN LIPAT BUMI IAITU BELIAU MAMPU MEMPERCEPATKAN/MEMENDEKKAN PERJALANAN KE SESEBUAH DESTINASI YANG BELIAU KEHENDAKI SELAJU HEMBUSAN ANGIN
2. KESAKTIAN "TAPAK KERAMAT" IAITU DIKATAKAN BELIAU DIBERI KELEBIHAN MAMPU BERJALAN DI ATAS AIR DAN IANYA DISAKSIKAN OLEH PENGIKUTNYA SENDIRI KETIKA BERADA DI PERAIRAN
3. KESAKTIAN TAMENG TUBUH IAITU BELIAU DIKATAKAN MEMPUNYAI KEKEBALAN YANG LUAR BIASA DARI SEGALA SENJATA DAN SERANGAN BATIN
4. KESAKTIAN BRAJAMUSTI IAITU BELIAU MEMPUNYAI PUKULAN TANGAN DAN KAKI YANG SANGAT DAHSYAT BAHKAN DIKATAKAN PUKULANNYA MAMPU MEMBELAH BATU
5. KESAKTIAN KALANJANA IAITU BELIAU MAMPU MENEMBUSI DAN MELIHAT ALAM GHAIB, BERKOMUNIKASI DENGAN MAKHLUK GHAIB, DAN MENGETAHUI SESUATU YANG BAKAL BERLAKU (MATA BATIN YANG SANGAT TAJAM)
6. KESAKTIAN MULUT MASIN IAITU SEGALA KATA-KATA DAN DOANYA LEKAS DIMAKBULKAN OLEH ALLAH SWT. HAL INI TIDAK MUSTAHIL KERANA BELIAU TERKENAL SEBAGAI SEORANG ANAK RAJA YANG SOLEH DAN SANGAT TAAT KEPADA PERINTAH ALLAH SWT
Dan banyak lagi kesaktian-kesaktiannya yang abang pernah dengar dulu. Sudah tentu untuk menjadi seorang yang sakti pasti seperti itu perlu menempuh pelbagai riyadhoh dan amalan yang berat. Seterusnya, guru abang juga menceritakan bahawa beliau sangat menggemari ilmu-ilmu kesaktian dan ketuhanan sehingga beliau pergi menuntut ilmu dari para wali di zamannya. Warisan ilmu beliau sangat banyak yang abang dapatkan ketika di perantauan dulu seperti mantra brajamusti, mantra suket kalanjana dan banyak lagi dari pelbagai guru dan akhirnya abang menemukan sebuah ilmu yang dikatakan menjadi
"ILMU YANG DIJUNJUNG DI ATAS KEPALA PRABU KIAN SANTANG"
"TAKHTA BAGI SEKALIAN ILMU PRABU KIAN SANTANG"
Yakni ilmu tertinggi yang beliau miliki dan ianya merupakan sebuah ilmu yang merangkumi SELURUH KESAKTIANNYA. Ilmunya adalah KALIMAT PRABU KIAN SANTANG maka beruntung dan bergembiralah anda kerana anda tidak perlu mengamalkan ilmu yang banyak untuk menjadi seorang yang sakti seperti beliau, cukup anda mengamalkan satu ilmu ini saja in sha Allah seluruh kesaktian Prabu Kian Santang akan MERESAP KE DALAM DIRI ANDA.
Lantas, apakah keistimewaan ilmu ini? Kalimat Prabu Kian Santang adalah sebuah KALIMAT KESAKTIAN yang mengandungi 2 rahsia sifat ALLAH SWT iaitu MAHA SAKTI dan MAHA MAUJUD yang bermaksud MAHA NYATA/WUJUD. Kalimat Prabu Kian Santang ini akan menjadi permulaan kepada anda melangkah ke jalan "KEILMUAN MAUJUD" yang mana jalan ini adalah jalan kesaktian tahap tinggi bagi para AHLI HIKMAH/KEBATINAN dan juga menjadi jalan utama para AHLI MAKRIFAH dan AHLI HAKIKAT untuk mencapai martabat MENGENAL ALLAH SWT. Sifat MAHA MAUJUD yang terkandung di dalam Kalimat Prabu Kian Santang ini dikhususkan untuk MEWUJUDKAN SEGALA KEINGINAN DAN IMPIAN PENGAMAL dan MEMAKBULKAN SEGALA KATA-KATA SERTA DOA PENGAMAL (MULUT MASIN). Sifat MAHA SAKTI yang terkandung di dalam kalimat ini pula akan menjadikan pengamal dikurniakan PELBAGAI MACAM KESAKTIAN YANG LUAR BIASA yang tak terkira seperti lipat bumi, menundukkan jin, mengubati penyakit berat, menarik harta terpendam dan sebagainya. Selama abang menuntut ilmu, inilah antara salah satu ilmu RARE yang berisikan karomah sifat ALLAH MAHA SAKTI. Kalimat ini tidak memiliki sebarang unsur khodam kerana kesaktian dan karomahnya mutlak datang dari 2 sifat Allah SWT yang abang sebutkan itu.
Pengalaman abang mengamalkan kalimat ini sangat banyak dan salah satu pengalaman yang HYPER RARE dan tak dapat abang lupakan adalah sewaktu abang mengulik/menzikirkan kalimat ini, abang meletakkan sebotol air kosong yang tertutup di depan abang. Abang menyediakannya bukan untuk buat air jampi pun tetapi hanya untuk abang minum ketika tekak abang kering semasa berzikir. Setelah selesai abang mengulik Kalimat Prabu Kian Santang, abang membuka botol air tersebut untuk dituangkan ke dalam gelas lalu secara tiba-tiba AIR DI DALAM BOTOL TERSEBUT MENGELUARKAN ASAP DAN WAP TANPA SEBAB. Kejadian tersebut berlaku secara sangat spontan dan WALLAHI ianya juga disaksikan oleh 2 orang anak murid abang. Oleh yang demikian, abang menyimpulkan bahawa Kalimat Prabu Kian Santang ini sememangnya mempunyai kekuatan yang SANGAT DAHSYAT sehingga sesuatu yang berada di sekeliling pengamal juga mendapat tempias "auranya".
Bacaan Kalimat Prabu Kian Santang ini SANGAT PENDEK yakni hanya terdiri dari 4 PATAH PERKATAAN SAHAJA dan ianya sangat mudah untuk dihafal. Kaedah riyadhoh/amalan keilmuan ini terbahagi kepada 2 iaitu:
1. KALIMATNYA DIBACA SEBANYAK 313x SELAMA 3 MALAM BERTURUT-TURUT
2. KAEDAH KEDUA INI KHAS UNTUK PENGAMAL YANG SUKA MENGULIK ILMU, KALIMATNYA DIBACA SEBANYAK 1000x SELAMA 6 MALAM BERTURUT-TURUT LALU PADA HARI KE 7 DIBACAKAN SEBANYAK (DIRAHSIAKAN)
Anda boleh memilih kaedah mana yang anda sukai di antara 2 kaedah di atas. Jangan terkejut selama anda menjalankan riyadhoh keilmuan ini anda akan mengalami hal-hal yang pelik seperti yang abang sendiri alami. Setelah tamat riyadhoh maka anda sudah boleh menggunakan kalimat ini untuk PELBAGAI HAJAT DAN TUJUAN yakni cukup anda bayangkan apa yang anda inginkan lalu zikirkan kalimat ini dalam bilangan ganjil in sha Allah PASTI DIKABULKAN oleh Allah SWT dalam waktu yang CEPAT. Contohnya, anda mempunyai keinginan untuk menjadi orang yang berjaya di dalam bidang perniagaan, keinginan untuk menjadi orang yang sakti, keinginan untuk membuka hijab mata batin anda dan sebagainya maka bayangkanlah hal tersebut beserta membaca kalimat kesaktian ini berulang-ulang.
KALIMAT PRABU KIAN SANTANG INI MEMPUNYAI SEGUDANG KESAKTIAN YANG DAHSYAT DAN ANTARANYA ADALAH:
1. PENGAMAL AKAN MEMPUNYAI BENTENG GHAIB YANG SANGAT KUKUH
2. PENGAMAL AKAN MEMPUNYAI SEMANGAT YANG TEGUH, KEWIBAWAAN DAN KEAGUNGAN LAYAKNYA SEPERTI PARA RAJA
3. MEMBUKA PINTU KEREZEKIAN DAN KEBERUNTUNGAN SERTA MENJAYAKAN SEGALA USAHA
4. MENGUATKAN DAN MENINGKATKAN KEMUJARABAN SEKALIAN ILMU DAN KHODAM YANG PENGAMAL MILIKI WALAUPUN TELAH LAMA TIDAK MENGAMALKANNYA (KALIMAT PRABU KIAN SANTANG INI AKAN MENJADI "WAKIL" KEPADA SELURUH ILMU ANDA)
5. ALLAH SWT AKAN MENGABULKAN SEGALA CITA-CITA, DOA DAN HARAPAN PENGAMAL DENGAN MEMBACA KALIMAT INI DI DALAM DOA HARIAN ANDA
6. UCAPAN PENGAMAL MENGANDUNGI KESAKTIAN YANG SANGAT DAHSYAT SEHINGGA SEGALA UCAPAN DAN KATA-KATA PENGAMAL AKAN MENJADI KENYATAAN DALAM TEMPOH YANG CEPAT DAN SINGKAT
7. PENGAMAL MAMPU MEMBERI PELAJARAN KEPADA ORANG ZALIM KERANA UCAPAN PENGAMAL JUGA MENGANDUNGI DAYA SUMPAH SERAPAH YANG SANGAT MEMBAHAYAKAN. CONTOHNYA ANDA MEMBAYANGKAN ORANG ZALIM TERSEBUT JATUH MISKIN ATAU LUMPUH SAMBIL MEMBACA KALIMAT INI MAKA DENGAN IZIN ALLAH SWT IANYA AKAN BENAR-BENAR TERJADI PADANYA
8. PENGAMAL JUGA MAMPU MEMBANTU ORANG YANG MEMERLUKAN DAN YANG DILANDA MASALAH KERANA KESAKTIAN UCAPAN PENGAMAL BUKAN SAJA BERFUNGSI KEPADA DIRINYA SAJA BAHKAN JUGA BERFUNGSI DAN BERKESAN KEPADA ORANG LAIN. CONTOHNYA, ANDA MEMBAYANGKAN KEDAI KAWAN ANDA KEMBALI LARIS, ANDA MEMBAYANGKAN KAWAN ANDA SUKSES DALAM SESEBUAH USAHA SAMBIL MEMBACA KALIMAT INI MAKA DENGAN IZIN ALLAH SWT IANYA AKAN BENAR-BENAR TERJADI KEPADA MEREKA
9. PENGAMAL AKAN MENJADI SEORANG PERAWAT YANG MAMPU MENYEMBUHKAN APA JUA PENYAKIT DENGAN IZIN ALLAH SWT
10. PENGAMAL MAMPU MEMAGAR SESEBUAH KAWASAN, MAKHLUK SERTA HARTA BENDA YANG DIKEHENDAKI HANYA DENGAN MEMBAYANGKANNYA BESERTA MEMBACA KALIMAT KESAKTIAN INI
11. PENGAMAL MAMPU MENDATANGKAN KEKEBALAN DAN KEGAGAHAN KETIKA DIPERLUKAN
12. PENGAMAL MAMPU MEMBUAT PUKULAN TANGANNYA MENJADI SEKUAT BESI DAN SEBERAT BATU (KESAKTIAN PUKULAN BRAJAMUSTI)
13. PENGAMAL MAMPU MENGHADIRKAN PELBAGAI JENIS DAYA KESAKTIAN YANG DIINGINKAN SEPERTI DAYA KESAKTIAN MEMBERHENTIKAN HUJAN, DAYA KESAKTIAN MENGHADIRKAN ANGIN, DAYA KESAKTIAN MEMBERHENTIKAN RIBUT YANG MELANDA, DAYA KESAKTIAN MENUNDUKKAN JIN DAN SEBAGAINYA
14. KALIMAT PRABU KIAN SANTANG INI JUGA AKAN MEMBUKA DAN MENAJAMKAN MATA BATIN DAN FIRASAT HATI PENGAMAL SEHINGGA MAMPU MELIHAT DAN BERKOMUNIKASI DENGAN MAKHLUK HALUS SERTA MENGETAHUI APA YANG BAKAL TERJADI
15. APABILA SAMPAI PADA SATU MAQOM, PENGAMAL MAMPU MENZAHIRKAN HARTA TERPENDAM DAN MELAKUKAN PENARIKAN DENGAN WASILAH KALIMAT INI
DAN BANYAK LAGI KELEBIHAN DAN KERAMAT YANG TERKANDUNG DI DALAM KALIMAT PRABU KIAN SANTANG YANG AKAN ANDA RASAKAN DAN ANDA BOLEH MENGGUNAKANNYA MENGIKUT KEHENDAK ANDA SENDIRI. ANDA JUGA BOLEH "MENGUJI CUBA" KEILMUAN INI KETIKA ANDA SEDANG MENGULIK DAN MENGAMALKANNYA.
Ilmu ini boleh dipelajari oleh sesiapa tanpa mengira bangsa dan agama. Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS. Beruntunglah kepada anda yang berjaya mewarisinya dari PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU.
MAHAR KALIMAT PRABU KIAN SANTANG:
SEBANYAK RM 299 SAHAJA
SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI
No comments:
Post a Comment