PUSAKA TUANKU MALIK SOLD OUT!

 






TAHNIAH TUAN ANUAR

Assalamualaikum dan salam bahagia semua, selamat berhujung minggu. Apa plan anda hujung minggu ni? Abang merancang ingin ke Gunung Tebu sekejap jika tak hujan in sha Allah. Hari ini abang persembahkan kepada anda semua loket gelang pemberian dari TUANKU MALIK dalam bentuk geliga. Pada awalnya geliga ini sangat berkilau ketika di alam bunian tapi disebabkan pertukaran masa dari alam bunian ke alam dunia maka kilauan cahaya geliga ini agak malap namun khasiatnya TETAP AMPUH SEPERTI BIASA. Soal cantik tak cantik tu no 2 la ye bila pakai barang tarik ni kerana yang penting ialah khasiatnya tetap berfungsi dan power. Kita di MGT bukan kedai gemstone tapi kedai "BATU BERAURA" yang bertujuan dapat membantu kita dalam urusan kehidupan, in sha Allah dengan izinNya. Abang perolehi geliga ini ketika abang melakukan terawangan di Gunung Stong dan abang bertemu dengan Tuanku Malik di sana. Tuanku Malik ialah Raja yang memerintah Kerajaan Gunung Stong sekarang dan Kerajaan Gunung Stong merupakan antara kerajaan bunian terbesar di semenanjung yang setanding dengan Kerajaan Gunung Tebu, Kerajaan Gunung Jerai dan Kerajaan Gunung Ledang. Tuanku Malik ialah seorang yang sangat berwibawa, berbadan gempal serta bermisai lebat dan ada sejemput janggut. Beliau memberikan geliga ini kepada abang sebagai tanda silaturrahim dengan Kerajaan Gunung Tebu. Abang wakil gunung tebu je bukan raja gunung tebu tauuu jangan salah fahamm, ramai customer ingat abang ni raja bunian adoiiii. Raja Bunian ni Tok Mat GB je. 

Baiklah, geliga ini antara alat kebesaran diraja Tuanku Malik dan beliau sentiasa memakai geliga ini ketika ada urusan penting dan urusan-urusan yang melibatkan kerajaan Gunung Stong. Keampuhan dan manfaat geliga ini dalam hal keduniaan seperti kekayaan, kemahsyuran, dan kemenangan tak dapat dinafikan. Abang telah ikatkan geliga ini dengan gelang stainless steel yang kukuh dan tahan karat. Beliau berpesan kepada pemilik item ini agar sentiasa memakainya di tangan kanan. Perbualan abang dengan Tuanku Malik tentang geliga ini agak lama kerana khasiatnya sangat banyak. Abang senaraikan apa yang abang ingat jela ya.


PUSAKA TUANKU MALIK INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:



KEMENANGAN DALAM PELBAGAI URUSAN DUNIAWI

( SENANG DAPAT TENDER, MENANG DI MAKHAMAH DAN HAL2 YANG BERKAIT DALAM PERTANDINGAN MEREBUT PELUANG )



MEDIUM PENARIK KEKAYAAN DAN PELARIS DIRI YANG SANGAT JOSS!



KEMAHSYURAN DI MATA MASYARAKAT



PENGARUH KEKUASAAN DAN PENAKLUKAN

( SENANG JADI KETUA DAN MENGUASAI SESUATU TEMPAT ATAU KUMPULAN)



JALAN KEJAYAAN DALAM SETIAP USAHA



DIHORMATI DAN DIGERUNI BANGSA ALAM GHAIB

( CER TRY PAKAI DI TEMPAT YANG ADA BUNIAN ATAU KERAJAAN JIN )



AURA PENGASIHAN SETANDING DENGAN RAJA MANI GAJAH BAHKAN LAGI KUAT DARI ITU 



KEWIBAWAAN DAN PENJAGA KEDUDUKAN ANDA



MENSTABILKAN AURA DIRI DAN MEMANCARKAN AURA POSITIF



KEMAKMURAN HIDUP DAN SENTOSA


BANYAK LAGI SEBENARNYA KHASIAT PUSAKA INI DAN ABANG NAK ANDA RASAKAN SENDIRI SETELAH MEMILIKINYA. SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH SWT, TIDAK ALLAH SWT MENCIPTAKAN SESUATU PERKARA MELAINKAN DENGAN BERSEBAB. APAPUN ABANG HARAP ANDA MENGGUNAKAN KELEBIHAN INI KE ARAH KEBAIKAN. JIKA SATU MASA ANDA DIANGKAT MENJADI KETUA ATAU DIKURNIAKAN KEKAYAAN YANG BANYAK.. BERSEDEKAHLAH KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN DAN BANTULAH MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN. SEMOGA IANYA MENJADI SAHAM PAHALA KEPADA ABANG JUA AMINN


Kod Produk: PTM01
Stok: 1 Unit SAHAJA
MAHAR: RM 777.00 
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI



1 comment: