GELIGA PERMAISURI LEDANG (KUNCI GERBANG) SOLD OUT!








 Geliga di atas ialah pemberian Permaisuri dari Kerajaan Gunung Ledang dan jika anda amati geliga tersebut, anda akan rasa auranya yang sangat menenangkan jiwa dan asyik dalam lamunannya. Abang pun sudah mencuba pakai geliga ini ketika ritual.. masya Allah sangat-sangat membantu untuk menambah focus dan menstabilkan jiwa yang kusut. Geliga ini jika mengikut nama sains ianya bernama Rose Quartz. Ya bunian dari kalangan kaum hawa sangat suka memakai geliga jenis ini sebagai penghias diri mereka. Permaisuri Ledang memberikan kepada abang ketika abang bersidang di meja bulat istana mereka kerana pada ketika itu kami ada membuat sedikit perbincangan. Permaisuri berkata geliga ini selain mempunyai khasiat keduniaan, ianya juga merupakan kunci khusus untuk bersahabat dengan Permaisuri Ledang dan berhubung dengan Kerajaan Gunung Ledang. Untuk pengetahuan anda, bukan senang untuk masuk ke kota mereka kerana kawalan keselamatan kota mereka sangat ketat. Bagaimana nak bersahabat? Paling tidak anda sudah menguasai Ilmu Terawangan yakni ilmu mengeluarkan roh dari jasad untuk ke tempat mereka. Pakai geliga ini dijari dan ucapkan salam "ASSALAMUALAIKUM WBT WAHAI PERMAISURI LEDANG" sebanyak 3x lalu terus pejamkan mata dan lakukan terawangan. Anda akan mendengar salam anda dijawab oleh beliau melalui deria batin dan terus niatkan dalam hati untuk ke Kerajaan Gunung Ledang. Moga berjaya menambah sahabat di alam ghaib.. buat masa ini abang belum buka untuk mengajarkan ilmu terawangan di blog. Oleh yang demikian, pemahar geliga ini hendaklah sudah mempunyai basic bab terawangan.. abang dah bagi kunci kepada anda dan anda hanya tinggal nak memanfaatkan kunci ini dengan menggunakan ilmu yang ada miliki. Cuba pakai geliga ini ketika anda mahu tidur, in sha Allah anda akan bermimpi diziarahi oleh Permaisuri Ledang atau anda akan bermimpi dibawa jalan-jalan sekitar Kota Ledang. Barang ada 1 saja... silakan



GELIGA PERMAISURI LEDANG INI BERKEBOLEHAN SEBAGAI:


KUNCI ALAM GHAIB



MEMBANTU MENAMBAH FOCUS ANDA



MEMBANTU MENAJAMKAN MATA BATIN ANDA



MESNTABILKAN JIWA YANG KUSUT



AURA POSITIF YANG SANGAT BAGUS



PENGASIHAN PERMAISURI TINGKAT TINGGI



PERUBATAN PENYAKIT BATIN DAN FIZIKAL

(DIRENDAM DAN DIBERI MINUM DAN DIBUAT MANDI SELAMA 7 HARI BERTURUT-TURUT)


Kod Produk: GPL01
Stok: 1 Unit
Size: SAIZ 18-19 (BOLEH RESIZE) 
MAHAR: RM 180.00
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI





2 comments: