KALIMAT JATI
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Semoga semua yang mengunjungi blog MGT dan setia menunggu update ilmu dari abang dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari segala bala musibah in sha Allah. Sejak kebelakangan ini, PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU banyak mengeluarkan keilmuan-keilmuan yang kebanyakannya hanya focus kepada URUSAN KEDUNIAAN maka kini tiba masanya untuk abang MENGIMBANGKAN keilmuan dengan melancarkan sebuah ilmu yang mempunyai manfaat untuk 2 jalur sekaligus iaitu :
1. JALUR KEDUNIAAN
2. JALUR SPIRITUAL
Ilmu tersebut bernama KALIMAT JATI yang merupakan sebuah ilmu next level kepada SIRR MAKRIFATBILLAH & KALIMAH MANUNGGAL yang pernah abang keluarkan sebelum ini di blog. Kalimat Jati ialah salah satu ilmu di dalam PENGAJIAN SEJATI warisan PARA WALI, AHLI HAKIKAT, AHLI PERTAPAAN & AHLI SEJATI pada zaman dahulu yang diamalkan ketika mereka berkhalwah dan bersuluk sebagai wasilah spiritual dalam membina jati diri, ketenangan jiwa dan menuju SANGHYANG JATI. Sanghyang Jati itu siapa? Sanghyang Jati bermaksud TUHAN YANG MAHA HIDUP LAGI MAHA KEKAL kerana di dalam PENGAJIAN SEJATI, pelajar akan diterangkan dengan konsep LAA MAUJUD ILAALLAH yang bermaksud TIDAK ADA YANG WUJUD SELAIN ALLAH SWT. Lantas bagaimana dengan kewujudan kita sekarang? Baik abang terangkan ya.. Kewujudan kita tidak MUTLAK iaitu TIDAK AKAN KEKAL SELAMANYA kerana setiap makhluk pasti akan menemui ajalnya maka kita hanya adalah WUJUD MAJAZI yakni KEWUJUDAN YANG SEMENTARA semata-mata manakala WUJUD HAKIKI yakni KEWUJUDAN YANG KEKAL SELAMA-LAMANYA hanyalah ALLAH SWT sahaja.
Oleh itu, SANGHYANG JATI ialah gelaran atau kata ganti nama kepada sifat Allah yang MAHA HIDUP LAGI MAHA KEKAL di dalam pengajian sejati yang diasaskan para wali dan ahli hakikat di Nusantara. Di dalam pengajian jati juga ada satu kata pujangga yang perlu anda fahami dan hayati ketika mengamalkan ilmu ini iaitu "MULIH KA JATI, MULIH KA ASAL" yang bermaksud :
KEMBALILAH KEPADA TUHAN DAN KEMBALILAH KEPADA HAKIKAT INSAN IAITU ASAL USUL KEJADIAN
Kata pujangga di atas membawa maksud dan nasihat agar pengamal keilmuan ini hendaklah benar-benar berniat mahu mendekatkan diri kepada Tuhan dan MENGENANG kembali asal usul kejadian anda. Adapun hakikat insan itu adalah asal usul kejadian seseorang insan iaitu dengan MENGENANG kembali sifat asal yang ada pada diri mereka ketika mereka dilahirkan sebagai seorang bayi.
EMPAT SIFAT ASAL TERSEBUT ADALAH:
1. BODOH
Buktinya ketika anda masih bayi, anda tidak mampu bercakap dan tidak mampu berfikir membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
2. HINA
Buktinya ketika anda dilahirkan, anda keluar dari saluran KEMALUAN MANUSIA yang pada asalnya adalah saluran NAJIS iaitu laluan air kencing yang sangat jijik.
3. LEMAH
Buktinya anda tidak mampu berjalan bahkan merangkak sekalipun dan anda memerlukan bantuan orang lain untuk anda bergerak dan menguruskan diri sendiri.
4. MISKIN & PAPA KEDANA
Buktinya anda dilahirkan dalam keadaan BOGEL tanpa SEUTAS BENANG sekalipun, anda tidak mempunyai duit, harta bahkan pakaian anda sendiri.
Empat sifat di atas merupakan hakikat diri dan asal usul kejadian anda ketika pertama kali anda dilahirkan di muka dunia sebagai seorang bayi yang masih kecil. Anda dikehendaki mengenang kembali 4 sifat di atas ketika mengamalkan ilmu ini kerana ianya adalah KUNCI agar anda berjaya mencapai MARTABAT SEJATI iaitu MARTABAT KEHAMBAAN YANG SEMPURNA. Pengamal Kalimat Jati akan mencapai martabat tersebut kerana apabila mereka mengenang kembali 4 SIFAT ASAL maka secara tidak langsung akan timbul perasaan dan akhlak kehambaan yang mulia seperti bersikap rendah diri, bersikap baik sesama makhluk, jiwanya sentiasa tenang, sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan, tidak ada lagi kebergantungan kepada makhluk, sentiasa bergantung kepada Allah dengan sepenuh hati, dan hatinya bersih dari sifat-sifat mazmumah/buruk.
Di samping itu, Kalimat Jati juga menjadi senjata para wali dan ahli hakikat untuk pelbagai urusan duniawi. Mereka menggunakan ilmu ini ketika MEMBANTU sesiapa yang meminta pertolongan mereka dan juga sebagai wasilah untuk MENJAYAKAN hajatnya tersendiri. Kalimat Jati berfungsi mengaktifkan DAYA SEJATI yang sudah terpendam pada setiap manusia baik bangsa apapun mereka dan baik agama apapun mereka. Daya Sejati ini adalah sebuah KEKUATAN ROHANIAH yang telah sedia ada terpendam di dalam diri manusia dan kekuatan tersebut dapat digunakan untuk PELBAGAI TUJUAN. Ya daya sejati ini dapat digunakan untuk pelbagai tujuan tanpa memerlukan SEBARANG PERANTARAAN khodam jin atau malaikat kerana ianya sebuah tenaga suci yang ASLI datang terus dari Allah SWT dan diciptakan khusus hanya untuk manusia. Oleh sebab itu, Allah SWT berfirman "KAMI MENCIPTAKAN MANUSIA ITU DENGAN SEBAIK-BAIK CIPTAAN".
Sebaik-baik ciptaan yang difirmankan oleh Allah SWT itu melambangkan betapa SEMPURNANYA ciptaan manusia baik dari segi zahir mahupun batin. Salah satu kesempurnaan tersebut adalah DAYA SEJATI dan ianya dapat diaktifkan dengan pelbagai kaedah seperti ada yang menghidupkannya dengan meditasi/bertapa bertahun-tahun, ada yang menghidupkannya dengan berpuasa berbulan-bulan lamanya namun Alhamdulillah pada kali ini abang akan mengajarkan anda sebuah JALAN PINTAS untuk membangkitkan DAYA SEJATI & KEKUATAN ROHANIAH yang terkandung di dalam diri anda tanpa perlu bersusah payah melakukan ritual yang membebankan iaitu dengan mengamalkan KALIMAT JATI sahaja maka anda sudah dapat menguasai daya sejati dalam tempoh yang singkat.
Kekuatan Daya Sejati ini bersifat SEJUK dan penuh dengan KETENANGAN serta mempunyai NUR CAHAYA PUTIH yang BERKILAU-KILAU dengan indah. Ianya dapat disaksikan dan dirasakan sendiri oleh pengamal kelak ketika mengamalkannya. Abang sendiri secara peribadi telah mengalaminya ketika mengulik Kalimat Jati ini di sebuah bukit. Abang sangat menyukai ilmu ini kerana meskipun auranya sejuk dan kelihatan "biasa-biasa" saja namun kekuatannya SANGAT LUAR BIASA dalam pelbagai hal dan ianya sudah terbukti selama abang menjadi seorang AHLI HIKMAH dan seorang DUKUN. Pelbagai permasalahan pesakit dapat diatasi dengan hanya wasilah KALIMAT JATI tanpa abang perlu menggunakan dan menggabungkan dengan ilmu yang lain baik ilmu khodam, ilmu hizib, dan sebagainya. Kalimat Jati memang benar-benar sebuah ilmu yang MULTIFUNGSI sehingga guru abang dulu pernah berkata :
" KALIMAT JATI IALAH ILMU JAYA SAMPURNA "
Di dalam pengajian abang, Jaya Sampurna ialah sebuah martabat khusus yang tinggi dalam soal keilmuan dan bukan semua ilmu mampu mencapai MARTABAT JAYA SAMPURNA kerana sesebuah ilmu tersebut wajib mempunyai daya kekuatan yang luar biasa dan boleh dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan seperti urusan duniawi, urusan ghaib & urusan spiritual. Jaya Sampurna bermaksud KEJAYAAN YANG SEMPURNA yakni SEMPURNA DAN BERJAYALAH SEGALA URUSAN yang dikerjakan dan yang dihajatkan oleh seseorang. Kalimat Jati inilah sebuah ilmu yang tergolong dalam GOLONGAN JAYA SAMPURNA, ianya akan bertindak menolong pengamalnya dalam menjayakan apa jua urusan duniawi yang dihajatkan, ianya akan membentuk jati diri pengamal ke arah yang lebih baik dan sebagainya.
Seterusnya, meskipun Kalimat Jati ini bersifat multifungsi namun guru abang mengatakan ilmu ini juga BERPENGARUH BESAR ke arah SUGIH KEKAYAAN dan abang juga mengakuinya kerana sewaktu abang mengulik ilmu ini dan bermunajat kepada Allah dengan menzikirkan Kalimat Jati, telah berlaku pelbagai KEAJAIBAN dari sudut KEWANGAN dan EKONOMI. Antaranya adalah salah satu perniagaan abang iaitu menjual air minuman menjadi sangat laku dan laris dalam masa satu hari walhal perniagaan abang sebelum itu agak slow dan tidak mendapat sambutan ramai. Selain itu, secara TIBA-TIBA abang didatangi seorang client yang meminta pertolongan dalam menangani sebuah masalah yang beliau sedang hadapi dan abang langsung membantunya dengan menggunakan Kalimat Jati. Akhirnya, masalah beliau selesai lalu beliau memberi sejumlah wang kepada abang sebanyak RM 2000 sebagai tanda terima kasih dan abang juga tidak menjangkakan akan mendapat wang sebanyak itu. Kalimat Jati akan menarik "SUKMA KEKAYAAN" dari pelbagai arah yang tak disangka-sangka kepada pengamalnya. Sukma berarti roh atau aura dan ketahuilah bahawa setiap perkara dan ciptaan itu mempunyai auranya masing-masing seperti aura sial, aura buruk, aura keselamatan, aura penyembuhan dan sebagainya. Kalimat Jati dapat menarik bermacam-macam sukma yang baik dan antaranya adalah SUKMA KEKAYAAN dan SUKMA KEBERUNTUNGAN yang akan datang dalam berbagai bentuk seperti memperolehi wang secara mengejut, pelarisan secara tiba-tiba, kenaikan pangkat, peluang keemasan, melancarkan usaha dan kecukupan hidup.
Di samping itu juga, sesiapa yang mengamalkan KALIMAT JATI dengan penuh kesungguhan dan istiqomah in sha Allah beliau akan menjadi MANUSIA SEJATI dan MANUSIA UNGGUL. Manusia sejati melambangkan seorang pengamal yang mempunyai kerohanian spiritual yang baik dan sempurna manakala manusia yang unggul pula menjurus kepada kehebatan pengamal dalam mengerjakan segala urusan duniawi dengan jayanya dan mampu menangani apa saja masalah hidup dengan bijaksana. Abang sangat menyarankan anda mempelajari keilmuan ini dan jadikan Kalimat Jati sebagai "PAKAIAN RAHSIA" pada diri anda serta jadikannya sebagai "TAPAK BATIN" di jalan spiritual anda yakni menjadikan ilmu ini sebagai kunci agar anda berjaya menguasai KEAMPUHAN seluruh ilmu yang anda miliki.
Adapun bacaan Kalimat Jati ini SANGAT PENDEK iaitu hanya kira-kira sepanjang Surah Al-Ikhlas sahaja namun ianya sarat dengan SEGUDANG RAHSIA. Bacaan di dalam Kalimat Jati mengandungi bait kata PUJI-PUJIAN kepada SANGHYANG JATI ALLAH SWT dan berisi permohonan seorang hamba kepada Sanghyang Jati. Kaedah mengamalkan keilmuan ini juga agak UNIK berbanding dengan keilmuan lain kerana sebelum anda mengamalkan Kalimat Jati, anda dihendaki melakukan MANDI BANYU SUCI terlebih dahulu. Mandi Banyu Suci adalah sebuah ritual PENYUCIAN DIRI BATIN dari sebarang anasir yang tidak elok sebagai persediaan anda untuk menampung TENAGA JATI dan mandi ini hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup sahaja iaitu sebelum anda mula melakukan amalan keilmuan Kalimat Jati. Anda perlu menyediakan satu baldi yang berisi air bersih lalu anda bacakan JAMPI PENYUCIAN sebanyak 3x pada air tersebut dan dibuat mandi. Tatacara lengkapnya akan abang terangkan di dalam pdf keilmuan. Setelah anda selesai melakukan mandian banyu suci, anda perlu mengamalkan KALIMAT JATI selama 7 malam berturut-turut dengan jumlah wirid 100 kali setiap malam. Abang juga akan ajarkan tatacara riyadhoh tambahan yang abang temui ketika mengulik ilmu ini sebagai sampingan dan ianya tidak wajib. Anda hanya wajib melakukannya selama 7 malam sahaja dan setelah itu anda sudah boleh menggunakan kalimat jati untuk apa jua hajat.
KALIMAT JATI MENGANDUNGI BERBAGAI-BAGAI KESAKTIAN DAN KELEBIHAN YANG TIDAK TERKIRA DAN ANTARANYA :
1. PENGAMAL AKAN DIJAUHKAN DAN DILINDUNGI DARI SEBARANG BALA MUSIBAH DAN MALAPETAKA
2. MENJADI AHLI HAKIKAT DAN PENGAMAL AKAN MEMPEROLEHI MAKRIFATULLAH YAKNI MENGENAL SANGHYANG JATI ALLAH SWT
3. PENGAMAL SENTIASA DIKURNIAKAN KETENANGAN HATI DAN KETENTERAMAN JIWA DALAM SETIAP KEADAAN BAIK KETIKA DIUJI ATAU DIBERI NIKMAT
4. MENGUATKAN KEROHANIAN PENGAMAL DAN AKAN DIBUKAKAN DENGAN PELBAGAI RAHSIA MAKRIFAH, RAHSIA HAKIKAT DAN RAHSIA ALAM SEMESTA
5. KALIMAT JATI JUGA AKAN MEMBANTU PENGAMALNYA MENCAPAI MARTABAT HAQQUL YAKIN YAKNI KEYAKINAN YANG TINGGI KEPADA ALLAH SWT
6. MENYINGKIRKAN SEGALA KEBERGANTUNGAN KEPADA MAKHLUK DI DALAM HATI PENGAMAL DAN DIISI PENUH DENGAN KEBERGANTUNGAN KEPADA ALLAH SWT SEMATA-MATA
7. KALIMAT JATI AKAN MEMBANGKITKAN SEMANGAT YANG LUNTUR DAN MENEGUHKAN SEMANGAT JATI DIRI PENGAMAL DALAM MENERUSKAN KEHIDUPAN
8. KALIMAT JATI AKAN MENGUBAH POLA PEMIKIRAN PENGAMAL SECARA "SIRR" DENGAN MENJADIKAN PENGAMALNYA LEBIH BIJAKSANA DAN CERGAS BAIK DALAM BERURUSAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
9. AURA PESONA DAN PENGASIHAN YANG SANGAT KUAT DENGAN WASILAH PANCARAN CAHAYA NUR SEJATI YANG BERADA DI DALAM KALIMAT JATI. ANDA JUGA BOLEH MENGGUNAKAN PANCARAN NUR TERSEBUT UNTUK MENGISI DAYA PENGASIHAN KEPADA SESEORANG ATAU PADA SEBUAH BENDA SEPERTI BATU CINCIN ( INI BOLEH JADI REZEKI SAMPINGAN ANDA DENGAN MEMBUKA KHIDMAT PENGISIAN PENGASIHAN )
10. KALIMAT JATI MAMPU DIGUNAKAN UNTUK MELARISKAN DAGANGAN DAN MERAMAIKAN SESEBUAH TEMPAT YANG DIKEHENDAKI SEPERTI MERAMAIKAN ORANG DI KEDAI MAKAN
11. PENGAMAL AKAN MEMPUNYAI KEUNGGULAN DAN KEHEBATAN DI DALAM APA JUA URUSAN DAN SITUASI
12. KALIMAT JATI AKAN MENARIK KEREZEKIAN DAN KEKAYAAN DARI SEMUA ARAH DENGAN IZIN ALLAH SERTA DIJAUHKANNYA DARI KEMISKINAN
13. KALIMAT JATI AKAN MENDATANGKAN TUAH KEUNTUNGAN DAN KEMAJUAN DALAM SETIAP USAHA DAN URUSAN YANG DIKERJAKAN OLEH PENGAMAL
14. PENGAMAL KALIMAT JATI AKAN SENTIASA MENDAPATKAN PERTOLONGAN ALLAH SWT DALAM APA JUA URUSANA
15. MEMBUKA MATA BATIN DAN MEMPERMUDAHKAN PENGAMAL MELAKUKAN TERAWANGANAN SERTA MERAGA SUKMA
16. PENGAMAL AKAN SENTIASA MENDAPAT ISYAROH GHOIB DAN PETUNJUK TENTANG SESUATU HAL YANG DIINGINKAN DAN FIRASAT HATINYA AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM
17. DIKURNIAKAN BENTENG KESELAMATAN MUTLAK DARI SEGALA PERBUATAN JAHAT MAKHLUK DAN PENGAMAL JUGA MAMPU MEMBENTENGI ORANG LAIN, KAWASAN DAN BENDA DENGAN WASILAH PANCARAN NUR SEJATI YANG TERKANDUNG DI DALAM KALIMAT JATI
18. PENGAMAL AKAN MENJADI SEORANG BOMOH ATAUPUN PERAWAT YANG MAMPU MEMBUAT AIR PENAWAR BAGI MENYEMBUHKAN PELBAGAI PENYAKIT FIZIKAL BAIK TAHAP RENDAH DAN TAHAP BERAT SEPERTI CANCER
19. PENGAMAL JUGA DAPAT MENYEMBUHKAN PELBAGAI JENIS PENYAKIT BATIN SEPERTI SIHIR, GANGGUAN, KERASUKAN, GILA ISIM, TERKENA MINYAK PENGASIH, DEPRESS DAN LAIN-LAIN YANG MELIBATKAN "KEJIWAAN" DAN "DIRI BATIN"
20. MEMBESARKAN WADAH BATIN PENGAMAL DAN KALIMAT JATI JUGA MENJADI KUNCI KEPADA SELURUH KEILMUAN YANG DIMILIKI OLEH PENGAMAL IAITU BERTUJUAN UNTUK MENINGKATKAN KEAMPUHAN DAN KEMUJARABANNYA
21. PENGAMAL DAPAT MENJAYAKAN HAJAT-HAJAT DUNIAWI YANG BESAR DAN KECIL BAIK UNTUK HAJAT DIRI SENDIRI ATAU MEMBANTU MENJAYAKAN HAJAT ORANG LAIN
22. MEMBANGKITKAN DAN MENGHIDUPKAN TENAGA DALAM DIRI BERLIPAT KALI GANDA DAN MENSTABILKAN DIRI BATIN PENGAMAL
23. DIKURNIAKAN KEBERKAHAN YANG BERPANJANGAN DAN KEMAKMURANAN HIDUP
AKHIRUL KALAM, SESIAPA YANG MEMPELAJARI KALIMAT JATI DAN MENGAMALKANNYA DENGAN ISTIQOMAH PASTI AKAN MERASAKAN BERMACAM-MACAM KEAJAIBAN DAN KEISTIMEWAAN.
Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS.
MAHAR PINANGAN KALIMAT JATI:
SEBANYAK RM 289 SAHAJA
BONUS!! SEMPENA BULAN RAMADHAN DAN SYAWAL YAG BAKAL MENJELMA, ABANG BERBESAR HATI UNTUK MENGHADIAHKAN SEBUAH LAGI ILMU KHODAM KEPADA PEMINANG KALIMAT JATI IAITU KHATAMUN NABI UZAIR AS DAN ANDA BOLEH BACA KETERANGAN TENTANG ILMU NABI UZAIR TERSEBUT DI SINI TETAPI JIKA ANDA SUDAH MEMPUNYAI KHATAMUN NABI UZAIR AS MAKA ABANG AKAN GANTIKAN DENGAN SEBUAH LAGI ILMU KHUSUS(DIRAHSIAKAN)
SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI
No comments:
Post a Comment