KALIMAT SUKMA DEWA

 



KALIMAT SUKMA DEWA NABI SYITS ALAIHISSALAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Apa khabar semua? Abang doakan semoga semuanya dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja ya serta SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA. Jika anda dilanda masalah, boleh hubungi abang dan abang akan cadangkan ilmu yang sesuai dengan permasalahan anda huhu. Ramadhan sudah tiba, seperti yang abang janjikan bahawa abang akan mengeluarkan ilmu-ilmu kenabian maka hari ini abang akan mengangkat sebuah ilmu yang BERUSIA LEBIH 7000 TAHUN jaraknya dengan kita iaitu KALIMAT SUKMA DEWA warisan dari NABI SYITH ALAIHISSALAM. Kenapa ilmu ini bernama SUKMA DEWA? Adakah ada berkaitan dengan dewa-dewa? Jawapannya tidak sama sekali cuma ilmu ini mempunyai hubungan dengan ALAM GHOIB seperti alam jin, alam bunian, alam dewa, alam malaikat dan sebagainya. Sukma bermaksud ROHANI, JIWA & KEBATINAN yang menunjukkan bahawa ilmu ini berkait rapat dengan olahan, penajaman dan membina kebatinan pengamal untuk menarik pelbagai KESAKTIAN KHOWARIQUL LIL ADAH (KESAKTIAN YANG DILUAR AKAL) TAHAP DEWA

KALIMAT SUKMA DEWA ini adalah sebuah keilmuan milik NABI SYITS AS, beliau merupakan anak kandung kepada nabi yang pertama dilantik oleh Allah SWT iaitu NABI ADAM AS. Nabi Adam mempunyai 40 orang anak dan setiap anak yang dilahirkan itu berkembar kecuali Nabi Syits AS yang satu-satunya anak dilahirkan secara TUNGGAL tanpa kembar oleh ibunya iaitu SITI HAWA. Nabi Syits juga mempunyai rupa paras yang hampir mirip dengan ayahnya Nabi Adam AS dan nama beliau iaitu "SYITS" adalah nama yang dinamakan langsung oleh Allah SWT kepada Nabi Adam. Syits ialah nama di dalam bahasa Suryani yang membawa maksud "HAMBA ALLAH" atau jika di dalam bahasa arab bernama Abdullah. Antara 40 orang anak Nabi Adam, hanya Nabi Syits sahaja yang dilantik oleh Allah SWT sebagai PENERUS KENABIAN bapanya dalam menyampaikan dan menyebar risalah ajaran-ajaran Allah SWT kepada umat manusia di zamannya. Beliau dilantik sebagai nabi penerus kenabian kerana beliau mempunyai akhlak yang baik, ketakwaan yang tinggi kepada Allah, sangat bijaksana dan cerdas di zamannya jika dibandingkan dengan anak-anak Nabi Adam yang lain. Nabi Adam telah mewariskan pelbagai perkara & amanat kepada Nabi Syits seperti : 

1. MANDAT KENABIAN DALAM MENYEBARKAN RISALAH MENTAUHIDKAN ALLAH SWT 

2. SAHIFAH-SAHIFAH (LEMBARAN-LEMBARAN) YANG DIWAHYUKAN KEPADA NABI ADAM AS OLEH ALLAH SWT

3. TAMPUK KEPIMPINAN UMAT DI ZAMANNYA

4. PELBAGAI ILMU PENGETAHUAN 

5. MENJELASKAN WAKTU-WAKTU UNTUK MELAKUKAN IBADAH DALAM SEHARI SEMALAM

6. SEBENTUK CINCIN NABI ADAM AS DAN SEBUAH PETI TABUT YANG BERISI BEBERAPA HELAIAN JANGGUT NABI ADAM DAN SEUTAS TALI SUTERA YANG DITURUNKAN DARI SYURGA YANG MENGANDUNGI GAMBARAN PARA NABI DI DUNIA 

Nabi Adam AS menyerahkan Peti Tabut tersebut kepada Nabi Syits untuk dibawa ketika berperang atau ketika ada urusan yang penting kerana Nabi Adam berkata bahawa dengan berkat beberapa helaian janggutnya dan seutas sutera yang ada di dalam peti itu, ianya akan menjadi wasilah keberkatan agar Nabi Syits AS sentiasa dikurniakan KEJAYAAN & KEMENANGAN. Di samping itu, betapa istimewanya Nabi Syits AS sehingga BELIAU JUGA DIAMANAHKAN OLEH NABI ADAM AS UNTUK MENJAGA CAHAYA RASULULLAH SAW YAKNI NUR MUHAMMAD. Adapun Nur Muhammad itu pada awalnya berada pada wajah Nabi Adam sehingga mukanya bersinar dan berseri-seri lalu ianya berpindah kepada diri Nabi Syits AS yang membuatkan kening dan wajah beliau juga bercahaya dan berkilauan indah. 

Nabi Syits juga disahkan sebagai nabi pertama sekali yang membina Kaabah dan beliau juga merupakan nabi yang mendapat sahifah terbanyak berbanding nabi lain yang diwahyukan oleh Allah SWT iaitu sebanyak 50 Sahifah. Sahifah bermaksud lembaran-lembaran yang mengandungi tentang risalah tauhid, hukum-hakam, perintah Allah dan laranganNya. Sepanjang abang menceburkan diri dalam mempelajari ilmu kenabian, abang berjaya mendapat 2 buah ilmu milik Nabi Syits AS dari sanad 2 guru yang berbeza iaitu ISMUL ADZOM NABI SYITS AS dan KALIMAT SUKMA DEWA. Biarpun abang mempunyai 2 ilmu tersebut namun pada kali ini abang lebih memilih untuk mengangkat KALIMAT SUKMA DEWA di blog pusat ilmu MGT kerana berdasarkan pengalaman abang, kekuatan dan karomah Kalimat Sukma Dewa ini SANGAT-SANGAT LUAR BIASA jika dibandingkan dengan ilmu Nabi Syits yang lain. Anda semua sangat beruntung kerana abang mengajarkan terus kepada anda ilmu tertinggi Nabi Syits AS tanpa perlu melalui dan mempelajari ilmu-ilmu dasar Nabi Syits. 

Ya, KALIMAT SUKMA DEWA merupakan ilmu kesaktian utama Nabi Syits AS dalam urusan keduniaan dan ianya juga merupakan kalimat yang sering dizikirkan oleh beliau untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Guru abang mengatakan bahawa ilmu inilah yang menjadi salah satu asbab Allah SWT mengurniakan pelbagai MUKJIZAT & KEHEBATAN kepada beliau seperti :  

1. BELIAU MENDAPAT KEMENANGAN KETIKA MEMERANGI QABIL IAITU ANAK NABI ADAM AS YANG DERHAKA KEPADA PERINTAH ALLAH

2. BELIAULAH NABI PERTAMA YANG MEMISAHKAN DAN MENGHIJABKAN DI ANTARA ALAM MANUSIA DENGAN ALAM GHOIB (SEBELUM ITU TIDAK ADA HIJAB DI ANTARA ALAM MANUSIA DENGAN ALAM GHOIB) 

3. DOA BELIAU SENTIASA DIMAKBULKAN ALLAH DAN BELIAU MERUPAKAN PEMIMPIN YANG BIJAKSANA, ADIL DAN SAKSAMA KETIKA MEMERINTAH 

4. BELIAU JUGA IALAH GURU PERTAMA KEPADA NABI IDRIS AS DALAM MENDIDIK DAN MENGAJARKAN PELBAGAI ILMU PENGETAHUAN SEPERTI CARA MEMBACA, CARA MENULIS, ILMU FALAK, ILMU TENTANG ALAM, ILMU PERUBATAN MENGGUNAKAN SUMBER BUMI, ILMU HIKMAH DAN SEBAGAINYA HASIL DARI ANUGERAH YANG ALLAH BERIKAN KEPADANYA  

5. ALLAH SWT MENGURNIAKAN SEEKOR KUDA YANG BERASAL DARI SYURGA KEPADA BELIAU SEBAGAI TUNGGANGANNYA

Seperti yang tertera di gambar, Kalimat Sukma Dewa adalah sebuah ZIKIR YANG AGUNG. Meskipun ianya zikir yang agung namun kalimatnya SANGAT-SANGAT PENDEK iaitu hanya terdiri dari 3 KATA SAHAJA berbahasa SURYANI dan abang yakin anda mampu menghafalnya kurang dari 1 minit. Pendek bukan sebarang pendek, kalimatnya pendek namun penuh dan sarat dengan pelbagai RAHSIA & KEAJAIBANNYA. Selain itu, ilmu ini juga mempunyai KESAKTIAN KHUSUSNYA TERSENDIRI iaitu pengamal akan dikurniakan KAROMAH SI PAHIT LIDAH TINGKAT TINGGI & MULUT MAKBOL yang sangat ampuh dan mujarab. Kesaktian Si Pahit Lidah ini membuatkan sang pengamal akan menjadi ORANG SAKTI, AHLI KEBATINAN, AHLI HIKMAH dan BOMOH YANG HANDAL secara MENDADAK kerana apabila kalimat ini diamalkan maka pengamal mampu melakukan bermacam-macam perkara ajaib dan mencarik adat. Ianya juga akan berfungsi MEWUJUDKAN segala kata-kata pengamal menjadi KENYATAAN namun AWAS! karomah ini bukan saja berfungsi untuk kata-kata yang baik bahkan ianya juga berfungsi ketika pengamal menyebut sesuatu hal yang buruk. Contohnya, anda membaca kalimat sukma dewa sebanyak 3x lantas menyebut "SI ANU ITU TAK LAMA LAGI PASTI DIBUANG KERJA" maka dalam kurun waktu yang cepat apa yang anda katakan itu akan menjadi kenyataan. 

Namun begitu, keistimewaan ilmu ini yang tidak ada pada keilmuan-keilmuan aliran si pahit lidah yang lain adalah pengamal boleh "MENGAWAL" karomah si pahit lidah yakni pengamal boleh "ON/OFF" karomah tersebut jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda takut segala kata-kata anda yang terlanjur mengikut hawa nafsu dan amarah menjadi KENYATAAN. Kaedah mengawal dan meng-aktifkannya adalah anda perlu membaca kalimat sukma dewa terlebih dahulu dalam bilangan tertentu lalu sebutlah sesuatu yang anda inginkan maka karomah si pahit lidah dan mulut makbol akan berfungsi menjalankan tugasnya mewujudkan kehendak anda namun jika anda sudah tidak memerlukannya, berselawatlah sebanyak 3x dengan niat "SAHAJA AKU MENUTUP KAROMAH KALIMAT SUKMA DEWA INI".  
 
KESAKTIAN KHUSUS KALIMAT SUKMA DEWA yang kedua pula adalah MEMBUKA HIJAB & MATA BATIN, ya abang tahu kelebihan ini pasti menjadi kegilaan para ahli hikmah & peminat perkara-perkara alam ghaib kerana pada tahun lalu abang melancarkan ISIM ALAM GHOIB yang khusus untuk membuka mata batin melihat alam ghaib, ianya mendapat sambutan yang sangat ramai dan testimoni keilmuan tersebut SEMUANYA GILA-GILA tetapi sayangnya abang telah menutup pengajian ilmu tersebut di blog dan tidak akan diajarkan lagi. Oleh yang demikian, sebagai gantinya untuk mereka yang tidak berpeluang mempelajari ilmu tersebut maka abang hidangkan ilmu ini untuk anda. Kalimat Sukma Dewa dapat MEMBUKA, MENGAKTIFKAN, MENAJAMKAN DAN MENGUATKAN MATA BATIN seseorang kerana kalimatnya berkait rapat dengan peristiwa MUKJIZAT Nabi Syits AS yang telah MEMISAHKAN DAN MENGHIJABKAN ALAM GHAIB dengan alam manusia. Pembukaan mata batin ini selalunya akan berlaku secara BERTAHAP kepada sang pengamal sukma dewa seperti pengamal akan mendengar suara dan bunyi-bunyian yang aneh selama beberapa waktu lalu pengamal mula melihat sesuatu dengan lintasan ekor mata dan seterusnya sehinggalah pengamal akan sampai ke satu tahap yang EXTREME iaitu pengamal akan menyaksikan segala perkara ghaib dengan MATA NYATA. Kenapa bertahap? Kerana jika ianya terbuka dengan serta merta maka pengamal mempunyai risiko yang tinggi untuk MENJADI GILA kerana mata batin pengamal terbuka dengan mengejut dan kalau ianya terbuka secara bertahap maka pengamal akan menjadi lebih "santai" kerana sudah "terbiasa".

Selama abang menggunakan ilmu ini, abang mendapati bahawa Kalimat Sukma Dewa juga mempunyai khasiat dan kesaktian yang lain yang tidak terkira banyaknya. Oleh itu, wajarlah guru abang pernah berkata bahawa KALIMAT SUKMA DEWA merupakan JANTUNG BAGI SEKALIAN ILMU HIKMAH kerana ianya merupakan antara ILMU TERAWAL yang diamalkan oleh manusia di bumi iaitu Nabi Syits AS. Kalimat Sukma Dewa ini terus diajarkan dan diturunkan kepada orang-orang terdahulu secara sulit dan terpilih setelah kewafatan Nabi Syits AS lalu dengan wasilah ilmu inilah para ahli hikmah berjaya melahirkan pelbagai lagi keilmuan-keilmuan hikmah dan kebatinan yang baru.  

Abang berjaya menyempurnakan ilmu KALIMAT SUKMA DEWA ketika abang BERTAPA/BERUZLAH di tepian laut pada waktu malam dan Alhamdulillah pada malam itu juga, abang dikurniakan TIGA ISMULLAH iaitu tiga nama-nama Allah melalui "isyaroh" yang dikatakan ianya adalah KUNCI UNTUK MENGUASAI ILMU INI SECARA MAKSIMUM. Selepas itu, abang merujuk dan bertanya tentang 3 Ismullah yang abang dapat kepada guru yang menurunkan SUKMA DEWA kepada abang dan beliau MENGESAHKAN yang 3 Ismullah ini adalah JALAN PINTAS UNTUK MENGUASAI KALIMAT SUKMA DEWA HANYA DALAM 1 MALAM SAHAJA. Beliau juga berpesan kepada abang "KALAU HANG NAK AJAR ILMU NI KEPADA ORANG LAIN, HANG KENA BERITAHU JUGA 3 ISMULLAH YANG HANG DAPAT TU SUPAYA MURID HANG PUN DAPAT MERASAKAN MANFAATNYA DENGAN CEPAT."

Sehubungan dengan itu, abang akan turunkan sekali TIGA ISMULLAH tersebut kepada anda yang mempelajari Kalimat Sukma Dewa ini dan abang akan ajarkan juga kaedah penggunaannya. Kalimat Sukma Dewa hanya perlu diamalkan pada MALAM JUMAAT SAHAJA. Ya anda tidak salah dengar lagi, anda hanya memerlukan 1 malam SAHAJA untuk menguasai ilmu ini dan selepas itu anda terus boleh "MENGUJI-CUBA" kesaktiannya. Hal ini disebabkan sewaktu abang mengijzahkan ilmu ini kepada anda, abang akan memberikan sekali KUNCI SUKMA DEWA iaitu "3 Ismullah dan roh ilmunya" yang abang dapatkan hasil dari pengulikan ilmu sehingga anda tidak memerlukan waktu yang lama untuk MERASAKAN KELEBIHANNYA DAN MENGUASAI ILMUNYA. Kalimat Sukma Dewa perlu dizikirkan sebanyak 1000x saja pada malam Jumaat dan ianya hanya memakan masa kurang dari 20 MINIT SAHAJA. Namun jika anda seorang pengamal kebatinan yang TEGAR, mempunyai banyak masa terluang dan hobby anda adalah sangat suka menzikirkan kalimat keilmuan dalam hitungan yang banyak maka abang akan ajarkan juga satu kaedah RIYADHOH KHUSUS yang perlu anda jalankan. Abang mendapat tatacara riyadhoh khusus tersebut melalui sebuah pemerhatian yang abang lakukan terhadap SUKMA DEWA dan antara sebab abang mengajarkannya di dalam pdf keilmuan kerana abang mempunyai beberapa orang murid yang sangat suka mengulik ilmu dan jika kaedah pengamalannya sangat simple, mereka akan bertanya boleh tak jika nak zikirkan keilmuan tersebut lebih dari jumlah asal yang abang tetapkan. Mereka antaranya adalah BAD IPOH, RIZAL KAJANG, NAZIR KLANG, IZ ROMPIN dan ada beberapa orang lagi tetapi kepada anda yang tidak mempunyai banyak masa terluang , tak mengapa kerana riyadhoh khusus itu hukumnya sunat. Kaedah yang wajib adalah dizikirkan pada malam jumaat sebanyak 1000x sahaja. 

Abang berani jamin 100% yang anda akan jatuh cinta dengan keilmuan ini dan akan menjadikan SUKMA DEWA sebagai PENDAMPING SETIA anda dan sebagai zikir harian. Abang juga sangat mencintainya dan menjadikannya sebagai pendamping setia abang semenjak bulan Sya'ban lagi kerana keunikan kalimatnya, aura keilmuannya, dan kelebihannya yang pelbagai. Abang juga telah merasai pelbagai perubahan dan kemudahan hidup baik dari segi urusan duniawi seperti menangani musibah yang melanda, menyelesaikan masalah yang ditimpa baik pada diri sendiri atau orang lain, perubahan positif dalam urusan kerezekian, dan banyak. Ilmu ini tidak berkhodam dan ianya selamat untuk dipelajari oleh sesiapapun tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Non-muslim boleh pelajari ilmu ini? YA BOLEH kerana memang dari zaman guru abang lagi syaratnya sebegitu dan pernah diajarkan kepada seorang non-muslim yang bermasalah dan Alhamdulillah akhirnya masalah beliau dapat diatasi ber-asbabkan keilmuan ini.  


ADAPUN KALIMAT SUKMA DEWA INI MEMPUNYAI PELBAGAI KELEBIHAN DAN KESAKTIAN YANG TIDAK TERKIRA DAN DI ANTARANYA ADALAH : 

1. PENGAMAL SUKMA DEWA AKAN KERAP MENDAPAT ISYAROH TENTANG PELBAGAI HAL SEPERTI APA YANG AKAN BERLAKU, MENGETAHUI KEBERADAAN BARANG YANG HILANG, MENGETAHUI SIKAP SEBENAR SESEORANG, DAPAT MEMBACA NIAT HATI SESEORANG DAN SEBAGAINYA 

2. MENCARI PETUNJUK DAN SOLUSI DALAM SESEBUAH HAL ATAU MASALAH DAN KETIKA SEDANG MEMBUAT PILIHAN (WIRIDKAN KALIMATNYA BERULANG KALI KETIKA HENDAK TIDUR DAN IN SHA ALLAH PAGI ESOKNYA ANDA AKAN MENDAPAT JAWAPANNYA BAIK DATANG DALAM MIMPI ATAU MENDAPAT TEKANAN HATI YANG SANGAT KUAT)

3. MEMBUKA MATA BATIN UNTUK MELIHAT ALAM GHAIB DAN MENGAKTIFKAN INDERA KEENAM UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN MEREKA. KELEBIHAN MATA BATIN YANG TERKANDUNG DI DALAM SUKMA DEWA INI BUKAN HANYA TERTAKLUK PADA ALAM JIN DAN ALAM BUNIAN SAHAJA BAHKAN DENGAN IZIN ALLAH PENGAMAL MAMPU MENEMBUSI ALAM GHAIB YANG LAIN SEPERTI ALAM DEWA, ALAM KHODAM, DAN ALAM MALAIKAT

4. MEMPERMUDAHKAN URUSAN PENGAMAL UNTUK MELAKUKAN TERAWANGAN DAN MERAGA SUKMA YAKNI MENGELUARKAN ROH DARI BADAN UNTUK PERGI KE ALAM HALUS SECARA GHOIBIYYAH 

5. MEWUJUDKAN AURA KEWIBAWAAN DAN PENUNDUK TINGKAT TINGGI PADA DIRI PENGAMAL 

6. MENUNDUKKAN SESEORANG TARGET KHUSUS DAN MEMBUATKAN SESEORANG MENCINTAINYA

7. "UCAP NYATA" YAKNI SEGALA UCAPAN DAN KATA-KATA PENGAMAL AKAN MENJADI KENYATAAN  

8. "UCAPAN SERAPAH" YAKNI SEGALA UCAPAN YANG BURUK KEPADA SESEORANG AKAN MENJADI KENYATAAN SEPERTI TARGET AKAN DIBUANG KERJA, TARGE AKAN KEMALANGAN TAK LAMA LAGI, TARGET AKAN DITIMPA MUSIBAH DAN KESAKTIAN UCAP SERAPAH INI DAPAT ANDA GUNAKAN UNTUK MEMBALAS KEJAHATAN ORANG TERHADAP ANDA TANPA PERLU "KOTORKAN TANGAN" ANDA 

9. KEMENANGAN DALAM APA SAJA YANG BERBENTUK PERLAWANAN SEPERTI NABI SYITS AS YANG MENANG MENGALAHKAN QABIL DI MEDAN PERANG

10. BENTENG DIRI DARI PERBUATAN JAHAT MAKHLUK DAN PENGAMAL SUKMA DEWA JUGA MAMPU MELAKUKAN RITUAL PEM-BENTENGAN KEPADA SESIAPA YANG DIINGINKAN DENGAN MEMBACA KALIMAT SUKMA DEWA SEBANYAK 9X LALU DITIUPKAN DI UBUN-UBUN ORANG TERSEBUT

11. UCAPAN TUAH IAITU MENARIK KEBERUNTUNGAN, MELARISKAN PERNIAGAAN, MERAIH KEREZEKIAN, DAN KEMAKMURAN HIDUP 

12. MULUT MAKBOL IAITU APA SAJA YANG DIDOAKAN DENGAN DIMULAKAN MEMBACA KALIMAT SUKMA DEWA INI MAKA DENGAN IZIN ALLAH PERMINTAAN PENGAMAL AKAN DIKABULKAN DAN KALIMAT SUKMA DEWA

13. KALIMAT SUKMA DEWA INI JUGA DAPAT ANDA JADIKAN SEBAGAI WASILAH ZIKIR MUNAJAT UNTUK MENJAYAKAN HAJAT-HAJAT BESAR

14. PENGAMAL SUKMA DEWA MAMPU MENGUBATI PENYAKIT FIZIKAL DAN SIHIR DENGAN MUDAH, MEMBAKAR JIN SERTA MENYIKSANYA

15. PENGAMAL SUKMA DEWA MAMPU MEMBUAT AZIMAT PERLINDUNGAN DIRI DAN KEMUDAHAN URUSAN DUNIAWI UNTUK ORANG YANG MEMERLUKAN DENGAN MENULIS TIGA ISMULLAH YANG BERBAHASA ARAB PADA SEKEPING KERTAS LALU DIZIKIRKAN KALIMAT SUKMA DEWA SEBANYAK 71 KALI DAN DITIUP. AZIMAT TERSEBUT HENDAKLAH DIJAUHI DARI MEMASUKI TANDAS KERANA IANYA MENGANDUNGI NAMA ALLAH YANG MULIA. KELEBIHAN INI YANG ABANG SUKA KERANA ANDA BOLEH MEMAHARKAN KEMBALI AZIMAT TERSEBUT KEPADA ORANG LAIN UNTUK ANDA MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN  

16. SUKMA DEWA JUGA AKAN MENAJAMKAN SEKALIAN ILMU YANG ANDA MILIKI SECARA AUTOMATIK DAN MENYEMPURNAKAN SELURUH KEILMUAN ANDA

17. PENGAMAL SUKMA DEWA AKAN SENTIASA DI-IRINGI KEBERKATAN NABI SYITS ALAIHISSALAM DI DALAM KEHIDUPAN 

18. PENGAMAL SUKMA DEWA BOLEH MENDATANGKAN PELBAGAI KESAKTIAN SEPERTI KEKEBALAN, KEGAGAHAN LUAR BIASA, HALIMUNAN DARI MUSUH, MEMBUNGKAM MULUT MUSUH, MENGHADRIKAN HUJAN, ANGIN, KILAT, DAN SEBAGAINYA YANG INTINYA ADALAH KESAKTIAN DUNIAWI 

19. PENGAMAL SUKMA DEWA JUGA BOLEH MENGOSONGKAN KESAKTIAN MUSUH DENGAN MENZIKIRKAN KALIMATNYA SAMBIL MEMBAYANGKAN WAJAH MUSUH TERSEBUT 

Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS. 

MAHAR KALIMAT SUKMA DEWA:

SEBANYAK RM 271 SAHAJA

BONUS!! SEMPENA BULAN RAMADHAN, ABANG BERBESAR HATI UNTUK MENGHADIAHKAN SEBUAH LAGI ILMU KEPADA PEMAHAR SUKMA DEWA IAITU ILMU KHATAMUN NABI UZAIR AS SEBAGAI PELENGKAP ILMU DAN SENJATA ANDA UNTUK MENJAYAKAN BERMACAM-MACAM HAJAT DUNIAWI. ANDA BOLEH BACA KETERANGAN TENTANG ILMU NABI UZAIR TERSEBUT DI SINI


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI

 


No comments:

Post a Comment