KALIMAT ORANG SAKTI – RAHSIA TERTINGGI PARA WALI, SENJATA SEPI PARA PAHLAWAN, PENDEKAR DAN ORANG PILIHAN
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Abang ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua para pengunjung & para murid yang masih setia mengikuti perjalanan PUSAT KEILMUAN PERGURUAN MEGAT GUNUN TEBU ini. Tidak lupa juga buat saudara-saudaraku yang sedang menunaikan ibadah puasa, selamat berpuasa dan semoga Ramadhan kali ini benar-benar menjadi Ramadhan yang mengubah kita dari dalam, bukan sekadar di luar.
Agak lama abang mendiamkan diri daripada menulis tentang keilmuan-keilmuan baru di ruang blog ini ya. Ada yang bertanya, ada yang menghantar ws secara peribadi, ada juga yang hari-hari memantau blog MGT. Abang faham perasaan kalian khususnya para pencinta keilmuan iaitu apabila seseorang yang tak lokek/kedekut dalam berkongsi bab keilmuan tiba-tiba menyepi, pasti menimbulkan pelbagai sangkaan.
Namun ketahuilah, diam abang bukan kerana malas, bukan kerana jemu, dan bukan juga kerana sudah tidak mahu mengajar dan berkongsi ilmu yang abang miliki. Diam abang adalah kerana abang sedang menimbang dan berfikir habis-habisan akan SEBUAH AMANAH ILMU yang sangat berat, sebuah ilmu yang BERMARTABAT TINGGI, tidak boleh diajarkan dengan tergesa-gesa, tidak boleh ditulis dengan emosi, dan tidak boleh disampaikan hanya kerana mahu memenuhi permintaan manusia.
Ilmu yang bakal abang ajarkan pada kali ini bukan ilmu kecil. Ia bukan ilmu yang boleh dipakai untuk menunjuk hebat. Abang tegaskan sekali lagi bahawa ia adalah ILMU MAKAM ATASAN, ILMU TINGKAT TINGGI, kesannya halus tetapi dalam dan risikonya sangat besar jika jatuh ke tangan yang salah. Sebab itu abang simpan dahulu dalam dada. Abang tidak beritahu sesiapa, termasuk murid-murid yang paling rapat dengan abang. Abang bermuhasabah:
PATUTKAH ILMU INI DIAJARKAN KEPADA UMUM? ATAU LEBIH BAIK IA KEKAL SEBAGAI RAHSIA BATIN ORANG-ORANG TERTENTU SAHAJA?
Dalam tempoh perenungan yang agak panjang itu, abang mendapat satu sindiran ghaib yang sangat menyentak jiwa :
“SAMPAI BILA AKU NAK MAKAN SORANG?”
Sindiran itu bukan datang untuk memaksa, tetapi untuk mengingatkan bahawa ilmu yang Allah titipkan bukan untuk disimpan sebagai perhiasan diri tetapi untuk dimanfaatkan sebagai rahmat kepada orang lain. Dalam masa yang sama, abang juga mendapat isyaroh batin bahawa zaman sekarang bukan lagi macam zaman dulu yakni zaman menyembunyikan ilmu-ilmu tingkat tinggi akan tetapi ZAMAN SEKARANG IALAH ZAMAN UNTUK MENDEDAHKAN ILMU-ILMU SEBEGINI kerana zaman ini penuh fitnah, penuh ujian, penuh gangguan zahir dan batin. Ramai manusia memerlukan pakaian rohani, perisai batin dan sandaran spiritual yang kukuh untuk terus berdiri di tengah gelombang dunia.
Ilmu ini ibarat EMAS YANG LAMA TERTANAM & TERPENDAM di dalam bumi. Bukan kerana emas itu tidak berharga, tetapi kerana belum tiba masa ia digali. Dan hari ini MASANYA SUDAH TIBA. Dengan penuh tawakkal, abang dedahkan salah satu ilmu yang paling abang junjung tinggi yang bernama:
KALIMAT ORANG SAKTI
Ini bukan kalimat rekaan, ini adalah kalimat yang telah abang jaga bertahun-tahun lamanya, abang pakai dalam pelbagai situasi hidup, dan abang rasai sendiri KEAMPUHAN & KEBERKATANNYA. Antara kesan yang paling ketara dalam hidup abang ialah ketenangan hati yang sukar digugat, keharmonian rumahtangga, serta rezeki yang terasa lapang dan mengalir dengan cara yang tidak disangka-sangka. Semua ini bukan kerana abang hebat, tetapi kerana Allah melimpahkan keberkatan melalui wasilah KALIMAT ORANG SAKTI.
Kalimat Orang Sakti ini pada sebenarnya adalah PAKAIAN TERTINGGI PARA WALIYULLAH terdahulu dalam perjalanan TAQARRUB ILALLAH yang bermaksud jalan hati menuju keredaan dan mendekatkan diri dengan Allah. . Ia bukan sekadar zikir di bibir, tetapi adalah zikir yang menyentuh qalbu, menggerakkan roh, dan menyedarkan batin. Di dalamnya terkandung ISMUL ADZOMUL KABIR iaitu rahsia nama Allah yang maha agung lagi maha besar. Ismul A‘zom ini bukan sesuatu yang boleh dihuraikan dengan huruf semata-mata. Ia tidak tertulis di dalam kitab-kitab zahir tetapi kalimat ini tersemat dalam dada para guru, para mursyid thoreqoh,para syeikhul akhbar, para sufi yang terpilih hingga kepada para wali besar yang diturunkan & diajarkan secara rahsia dari zaman ke zaman.
Guru-guru abang mengatakan sesiapa yang benar-benar memahami dan mengamalkan kalimat ini maka pengamal bukan sekadar mendapat pertolongan dalam urusan keduniaan tetapi akan mula merasakan getaran lain dalam ibadahnya seperti doa terasa lebih dekat dan hati lebih mudah tunduk kepada Allah. Inilah yang membezakan antara orang yang sekadar “mengamalkan kalimat” dengan orang yang benar-benar memakai KALIMAT ORANG SAKTI sebagai pakaian batin.
Guru abang juga menceritakan bahawa kalimat ini menjadi amalan tokoh-tokoh besar yang terkenal dalam keilmuan Islam antaranya :
GURU ABANG MENCERITAKAN BAHAWA KALIMAT INI PERNAH MENJADI AMALAN WALI-WALI BESAR SEPERTI:
-
WALIYULLAH SYEIKHUL AKBAR IBN ‘ARABI
ANTARA KARAMAH BELIAU YANG MASYHUR IALAH KEMAMPUAN MEMAHAMI RAHSIA BATIN AL-QURAN DAN MENGETAHUI HAKIKAT-HAKIKAT GHAIB YANG TERSEMBUNYI DI SEBALIK ALAM ZAHIR. BELIAU JUGA DIKENALI DENGAN KEBOLEHAN “BERTEMU” ROH PARA NABI DAN WALI DALAM ALAM ROHANI. -
IMAM ABU HASAN ASY-SYAZILI – PENGASAS TAREKAT SYAZILIYYAH & SEORANG WALI QUTUB DI ZAMANNYA. ANTARA KARAMAH BELIAU IALAH DOANYA YANG MUSTAJAB DALAM SOAL REZEKI DAN KESELAMATAN MURID-MURIDNYA. RAMAI MURID YANG TERSELAMAT DARI BAHAYA LAUT, PEPERANGAN DAN KELAPARAN DENGAN WASILAH WIRID-WIRID BELIAU.
-
IMAM JALALUDDIN AS-SUYUTI
BELIAU TERKENAL DENGAN KELUASAN ILMU YANG LUAR BIASA. ANTARA KARAMAHNYA IALAH MAMPU MENULIS DAN MENYUSUN KITAB DALAM JUMLAH YANG SANGAT BANYAK, SEOLAH-OLAH DIBERI KELAPANGAN MASA DAN ILHAM LANGSUNG DARI ALLAH. -
IMAM AL-GHAZALI
KARAMAH BELIAU YANG PALING BESAR IALAH PERUBAHAN BATIN UMAT. ILMU BELIAU BUKAN SEKADAR MENCERDIKKAN AKAL, TETAPI MENYUCIKAN HATI. RAMAI YANG KEMBALI KEPADA ALLAH MELALUI KITAB-KITAB DAN JALAN SULUK YANG BELIAU SUSUN.
Namun mereka bukan mengamalkan KALIMAT ORANG SAKTI untuk menunjuk kesaktian dan karomah tetapi sebagai jalan memperhalusi hubungan dengan Allah. Bagi mereka, karomah yang zahir hanyalah tempias. Hakikat sebenar ialah perubahan batin – dari hati yang kasar menjadi lembut, dari jiwa yang gelisah menjadi tenang, dari diri yang bergantung kepada makhluk menjadi BERGANTUNG KEPADA ALLAH SEPENUH HATI.
Menurut SEJARAH MELAYU pula, KALIMAT ORANG SAKTI ini bukan asing bagi jalur-jalur ilmu kesaktian lama. Ia menjadi intisari dan amalan utama kepada rahsia kependekaran KOTA GELANGGI melalui sosok PERTAPA SAKTI sekaligus merupakan PANGLIMA KOTA GELANGGI PANGLIMA POK WEIL, kehandalan beliau terbukti apabila ketika beliau BERJAYA MENGALAHKAN PANGLIMA DIRAJA KEDAH sehingga panglima tersebut menemui ajal dalam pertarungan tersebut. Selain itu, kalimat ini juga mengalir dalam jalur HANG TUAH dan HANG JEBAT sebagai intipati ilmu kesaktian mereka. Ia juga tersemat dalam penamat rahsia aliran ILMU GAYONG, kalimat ini dikenali sebagai IBU GAYONG MAS SEMBILAN yang hari ini sudah jarang diketahui hakikatnya oleh generasi baru. Kalimat ini juga menjadi PEGANGAN kepada seorang PENGEMBARA SAKTI yang matanya buta tetapi celik mata hatinya, dikenali sebagai TOK BUTA. Beliau merantau seluruh Tanah Melayu hanya dengan berjalan kaki. Beliau pernah dirompak, diugut, diserang dengan senjata tajam, cubaan dipukul samseng jalanan, malah diganggu makhluk halus di hutan namun beliau sentiasa terselamat dengan wasilah KALIMAT ORANG SAKTI dan inilah menjadi bukti bahawa kalimat ini bukan sekadar teori, tetapi perisai hidup yang benar-benar diuji di medan nyata.
Abang menerima ilmu ini dari dua orang guru yang berbeza secara bersanad iaitu:
1. AYOH WI BADOK, SEORANG PENDEKAR YANG TERKENAL DENGAN ILMU KEPENDEKARANNYA
2. SEORANG WALIYULLAH KHOWWAS DARI TANAH JAWA (NAMANYA ABANG RAHSIAKAN), YANG MASYHUR DENGAN KAROMAH YANG MENCARIK ADAT
Kedua-dua guru ini berpesan perkara yang sama kepada abang tentang keilmuan ini:
KALIMAT ORANG SAKTI ADALAH ILMU TINGKAT TERTINGGI, SANGAT BERAT AMANAHNYA DAN MUDAH DISALAHGUNAKAN JIKA JATUH KE TANGAN YANG SALAH. SEBAB ITU DALAM PULUHAN MURID MEREKA, HANYA BEBERAPA ORANG SAHAJA YANG DIPILIH UNTUK MENERIMA KALIMAT INI – TERMASUK ABANG. ABANG SENDIRI DIUJI DENGAN UJIAN-UJIAN YANG BERAT SEBELUM GURU MENURUNKANNYA
Sebab itu dahulu, mahaguru-mahaguru silat, ahli sufi, para masyaikh dan ulama’ hakikat hanya menurunkan ilmu seperti ini kepada murid yang telah lulus ujian rohani yang berat – khatam wirid tertentu puluhan ribu kali, lulus ujian sabar, lulus ujian tawaduk, dan lulus ujian amanah.
Pasti korang tertanya-tanya kenapa kalimat ini menjadi PEGANGAN & AMALAN FAVOURITE mereka kan? Hal ini kerana dalam KALIMAT ORANG SAKTI ini mengandungi rahsia JAWHARUS SIRRI AL-ASRORUL AKBAR yang bermaksud PERMATA DARI SEGALA RAHSIA KEBESARAN ALLAH SWT. Abang akan dedahkan 2 RAHSIA AGUNG sahaja iaitu pertama RAHSIA AGUNG HURUF BA yang di dalamnya mengandungi rahsia karomah & maunah BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM. Rahsia agung yang kedua ialah walaupun lafaz kalimat ini pendek namun ketahuilah bahawa karomah & maunah 99 ASMA ALLAH YAKNI ASMAUL HUSNA juga terkandung didalamnya. Kalimat ini laksana MASTERKEY yang membuka PINTU BESAR GERBANG ASMAUL HUSNA, apabila anda menzikirkan kalimat ini sama seperti anda zikirkan SELURUH 99 ASMA ALLAH SWT. Anda akan rasakan sendiri sensasi, getaran & aura apabila anda menzikirkan ilmu ini.
KALIMAT ORANG SAKTI ini hanya terdiri dari 3 PATAH PERKATAAN sahaja yang perlu dizikirkan sebanyak 111 kali atau 313 kali sehari selama 7 malam berturut-turut sebagai riyadhoh wajib. Setelah anda selesai riyadhoh wajibnya, anda boleh menzikirkannya dengan gaya bebas. Selain itu, pengamal yang istiqamah akan mula merasakan dirinya “dibungkus” oleh satu perasaan aneh: lebih tenang menghadapi ujian, lebih sabar bila diuji, lebih lembut bila disakiti. Inilah tanda bahawa kalimat ini mula membentuk peribadi sakti, bukan sekadar tubuh sakti.
KALIMAT ORANG SAKTI ini di-ibaratkan sebagai SENJATA SEPI yang paling menakutkan. Ia tidak berbunyi, tidak kelihatan tetapi kesannya tembus ke langit. Doa pengamalnya naik dengan pantas, hajatnya disampaikan dengan adab dan perlindungan Allah datang dengan cara yang sering membuatkan kita tersenyum sendirian kerana tidak menyangka.
Abang juga ingin memberitahu bahawa ilmu ini bukan untuk semua orang. Abang tidak akan mengijazahkannya kepada sesiapa yang dengan mudah. Abang hanya membuka peluang kepada 21 orang sahaja sebagai pewaris. Abang akan menilai anda dari sudut adab, niat dan kesediaan batin jadi jangan ingat anda punya wang maka anda boleh mewarisinya dengan mudah, abang akan filter dan tapis habis-habisan. Sebagai penyempurna jalan, bakal pewaris akan di-ijazahkan juga dengan SEBUAH ILMU PILIHAN yang akan abang berikan berdasarkan keserasian nama anda masing-masing jadi setiap pewaris akan mendapat KALIMAT ORANG SAKTI & 1 ILMU YANG BERBEZA sebagai pelengkap dan penyempurnaan keilmuan ini.
Semoga Allah memilih anda dalam kalangan hamba-Nya yang layak untuk memikul & menjadi pewaris KALIMAT ORANG SAKTI ini.
KALIMAT ORANG SAKTI INI MENGANDUNGI RIBUAN MANFAAT YANG TAK HABIS JIKA DIHITUNG TAPI ABANG SENARAIKAN BEBERAPA KELEBIHAN, KESAKTIAN, MA'UNAH & KAROMAHNYA :
1. MENJADI PAKAIAN TAQARRUB YANG MENGHAMPIRKAN DIRI KEPADA ALLAH, PENGAMAL AKAN MERASAKAN HUBUNGAN ROHANINYA SEMAKIN HALUS DAN DEKAT, IBADAH TERASA LEBIH HIDUP DAN HATI LEBIH MUDAH KHUSYUK
2. MEMBUKA PINTU REZEKI DARI ARAH YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA, SEGALA USAHA MENJADI LEBIH MUDAH, PELUANG DATANG SENDIRI DAN KESEMPITAN HIDUP BERANSUR LAPANG DENGAN IZIN-NYA
3. MEMPERCEPATKAN TERKABULNYA HAJAT PENGAMAL DENGAN WASILAH KALIMAT INI SEBAGAI PENGIRING HAJAT, MEMBAWA PERMINTAAN PENGAMAL NAIK MENEMBUSI LANGIT KE HADRAT ALLAH SWT .
4. KALIMAT INI AKAN MENJADIKAN PENGAMALNYA SEBAGAI SEORANG YANG MEMPUNYAI PELBAGAI KESAKTIAN & MA'UNAH YANG KHOWARIQUL LIL A'DAH YANG SEBENAR-BENARNYA BAHKAN BUKAN SEKADAR SAKTI PADA ZAHIR TETAPI JUGA SAKTI PADA HATI — KUAT IMAN, TEGUH JIWA DAN DEKAT DENGAN ALLAH
5. MENJADI PERISAI RUHANIYYAH DARIPADA SIHIR, SANTAU, PENYAKIT 'AIN DAN HASAD DENGKI. SEGALA BENTUK SERANGAN BATIN MENJADI LEMAH DAN TERPATAH SEBELUM KESANNYA YANG BERAT SEMPAT SAMPAI KEPADA PENGAMAL
6. MENGUATKAN FIRASAT DAN PANDANGAN MATA HATI PENGAMAL LEBIH MUDAH MEMBACA SITUASI, MENGHIDU NIAT JAHAT TERSEMBUNYI DAN MENGELAKKAN DIRI DARI PERANGKAP MANUSIA
7. MENARIK TUAH, KEBERUNTUNGAN DAN KEBAIKAN DALAM PERGAULAN YAKNI DIRI PENGAMAL MENJADI LEBIH DISENANGI, MUDAH MENDAPAT SOKONGAN DAN DIJAUHKAN DARIPADA LINGKUNGAN YANG MEMBAWA MUDARAT
8. MENENANGKAN JIWA PENGAMAL KETIKA BERDEPAN TEKANAN DALAM SITUASI GENTING, HATI TETAP STABIL, FIKIRAN JERNIH DAN KEPUTUSAN YANG DIAMBIL LEBIH MATANG
9. MENJADI PEMBUKA JALAN KETIKA TERHIMPIT DAN BUNTU KETIKA SEMUA PINTU TERASA TERTUTUP, ALLAH SWT AKAN MENGHADIRKAN CELAH PENYELESAIAN YANG TIDAK TERLINTAS DI FIKIRAN
10. PENGASIHAN UMUM TINGKAT TINGGI KETIKA DIPANDANG MANUSIA, PENGAMAL AKAN DIKASIHANI OLEH SEKELILING, MENGIKAT KASIH SAYANG DAN MELEMBUTKAN HATI PASANGAN HUBUNGAN RUMAHTANGGA MENJADI LEBIH HARMONI, SALAH FAHAM MUDAH REDA DAN KASIH SAYANG BERTAMBAH KUAT
11. MENJADI PELINDUNG DALAM APA JUA KEADAAN SEPERTI KETIKA DALAM PERJALANAN JAUH DAN TEMPAT BERISIKO, PENGAMAL AKAN SENTIASA DIDAMPINGI OLEH PARA MALAIKAT DAN DILINDUNGI DARIPADA ANCAMAN ZAHIR MAHUPUN GANGGUAN HALUS
12. MENGUATKAN DAYA TAHAN JASMANI DAN SEMANGAT HIDUP, MENAMBAH KEKUATAN TUBUH MENJADI LEBIH BERTENAGA, TIDAK MUDAH LEMAH DAN SEMANGAT JUANG SENTIASA MENYALA
13. PENGAMAL JUGA MAMPU MENUNDUKKAN HATI ORANG YANG KERAS DAN ANGKUH DENGAN IZIN ALLAH, KALIMAT INI AKAN MELEMBUTKAN JIWA YANG KERAS DAN MEREDAKAN KEMARAHAN
14. SECARA AUTOMATIK AURA KALIMAT INI AKAN MEMBERSIHKAN RUMAH DARIPADA GANGGUAN HALUS, KEDIAMAN PENGAMAL MENJADI LEBIH TENTERAM DAN SUASANA TERASA RINGAN TANPA TEKANAN GHAIB DENGAN KEBERKATANNYA
15. MENGUATKAN ISTIQAMAH DALAM BER-IBADAH DAN BERAMAL, PENGAMAL LEBIH MUDAH MENJAGA SOLAT, ZIKIR DAN DISIPLIN ROHANI TANPA RASA BERAT ATAU MALAS DENGAN KEBERKATAN KALIMAT AGUNG INI
16. MENGUNDANG PERTOLONGAN ALLAH DALAM SETIAP KEADAAN, BANTUAN ALLAH AKAN DATANG TEPAT PADA WAKTUNYA MELALUI JALAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA
17. MENDATANGKAN KEJAYAAN DALAM URUSAN DUNIA SEPERTI DALAM PERNIAGAAN, KERJAYA DAN USAHA HARIAN, SERTA GERAK LANGKAH MENJADI LEBIH TERATUR
18. MELAHIRKAN AKHLAK YANG TAWADUK DAN TIDAK BERDENDAM, SEMAKIN LAMA DIAMALKAN MAKA SEMAKIN LEMBUT AKHLAKNYA DAN SEMAKIN JAUH DARI SIFAT ANGKUH.
19. PENGAMAL AKAN MEMPEROLEHI PERISAI KEKEBALAN YANG LUAR BIASA DARI SEGALA SENJATA DAN SERANGAN DENGAN IZIN ALLAH YAKNI TUBUH PENGMAL AKAN DIBENTENGI KEKUATAN LUAR BIASA SEHINGGA SEGALA SERANGAN FIZIKAL TIDAK AKAN MEMBERI KESAN
20. MEMATAHKAN NIAT JAHAT MUSUH SEBELUM SEMPAT BERLAKU IAITU MUSUH YANG BERNIAT BURUK BOLEH MENJADI RAGU, HILANG KEBERANIAN ATAU BERUBAH KEPUTUSAN SECARA TIBA-TIBA BAHKAN SEGALA NIAT DAN RANCANGAN BURUKNYA AKAN BERBALIK KEPADA DIRINYA SENDIRI (PENUMBAL LUARBIASA)
21. MENGHADIRKAN AURA GERUN DI HADAPAN LAWAN, KEBERADAAN PENGAMAL SAHAJA SUDAH CUKUP MEMBUAT MUSUH BERFIKIR PANJANG SEBELUM BERTINDAK
22. MENJADI SENJATA BATIN YANG MELUMPUHKAN TENAGA LAWAN KETIKA SEDANG BERTEMPUR, KEKUATAN MUSUH MENJADI LEMAH TANPA PERLU KEKERASAN MELAMPAU
23. MENGUATKAN KEPEKAAN TERHADAP ISYARAT DAN PETUNJUK ILAHI, TERBUKANYA KASYAF DIRI, HATI LEBIH MUDAH MENERIMA ILHAM BAIK DAN DORONGAN GHAIB UNTUK MENJAUHI LANGKAH YANG MEMBAWA BAHAYA
24. MELAHIRKAN KEWIBAWAAN SEMULAJADI TANPA PERLU MENONJOL YAKNI AURA PENGAMAL BERUBAH MENJADI LEBIH BERISI, DIPANDANG DENGAN RASA HORMAT WALAUPUN DIA MERENDAH DIRI
25. PENGAMAL AKAN MEMPUNYAI DAYA PUKULAN YANG BERBISA DAN MEMATIKAN YANG SANGAT DAHSYAT DAN MEMBAHAYAKAN KERANA TENAGA YANG TERHIMPUN MELALUI KALIMAT INI MENJADIKAN SETIAP HENTAKAN PENGAMAL SANGAT PADAT SERTA PUKULAN PENGAMAL JUGA AKAN MELUNTURKAN SEGALA KEILMUAN YANG DIMILIKI OLEH MUSUH
MAHAR PINANGAN KALIMAT ORANG SAKTI:
SEBANYAK RM 300 SAHAJA

No comments:
Post a Comment