GELIGA MOYANG HASSAN PROMO






 Assalamualaikum dan selamat tengahari semua, abang sekarang berada di luar kawasan atas beberapa urusan perlu diselesaikan. Abang akan pulang ke rumah pada hari ahad ini jadi kepada customer yang menunggu sesi pengijazahan keilmuan harap bersabar ya, hari ahad malam kita mulakan sesi ijazah In Sha Allah doakan urusan abang disini dipermudahkan. Nah 3 hari lepas Tok Moyang Hassan yang merupakan guru silat kepada rakyat bunian di Gunung Tebu datang lagi memberi geliga kepunyaannya kepada abang namun geliga kali ini kekuatannya lebih berganda dari item beliau sebelum ini. Seingat abang pemberian Tok Moyang Hassan ni baru sekali je pernah masuk MGT dan ini kali kedua. Tok Moyang Hassan ni dulu ketika mudanya beliau berpangkat panglima dalam Kerajaan Gunung Tebu bergelar Panglima Hassan. Fungsi geliga ini? Sudah tentu khasiatnya lebih kepada peperangan kerana pemiliknya dulu "kaki perang". Abang harap kelebihan geliga ini digunakan di jalan yang benar ya.. itu antara pesanan Moyang Hassan kepada abang. 


GELIGA INI BERFUNGSI SEBAGAI:


PENGUAT TENAGA DALAMAN


BAGUS DIPAKAI OLEH PENGAMAL ILMU PERANG (PAKAI DULU BARU TAHU)


PEMBISA PUKULAN


HALIMUNAN DARI MUSUH


PEMBENTAK MUSUH

( SERGAHAN SUARA ANDA MEMBUATKAN MUSUH SANGAT KETAKUTAN )


Kod Produk: GMH02

Stok: 1 Unit

Size: Saiz 18 (Boleh Resize)

MAHAR: RM 140

PROMO : RM 99

Kos Pos: RM 10


 SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


GELIGA TERATAI SOLD OUT!

 






Assalamualaikum dan salam bahagia semua, apa khabar? Abang harap anda dalam keadaan baik-baik sahaja ya. Abang disini sihat seadanya cuma busy sikit dengan urusan penting. Geliga diatas bernama Geliga Teratai yang merupakan pemberian dari Kerajaan Gangga Laut di lautan timur iaitu antara semenanjung dan borneo. Geliga Teratai ini berasal dari mineral laut yang dikenali sebagai batu karang laut yang banyak manfaatnya dalam urusan perubatan dan penarik kerezekian. Geliga Teratai ini juga merupakan penawar bagi penyakit gastrick iaitu dengan direndam dan diberi minum kepada pesakit yang mengalami gastrick in sha Allah sembuh molekk. 


KEGUNAAN GELIGA TERATAI INI IALAH:


PENJAUH GANGGUAN DAN SIHIR


AURA YANG MENYEJUKKAN DIRI


PENARIK KEREZEKIAN


PENAWAR PENYAKIT BATIN DENGAN RENDAMANNYA DIMINUM


MENGUBATI GASTRICK


Kod Produk: GT01
Stok: 1 Unit
Size: Size 19 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 110.00
PROMO: RM 99
Kos Pos : RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


GELIGA BIDAN NEK MAS SOLD OUT!







Assalamualaikum semua, apa khabar? moga sentiasa dalam keadaan baik. Abang baru pulih dari demam tu hari berubat orang sampai abang kena tempias sekali. Menentang sihir siam ni memang kuat... tak kena cara kita pun boleh jumpa batu dua huhu. Antara ilmu abang pakai lawan sihir kelas berat ni ialah KAF 40 dan Ilmu Raja Pasong. Ada lagi amalannya tapi biarlah rahsia.. begitulah jadi bomoh ni tuan-puan... berkhidmat pada masyarakat selagi kita mampu. Sebab tu blog MGT abang ni tujuan utamanya ialah untuk membantu masyarakat yang memerlukan selain menjadi tempat abang mencari rezeki. 

Geliga di atas ialah pemberian dari BIDAN NEK MAS yang menjadi bidan diraja di Kerajaan Kota Serani. Beliau merupakan bidan yang terkenal di alam bunian melayu kita kerana kehebatannya dalam ilmu perbidanan dan perubatan. Beliau juga merupakan guru dalam hal perbidanan diraja dan perubatan serta mempunyai sebuah tempat pengajian perbidanan untuk wanita-wanita bunian yang ingin menjadi bidan. Geliga ini diberikan pada abang sebagai tanda perkenalan antara kami, jika anda lihat pada geliga tersebut wujudnya motif seorang bayi Alhamdulillah banyak khasiatnya. Geliga ini diikat dengan cincin besi yang agak usang kerana tukang cincin kat tempat abang ni stok cincin belum sampai. Takpela abang belanja je korang cincin tu.



GELIGA BIDAN NEK MAS MEMPUNYAI KHASIAT DALAM:



IKHTIAR HAMIL KEPADA YANG SUSAH DAPAT ANAK
(DIPAKAI CINCIN INI KETIKA BERSAMA)



MEMBUAT AIR SELUSUH CUKUP AMPUH
( DIRENDAM GELIGA INI DI DALAM SEGELAS AIR KOSONG SELAMA 10 MINIT LALU DIBERI MINUM SEDIKIT DAN SELEBIHNYA SAPU AIR TERSEBUT DI BAHAGIAN PERUT DAN DISAPUKAN AIR TERSEBUT DI BAHAGIAN KEMALUAN, SURUH SUAMI WANITA DIA BUAT)



MEMBERI KETAHANAN TUBUH BAYI DARI SERANGAN PENYAKIT
(DIRENDAM DAN DIBERI MINUM)



KEMAKMURAN RUMAHTANGGA
(SANGAT SESUAI KEPADA YANG ADA MASALAH RUMAHTANGGA, IN SHA ALLAH HUBUNGAN MAKIN BAIK DAN TEMPAT TINGGAL ANDA PUN RASA DAMAI SAJA)




Kod Produk: BNM01
Stok: 1 Unit 
Size: Saiz 17
(NO RESIZE, JIKA NAK TUKAR PERAK ALPAKA SILAKAN TAMBAH KOS RM30 YA) 
MAHAR: RM 110.00
PROMO: RM 99
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


 

PUSAKA TUANKU MALIK SOLD OUT!

 






TAHNIAH TUAN ANUAR

Assalamualaikum dan salam bahagia semua, selamat berhujung minggu. Apa plan anda hujung minggu ni? Abang merancang ingin ke Gunung Tebu sekejap jika tak hujan in sha Allah. Hari ini abang persembahkan kepada anda semua loket gelang pemberian dari TUANKU MALIK dalam bentuk geliga. Pada awalnya geliga ini sangat berkilau ketika di alam bunian tapi disebabkan pertukaran masa dari alam bunian ke alam dunia maka kilauan cahaya geliga ini agak malap namun khasiatnya TETAP AMPUH SEPERTI BIASA. Soal cantik tak cantik tu no 2 la ye bila pakai barang tarik ni kerana yang penting ialah khasiatnya tetap berfungsi dan power. Kita di MGT bukan kedai gemstone tapi kedai "BATU BERAURA" yang bertujuan dapat membantu kita dalam urusan kehidupan, in sha Allah dengan izinNya. Abang perolehi geliga ini ketika abang melakukan terawangan di Gunung Stong dan abang bertemu dengan Tuanku Malik di sana. Tuanku Malik ialah Raja yang memerintah Kerajaan Gunung Stong sekarang dan Kerajaan Gunung Stong merupakan antara kerajaan bunian terbesar di semenanjung yang setanding dengan Kerajaan Gunung Tebu, Kerajaan Gunung Jerai dan Kerajaan Gunung Ledang. Tuanku Malik ialah seorang yang sangat berwibawa, berbadan gempal serta bermisai lebat dan ada sejemput janggut. Beliau memberikan geliga ini kepada abang sebagai tanda silaturrahim dengan Kerajaan Gunung Tebu. Abang wakil gunung tebu je bukan raja gunung tebu tauuu jangan salah fahamm, ramai customer ingat abang ni raja bunian adoiiii. Raja Bunian ni Tok Mat GB je. 

Baiklah, geliga ini antara alat kebesaran diraja Tuanku Malik dan beliau sentiasa memakai geliga ini ketika ada urusan penting dan urusan-urusan yang melibatkan kerajaan Gunung Stong. Keampuhan dan manfaat geliga ini dalam hal keduniaan seperti kekayaan, kemahsyuran, dan kemenangan tak dapat dinafikan. Abang telah ikatkan geliga ini dengan gelang stainless steel yang kukuh dan tahan karat. Beliau berpesan kepada pemilik item ini agar sentiasa memakainya di tangan kanan. Perbualan abang dengan Tuanku Malik tentang geliga ini agak lama kerana khasiatnya sangat banyak. Abang senaraikan apa yang abang ingat jela ya.


PUSAKA TUANKU MALIK INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:



KEMENANGAN DALAM PELBAGAI URUSAN DUNIAWI

( SENANG DAPAT TENDER, MENANG DI MAKHAMAH DAN HAL2 YANG BERKAIT DALAM PERTANDINGAN MEREBUT PELUANG )



MEDIUM PENARIK KEKAYAAN DAN PELARIS DIRI YANG SANGAT JOSS!



KEMAHSYURAN DI MATA MASYARAKAT



PENGARUH KEKUASAAN DAN PENAKLUKAN

( SENANG JADI KETUA DAN MENGUASAI SESUATU TEMPAT ATAU KUMPULAN)



JALAN KEJAYAAN DALAM SETIAP USAHA



DIHORMATI DAN DIGERUNI BANGSA ALAM GHAIB

( CER TRY PAKAI DI TEMPAT YANG ADA BUNIAN ATAU KERAJAAN JIN )



AURA PENGASIHAN SETANDING DENGAN RAJA MANI GAJAH BAHKAN LAGI KUAT DARI ITU 



KEWIBAWAAN DAN PENJAGA KEDUDUKAN ANDA



MENSTABILKAN AURA DIRI DAN MEMANCARKAN AURA POSITIF



KEMAKMURAN HIDUP DAN SENTOSA


BANYAK LAGI SEBENARNYA KHASIAT PUSAKA INI DAN ABANG NAK ANDA RASAKAN SENDIRI SETELAH MEMILIKINYA. SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH SWT, TIDAK ALLAH SWT MENCIPTAKAN SESUATU PERKARA MELAINKAN DENGAN BERSEBAB. APAPUN ABANG HARAP ANDA MENGGUNAKAN KELEBIHAN INI KE ARAH KEBAIKAN. JIKA SATU MASA ANDA DIANGKAT MENJADI KETUA ATAU DIKURNIAKAN KEKAYAAN YANG BANYAK.. BERSEDEKAHLAH KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN DAN BANTULAH MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN. SEMOGA IANYA MENJADI SAHAM PAHALA KEPADA ABANG JUA AMINN


Kod Produk: PTM01
Stok: 1 Unit SAHAJA
MAHAR: RM 777.00 
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI



SEKALUNG TAHNIAH




PEMBISA BIAWAK






Assalamualaikum dan salam bahagia semua, apa khabar? Alhamdulillah abang masukkan lagi satu stok dapur item Pembisa Biawak untuk anda semua. Barang ada 1 saja last

 Seumur hidup abang rasa baru kali kedua abang perolehi Geliga Pembisa Biawak ini.Yang dulu punya abang maharkan kepada seorang anggota polis. Geliga ini ialah pemberian dari Kerajaan Bukit Bauk tempohari. Ianya berasal dari ngeraman biawak di Bukit Bauk. Bila sebut pasal biawak apa yang anda tahu? Biawak mempunyai racun bisa yang mematikan dan boleh merosakkan organ dalaman jika biawak menggigitnya. Haa macam tu la apa yang anda dapat jika anda memiliki geliga ini yakni pukulan anda sangat berbahaya kepada musuh. Item pembisa ni bagus untuk memendekkan waktu pergaduhan, yela sekali shoot musuh dah tumbang.. jimat masa kita takyah nak pakai tenaga banyak2. Abang pun kalau ada kes atau trouble dengan musuh, memang abang pakai pembisa sebab malas nak bertempur lama-lama huhu. Geliga ini asalnya dalam bentuk raw dan abang canaikan bentuk batu lonjong. Cantik kan? Asyik pakai geliga bulat jee.. kadang nak jugak merasa design lain. Cara penjagaan geliga ini jika anda tak pakai.. cukup anda simpankan geliga ini bersama 3 helai daun kering untuk mengekalkan khasiatnya supaya kekal kuat. Kenapa daun kering? Sebab sifat biawak ni suka bersembunyi di daun-daun kering. Ini apa yang dikatakan oleh Penunggu Bukit Bauk, abang sampaikan je kat korang. Silakan kepada yang bertuah


PEMBISA BIAWAK INI BERFUNGSI SEBAGAI:



HALIMUNAN DARI MUSUH 



PEMBISA PUKULAN YANG MEROSAKKAN ORGAN DALAM MUSUH

( SANGAT SUKAR DIUBATI JADI FIKIR MASAK2 KETIKA NAK REMBAT MUSUH)



PEMBERAT PUKULAN

(MUSUH RASA SEPERTI KENA BALUN DENGAN TONG GAS)



PENGGERUN HAIWAN LIAR SEPERTI ANJING GILA DAN BABI HUTAN


Kod Produk: PB02
Stok: 1 Unit 
Size: Saiz 16-17 (TAK BOLEH RESIZE KERANA IANYA DARI STEEL)
MAHAR: RM 160.00
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

SET PAKAIAN PANGLIMA HITAM GUNUNG STONG SOLD OUT!







 

Assalamualaikum dan salam bahagia semua, Alhamdulillah kali ini abang perolehi pemberian dari PANGLIMA HITAM yang bertugas di Kerajaan Gunung Stong iaitu PAKAIAN LENGKAP PANGLIMA HITAM. Pakaian ini terdiri dari geliga di gelangnya dan geliga di cincinnya. Ianya datang dalam bentuk geliga sahaja dan tukang abang telah ikatkan dengan design gelang dan cincin yang sesuai. Cantik kan design gelang ni? Ianya diperbuat dari stainless steel yang tebal serta tahan karat dan cincin pula diikat dengan perak alpaka. Pemberian ini diperolehi ketika abang bertemu dengan Sultan Malik yang memerintah Gunung Stong sekarang kerana sewaktu itu Panglima Hitam ini turut serta bersidang bersama kami. Item dari Sultan Malik pun ada in sha Allah dalam masa terdekat abang masukkan di blog ya. Set di atas hendaklah dimaharkan kedua-duanya sekali kerana ianya datang sepasang dari pemilik yang sama dan ini juga arahan dari Panglima Hitam sendiri. Hal ini kerana gelang dan cincin ini akan melengkapi khasiat antara satu sama lain di badan pemilik. 

Pakaian ini dipakai oleh Panglima Hitam sepanjang beliau berkhidmat sebagai Ketua Panglima di Gunung Stong. Bila sebut barang dari panglima ni sudah tentulah kegunaannya lebih kepada penaklukkan dan peperangan kan? Ya benar itulah tujuan pakaian ini diberikan supaya dapat membantu anda menghadapi peperangan dan mengalahkan musuh. Abang dah pakai gelang dan cincin ini selama 3 hari dan abang dapati ianya sangat-sangat berguna dalam peperangan kelak. Abang dapat rasa tubuh abang ringan berpencak, semangat kukuh dan aura perang dalam diri abang sangat kuat. Baiklah abang teruskan dengan kelebihan pakaian ini seperti yang diberitahukan oleh Panglima Hitam tempohari ya.


PAKAIAN PANGLIMA HITAM INI MEMPUNYAI KELEBIHAN SEBAGAI:


MEMBANGKITKAN TENAGA DALAM YANG EXTREME


MEMBANGKITKAN SEMANGAT KEBERANIAN MENENTANG MUSUH DAN MENGHANCURKAN SIFAT GUGUP DAN TAKUT DALAM DIRI PEMILIK

( AWAS! KETIKA SEMANGAT INI AKTIF, IANYA AKAN TERUS MARAK DALAM DIRI WALAUPUN SUDAH TIDAK DIPERLUKAN )


KELINCAHAN KAKI DAN TANGAN DALAM BERPENCAK

( KELAJUAN ANGGOTA TUBUH SEHINGGA MUSUH TAK DAPAT MEMBACA PERGERAKAN ANDA )


KEKUATAN PUKULAN DAN TENDANGAN YANG MEMATIKAN MUSUH

( MUSUH SEPERTI TERKENA PUKULAN BESI 10 TAN )


KEKEBALAN BADAN DARI SENJATA TAJAM DAN PELURU

( BADAN ANDA SEPERTI BESI BAJA YANG KUKUH DAN KUAT )


PENGGERUN DAN KEWIBAWAAN YANG MENAKUTKAN MUSUH


MENAJAMKAN KEILMUAN PERANG YANG ANDA PELAJARI

( ILMU CEPAT JADI )


HALIMUNAN DARI MUSUH 


KETAHANAN BADAN DARI PUKULAN MUSUH


PEMAGARAN DIRI DARI KHIANAT MUSUH DAN SIHIR

(SERANGAN HALUS MEREKA UNTUK MELEMAHKAN ANDA TIDAK AKAN BERKESAN)


KESAKTIAN PANGLIMA


DAN BANYAK LAGI YANG PEMILIK AKAN RASAI SENDIRI DENGAN IZIN ALLAH


Kod Produk: PPH01
Stok: 1 Unit
Size Cincin: Size 23
 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 699.00
Kos Pos : RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI




UPDATE

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, abang ingin membuat pengumuman bahawa barang baru akan masuk hari ini sekitar pukul 1 hingga pukul 2 ya. Abang tak dapat nak masukkan on time pukul 1 di blog kerana abang sedang menulis diskripsi nya. Mulai hari ini dan hari seterusnya akan ada barang-barang baru yang best akan masuk di blog! Nantikan! Sekian terima kasih.

MATA JIN TUA SOLD OUT!

 



SIZE 19






SIZE 20


Assalamualaikum dan selamat pagi semua, apa khabar? abang dah sihat sepenuhnya.. banyak kerja abang tertangguh aduiii. MATA JIN TUA ni ialah perolehan abang dari Bukit Bauk, Dungun. Korang pernah dengar Bukit Bauk? Siapa kenal tahu la sejarah Bukit Bauk.. tersimpan 1001 kisah mistik di sana. Tempat pertapaan yang agak rare di tepi pantai. Bukit Bauk ni tepi laut dan ada jalan laut untuk sampai ke kaki bukit Bauk. Geliga ini khasiatnya hampir sama dengan mata jin sebelum ini cuma jenis ini ianya berkhadam. Khadam Mata Jin Tua ini tugasnya khusus untuk membantu pemilik agar kasyaf dan terbuka mata batinnya. Ya khadam geliga ini hanya berfungsi dalam hal kasyaf dan indera keenam saja.. senang cerita pakai kasyaf jin la tuan-puan semua. Pakai kasyaf jin ini perkara biasa bagi beginner yang baru belajar nak kasyaf, kasyaf jin akan membantu mata anda untuk mendapatkan kasyaf insani iaitu kasyaf semulajadi yang telah Allah ciptakan pada tubuh kita. Anda pakai Mata Jin Tua ini dan bila dah dapat kasyaf permanent.. Mata Jin Tua ini anda boleh serahkan kepada orang lain pulak yang memerlukan. 

Tatacara anda memakai Mata Jin Tua ini ialah ketika pertama kali ini sampai ke tangan anda, sila asapkan dengan setanggi atau rokok surya dan terus pakai. Pengasapan setanggi ini sebagai pembuka untuk khadam tersebut mengenali anda dan berkhidmat kepada anda. Sekali je buat seumur hidup asapkan dengan setanggi tu ya tak perlu buat banyak kali pun. 


GELIGA MATA JIN INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:



MENAJAMKAN KASYAF PEMILIK (DIGENTEL SELEPAS SOLAT DENGAN PEJAMKAN MATA DAN FOCUS APA YANG ANDA INGIN LIHAT IN SHA ALLAH ANDA MAMPU MENEMBUSI ALAM JIN)



MEMBUKA KASYAF DAN MATA BATIN BAGI PEMILIK YANG BELUM KASYAF (CARA YANG SAMA JUGA LEPAS SOLAT)



MENAJAMKAN FIRASAT HATI



MAMPU MEMBACA ISI HATI ORANG LAIN



MAMPU BERKOMUNIKASI DENGAN JIN MELALUI BISIKAN HATI ATAU SECARA NYATA



PERISAI DARI SIHIR 


Kod Produk: MJT03&04
Stok: 1 Unit
Size: Size 19 & 20
 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 213.70
Kos Pos : RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

TERAS IBOR & IJAZAH PUKULAN PANGLIMA

 



Assalamualaikum dan salam bahagia semua, apa khabar? Abang di sini Alhamdulillah baik-baik saja cuma busy sikit dengan ritual. Ritual menyempurnakan sebuah ilmu iaitu Asma Siluman. Tujuannya khusus untuk tujuan keduniaan dan peperangan Alhamdulillah.. cukupla untuk jaga diri. Hari ini abang nak maharkan TERAS IBOR yang dah siap ikat cincin. TERAS IBOR ni dah lama dalam simpanan abang cuma abang baru sempat pergi canai je dan buat cincin. Anda tahu Teras Ibor? Satu teras yang tak asing lagi dari dunia melayu dalam hal pembisa pukulan. Sekali kena in sha Allah dijamin muntah darah terus. Teras Ibor ni memang dah jadi pakaian moyang-moyang kita dahulu sebagai alat peperangan dan memendek jangka masa perang. 2-3 kali kena dah tumbang mana tak pendek waktu bertumbuk? Tenaga kita pun jimat. 

Kepada pemahar Teras Ibor ini, abang juga ingin mengijazahkan sekali kepada anda amalan PUKULAN PANGLIMA yang abang pelajari dulu sebagai penguat bisa pukulan anda. Amalan ini hanya memerlukan anda wirid selama 1 malam saja dan seterusnya hanya istiqomah baca selepas 5 waktu ya. Dengan Pukulan Panglima ini pukulan anda menjadi semakin berat dan berbisa ketika menghentak musuh dan ianya juga berfungsi sebagai Pendinding Diri anda. 

ILMU PUKULAN PANGLIMA:

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

WA IZA BATASHTUM BATASHTUM JABBARIN


- Diwiridkan sebanyak 313x selepas waktu isyak hanya selama 1 malam. Nak buat banyak malam pun boleh tapi yang wajibnya 1 malam sahaja.

- Sesudah habis wiridan 313x, tarik nafas sedalamnya dan bayangkan anda menarik segala kalimah yang anda bacakan tadi lalu tiup pada kedua tapak tangan dan sapukan pada kedua belah tangan hingga ke siku. SELESAI

- Untuk menguatkan ilmu ini anda hanya perlu wiridkan selepas solat 5 waktu sebanyak 3x sahaja lalu usapkan di tangan hingga siku. 

- Penawar kepada musuh yang terkena pukulan ini ialah air wudhuk anda sendiri diberi kepada musuh tu minum.

Kini abang terangkan pula khasiat semulajadi yang ada pada TERAS IBOR


TERAS IBOR INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:


PEMBISA PUKULAN SEHINGGA MUSUH MUNTAH DARAH


PENGGERUN HAIWAN BUAS


PENDINDING DIRI 


Kod Produk : TI01
Stok : 1 Unit
Size: Saiz 23 (BOLEH RESIZE) 
MAHAR COMPLETE IJAZAH DAN TERAS : RM 210.00
TERAS IBOR SAHAJA : RM 130
IJAZAH PUKULAN PANGLIMA SAHAJA : RM 110 
Kos Pos: RM 10



SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI