RIBUAN SYUKUR

Assalamualaikum semua dan salam bahagia kepada pengunjung - pengunjung blog ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala kerana blog abang ini dapat juga dilancarkan. Terima kasih kepada guruku Tok Ayah Pay kerana sudi mempromosikan blog ini, moga tok ayah dan keluarga sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Salam perkenalan kepada semua, abang bernama megat dan dikenali sebagai Megat Gunung Tebu. Alhamdulillah moga blog ini dapat berkembang maju dalam perniagaan mistik dan juga agar dapat menjadi tempat kita bersilaturrahim dengan baik in sha Allah. Kita bertemu disini di atas satu minat yang sama dalam dunia mistik dan batu permata. 

Abang akan mula beroperasi menerbitkan barangan pada hari ahad ini bersempena dengan 1 Ramadhan. Antara item yang akan keluar ialah AZIMAT GAJAH (MULTIFUNGSI) yang diritualkan oleh abang sendiri, dan beberapa barang menarik dari Kerajaan Gunung Tebu. In sha Allah abang akan sentiasa menyediakan perkhidmatan terbaik dan barangan yang berkualiti untuk anda semua. 

Sekian sahaja dari abang, moga anda semua sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

" TAWAKKALTU ALALLAH MELALUI ASBAB "





10 comments:

  1. Wassalam.. Alhamdulillah. Semoga terus maju jaya blog tuan megat. Selama ni dok dengar cerita dan kenal barangan dr tuan megat dr tok mat. Sekarang alhamdulillah dah ada blog sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih tuan jebat sudi berkunjung ke blog ambo

      Delete
  2. Waalaikumussalam. Terimakaseh abang megat

    ReplyDelete
  3. Wsalam tuan. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  4. Wksalam .Alhamdulillah.semoga sihat Dan sukses selalu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah,terima kasih tuan-tuan semua. Moga kita semua sentiasa diberkati Allah,dan moga kita dapat berurus niaga demgan baik dalam blog ini ya.

    ReplyDelete
  6. Mantap sekali teruskn...
    Jangan biarkan ditelannya warisan dek zaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tokjan rockers naga berapi. Alhamdulillah =D

      Delete