TESTIMONI ILMU TERKINI !!!

 

MALIKUL KHOMSI MASIH BERAKSI DENGAN HEBAT !


MALIKUL KHOMSI & KALIMAT JIN LANGIT HIJAU !!


KALIMAT JAGOH SAKTI MEMBUATKAN TANGAN PENGAMALNYA SANGAT BERBISA DENGAN NYATA !!


1. ISMU SULTONUL ARIFFIN MEMBUKA & MENAJAMKAN MATA BATIN ! 
2. KALIMAT PANCASENGKETA DAPAT MEMENDEKKAN WAKTU PERJALANAN KE SESEBUAH DESTINASI DENGAN NYATA !
3. LAGI DAN LAGI MALIKUL KHOMSI TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN


KALIMAT JIN LANGIT HIJAU BERAKSI !


KALIMAT ORANG API DAPAT MENAWARKAN PELBAGAI MACAM SIHIR !!


KALIMAT JAGOH SAKTI & MANDI SELAMAT


KALIMAT ORANG API IALAH PENOLONG TERBAIK !


KALIMAT JAGOH SAKTI !


LAGI-LAGI KALIMAT JAGOH SAKTI !


KALIMAT SUKMA DEWA & ILMUNYA CINCIN BAGINDA SULAIMAN !


KALIMAT PRABU KIAN SANTANG SANGAT AJAIB !


KALIMAT SANG RAKSASA SANGAT AJAIB & AMPUH !


KALIMAT SUKMA DEWA WARISAN NABIYULLAH SYITS AS !!



KALIMAT ORANG API TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN ANDA !


KALIMAT JAGOH SAKTI MENJADIKAN PENGAMALNYA GAGAH PERKASA!!


KALIMAT PRABU KIAN SANTANG YANG SAKTI !


KALIMAT JAGOH SAKTI & ISMU SULTHONUL ARIFFIN!!


KALIMAT JIN LANGIT HIJAU JUGA MAMPU MENAJAMKAN KASYAF!!


KALIMAT PRABU KIAN SANTANG LAGI !!




KALIMAT KAWULO GUSTI

 


KALIMAT KAWULO GUSTI 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera untuk semua para pengunjung setia dan para murid, apa khabar? Abang doakan anda semua dipermudahkan urusan ya. Pada kali ini, sebuah ILMU AGUNG TURUN GUNUNG untuk abang ajarkan kepada anda yang berminat untuk meneruskan legasi warisan keilmuan KUNO ini agar tidak ditelan zaman dan ilmu tersebut bernama KALIMAT KAWULO GUSTI. Sebelum abang menerangkannya dengan lebih lanjut, abang hendak membuat disclaimer bahawa : 

KALIMAT KAWULO GUSTI INI BUKAN BERSANAD DARI SYEIKH SITI JENAR YA. ABANG MEMBERITAHU KERANA ADA MEREKA YANG JIKA MENDENGAR PERKATAAN KAWULO GUSTI JE PASTI AKAN DINISBATKANNYA KEPADA ILMU SYEIKH SITI JENAR. SEKALI LAGI ABANG TEGASKAN, ILMU INI BUKAN WARISAN SYEIKH SITI JENAR DAN BUKAN ASMA-ASMA RAJEH YANG TELAH TERSEBAR LUAS DI LUAR SANA ITU. ILMU INI ADALAH SEBUAH ILMU YANG SANGAT SULIT, BERUSIA TUA DAN TERSEMBUNYI YANG MENJADI WARISAN PARA WALIYULLAH PADA ZAMAN SEBELUM ERA KEWUJUDAN WALI BESAR IAITU QUTBUL ROBBANI SYEIKH ABDUL QODIR JAILANI DAN SEBELUM ABAD KEMUNCULAN WALI SONGO & SYEIKH SITI JENAR LAGI.

Ilmu KALIMAT KAWULO GUSTI ini sangat HYPER RARE dan merupakan sebuah ILMU TINGKAT TERTINGGI YANG TIDAK ADA DUANYA, kerana KETINGGIAN MAQOM ILMU ini SANGAT TINGGI jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu yang lain bahkan ilmu milik para raja sekalipun TIDAK DAPAT MENANDINGINYA. Kalimat Kawulo Gusti adalah sebuah ILMU KERAMAT milik WALIYULLAH AL-HALLAJ atau nama penuhnya Syeikh Abul Mughits Al-Hussain ibni Mansur Al-Hallaj yang berasal dari negara Iran. Beliau ialah seorang TOKOH SUFI YANG SANGAT TERKENAL & TERKEMUKA di zamannya dan di dunia tassawuf hingga kini kerana beliau telah mula mengembara sejak berusia belasan tahun lagi untuk mencari dan mempelajari ilmu tassawuf, kesufian, hakikat & ketuhanan  dan para gurunya juga bukan calang-calang iaitu : 

1. SAHL AT-TUSTARI - Al-Hallaj telah menetap di Tustar untuk berkhidmat dan berguru dengan beliau selama 2 Tahun. Sahl At-Tustari ini ialah seorang sufi yang mempunyai martabat spiritual yang tinggi, mempunyai banyak karomah dan beliau terkenal dengan kebolehannya sebagai Mufassir Tafsiran Al-Qurannya

2. SYEIKH AMR AL-MAKKI - Al-Hallaj kemudian menyambung pengembaraannya ke Kota Basrah, Iraq untuk berguru dengan Syeikh Amr Al-Makki yang sangat alim tentang secara ilmu Tassawuf dan pada ketika itu beliau juga merupakan ahli sufi yang terkemuka di Kota Basrah 

3. SYEIKH ABU BAKAR AS-SYIBLI - Al-Hallaj menyambung PENGAJIAN MAHABBAH dengan seorang lagi ulamak sufi besar iaitu Syeikh Abu Bakar As-Syibli yang merupakan seorang ahli sufi yang sangat arif dengan Fahaman Mahabbah yakni sebuah fahaman yang mendidik penganutnya mencapai martabat MENCINTAI ILAHI DENGAN SESUNGGUH-SUNGGUHNYA

4. SYEIKH JUNAID AL-BAGHDADI - Akhir sekali, Al-Hallaj melanjutkan pengajiannya dengan seorang TOKOH YANG MASYHUR dengan gelaran MAHAGURU kepada seluruh ahli tassawuf, ahli sufi, ahli hakikat dan ahli makrifah di zaman itu iaitu SYEIKH JUNAID AL-BAGHDADI. Beliau juga di-iktiraf sebagai PEMIMPIN KAUM SUFI PADA ABAD KE 3 HIJRIAH sekaligus merupakan SEORANG WALIYULLAH BESAR YANG SANGAT TINGGI MARTABATNYA

Hasil didikan daripada guru-gurunya yang alim tersebut maka lahirlah Al-Hallaj yang menjadi seorang TOKOH SUFI YANG TERKENAL & SEKALIGUS MENJADI SEORANG WALIYULLAH sehingga para ahli sufi dan ahli tareqat di Iran, Turki, India mempelajari ajaran tassawufnya dan dijadikan sebagai bahan rujukan di dalam bidang ilmu kesufian, tassawuf dan makrifah. Namanya juga sering disebut-sebut di dalam SYAIR-SYAIR yang dikarang oleh para ahli sufi kerana sangat mengagumi ketokohan beliau. Hasil didikan dari para gurunya juga menjadikan beliau seorang yang SANGAT TEKUN BERIBADAH, BERZIKIR, BERPUASA dan meneruskan hidupnya dengan PENUH KEZUHUDAN iaitu beliau hanya mempunyai SEHELAI JUBAH TUA SAHAJA yang beliau pakai bertahun-tahun ketika mengembara ke mana-mana. Selepas itu, Waliyullah Al-Hallaj meneruskan pengembaraannya untuk berdakwah dan menyebarkan agama islam dan keilmuannya ke Parsi, India, Turkistan sehingga ke Wilayah Perbatasan China. Pengembaraannya ketika berdakwah membuahkan hasil yang sangat memuaskan apabila ramai suku kaum dari pelbagai negara yang MEMELUK AGAMA ISLAM kerana mendengar khutbah dakwahnya dan itulah antara jasa-jasa beliau yang tercatat di dalam sejarah. 

Waliyullah Al-Hallaj juga terkenal dengan BERBAGAI KAROMAHNYA YANG AJAIB & LUAR BIASA yang tercatat di dalam sejarah, contohnya: 

1. Al-Hallaj digelarkan sebagai HALLAJ AL-ASROR kerana beliau berceramah tentang pelbagai RAHSIA ALAM SEMESTA yang tidak diketahui ramai dan beliau juga mampu MEMBACA ISI HATI & FIKIRAN PARA MURIDNYA dan MENJAWAB PERSOALAN TERSEBUT sebelum para murid dan jemaahnya bertanya

2. Beliau pernah pergi ke Makkah untuk menunaikan haji bersama beberapa orang pengikutnya dan di samping itu, beliau beserta pengikutnya pergi ke sebuah gunung untuk mengasingkan diri dari keramaian untuk beribadah. Sewaktu berada di gunung tersebut, WALIYULLAH AL-HALLAJ meminta kepada muridnya bahawa beliau mahu makan makanan yang manis-manisan tetapi para pengikutnya kebingungan kerana bagaimana mahu mendapatkan makanan manis di gunung yang sepi yang jauh dari bandar lantas WALIYULLAH AL-HALLAJ hanya tersenyum dan beliau bangun berjalan menembus kegelapan ke arah yang sangat gelap. Setelah beberapa minit, beliau muncul kembali dari kegelapan tersebut dan MEMBAWA KUEH MANIS-MANISAN YANG MASIH HANGAT DAN YANG SANGAT MUSTAHIL UNTUK DIDAPATKAN DI GUNUNG YANG JAUH DARI BANDAR & KERAMAIAN.    

3. Waliyullah Al-Hallaj pernah melalui sebuah gudang kapas dan di dalam gudang tersebut mempunyai banyak sekali longgokan buah-buah kapas yang belum diproses dan dengan hanya beliau menunjukkan jarinya pada longgokan kapas tersebut lalu dengan ajaibnya TERPISAHLAH KAPAS DARI KULIT BUAHNYA MENJADI SEPERTI KAPAS YANG TELAH DI PROSES. Hal ini disaksikan oleh beberapa orang yang mengatakan BETAPA SAKTINYA JARI AL-HALLAJ apabila kejadian tersebut berlaku di depan mata mereka sendiri

4. Waliyullah Al-Hallaj pernah mengharungi padang pasir bersama sekelompok sahabat beliau dalam perjalanan menuju ke Makkah dan salah seorang sahabatnya dari kelompok tersebut meminta kepada Waliyullah Al-Hallaj buah-buahan kurma yang segar untuk dimakan. Al-Hallaj berdiam sejenak sambil berdiri lalu menyuruh para sahabatnya untuk menggoyang-goyangkan badan mereka seperti orang menggoyangkan pokok kurma untuk mendapatkan buahnya dan apabila para sahabatnya berbuat demikian lantas berlakulah perkara yang ajaib iaitu BUAH-BUAH KURMA YANG SEGAR KELUAR BERJATUHAN DARI JUBAH YANG MEREKA PAKAI pada ketika itu

5. Pada akhir hayatnya, Waliyullah Al-Hallaj pernah dipenjarakan oleh khalifah di zaman tersebut dan beliau mendapati ada 300 orang banduan yang dirantai dan dikurung di dalam penjara bersamanya. Al-Hallaj menawarkan kepada seluruh banduan tersebut mahukah kalian jika beliau membebaskan mereka dari penjara? Seluruh banduan menjawab mahu dengan bersungguh-sungguh lalu Al-Hallaj hanya melakukan gerak isyarat jari sahaja kemudian terputuslah segala rantai besi yang mengikat para banduan tersebut dan hanya dengan isyarat jari Al-Hallaj juga, terbukanya tembok dinding penjara tersebut dan akhirnya seluruh banduan tersebut terus melarikan diri.  

Waliyullah Al-Hallaj mengakhiri hidupnya dengan dijatuhkan hukuman mati ke atas beliau oleh khalifah yang memimpin kerajaan pada zaman itu. Hal ini berlaku kerana dua sebab yakni pihak kerajaan menyangka bahawa pengaruh ketokohan Al-Hallaj di kalangan rakyat yang sangat meluas berupaya menggulingkan pemerintahan mereka dan sebab kedua adalah beliau difitnah membawa ajaran sesat oleh golongan syiah & golongan muktazilah. Meskipun beliau difitnah membawa ajaran sesat namun ajaran dan fahamannya dibela habis-habisan oleh sebahagian ulamak-ulamak besar seperti seorang alim ulamak yang tersohor sekaligus wali besar iaitu WALI QUTUBUL ZAMAN SYEIKH ABDUL QODIR AL-JAILANI, beliau berkata andai beliau hidup pada zaman Al-Hallaj nescaya beliau akan mempertahankan Al-Hallaj

Demikianlah serba sedikit sejarah tentang Waliyullah Agung Al-Hallaj yang mewariskan ilmu KALIMAT KAWULO GUSTI yang bakal abang ajarkan kali ini. Apakah maksud Kawulo Gusti? Kawulo berarti manusia dan Gusti berarti Tuhan. Ya ilmu ini adalah sebuah ilmu yang BERHUBUNG TERUS DENGAN ALLAH SWT TANPA SEBARANG PERANTARAAN/WASILAH seperti khodam jin, malaikat, dewa dewi dan sebagainya. Inilah ilmu yang menjadi KALIMAT PEGANGAN kepada WALIYULLAH AL-HALLAJ hingga beliau dikurniakan dengan BERMACAM-MACAM KAROMAH & KEFAHAMAN TENTANG MAKRIFATULLAH dan ilmu ini diwarisi oleh para waliyullah, ahli hakikat, ahli makrifah sejak zaman berzaman sehingga kini. 

Inti kepada ilmu Kalimat Kawulo Gusti ini adalah bertujuan untuk MEMBINA KETEGUHAN & KEYAKINAN SESEORANG HAMBA KEPADA ALLAH SWT. Ianya merupakan sebuah ilmu yang menjurus kepada makrifatullah seperti Kalimah Manunggal, Sirr Makrifatbillah dan Pangeran Sejati yang pernah abang ajarkan sebelum ini namun ilmu-ilmu tersebut masih "dibawah" Kalimat Kawulo Gusti lagi. Ianya kerana ketiga-tiga keilmuan tersebut boleh dikelaskan sebagai ILMU-ILMU PECAHAN kepada KALIMAT KAWULO GUSTI meskipun kalimat ilmu ini sangat pendek akan tetapi ianya SANGAT PADAT & SARAT dengan KERAHSIAAN dan KEAJAIBAN

Jika anda melihat pada gambar di atas ada terteranya "KUNCI JALAN HAK". Ya Kalimat Kawulo Gusti ini tergolong di dalam aliran KEILMUAN JALAN HAK dan adakah anda semua pernah dengar tentang ilmu Jalan Hak? Jalan Hak adalah sebuah aliran ilmu yang berasaskan MENGENAL ASAL USUL KEJADIAN DIRI, MENGENAL ROHANIAH, MENGENAL ALLAH SWT, MENEROKA RAHSIA-RAHSIA YANG TELAH SEDIA ADA PADA DIRI MEMANFAATKAN KURNIAAN SEMULAJADI YANG ADA PADA DIRI SETIAP INSAN UNTUK SESEBUAH HAJAT YANG KITA INGINKAN BAIK UNTUK URUSAN DUNIAWI DAN URUSAN AKHIRAT. Jalan Hak agak terkenal di Semenanjung Tanah Melayu ianya dipelajari ramai secara "underground" oleh nenek moyang kita, para pahlawan, para pendekar dan para pejuang yang menentang penjajah. Selain jalan hak, ada juga yang memanggilnya sebagai ILMU KAJI HAK, ILMU KAJI DIRI, ILMU HAK dan sebagainya. 
Tunggak bagi Keilmuan Jalan Hak adalah sebuah hadis Baginda Rasulullah Saw yang berbunyi :

 مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ فَقَدْ عَرَفَ رَبَّهُ
Yang bermaksud “ Barangsiapa yang telah mengenal dirinya, maka sungguh dia telah mengenal Tuhannya.”

Perjalanan dan pengembaraan abang dalam mencari dan mempelajari ilmu Jalan Hak sangat panjang, abang berguru dengan beberapa orang guru untuk benar-benar memahami dan menguasainya. Contohnya, abang pernah berguru di Semenyeh dengan seorang guru yang bernama ABAH XXXX, kepakaran khusus beliau ialah mengajarkan bagaimanakah cara menggunakan ilmu jalan hak untuk BERTEMPUR & BERPERANG MENGALAHKAN MUSUH. Di samping itu, ada juga guru yang mengajarkan aliran keilmuan jalan hak untuk digunakan ke arah MENGUBATI PENYAKIT MISTIK & PENYAKIT FIZIKAL.

Abang meneruskan pengembaraan sehingga abang bertemu dengan seorang guru yang mempunyai ILMU PENAMAT JALAN HAK iaitu KALIMAT KAWULO GUSTI kerana ianya ialah sebuah KALIMAT KUNCI BAGI KESELURUHAN JALAN HAKKALIMAT KAWULO GUSTI mengandungi kekuatan yang sangat DAHSYAT & LUARBIASA dan unsur kekuatannya bersifat UNIVERSAL yakni berunsurkan: 

1. KEKUATAN ILAHIAH - KEKUATAN MAU'NAH YANG DATANG LANGSUNG DARI ALLAH SWT 

2. KEKUATAN ALAM SEMESTA DAN RAHSIANYA - KEKUATAN YANG DATANG DARI UNSUR-UNSUR ALAM SEMESTA  UNSUR TANAH, UNSUR AIR, UNSUR API DAN BANYAK LAGI UNTUK APA SAJA KEMAHUAN   

3. KEKUATAN ROHANIAH & TENAGA DALAM - KEKUATAN ROH DAN TENAGA DALAM YANG TELAH SEDIA ADA PADA SETIAP INSAN DAPAT DIAKTIFKAN DENGAN KALIMAT KAWULO GUSTI UNTUK BERBAGAI TUJUAN

Tiga kekuatan di atas yang terkandung di dalam Kalimat Kawulo Gusti menjadikan ilmu ini DINOBATKAN sebagai sebuah ILMU TERULUNG yang tidak dapat dibandingkan dengan ilmu-ilmu yang lain. Ilmu Ulung ini sangat MULTIFUNGSI & SERBAGUNA bahkan kemampuannya sama seperti ilmu yang berkhodamkan khodam tingkat tinggi seperti Ilmu Raja Jin malah LEBIH DAHSYAT dari ilmu tersebut meskipun Kalimat Kawulo Gusti tidak berkhodam. Contohnya, jika ilmu raja jin mempunyai kebolehan menarik kekayaan begitu juga dengan keilmuan ini yang mampu berbuat demikian. Bahkan yang lebih mengerikan adalah pengamal Kalimat Kawulo Gusti ini sangat DIGERUNI oleh pengamal ilmu hitam kerana sesiapa sahaja yang mengamalkan ilmu hitam yang berada berdekatan dengan pengamal maka ilmu mereka akan MELEMAH DENGAN MENDADAK. Hal ini terjadi kerana AURA KAWULO GUSTI mempunyai sangat berpengaruh membahayakan dan mampu menghancurkan ilmu hitam 

Seterusnya, seperti biasa yakni sebelum abang menurunkan sesebuah ilmu kepada sesiapa pasti abang akan menguliknya terlebih dahulu dan memanaskan kembali keilmuan ini selama 11 hari berturut-turut dan hasilnya sangat memberi dampak yang sangat positif dalam kehidupan abang seperti : 

1. URUSAN KEREZEKIAN DAN KEWANGAN ABANG BERJALAN DENGAN SANGAT LANCAR DAN ADA-ADA SAJA REZEKI YANG DATANG TANPA ABANG MENCARINYA SERTA BANYAK URUSAN DUNIAWI ABANG DIPERMUDAHKAN. ABANG BOLEH BAGI RATING KEPADA KEILMUAN INI 4 BINTANG UNTUK URUSAN KEREZEKIAN DAN DUNIAWI. 

2. URUSAN SPIRITUAL SANGAT CEMERLANG YAKNI ABANG DAPAT MERASAKAN KEBATINAN ABANG MENINGKAT DENGAN SANGAT DRASTIK SEPERTI FIRASAT ABANG MENJADI SEMAKIN TAJAM, PENGLIHATAN BATIN/KASYAF ABANG JUGA MENJADI SEMAKIN JELAS DAN 

3. DARI SEGI URUSAN KEROHANIAN PUN SANGAT BAGUS YAKNI ABANG DAPAT MERASAKAN KEKHUSYUKAN KETIKA ABANG BERIBADAH SEMAKIN BERTAMBAH "LAZAT" SEPERTI KETIKA MENDIRIKAN SOLAT & BERZIKIR. BAHKAN BUKAN ITU SAJA, ABANG JUGA MEMPEROLEHI KETENANGAN JIWA YANG HAKIKI WALAU DALAM KEADAAN APAPUN

Adapun Kalimat Kawulo Gusti ini sangat pendek yakni terdiri dari DUA KATA SAHAJA yang berbahasa arab dan abang yakin anda boleh menghafalnya dengan membacanya sepintas lalu. Kaedah mengamalkannya pula hanya memerlukan tempoh selama 7 malam berturut-turut dan pada setiap malam, anda perlu menzikirkan kalimat ini sebanyak 100x sahaja dan jika anda ingi melebihi jumlah wiridnya maka itu lagi bagus. Selepas itu, abang juga akan mengajarkan kepada anda kaedah untuk MENGGUNAKAN ilmu ini dan kaedah penggunaannya terbahagi kepada 2 KAEDAH iaitu kaedah pertama adalah khusus untuk digunakan ketika anda sedang berada dalam kecemasan contohnya anda secara tiba-tiba dikepung oleh musuh maka anda hanya perlu menyebut 1 KATA SAHAJA dan dengan izin Allah SWT, anda akan menyaksikan sendiri keajaiban dan mendapat perlindunganNya. Kaedah kedua pula adalah kaedah khusus ketika anda ingin menggunakan ilmu ini untuk sesebuah hajat yang anda kehendaki baik hajatnya besar atau kecil. 

KALIMAT KAWULO GUSTI INI MEMPUNYAI 1001 KELEBIHAN & MANFAAT YANG TIADA HABISNYA DAN ANTARANYA ADALAH : 

1. PENGAMAL KAWULO GUSTI AKAN SENTIASA MENDAPAT PELBAGAI MAU'NAH YAKNI PEROTOLONGAN DARI ALLAH SWT DALAM APA JUA SITUASI

2. PENGAMAL KAWULO GUSTI AKAN DIBERIKAN KECUKUPAN HIDUP OLEH ALLAH SWT DALAM SEGENAP SEGI DAN SANGAT MUSTAHIL PENGAMALNYA AKAN HIDUP SUSAH 

3. PENGAMAL KAWULO GUSTI AKAN MEMPUNYAI TENAGA DALAM YANG SANGAT DAHSYAT DAN AURA KEILMUAN KAWULO GUSTI JUGA AKAN MENINGKATKAN AURA POSITIF DALAM DIRI PENGAMAL DAN MENYINGKIRKAN SEGALA AURA NEGATIF SEHINGGA IANYA AKAN MEMPENGARUHI DAN MENDORONG PENGAMAL KE ARAH MENJADI  ORANG YANG LEBIH BAIK

4. PENGAMAL KAWULO GUSTI JUGA AKAN DIBERIKAN KEREZEKIAN DAN KEKAYAAN DARI SEGENAP PENJURU DAN DARI JALAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA SERTA MAMPU MENOLONG MELARISKAN PERNIAGAAN MEREKA YANG MEMERLUKAN 

5. PENGAMAL KAWULO GUSTI AKAN SENTIASA DILINDUNGI OLEH ALLAH SWT DARI SEGALA PERBUATAN JAHAT MAKHLUK DAN DIJAUHKAN DARI SEKALIAN BALA BENCANA DAN MUSIBAH SERTA PENGAMAL JUGA MAMPU "MEMINJAMKAN" KELEBIHAN INI KEPADA ORANG LAIN DENGAN MEMBACAKAN KALIMAT KAWULO GUSTI SEBANYAK XX PADA SEBOTOL AIR KOSONG LALU AIR TERSEBUT DICAMPURKAN KE DALAM AIR MANDIAN ORANG TERSEBUT 

6. PENGAMAL AKAN MENDAPAT KEKHUSYUKAN DAN KEMANISAN KETIKA BERIBADAT DAN AKAN DIBERI KEFAHAMAN TENTANG RAHSIA-RAHSIA KETUHANAN MAKRIFATULLAH

7. PENGAMAL KAWULO GUSTI JUGA AKAN MENDAPAT KETENANGAN DAN KETENTERAMAN JIWA DALAM APA JUA KEADAAN, WALAUPUN DILANDA UJIAN YANG BERAT SEKALIPUN MALAH AKAN DITAMBAH PERASAAN KECINTAANNYA KEPADA ALLAH SWT KE DALAM DIRI PENGAMAL

8. PENGAMAL KAWULO GUSTI AKAN SERING MENDAPAT ILHAM DAN ISYAROH TENTANG PELBAGAI HAL SEPERTI APA YANG AKAN BERLAKU, MENGETAHUI SIAPA MUSUH DALAM SELIMUT DAN LAIN-LAIN 

9. PENGAMAL KAWULO GUSTI JUGA AKAN SELALU MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH SWT TENTANG SESEBUAH PERSOALAN, SOLUSI BAGI SESEBUAH MASALAH DAN MENGESAN KEBERADAAN SESUATU YANG DI-INGINKAN 

10. PENGAMAL KAWULO GUSTI AKAN DIKURNIAKAN KASYAF YANG TAJAM DAN DIBUKAKAN HIJAB YANG MAMPU MENEMBUS ALAM GHAIB SERTA FIRASAT PENGAMAL JUGA AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM SEHINGGA MAMPU MENEKA DAN MEMBACA ISI HATI SESEORANG DENGAN IZIN ALLAH

11. PENGAMAL KAWULO GUSTI MAMPU MENGUBATI PELBAGAI PENYAKIT MISTIK, FIZIKAL DAN MERAWAT PENYAKIT SIHIR SEBERAT APAPUN SERTA PENGAMAL JUGA MAMPU MENGALAHKAN PENGAMAL ILMU HITAM DAN MENGHANCURKAN KEILMUANNYA

12. PENGAMAL KAWULO GUSTI AKAN DIBERIKAN KEKUATAN DAN KEGAGAHAN YANG LUARBIASA KETIKA WAKTU YANG TERDESAK SEPERTI MAMPU MENGANGKAT BARANG BERAT YANG DIANGGAP MUSTAHIL SECARA BERSEORANGAN JIKA MENGIKUT LOGIK AKAL, PUKULANNYA BERKEKUATAN 1000 

13. PENGAMAL KAWULO GUSTI JUGA AKAN MEMPUNYAI DAYA KEKEBALAN LUAR DALAM YANG LUAR BIASA YAKNI PENGAMAL BUKAN SAJA KEBAL KULIT BAHKAN DALAMANNYA SEPERTI URAT DAN TULANG BELULANGNYA JUGA AKAN KEBAL DARI SEGALA BENTUK SENJATA BAIK SENJATA API, SENJATA TAJAM, SENJATA TUMPUL SEPERTI KAYU DAN SEBAGAINYA  

14. PENGAMAL KAWULO GUSTI MAMPU MEMPENGARUHI ALAM SEMESTA MENGIKUT KEHENDAKNYA DENGAN IZIN ALLAH SEPERTI MENYUBURKAN TANAMAN, MEMBERHENTIKAN HUJAN, MENDATANGKAN ANGIN, MEMBERHENTIKAN RIBUT, MEREDAKAN KEBAKARAN, MENDATANGKAN IKAN DI AIR (PEMANCING) DAN BANYAK LAGI HAL YANG BERKAITAN DENGAN UNSUR ALAM YANG MAMPU PENGAMAL LAKUKAN 

15. PENGAMAL KAWULO GUSTI JUGA MAMPU MENARIK ENERGI POSITIF DARI ALAM SEMESTA DAN MENYERAP KE DALAM BADANNYA ATAU KE BADAN SESEORANG UNTUK BERMACAM-MACAM TUJUAN SEPERTI MENARIK ENERGI POSITIF DARI BULAN LALU SALURKANNYA KE TUBUH SESEORANG UNTUK PENYERI WAJAH DAN PENGASIHAN 

16. DENGAN WASILAH KALIMAT KAWULO GUSTI, PENGAMAL MAMPU MENJAYAKAN HAJAT-HAJAT BESAR YANG BERSIFAT DUNIAWI 

17. PENGAMAL KAWULO GUSTI JUGA LAYAK DAN BERKEBOLEHAN UNTUK MEMBUAT APA SAJA PENGISIAN TERGANTUNG KEPADA KEHENDAK PENGAMAL SEPERTI PENGISIAN DAYA PENGASIHAN, PENGISIAN KEKEBALAN DARURAT, PENGISIAN DAYA KEWIBAWAAN KEPADA SESEBUAH BENDA SEPERTI MENGISI BATU AKIK, GELIGA, CINCIN, KERIS DAN SEBAGAINYA 

18. DENGAN WASILAH KALIMAT KAWULO GUSTI JUGA PENGAMAL AKAN DIKURNIAKAN DENGAN BERBAGAI-BAGAI KESAKTIAN KHOWARIQUL LIL A'DAH YANG TIDAK DAPAT DIJANGKAKAN SEPERTI MAMPU MENARIK HARTA YANG TERPENDAM, MAMPU MENGEMBALIKAN BARANG YANG HILANG, MAMPU MENGAMBIL SESUATU DARI JARAK JAUH

DAN BANYAK LAGI KESAKTIAN & RAHSIA YANG TERKANDUNG DI DALAM KALIMAT KAWULO GUSTI, ANDA AKAN MERASAKANNYA SENDIRI SELAMA ANDA MENG-ISTIQOMAHKANNYA IN SHA ALLAH. AKHIR KATA, SELAMAT MENGAMALKAN ILMU YANG ULUNG, EXTREME DAN PENUH AJAIB!

"HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM"

      Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS. 


MAHAR KALIMAT KAWULO GUSTI:

SEBANYAK RM 271 SAHAJA


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI

 











KALIMAT PENDAMPING NABIYULLAH

 




Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog MGT, apa khabar? Moga semua dalam keadaan baik ya 

Bulan ini abang mendapat banyak sangat aduan dan keluhan masalah yang mereka sedang hadapi oleh murid dan customer abang. Ada yang dizalimi, ada yang difitnah sehingga dibuang kerja, ada yang diserang dengan sihir yang dahsyat, ada yang rumahtangganya hura hara, ada yang mengalami masalah kewangan yang teruk, ada yang dilanda penyakit fizikal yang memerlukan kos yang tinggi untuk mengubatinya, ada yang kedai dan perusahaannya jatuh merundum dan banyak lagi yang abang dengar. Abang sangat bersimpati dengan dugaan yang mereka alami dan ketahuilah bahawa matlamat utama PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU diwujudkan di blog adalah untuk membantu mereka yang bermasalah dengan wasilah keilmuan yang kami miliki. Selain itu, matlamat perguruan juga adalah untuk mengembangkan dan menyebar luas ilmu hikmah kepada para peminat dan pencinta ilmu yang masih tercari-cari tempat mempelajari ilmu yang asli, bersanad, mujarab dan bukan rekaan. 

Setelah abang berfikir, merenung, berzikir dan mencari petunjuk tentang ilmu apa pula untuk abang keluarkan di blog kali ini bagi membantu mereka yang mengalami berbagai masalah maka abang membuat keputusan untuk mengeluarkan sebuah ilmu milik para nabi yang AMPUH DAN MUJARAB iaitu KALIMAT PENDAMPING NABIYULLAH atau digelar juga sebagai KALIMAT JAMI'IL KHODAMUL ANBIYA yang bermaksud kalimat untuk MENGHADIRKAN SEKUMPULAN/HIMPUNAN JEMAAH KHODAM YANG PERNAH BERKHIDMAT MEMBANTU PARA NABI TERDAHULU. Nabi ada khodam ke abang megat? Ya setiap nabi ada khodam yang Allah SWT utuskan untuk membantu mereka ketika berdakwah. Ilmu ini SANGAT UNIK, JARANG DIDENGARI DAN SANGAT LANGKA kerana ianya merupakan warisan murni para nabi terdahulu dan antara nabi yang mengamalkan ilmu ini yang diberitahukan oleh guru abang adalah: 

1. NABI ADAM ALAIHISSALAM
 
2. NABI ANUKH ALAIHISSALAM
 
3. NABI SOFWAN ALAIHISSAAM

4. NABI IDRIS ALAIHISSALAM
 
5. NABI SYUAIB ALAIHISSALAM

6. NABI ABHAF ALAIHISSALAM   

7. NABI LUTH ALAIHISSALAM 

8. NABI IBRAHIM ALAIHISSALAM

DAN RATUSAN LAGI NABI-NABI YANG LAIN
 
Sebelum ini ilmu Malikul Khomsi warisan waliyullah telah MENGGEGARKAN dunia kebatinan dengan pelbagai feedback dan testimoni yang AJAIB. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya abang mengangkat ilmu AGUNG milik para nabi terdahulu yang KEKUATANNYA 10X GANDA lebih dahsyat dari Malikul Khomsi. Abang nak ceritakan satu "drama" abang dengan ilmu ini iaitu sewaktu abang pertama kali diajarkan ilmu ini oleh guru, sebenarnya minat abang kepada Kalimat Pendamping Nabiyullah ini agak kurang, entah kenapa abang rasa sedemikian kerana selalunya apa saja yang para guru abang turunkan pasti abang akan ada rasa EXCITED untuk mengamalkannya tapi tidak untuk ilmu ini. Setelah itu, abang dilanda masalah kewangan yang teruk dan masalah kehidupan yang lain dan pada masa tersebut abang mendapat satu "TEKANAN HATI" yang sangat kuat untuk mula mengamalkan Kalimat Pendamping Nabiyullah. Tanpa melengahkan masa abang terus mengamalkannya dan dalam tempoh riyadhoh tersebut abang mendengar satu bisikan di telinga sebelah kanan yang berbunyi: 

"BOLEH JADI KAMU TIDAK SUKA PADA SESUATU PADAHAL IANYA AMAT BAIK BAGIMU, ZIKIRKANLAH DENGAN SEPENUH HATI"

Suara bisikan tersebut sangat JELAS DAN NYATA, ianya membuatkan abang terkejut dan terfikir sejenak lalu hati abang berkata-kata "ADA APA DENGAN ILMU NI YA? NI PERTAMA KALI AKU MENDAPAT BISIKAN MACAM NI" Abang meneruskan zikir kalimat ini sambil berfikir dan cuba mengamati pesanan tersebut. Rupa-rupanya di dalam pesanan itu mengandungi sepotong tafsiran ayat Al-Quran yang berasal dari Surah Al-Baqarah ayat 216 iaitu "BOLEH JADI KAMU TIDAK SUKA PADA SESUATU PADAHAL IANYA AMAT BAIK BAGIMU". Hal ini membuatkan abang semakin bersemangat untuk mengamalkan ilmu ini kerana abang yakin dan pasti bahawa pesanan yang abang dapat melalui bisikan itu menunjukkan bahawa ADA SESUATU YANG ISTIMEWA di dalam ilmu Kalimat Pendamping Nabiyullah. Ternyata ianya memang istimewa kerana: 

1. PADA HARI KEDUA AMALAN, MASALAH KEWANGAN ABANG SELESAI. SEBELUM ABANG MULA MENGAMALKAN ILMU INI, AKAUN BANK ABANG HANYA MEMPUNYAI WANG SEBANYAK RM130 SAJA LANTAS LALU DI HARI KEDUA, SECARA TIBA-TIBA TRANSAKSI WANG MASUK SECARA BERTUBI-TUBI SEBANYAK RM 1200 DALAM MASA 1 HARI !!! WALHAL SALE JUALAN ABANG PADA KETIKA ITU DAH LAMA SEPI NAMUN DENGAN BERKAT WASILAH KEILMUAN INI, SECARA TIBA-TIBA SALE ABANG MENINGKAT KEMBALI DENGAN AJAIB.  

2. PADA HARI KEEMPAT, MASALAH PEKERJAAN ABANG SEBAGAI PERAWAT SELESAI IAITU ABANG BERJAYA MENGEMBALIKAN SEORANG REMAJA WANITA YANG LARI DARI RUMAH IBU-BAPANYA. ABANG TELAH MELAKUKAN RITUAL UNTUK MEMANGGIL DAN MENYERU REMAJA TERSEBUT BERHARI-HARI NAMUN GAGAL LALU ABANG MENGGUNAKAN KALIMAT PENDAMPING NABIYULLAH DAN AKHIRNYA TAK SAMPAI 2 HARI, WANITA TERSEBUT KEMBALI KE PANGKUAN IBU-BAPANYA. ABANG JUGA DIHADIAHKAN DUIT SEBANYAK RM 600 SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH DARIPADA MEREKA.

Ya memang "effect" ilmu ini sangat ajaib sehingga membuatkan abang jatuh cinta kepadanya dan sentiasa meng-istiqomahkan membacanya setiap hari di dalam wirid, doa harian, ketika abang merawat dan sewaktu permulaan sebelum abang mengamalkan ilmu-ilmu yang lain. Guru abang juga mengatakan bahawa di dalam Kalimat Pendamping Nabiyullah ini terdapat KEBERKAHAN RATUSAN PARA NABI di dalamnya dan keberkahan tersebut juga akan sentiasa "mengiringi" pengamal yang sentiasa menzikirkannya. Mengamalkan ilmu ini sama saja seperti anda bertabarruk dengan ratusan para nabi tanpa anda perlu menyebut "Ya Allah dengan berkat nabi sekian-sekian ini aku bermohon padamu ......." 

Setelah anda menekuni tulisan abang yang panjang ini pasti anda tertanya-tanya siapakah khodam yang menjaga kalimat ini kan? Khodam yang diwakilkan di dalam KALIMAT PENDAMPING NABIYULLAH ini adalah khodam dari BANGSA MALAIKAT yang jumlahnya melebihi dari 1, mereka sangat ramai maka sebab itulah ilmunya diberi nama JAMI'IL KHODAMUL yang bermaksud SEKUMPULAN/BALA TENTERA/BARISAN TENTERA/HIMPUNAN JEMAAH KHODAM MALAIKAT. Mereka ialah bangsa malaikat yang pernah berjasa menolong ratusan para nabi terdahulu dan mereka berada di sebuah alam tinggi yang berada di tengah-tengah antara ALAM LUH MAHFUDZ dan ALAM ARASY. Mereka akan hadir dengan rupa bentuk lelaki yang berbadan sasa, berjubah putih dan suci yang menunggang kuda putih serta di tangan mereka terdapat pelbagai senjata seperti lembing dan pedang. Allah SWT telah menciptakan para malaikat tersebut dan segala peralatan yang mereka miliki yakni kuda dan senjata dari CAHAYA NUR YANG BERSINAR-SINAR DAN BERKILAUAN. Oleh sebab itu jika suatu hari nanti anda diizinkan oleh Allah SWT untuk melihat mereka baik dalam mimpi, pejaman mata atau dengan MATA ZAHIR maka penglihatan anda akan menjadi sangat silau dan kabur kerana cahaya nurnya yang beserta dengan para malaikat tersebut sangat terang-benderang. 

Akhir sekali, tentu anda tertanya-tanya apakah isi kandungan di dalam ilmu Kalimat Pendamping Nabiyullah? Adakah ianya kalimat yang menyebut nama para malaikat semata-mata? Tidak. Sebenarnya, Kalimat Pendamping Nabiyullah ini mengandungi bait-bait ISMUL ADZOM BIL ADZOM yang bermaksud NAMA-NAMA ALLAH SWT YANG KHAS DAN AGUNG LAGI AGUNG. Ismul Adzom bil Adzom ini bertujuan khas untuk MENGUNDANG, MENUNDUKKAN, DAN MEMERINTAH para malaikat yang abang terangkan di atas untuk menjayakan pelbagai hajat dan tujuan yang anda inginkan baik urusan duniawi dan ukhrowi. Mereka sangat taat dan tunduk kepada pengamal keilmuan ini dan mereka mampu menghadirkan diri dalam sekelip mata saja ketika pengamal memerlukan pertolongan. Inilah ilmu yang diamalkan oleh ratusan para nabiyullah sehingga mereka sentiasa mendapat kemudahan dalam hidup, kemudahan ketika berdakwah dan dikurniakan pelbagai mukjizat dan kesaktian khowariqul lil a'dah dengan wasilah pertolongan para malaikat tersebut. Selain menjadi amalan kepada para nabi, ilmu ini juga merupakan kalimat yang sentiasa DIZIKIRKAN OLEH PARA MALAIKAT pada setiap masa memuji Allah SWT. 

Bagaimanakah cara ilmu ini bekerja menolong para pengamal? Begini konsepnya, anda menzikirkan kalimat keilmuan ini berulang-ulang kali dengan jumlah yang abang tetapkan. Anda MEMUJI-MUJI ALLAH SWT dengan menggunakan bait-bait Ismul Adzom yang terdapat di dalam keilmuan ini lalu Allah SWT akan MENGABULKAN PERMINTAAN ANDA DENGAN MENGUTUS SEKUMPULAN BALA BANTUAN PARA MALAIKAT untuk hadir melaksanakan hajat anda. Bacaan Kalimat Pendamping Nabiyullah ini pula AGAK PENDEK, hanya sekitar sepanjang SETENGAH dari SURAH AL-FATIHAH SAHAJA dan ianya berbahasa arab. Abang juga akan memberikan terjemahan bagi maksud setiap kalimat yang terdapat di dalam keilmuan ini agar anda dapat mengamalkannya dengan KHUSYUK dan FAHAM akan setiap bait maksudnya. Ilmu ini hendaklah diamalkan selama 7 malam berturut-turut dan abang boleh jamin bahawa dalam masa 7 malam tersebut akan ada perubahan, kejutan dan keajaiban mendadak yang bakal berlaku pada diri anda kerana ilmu ini sifatnya SANGAT MUJARAB DALAM TEMPOH YANG SINGKAT IN SHA ALLAH. Selama anda mengamalkannya, in sha Allah anda akan: 

1. MENDENGAR BUNYI-BUNYIAN TAPAK KAKI KUDA 

2. MELIHAT LINTASAN CAHAYA PUTIH YANG MENYILAU BAIK DENGAN MATA NYATA ATAU BATIN 

3. SITUASI TEMPAT ANDA BERAMAL AKAN BERUBAH MENJADI SEPI, SAYUP DAN MENENANGKAN 

4. ANDA AKAN BERTEMU DENGAN PARA MALAIKAT YANG MENJADI KHODAM KEPADA ILMU INI BAIK SECARA NYATA, PEJAMAN MATA ATAU DI DALAM MIMPI (PENGALAMAN ABANG, ABANG BERTEMU DENGAN MEREKA PADA MALAM KE 7 DI ALAM MIMPI) 

Cukup dengan 1 ilmu ini saja, anda mampu menjadi ahli spiritual dalam pelbagai bidang seperti bidang rawatan, bidang menjayakan hajat seseorang maupun diri sendiri dan banyak lagi bidang yang berkaitan dengan spiritual. Anda boleh menggunakan keilmuan ini secara "TUNGGAL" tanpa perlu membaca banyak ayat. 

KALIMAT PENDAMPING NABIYULLAH INI MENGANDUNGI BERBAGAI-BAGAI KELEBIHAN YANG TAK DAPAT DIHITUNG DAN ANTARANYA ADALAH: 

1. PENGAMAL AKAN SENTIASA DIDAMPINGI OLEH PARA MALAIKAT YANG SENTIASA SIAP SEDIA MENJALANKAN TUGAS 

2. BAIT-BAIT ISMUL ADZOM YANG TERDAPAT DI DALAMNYA MAMPU MENGABULKAN HAJAT-HAJAT ANDA BAIK HAJAT BESAR ATAU HAJAT KECIL DENGAN CEPAT 

3. MENANGANI DAN MENYELESAIKAN SEGALA MASALAH KEHIDUPAN ANDA DENGAN PANTAS BAIK ITU MASALAH KECIL ATAU MASALAH SULIT SERUMIT APA SEKALIPUN 

4. MENCUKUPI KEPERLUAN HIDUP DALAM SEGALA HAL BAIK KEWANGAN, KEWIBAWAAN, MAKANAN DAN SEBAGAINYA

5. PENGAMAL AKAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN DIKURNIAKAN KEJAYAAN DALAM SEGALA HAL YANG DIUSAHAKAN

6. KEAMPUHAN MENARIK KEREZEKIAN, HARTA DAN KEKAYAAN YANG LUAR BIASA SERTA MARTABAT YANG MULIA DI MATA MASYARAKAT

7. KEAMPUHAN PELARIS DAGANGAN TINGKAT TINGGI BAIK UNTUK DAGANGAN ANDA SENDIRI ATAU UNTUK MEMBANTU MELARISKAN DAGANGAN ORANG LAIN 

8. SARANA PELUNAS HUTANG-PIUTANG YANG DITANGGUNG OLEH PENGAMAL SELAMA INI DAN ILMU INI JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENAGIH HUTANG DAN MEMAKSA ORANG YANG BERHUTANG KEPADA ANDA AGAR MELUNASKANNYA DENGAN SEGERA (PARA MALAIKAT INI AKAN MENEKAN HATI PENGHUTANG TERSEBUT SEHINGGA BELIAU MELUNASKAN HUTANG ANDA)

8. PENGAMAL MAMPU MENGUNDANG PERTOLONGAN BALA TENTERA PARA MALAIKAT YANG UNGGUL DALAM SEKELIP MATA DAN PENGAMAL JUGA AKAN DIKURNIAKAN PELBAGAI KESAKTIAN KHOWARIQUL LIL ADAH YANG TAK LOGIK DEK AKAL SEPERTI MAMPU MENGHADIRKAN KILAT DAN SEBAGAINYA

9. KALIMAT PENDAMPING NABIYULLAH INI JUGA MAMPU DIGUNAKAN UNTUK MEMERINTAH MALAIKAT YANG MENJAGA MUSIM SEPERTI MUSIM HUJAN, MUSIM PANAS, DAN MUSIM SEJUK UNTUK MENDATANGKAN ATAU MENOLAK MUSIM APA YANG ANDA KEHENDAKI

10. PENGAMAL MAMPU MENGUBATI PELBAGAI JENIS PENYAKIT FIZIKAL YANG BERAT PENYAKIT BATIN YANG "MISTERI"

11. PARA MALAIKAT DI DALAM KEILMUAN INI MAMPU ANDA PERINTAHKAN UNTUK MENGHANCURKAN BANGSA JIN DAN SIHIR YANG MENGGANGGU TERMASUK SIHIR KELAS BERAT

12. PENGAMAL AKAN DIGERUNI OLEH SEKALIAN MAKHLUK HALUS KERANA PARA MALAIKAT YANG MENDAMPINGI PENGAMAL SANGAT DITAKUTI OLEH MAKHLUK HALUS BAHKAN BANGSA JIN IFRIT YANG PALING SAKTI DI KALANGAN JIN JUGA MENGGERUNI MEREKA (JADI JANGAN HAIRAN SELAMA ANDA BERPERGIAN KE TEMPAT YANG BERPUAKA APA SEKALIPUN, PASTI ANDA TIDAK AKAN DIGANGGU)

13. BENTENG KESELAMATAN MUTLAK ZAHIR DAN BATIN DARI SEGALA PERBUATAN JAHAT MAKHLUK BAHKAN PENGAMAL JUGA MAMPU MENGISI BENTENG KESELAMATAN KEPADA ORANG LAIN DENGAN MEMBACAKAN KALIMAT ILMU INI SEBANYAK 3X LALU DITIUPKAN PADA UBUN-UBUN ORANG TERSEBUT

14. PENGAMAL JUGA MAMPU MENGIKAT LIDAH (MENGUNCI KATA-KATA) PIHAK LAWAN KETIKA BERBICARA ATAU BERDEBAT DAN MENDAPAT KEMENANGAN

15. PENGAMAL JUGA AKAN MENDAPAT KHABAR GHAIB, BISIKAN HALUS DAN ILHAM LADUNI TENTANG SESUATU PERKARA YANG BAKAL BERLAKU 

16. KALIMAT PENDAMPING NABIYULLAH JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGEMBALIKAN ORANG YANG HILANG ATAU LARI DARI TEMPAT TINGGAL SEPERTI LARI IKUT JANTAN, KEHILANGAN DI HUTAN DAN LAIN-LAIN 

YA KHASIAT DAN KELEBIHANNYA SANGAT BANYAK DAN TAK TERKIRA. SEMOGA ILMU PENDAMPING NABIYULLAH INI DAPAT MEMBANTU PERMASALAHAN YANG ANDA HADAPI DAN MENJADI WASILAH KEJAYAAN DALAM SETIAP USAHA ANDA. ABANG YAKIN ANDA TIDAK AKAN MENYESAL MEMPELAJARINYA BAHKAN ANDA AKAN JATUH CINTA KEPADA ILMUNYA. 

Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS. 


MAHAR KALIMAT PENDAMPING NABIYULLAH:

SEBANYAK RM 279 SAHAJA 

(WALAUPUN ILMU INI LEBIH DAHSYAT DARI MALIKUL KHOMSI NAMUN ABANG MELETAKKAN MAHAR YANG MAMPU MILIK UNTUK SEMUA ORANG KERANA ABANG MEMAHAMI SITUASI KESEMPITAN MASING-MASING)


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI

 



KALIMAT PADUKA RAJA HASANUDIN

 


KALIMAT PADUKA RAJA HASANUDIN

Assalamualaikum dan salam bahagia buat semua para murid dan para pengunjung setia ke PUSAT ILMU PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU. Sudah lama sangat abang tidak mengajarkan ilmu yang berkaitan dengan RAJA JIN, tak silap abang kali terakhir abang mengajarkannya adalah pada tahun lepas iaitu ilmu Kalimat Malikul Ghulam Al-Kubro dan Mantra Empat Raja Jin tetapi sayangnya abang telah menutup pengijazahan kedua-dua ilmu tersebut. Oleh yang demikian, abang akan menyambung pengajian ilmu raja jin pada hari ini iaitu abang akan mengajarkan kepada anda sebuah keilmuan YANG DIKHODAMKAN OLEH RAJA JIN MUSLIM dan keilmuan ini bernama KALIMAT PADUKA RAJA HASANUDIN

Keilmuan kali ini sangat istimewa kerana ianya berasal dari "DALAM ISTANA" iaitu sebuah ilmu warisan dari seorang SULTAN yang SANGAT SAKTI sekaligus beliau juga merupakan seorang WALIYULLAH yang MEMPUNYAI BANYAK KAROMAH di zamannya. Beliau bernama RAJA HASANUDIN yang merupakan anak kepada seorang waliyullah yang tersohor iaitu SUNAN GUNUNG JATI dan beliau telah mendapat perintah dari ayahnya agar menyebarkan dakwah Islam ke daerah BANTEN iaitu sebuah daerah yang berada di PULAU JAWA, INDONESIA. Oleh kerana perintah tersebut, beliau telah berangkat ke Banten lalu beliau mendirikan dan mengasaskan sebuah KESULTANAN ISLAM YANG PERTAMA di daerah BANTEN dan dalam masa yang sama juga beliau menjadi RAJA PERTAMA dalam dinasti KESULTANAN ISLAM BANTEN. Kerajaan kesultanan yang diasaskan dan dipimpin oleh beliau berjaya menjadikan Banten sebagai sebuah KERAJAAN ISLAM yang SANGAT KUAT & GEMILANG serta menjadi PUSAT PEMERDAGANGAN & PUSAT PELABUHAN yang TERKENAL di rantau Nusantara. Selain itu, Kesultanan Banten memainkan peranan penting dalam penyebaran dakwah islam di wilayah JAWA BARAT, JAKARTA, LAMPUNG dan SUMATERA SELATAN. Kesultanan Banten juga antara Kerajaan Islam yang SANGAT DIGERUNI oleh penjajah portugis kerana kekuatan dan ketenteraannya bukan calang-calang. Guru abang mengatakan setiap orang tentera kerajaan banten pada zaman kepimpinan RAJA HASANUDIN, semuanya bertaraf PENDEKAR HANDAL dan mempunyai ILMU KEBATINAN YANG TINGGI TIDAK TERKALAHKAN. Cuba anda semua fikir dan bayangkan kalau tentera pun dah sakti, apatah lagi raja mereka yakni RAJA HASANUDIN

Hal ini disebabkan sebelum Raja Hasanudin berangkat ke Banten, beliau telah dibekalkan dengan pelbagai ilmu hikmah dan ilmu kesaktian dari ayahnya yakni WALIYULLAH SUNAN GUNUNG JATI lalu beliau mengajarkan dan menurunkan beberapa ilmu tersebut kepada bala tenteranya untuk diamalkan yang membuatkan beliau mampu merampas dan menakluki Banten serta mengusir penjajah Portugis dengan mudahAnda pernah dengar tentang daerah Banten yang berada di Indonesia? Kota Banten terkenal dengan gelaran GUDANG PARA JAWARA yang bermaksud sebuah kota yang dipenuhi oleh PARA PENDEKAR & GURU-GURU SAKTI yang LUARBIASA dan kota ini juga sehingga sekarang masih melahirkan pendekar-pendekar muda pada setiap tahun. Kota Banten juga terkenal dengan kebudayaan SENI PERMAINAN DEBUS iaitu SENI MEMPERTUNJUKKAN KEMAMPUAN LUARBIASA PARA PENDEKAR YANG KEBAL DARI SENJATA TAJAM, PELURU, API, RACUN & SEBAGAINYA seperti gambar dibawah : 








Kota Banten terkenal dengan Seni Debus kerana asbab utamanya adalah dari keilmuan-keilmuan kebatinan RAJA HASANUDIN yang diturunkan kepada bala tentera beliau lalu ianya menjadi warisan turun-temurun rakyat di Kota Banten. Ilmu Seni Debus juga dijadikan salah satu WADAH DAKWAH untuk menarik minat rakyat setempat memeluk agama Islam dan ianya juga menjadi wasilah PENAIK SEMANGAT rakyat ketika melawan penjajah. Di samping itu, Kota Banten memang sangat terkenal dengan pusat keilmuan kebatinan yang hebat sehingga berapa ramai orang melayu sanggup seberang ke Banten demi untuk menuntut ilmu di sana. Abang juga memiliki beberapa orang guru yang pernah menuntut ilmu di Banten lalu mereka pulang ke tanah air dan membuka pusat pengajian kebatinan masing-masing demi meneruskan legasi keilmuan ini agar tidak ditelan zaman. 

Abang sangat meminati Waliyullah Sultan Hasanudin kerana kisahnya, karomahnya, dan keilmuannya yang sangat menakjubkan. Di antara karomah beliau yang abang ketahui adalah : 

1. BELIAU MAMPU MENEBAS DAN MEMBUNUH MUSUH SECARA JARAK JAUH TANPA MENYENTUH KETIKA DI MEDAN PEPERANGAN 

2. BELIAU MAMPU MENDATANGKAN ANGIN RIBUT BAGI MENGHANCURKAN MUSUH DAN BALA TENTERA MEREKA KETIKA DI MEDAN PERANG

3. BELIAU DIKURNIAKAN KAROMAH YANG MAMPU BERJALAN DI ATAS AIR LAUT YANG DISAKSIKAN OLEH SEKUMPULAN NELAYAN PADA KETIKA ITU 

4. BELIAU MAMPU MERUBAH PENGAWAL PERIBADINYA MENJADI AYAM JAGO IAITU AYAM LAGA KETIKA BELIAU DICABAR OLEH SEORANG RAJA SUNDA DI BANTEN YANG MANA JIKA BELIAU DAPAT MENGALAHKAN AYAM LAGA RAJA SUNDA TERSEBUT MAKA MEREKA AKAN MENYERAHKAN DAERAH KEKUASAANNYA TANPA BERPERANG DAN ALHAMDULILLAH AYAM JAGO MILIK RAJA HASANUDIN BERJAYA MEMBUNUH AYAM LAGA RAJA SUNDA TERSEBUT 

5. BELIAU BERTAPA DI ATAS SEBUAH BATU HITAM YANG BERADA DI SEBUAH GUNUNG SEHINGGA BATU HITAM TERSEBUT TERAPUNG DAN TERANGKAT DENGAN SENDIRINYA. PERTAPAAN ITU DIPERINTAHKAN OLEH AYAHNYA SEBAGAI UJIAN UNTUK MENOBATKAN BELIAU SEBAGAI SULTAN YANG BERDAULAT 

Dan banyak lagi karomah dan kesaktiannya yang membuatkan abang sangat kagum dengan beliau sehingga abang sanggup merantau ke segenap pelosok tanah air untuk mencari ilmu-ilmu hikmah warisan dari Waliyullah Sultan Hasanudin. Alhamdulillah abang dipertemukan dan berguru dengan 3 orang guru yang mempunyai ilmu hikmah yang BERSANAD MUTASSIL terus kepada Waliyullah Raja Hasanudin. Mereka mengajarkan pelbagai keilmuan dan abang mengamalkannya dengan penuh tekun kerana minat yang mendalam sehinggalah abang sampai kepada tahap PENAMAT ILMU RAJA HASANUDIN. Betapa gembiranya hati abang pada saat itu ketika diberi peluang oleh guru untuk menamatkan seluruh keilmuan warisan seorang SULTAN sekaligus WALIYULLAH yang sangat abang kagumi. Upacara penamat ini bertujuan untuk abang menerima ILMU TAKHTA RAJA HASANUDIN yang bermaksud ILMU TERTINGGI yang dimiliki oleh beliau yang bernama KALIMAT PADUKA RAJA HASANUDIN dan upacara ini juga memerlukan maharnya tersendiri iaitu abang perlu menyediakan 2 EKOR KAMBING JANTAN kepada guru untuk DIKORBANKAN sebagai bentuk syukur dan mahar pinangan untuk abang menebus ilmu tersebut. Walaupun pada waktu itu abang tidak berduit tetapi abang tetap berusaha mencari wang untuk membeli 2 ekor kambing jantan tersebut demi kecintaan ilmu yang mendalam.

DISCLAIMER : YA ABANG MENGAKUI BAHAWA ILMU WARISAN RAJA HASANUDIN INI SANGAT BANYAK DAN SUDAH TERSEBAR LUAR DI KALANGAN AHLI KEBATINAN DAN PENGAMAL ILMU HIKMAH. NAMUN BEGITU, ABANG INGIN MENEGASKAN DISINI BAHAWA KALIMAT PADUKA RAJA HASANUDIN YANG BAKAL DIAJARKAN KALI INI BUKAN SEPERTI ILMU-ILMU LAIN YANG BIASA ANDA DENGAR DAN LIHAT BAIK DI SOCIAL MEDIA, GOOGLE, ATAU DI MANA-MANA PERGURUAN SEKALIPUN KERANA ILMU INI MASIH TERJAGA RAPI KEASLIANNYA DAN PEWARIS KEILMUANNYA SANGAT SEDIKIT KERANA KETIKA ABANG MEMPELAJARINYA, BOLEH DIKIRA DENGAN JARI SAJA BILANGAN PEWARIS YANG BERJAYA MENGUASAI ILMU INI. ILMU INI IALAH ILMU YANG KING OF HYPER RARE!! 

Oleh yang demikian, anda semua hendaklah bersyukur sebanyak-banyaknya dan bergembira kerana pada hari ini abang akan mengajarkan ILMU TERTINGGI milik Waliyullah Raja Hasanudin yang MERANGKUMI KESELURUHAN KESAKTIAN & KAROMAH YANG BELIAU MILIKI tanpa anda perlu mengorbankan masa yang lama untuk mengamalkan ilmu-ilmu beliau yang lain untuk mendapatkan sesebuah kelebihan, cukup dengan satu keilmuan KING TUNGGAL ini sahaja maka BI-IZNILLAH akan MEMBUATKAN TUBUH BADAN ANDA MENJADI SANGAT SAKTI dan DIKURNIAKAN BERBAGAI MACAM KAROMAH OLEH ALLAH SWT

KALIMAT PADUKA RAJA HASANUDIN ini termasuk di dalam kategori ILMU SIRRUL ASROR yang bermaksud sebuah ilmu yang SARAT DENGAN PELBAGAI RAHSIA DI DALAM RAHSIA. Ilmu Sirrul Asror adalah ilmu tingkat tinggi yang mempunyai kebolehan dan kekuatan khusus yang LUARBIASA baik di dalam urusan dan manfaat apa sekalipun yakni sebuah ILMU MULTI-HAJAT dan kebiasaannya ilmu semacam ini hanya dimiliki oleh PARA AULIYA' yang berada di MAQOM YANG TINGGI sahaja. Ilmu ini tidak terikat dengan sebuah tujuan sahaja seperti ilmu lain yang terikat dengan sesebuah manfaat contohnya kalimat pulosani yang hanya khas untuk urusan kekebalan dan peperangan saja. Antara Sirrul Asror yang istimewa yang terkandung di dalam Kalimat Paduka Raja Hasanudin adalah terdapat SEORANG RAJA JIN MUSLIM yang TUNDUK dan SANGAT TAAT kepada pengamal kalimat ini dan Raja Jin tersebut bernama RAJA SYEIKH XXXXX (nama penuh khodam raja jin hanya akan diberitahukan oleh pengamal ilmu ini sahaja) dan Raja Jin ini mempunyai rupa bentuk seperti seorang MANUSIA yang SANGAT TINGGI, BERBADAN SASA DAN SANGAT BESAR serta terdapat SEBILAH PEDANG BESAR YANG SENTIASA ADA DI TANGAN BELIAU. Beliau ditugaskan untuk berkhidmat kepada pengamal ilmu ini dalam apa jua urusan dan beliau juga diamanahkan khusus sebagai PENJAGA DAULAT. Ya, keistimewaan kalimat ini adalah anda akan mempunyai DAULAT seperti DAULATNYA PARA RAJA TERDAHULU meskipun anda bukan seorang raja dan ianya berfungsi apabila ada sesiapa sahaja yang berniat dan berbuat jahat ke atas anda maka mereka akan terkena TULAH DAULAT kalimat ini secara AUTOMATIK serta DAULAT kalimat ini juga berfungsi menjadikan setiap SUMPAHAN yang keluar dari kata-kata anda menjadi KENYATAAN. Jika ada sesiapa yang terkena "TULAH" kalimat ini maka mereka hanya dapat disembuhkan dengan basuhan air tangan pengamalnya. 

Sirrul Asror yang TERAGUNG seterusnya adalah KALIMAT PADUKA RAJA HASANUDIN ini terdapatnya 1 KATA/KALIMAT yang SANGAT AGUNG iaitu SEBUAH KATA yang berasal dari ALAM RABBANIYAH (alam ketuhanan) atau secara spesifiknya berasal dari ALAM DZATUL BUHTI. Alam Dzatul Buhti ialah sebuah alam dimana ALLAH SWT menciptakan makhluk pertama ciptaanNya iaitu NUR MUHAMMAD dan untuk pengetahuan anda semua, NUR MUHAMMAD inilah yang menjadi INDUK BAGI SEGALA KEJADIAN dan ASAL CIPTAAN SELURUH MAKHLUK ALLAH SWT. Pada ketika di Alam Dzatul Buhti juga, NUR MUHAMMAD TERPUKAU & KAGUM ketika menyaksikan DZAT ALLAH SWT yang SANGAT INDAH & MENAKJUBKAN sehingga NUR MUHAMMAD mengucapkan KALIMAT PUJIAN PERTAMA kepada DZAT ALLAH SWT. Kalimat pujian pertama itulah yang menjadi IBU bagi SEGALA ZIKIR & BENTUK PUJI-PUJIAN kepada ALLAH SWT dan kalimat tersebut terdapat di dalam KALIMAT PADUKA RAJA HASANUDIN yang membuatkan segala doa-doa pengamal kalimat ini akan AKAN SEGERA DIKABULKAN OLEH ALLAH SWT

Adapun KALIMAT PADUKA RAJA HASANUDIN ini hanya SEPOTONG DOA PENDEK yang terdiri dari 7 KATA/KALIMAT sahaja namun ianya mengandungi berbagai macam KAROMAH, MA'UNAH, dan KERAMAT yang SANGAT DAHSYAT. Kalimat ini hanya perlu diamalkan selama 3 malam berturut-turut dan dizikirkan sebanyak 313x sahaja tanpa memerlukan tempoh waktu yang lama bagi anda yang sibuk dengan urusan-urusan yang lain. Sewaktu anda menzikirkan kalimat ini, anda hendaklah menghadirkan Allah SWT di hati anda dengan khusyuk dan focus sehingga hanya ALLAH SWT BERTAKHTA di hati anda serta pada ketika itu juga anda akan berjaya menyingkirkan segala perkara duniawi dari hati anda maka IN SHA ALLAH anda akan merasakan KEHENINGAN dan KEDAMAIAN HATI. 

Sesungguhnya ilmu ini adalah warisan dari SEORANG RAJA YANG HEBAT & WALIYULLAH YANG AGUNG maka demikian semoga anda tidak melepaskan PELUANG KEEMASAN ini untuk mempelajarinya. Semasa anda sedang mengamalkannya in sha Allah anda akan mengalami pelbagai kejadian yang ajaib, aneh dan setelah anda berjaya menamatkan riyadhoh keilmuan ini selama 3 malam maka anda sudah boleh MENGGUNAKANNYA/MENGUJI-CUBA untuk apa saja hajat duniawi yang anda mahukan. 

KALIMAT PADUKA RAJA HASANUDIN MEMPUNYAI SEGUDANG KAROMAH & MAUNAH DI DAN ANTARANYA ADALAH : 

1. ANDA BAKAL MENJADI MANUSIA KERAMAT DAN BERDAULAT YAKNI SELURUH TUBUH ANDA BAIK UCAPAN, KEKUATAN, SENTUHAN DAN PENGLIHATAN ANDA AKAN MEMPUNYAI KESAKTIAN YANG LUARBIASA

2. KEKUATAN KALIMAT INI AKAN MEMBUATKAN ANDA SANGAT DIGERUNI DAN DIHORMATI OLEH SELURUH MAKHLUK SERTA MEMILIKI KEWIBAWAAN LAYAKNYA SEORANG RAJA DI MATA MAKHLUK

3. ANDA AKAN SENTIASA DIKURNIAKAN KEKUATAN MA'UNAH DAN PERTOLONGAN OLEH ALLAH SWT YANG DILUAR LOGIK AKAL PADA KETIKA SITUASI YANG MEMERLUKAN

4. ANDA BAKAL MEMPUNYAI BENTENG DIRI YANG LUARBIASA DARI SEGALA PERBUATAN JAHAT MUSUH DAN ANDA AKAN SENTIASA DIKAWAL OLEH BALA TENTERA GHAIB YANG BERASAL DARI BUMI DAN JUGA DARI LANGIT  

5. MUSUH TIDAK AKAN MAMPU MENGOSONGKAN KEILMUAN ANDA ATAU MENGUNCINYA BAIK SECARA JARAK JAUH ATAU JARAK DEKAT BAHKAN DENGAN IZIN ALLAH ILMU MUSUH PULA AKAN TERKUNCI ATAU HANCUR LEBUR KETIKA BERHADAPAN DENGAN ANDA

6. ANDA MEMPUNYAI KEGAGAHAN YANG LUARBIASA DAN KEKEBALAN YANG DAHSYAT DARI SEGALA SENJATA TAJAM, SENJATA TUMPUL DAN SENJATA API BAHKAN TUBUH ANDA JUGA TIDAK AKAN MAMPAN KETIKA DIJURUS OLEH MUSUH MESKIPUN ANDA SEDANG BERADA DI DALAM GELANGGANG JURUS MEREKA (HAL INI TERBUKTI KEPADA DIRI ABANG SENDIRI SEWAKTU ABANG DIUJI OLEH SEBUAH PERGURUAN JURUS HAHAHA ALHAMDULILLAH)

7. ANDA JUGA AKAN MEMPUNYAI PENDAMPING SETIA SEORANG RAJA JIN MUSLIM BESERTA BALA TENTERANYA YANG BOLEH ANDA PERINTAHKAN PADA BILA-BILA MASA SAHAJA

8. SEGALA DOA DAN HAJAT ANDA AKAN DIMAKBULKAN OLEH ALLAH SWT DAN SETIAP SUMPAHAN YANG ANDA UCAPKAN AKAN MENJADI KENYATAAN DENGAN WASILAH KALIMAT PADUKA RAJA HASANUDIN 

9. ANDA AKAN MENJADI SEORANG AHLI HIKMAH YANG HANDAL DALAM PELBAGAI BIDANG BAHKAN ANDA JUGA BERKEBOLEHAN UNTUK MENOLONG MEREKA YANG MEMERLUKAN DALAM APA JUA HAJAT SEPERTI MENGOBATI PENYAKIT MISTERI, MELARISKAN JUALAN DAN SEBAGAINYA 

10. ANDA JUGA BERKEMAMPUAN UNTUK MEMAGARI SESEORANG ATAU KAWASAN DARI SERANGAN SANTAU DAN SIHIR YANG KUAT SEPERTI ILMU RAJA BANASPATI PUN TIDAK DAPAT MENEMBUSI PEMAGARAN YANG ANDA LAKUKAKAN HANYA DENGAN ANDA MEMBACA KALIMAT INI PADA SEGELAS AIR KOSONG LALU DIBERI MINUM ATAU DIPERCIKKAN DI SESEBUAH KAWASAN

11. ANDA MAMPU MENGHANCURKAN MUSUH YANG ZALIM TANPA MENYENTUHNYA DENGAN MEMBACA KALIMAT INI SEBANYAK XX SAMBIL MELIHAT GAMBAR MUSUH YANG ZALIM ATAU MEMBAYANGKAN WAJAHNYA 

12. DENGAN IZIN ALLAH JUGA ANDA AKAN BERTEMU SENDIRI DENGAN PEMILIK ASAL KEILMUAN INI IAITU WALIYULLAH SULTAN HASANUDIN DI DALAM MIMPI

13. ANDA AKAN MENDAPAT 40 EKOR HARIMAU GHAIB YANG PERNAH BERKHIDMAT KEPADA WALIYULLAH SULTAN HASANUDIN UNTUK MENJAGA DIRI ANDA, KELUARGA, TEMPAT TINGGAL DAN SEGALA HARTA BENDA YANG ANDA MILIKI

14. ANDA AKAN MENJADI MANUSIA YANG UNGGUL DAN ULUNG SERTA ANDA AKAN MENANG DALAM APA SAJA URUSAN YANG BERSIFAT PERLAWANAN, PERTANDINGAN DAN SEJENISNYA

15. PENJAGA KEDUDUKAN DAN DARJAT DARI DIJATUHKAN OLEH SESIAPA SERTA MENAIKKAN LAGI MARTABAT DAN DARJAT ANDA LAYAKNYA SEPERTI SEORANG RAJA 

16. ANDA AKAN MENJADI SEORANG HARTAWAN, MENARIK KEKAYAAN DARI JALAN YANG TAK DISANGKA-SANGKA DAN DIBUKAKAN JALAN KEJAYAAN DI DALAM SETIAP URUSAN DUNIAWI ANDA 

17. ANDA MAMPU MENGHADIRKAN DAN MENGENDALIKAN UNSUR ALAM SEPERTI ANGIN RIBUT, HUJAN, KILAT DAN SEBAGAINYA 

18. KALIMAT PADUKA RAJA HASANUDIN INI JUGA MAMPU MENGESAN KEBERADAAN PUSAKA DAN HARTA YANG TERPENDAM DAN APABILA ANDA SUDAH SEBATI DENGAN KEILMUAN INI MAKA ANDA MAMPU MENZAHIRKANNYA DENGAN PERTOLONGAN RAJA JIN MUSLIM YANG MENJADI KHODAM KEPADA KEILMUAN INI

19. KAROMAH KALIMAT PADUKA RAJA HASANUDIN JUGA AKAN MENJADI PENAJAM KEPADA SELURUH KEILMUAN YANG ANDA MILIKI DAN MENAMBAHKAN KEKUATANNYA BERLIPAT KALI GANDA MESKIPUN ANDA SUDAH TIDAK LAMA MENGAMALKANNYA  

DAN BANYAK LAGI 1001 KELEBIHAN YANG TERDAPAT DI DALAMNYA YANG BAKAL ANDA RASAKAN SENDIRI SELAMA ANDA ISTIQOMAH MENGAMALKANNYA

"HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM"

      Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS. 


MAHAR KALIMAT PADUKA RAJA HASANUDIN:

SEBANYAK RM 343 SAHAJA

MAHAR YANG ABANG BERIKAN INI SANGAT MAMPU MILIK JIKA DIBANDINGKAN KETIKA ABANG MENEBUS ILMU INI DARI GURU DENGAN MAHAR 2 EKOR KAMBING JANTAN KERANA ABANG TAHU TIDAK SEMUA YANG MAMPU MENYEDIAKAN KOS MAHAR SEBANYAK ITU 

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI