ISMUL ADZOM SAYYID ASHIF BARKIYA (2 VERSI)




Assalamualaikum wbt dan selamat hari raya Aidiladha kepada yang muslim, sesungguhnya kita telah mengorbankan nafsu binatang didalam diri kita yakni simboliknya ialah lembu yang kita sembelih. 

Wahai para pencinta ilmu, pada kali ini abang hadirkan sebuah ilmu yang AGONG tersimpan selama belasan tahun lamanya dalam dada abang. Ilmu tersebut bernama ISMUL ADZOM SAYYID ASHIF BIN BARKIYA dan ianya merupakan sebuah ilmu FAVOURITE abang dalam pelbagai hajat dan tujuan terutama sekali ketika abang wushulkan sesebuah keilmuan baik kepada diri abang sendiri dan kepada murid, inilah antara rahsia bait wushul yang abang bacakan sehingga para murid dapat merasai fadhilat keilmuan dalam tempoh yang cepat. Ilmu ini pada awalnya milik SAYYID ASHIF BIN BARKIYA lalu ianya diwarisi zaman berzaman secara bersanad murni hingga ke saat sekarang. Ilmu ini memang abang amalkan sejak masih muda lagi kerana ada "seseorang" mengajarkannya dan berpesan kepada abang "KAU AMAL ISMU INI SAMPAI KAU BERTEMU DENGAN GURU YANG AKAN MENGAJARNYA DENGAN LEBIH DALAM". Semenjak itulah abang merantau 1 semenanjung mencari guru ismu ini dan Alhamdulillah abang berjaya menemuinya. Hasil dari perantauan dan penat lelah abang mendapat 4 versi ilmu ini dari guru yang berbeza, bacaannya sama tetapi karomah dan kaedah penggunaannya berbeza. 

Oleh itu, abang akan ajarkan kepada anda 2 versi terunggul ismu ini iaitu:

1. ISMUL ADZOM SAYYID ASHIF UNTUK JUTAAN HAJAT
2. ISMUL ADZOM SAYYID ASHIF KHUSUS UNTUK MENGHADIRKAN SEORANG RAJA JIN YANG GAGAH PERKASA 

Sebelum itu, abang nak ceritakan dulu tentang sejarah pemilik asal ismul adzom ini iaitu Sayyid Ashif bin Barkiya, idola kebanggan bagi sekalian ahli hikmah. Beliau merupakan seorang waliyullah yang terkenal dengan karomahnya dan beliau bertugas sebagai penasihat utama Nabi Sulaiman AS di dalam kerajaan. Ramai yang tidak tahu tentang susur galur keturunan Sayyid Ashif yang membuatkan beliau menjadi seorang waliyullah yang begitu sakti dan beriman. SAYYID ASHIF BIN BARKIYA IALAH CUCU KEPADA NABI SYAMUEL. Siapakah Nabi Syamuel? Beliau merupakan nabi yang menyampaikan wahyu bahawa Tholut akan dilantik sebagai raja bani israil dan setelah tholut ditabal sebagai raja, Nabi Syamuel mula berkhidmat sebagai penasihat kepada Raja Tholut. Nabi Syamuel diangkat sebagai penasihat tholut kerana beliau merupakan nabi yang mempunyai banyak mukjizat dan sering mendapat petunjuk dari Allah SWT. Raja Tholut mematuhi segala nasihat dan petunjuk Nabi Syamuel sehingga membuatkan kerajaannya aman makmur dan disegani. Keimanan dan ketaqwaan Nabi Syamuel ini diwarisi oleh keturunannya sehingga lahirlah cucunya iaitu Sayyid Ashif bin Barkiya. Beliau mewarisi dan mengamalkan segala "keilmuan" datuknya sehingga beliau diangkat menjadi seorang Waliyullah yang sangat sakti pada zaman Nabi Sulaiman AS. Ada yang mengatakan beliaulah WALI QUTUB PADA ZAMAN NABI SULAIMAN AS kerana hanya wali yang tertinggi sahaja mampu mendampingi seorang Nabi. Karomah beliau sangat banyak tercatat di dalam ratusan kitab hikmah dan antaranya adalah DOANYA YANG SANGAT MUSTAJAB dan MAMPU MENGALAHKAN KESAKTIAN JIN yang dirakam di dalam Al-Quran, Surah An-Naml ayat 38-40:

Nabi Sulaiman berkata kepada golongan bijak pandainya: “Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya (Istana Ratu Balqis) sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?” Berkatalah ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”. Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah (Sayyid Ashif bin Barkiya) : “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisiNya, berkatalah ia: “Inilah limpah kurnia dari Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan sebenarnya sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. 

Ayat di atas membuktikan betapa handalnya kesaktian beliau sehingga jin pun tidak dapat menandinginya dan tunduk taat kepada beliau. Guru abang menceritakan bahawa Sayyid Ashif bin Barkiya juga digelar sebagai "SOHIBUL 'AUN" yang bermaksud penghulu/penguasanya para aun kerana beliau menguasai ribuan para aun. Aun ialah golongan ruhani termasuk jin dan malaikat yang diciptakan khusus untuk menolong hamba Allah yang soleh. Selain dari menguasai para aun, beliau juga dikurniakan Ismul Adzom yakni "NAMA ALLAH YANG AGONG" sehingga apabila beliau berdoa dengan ismul adzom tersebut, segala hajatnya akan lekas dimakbulkan oleh Allah SWT. Itulah yang menjadi rahsia kehebatan dan kesaktian beliau yang membuatkan abang sanggup mengorbankan wang ringgit dan masa semata-mata untuk mendapatkan ismu tersebut dan kini abang ingin ajarkan kepada anda supaya kita sama-sama dapat merasai keajaiban ismu warisan ini. 
 
Adapun ismul adzom ini sangat pendek namun padat dengan ribuan keajaiban dalam mengatasi pelbagai masalah dan keperluan anda. Ismu ini hanya sepanjang bacaan bismillah sahaja dan apabila anda mengamalkannya maka akan datang pertolongan Allah dalam menangani apa jua masalah yang anda alami seperti: 

1. MASALAH KESIHATAN 
2. MASALAH KEJAYAAN SESEBUAH USAHA
3. MASALAH KEREZEKIAN
4. MASALAH KEDUDUKAN DAN PANGKAT 
5. MASALAH KEFAHAMAN ILMU
6. MASALAH KEHIDUPAN YANG RUMIT 

Ianya hanya perlu diwiridkan selama 3 malam berturut-turut dan ada "gerak rahsia" yang anda perlu lakukan setelah selesai mewiridkan ismu ini. Gerak rahsia tersebut sangat penting dilakukan di dalam riyadhoh ilmu ini kerana ianya adalah "pelengkap" bagi wirid agar anda dapat menguasai segala kelebihan, khasiat, fadhilat, karomah dan juga kesaktian yang terkandung di dalam ismul adzom secara maximum. Gerak rahsia tersebut akan abang ajarkan di dalam pdf keilmuan kelak dan tak boleh diajarkan di sini bagi mengelakkan ada GURU-GURU PENIPU yang tiru. 

KAROMAH YANG TERKANDUNG DI DALAM ISMUL ADZOM SAYYID ASHIF BIN BARKIYA: 

1. PEMAKBUL SEGALA HAJAT BESAR DAN HAJAT KECIL DALAM MASA YANG SINGKAT

2. MUJARABKAN SEGALA FADHILAT DAN KAROMAH KEILMUAN YANG PENGAMAL AMALKAN (DIBACA 3X SEBELUM DAN SELEPAS MENGAMALKAN SESUATU KEILMUAN SERTA LAKUKAN GERAK RAHSIA SEBAGAI PENUTUP)

3. MENGANDUNGI PELBAGAI SIRR RAHSIA KHOWARIQUL LIL ADAT (PENGAMAL AKAN MEMPEROLEHI BERMACAM KELEBIHAN YANG AJAIB DI LUAR AKAL NAMUN TETAPLAH MERENDAH DIRI DAN TAWADHUK KERANA ITU SEMUA KURNIAAN NIKMAT ALLAH SWT) 

4. MELANCARKAN URUSAN KEREZEKIAN DAN DIJAUHKAN DARI KEMISKINAN 
 
5. MELARISKAN SESEBUAH PERNIAGAAN DAN MENARIK PELANGGAN-PELANGGAN BARU MELALUI JALAN YANG TAK DISANGKA-SANGKA 

6. MEMBANGUNKAN DAN MEMAJUKAN SEMULA PERNIAGAAN YANG JATUH BANKRAP 

7. PENGAMAL ISMU INI SENTIASA AKAN DILINDUNGI OLEH ALLAH SWT DARI MARA BAHAYA DAN BALA BENCANA. HAL INI ABANG TAK BOLEH KUPASKAN DENGAN PANJANG KERANA PERLINDUNGAN ISMU INI SANGAT ANEH DAN IANYA BERGANTUNG KEPADA KEPERLUAN PENGAMAL MENGIKUT KEADAAN

8. MENJAYAKAN APA SAJA USAHA YANG PENGAMAL KERJAKAN DAN PENGAMAL TIDAK MEMERLUKAN  SEBARANG "CABLE" UNTUK MENDAPATKAN APA YANG PENGAMAL INGINI, CUKUP DENGAN ISMU INI MAKA ALLAH AKAN MENJADI CABLE YANG TERAGUNG (ABANG TELAH BUKTIKAN KEPADA DIRI ABANG SENDIRI KERANA ABANG MEMANG TAK SUKA BERHARAP KEPADA MAKHLUK SEHINGGA PERLU MEMBODEK-BODEK MEREKA)

9. ISMU INI JUGA MAMPU MENYEMBUHKAN PENYAKIT BERAT DAN KRONIK BAIK UNTUK DIRI SENDIRI ATAU ORANG LAIN (CARANYA ABANG AJARKAN DI DALAM PDF NANTI)

10. ISMU INI JUGA MAMPU MEMBANTU DI DALAM URUSAN PERCINTAAN DAN ASMARA TERMASUK MENCARI JODOH, PENGASIHAN, DAN MEMAKMURKAN HUBUNGAN YANG RETAK MENUNGGU BELAH

DAN BANYAK LAGI KAROMAH YANG AKAN DIRASAI KERANA SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA "NIAT" PENGAMAL MASING-MASING KETIKA MENGAMALKAN ISMU INI. ANDA BOLEH MENGGUNAKAN ISMU INI SECARA "TUNGGAL"  KERANA IANYA TELAH TERKANDUNG JUTAAN MANFAAT ATAU ANDA JUGA BOLEH GANDINGKAN DENGAN KEILMUAN-KEILMUAN LAIN YANG ANDA MILIKI SEBAGAI "BOOSTER".

----------------------------------------------------------------------------------

2. ISMUL ADZOM SAYYID ASHIF BIN BARKIYA KHUSUS UNTUK MENGHADIRKAN RAJA JIN YANG GAGAH PERKASA 

Ismul Adzom versi kedua ini abang dapatkan dari guru yang berbeza dari versi di atas. Abang diajarkan cara untuk menghadirkan dan menundukkan SEORANG RAJA JIN MUSLIM YANG GAGAH PERKASA dengan menggunakan wasilah Ismul Adzom Sayyid Ashif Barkiya. Raja jin ini berasal dari negara Oman dan mempunyai istana yang gah serta dikawal oleh ribuan tentera jin muslim. 

SIFAT-SIFAT RAJA JIN INI ADALAH: 

1. BELIAU MEMPUNYAI WUJUD TUBUH YANG SANGAT BESAR DAN TINGGI, KIRA-KIRA SEBESAR KAPAL TANKER. 
2. BELIAU MEMPUNYAI SEBILAH PEDANG BESAR YANG BERAPI-API DI TANGAN KANANNYA
3. BELIAU SANGAT PATUH DAN TAAT KEPADA PENGAMALNYA 

Versi kedua ini tidak memerlukan proses yang lama dan rumit bahkan sangat ringkas. Kaedah amalannya hanya perlu diamalkan pada malam hari (rahsia) pada jam (rahsia) sehingga mencapai 7 hari (rahsia). Setelah selesai maka raja jin ini telah aktif dan siap berkhidmat kepada pengamal, beliau akan automatik hadir ketika pengamal memerlukan tanpa perlu memanggilnya seperti ketika pengamal diserang musuh, pengamal tersesat di sesebuah tempat dan sebagainya. Raja jin ini dikategorikan sebagai "RAJA PERANG" kerana beliau mempunyai kepakaran khusus dalam hal peperangan baik zahir maupun ghaib. Ilmu ini ada satu pantangannya iaitu PENGAMAL TIDAK BOLEH MENCERITAKAN KEPADA SESIAPA SEKALIPUN TENTANG KEILMUAN INI (Abang boleh ceritakan kerana abang ditabal sebagai guru selaku pemegang hak amanah keilmuan ini). Jika anda melanggar pantang tersebut maka beliau tidak akan datang membantu anda lagi. 

Abang juga akan mengajarkan 1 lagi kaedah khusus untuk menghadirkan dan bertemu dengan raja jin ini ketika anda mempunyai hajat "special" yang ingin beliau laksanakan yakni hanya memerlukan tempoh 1 malam sahaja. Apabila anda melafazkan ismul adzom dengan menggunakan kaedah kedua maka ianya akan memastikan raja jin tersebut hadir kerana KEKUATAN ISMUL ADZOM INI BAKAL MEMBUATKAN ISTANANYA BERGEGAR-GEGAR DAN HANYA AKAN BERHENTI APABILA BELIAU SUDAH HADIR DI HADAPAN ANDA. Anda hanya perlu melakukan kaedah kedua ini ketika ada hajat besar yang memerlukan dan jika tidak ada hajat maka tak perlu buat. Cukup lakukan kaedah pertama sahaja dan beliau akan membantu anda secara ghaibiyyah tanpa bertemu. 

APABILA PENGAMAL TELAH SELESAI MELAKUKAN KAEDAH PERTAMA MAKA PENGAMAL AKAN MENDAPAT: 

1. PENGAMAL AKAN MEMPEROLEHI KESAKTIAN SANG RAJA JIN YANG DAHSYAT (DAYA KESAKTIAN RAJA JIN INI AKAN MENYATU SECARA AUTOMATIK APABILA ANDA SUDAH TAMAT MENGAMALKANNYA)

2. MAMPU MENGUBATI PENYAKIT SIHIR YANG BERAT

3. BENTENG PERLINDUNGAN SANG RAJA JIN DAN BALA TENTERANYA 

4. PENJAGA KEDUDUKAN DAN KEKUATAN DARJAT LAYAKNYA SEORANG RAJA

5. MELINDUNGI HARTA PENGAMAL SEPERTI RUMAH, KEBUN DAN KENDERAAN DARI KECURIAN, KHIANAT MUSUH DAN NIAT JAHAT

6. PENGAMAL ILMU INI AKAN DITAKUTI DAN DIGERUNI OLEH RAJA DAN RATU JIN


KAEDAH KEDUA PULA KHUSUS UNTUK HAJAT SPECIAL DAN BESAR SEPERTI: 

1. MENARIK HARTA TERPENDAM DARI PERUT BUMI DAN DASAR LAUT 

2. MENARIK PUSAKA YANG TERPENDAM DI SESEBUAH TEMPAT 

3. MEMBERI PELAJARAN KEPADA ORANG YANG ZALIM SECARA GHAIBIYYAH

4. MEMBATALKAN PERJANJIAN JIN SUGIH ALIRAN HITAM 

5. MENGEMBALIKAN BARANG BERHARGA YANG DICURI ORANG BAIK KERETA, EMAS DAN LAIN-LAIN (SANG RAJA JIN INI AKAN MENGESAN KEBERADAAN BARANG TERSEBUT LALU AKAN MENEKAN DAN MEMAKSA SEHINGGA PENCURI TERSEBUT MENGEMBALIKANNYA) 

6. MENAGIH HUTANG DARI ORANG YANG LARI DAN MENGHILANG TANPA JEJAK 

SERTA BANYAK LAGI URUSAN HAJAT-HAJAT BESAR YANG MAMPU DIKERJAKAN OLEH SANG RAJA JIN INI DENGAN SYARAT KETIKA ANDA BERTEMU DENGANNYA, SEBUTKANLAH HAJAT ANDA DENGAN JELAS DAN BELIAU AKAN MENGANGGUK KEPALA TANDA SETUJU DAN GHAIB SEKETIKA DARI PANDANGAN. SETELAH BELIAU GHAIB MAKA ANDA HANYA PERLU MENUNGGU HASILNYA SAJA.

Demikianlah keterangan tentang  2 versi Ismul Adzom Sayyid Ashif bin Barkiya, abang memberikan anda pilihan untuk memilih sama ada ingin pelajari versi 1 atau versi 2 atau mempelajari kedua-duanya sekaligus. Ilmu ini abang akan ijazahkan melalui kaedah wushul adzom iaitu hanya memerlukan nama penuh anda sahaja tanpa memerlukan sebarang perantaraan seperti madu atau garam.

MAHAR ISMUL ADZOM SAYYID ASHIF BARKIYA VERSI 1: SEBANYAK RM 253 

MAHAR ISMUL ADZOM SAYYID ASHIF BARKIYA VERSI 2: SEBANYAK RM 247 

MAHAR ISMUL ADZOM SAYYID ASHIF BARKIYA VERSI 1 DAN 2: SEBANYAK RM 353


 SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI



3 comments:

  1. Salam,abg megat.klau tak silap sy ada hamba Allah bg tahu yg Sayyid Ashif bin barkiya salah satu nenek moyang bgsa nusantara dari peradaban Lemuria.masa tu teknologi sgt maju.beliau menguasai teknologi portal (barkha).dgn portal itulah beliau mengembara seluruh alam semesta berdakwah kepada manusia.di alam semesta bukan hanya ada 1 bumi tapi ada beribu-beribu bumi yg didiami oleh jin dan manusia.. betulkan jika sy silap abg megat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahualam tentang kesahihannya kerana abang tak pernah dengar guru abang menceritakan hal tersebut cuma yang abang tahu Sayyid Ashif ialah wali qutub di zamannya.

      Delete
    2. Sy pun tak pasti abg megat.itulah yg dikatakan oleh hamba Allah tu.dh meninggal dunia tahun lepas.Hanya tuhan yg tahu adakah benar atau tidak..

      Delete