GELIGA TOK KEMAYANG SOLD OUT!

 




Assalamualaikum dan salam bahagia semua, maaf dah lama abang tak masuk barang baru.. ni pun abang baru ambil di kedai tukang selepas diikat cincin. Abang rasa lebih bagus abang maharkan geliga yang dah siap ikat cincin untuk anda semua, lebih memudahkan urusan anda kan takyah pening dah nak cari sarung cincin. Baiklah pada hari ini abang persembahkan item pertama kali abang dapat dari TOK KEMAYANG. Siapa pernah dengar pasal Tok Kemayang? Kisah beliau berkait rapat dengan Pantai Kemayang di Kelantan. Mungkin customer abang yang berasal dari Kelantan mengenali dan pernah pergi Pantai Kemayang tapi tidak tahu pasal sejarah Tok Kemayang. Adapun Tok Kemayang ini abang berjumpa dengan beliau ketika pertama kali abang pergi Pantai Kemayang.. beliau seorang yang agak berisi dan tinggi lampai orangnya, bermisai putih macam misai A.Galak tu dan tak berjanggut. Tok Kemayang ini merupakan bunian dari golongan Bunian Laut dan beliau merupakan penghulu di perkampungan bunian Pantai Kemayang. Tok Kemayang ni sangat ramah orangnya dan sentiasa membawa klewang di tangan kanannya. Klewang di atas merupakan klewang yang agak mirip abang lihat di tangan beliau. Abang kenal Tok Kemayang ni lama dahhh tapi ni pertama kali beliau memberikan geliganya kepada abang. Abang pernah guna khidmat Tok Kemayang ni time merawat satu makcik yang terkena gangguan jin laut yang agak ganas, abang panggil Tok Kemayang ni suruh settle kan. Beliau juga merupakan pawang yang handal selain menjawat jawatan penghulu. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan penghulu di alam bunian merupakan seorang yang handal dalam ilmu perbomohan maupun peperangan kerana di alam sana mereka mengangkat orang yang banyak berjasa kepada mereka untuk diangkat sebagai pemimpin. 

Geliga ini diberikan sebagai kunci untuk anda bersahabat dengan bunian laut. Jika anda ke pantai atau ke mana-mana perairan laut, silakan pakai geliga ini. In sha Allah anda akan disapa oleh mereka dan mereka sangat senang untuk bersahabat dengan anda. Selain kunci bersahabat, geliga ini juga mempunyai khasiat ampuh yang dapat membantu anda dalam kehidupan. Barang ada 1 saja.. silakan.

  Nasihat abang jika nak bersahabat dengan makhluk halus ni, akidah mesti mau kuat baru kita tak terpesong. Pi mengaji dulu ilmu sifat 20 kasi kemas baru terjun ke dalam jalan "bersahabat" ni.


GELIGA TOK KEMAYANG INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:



KUNCI UNTUK ANDA BERSAHABAT DENGAN BUNIAN LAUT



KUNCI UNTUK ANDA BERSAHABAT DENGAN TOK KEMAYANG

( PAKAI GELIGA INI DAN UCAPKAN SALAM KEPADA BELIAU, JIKA ADA REZEKI BELIAU AKAN HADIR MENJAWAB SALAM. JIKA BELIAU TAK DATANG TAK APA.. RAMAI LAGI BUNIAN LAUT YANG AKAN DATANG BERASBABKAN GELIGA INI )



PERUBATAN DENGAN RENDAMAN GELIGA INI LALU DIBERI MINUM AIRNYA KEPADA PESAKIT



KESELAMATAN DIRI DAN PERLINDUNGAN MUTLAK




Kod Produk: TK01
Stok: 1 Unit
Size: Saiz 22-23 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 167
Kos Pos: RM 10
Kos Jika Ingin Resize: RM 10 (UPAH TUKANG)

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


1 comment: