PELUANG AHLI HIKMAH SEJATI

 


Assalamualaikum dan salam bahagia semua, apa khabar? Abang sihat seadanya Alhamdulillah, abang merancang untuk keluarkan beberapa ilmu pribadi abang tingkat TINGGI DAN EXTREME tak lama lagi. IN SHA ALLAH BAKAL MELETUPKAN PASARAN MISTIK DI MALAYSIA kerana ianya merupakan antara ilmu kuno yang abang pelajari dulu. Ilmu yang akan dikeluarkan merangkumi khusus dalam hal HAJAT DUNIA, MENARIK KEKAYAAN, MEMERINTAH RAJA JIN DAN KESAKTIAN. Adapun ilmu-ilmu tersebut abang akan buka ijazahnya dengan limit beberapa orang sahaja, siapa cepat dia dapat. Abang terpaksa limitkan pengambilan murid kali ni atas beberapa sebab dan setiap murid yang ingin mempelajari ilmu tersebut haruslah memberi nama mereka kepada abang untuk abang pastikan mereka sesuai atau tidak untuk mempelajarinya kerana ilmu kali ini sangat memerlukan pemilihan yang teliti. Ilmu KUNO? Ya kuno kerana ianya merupakan ilmu para ahli hikmah ratusan tahun dahulu. Keilmuan yang akan abang ajarkan semuanya bersanad jelas dan bersumber dari guru yang terpercaya serta terbukti keampuhannya. Abang masih sedang merangka pdf keilmuan tersebut in sha Allah doakan urusan abang dipermudahkan. 

Bukan itu saja malah segala keilmuan yang bersifat kanuragan, perubatan dan bermacam lagi akan dikeluarkan. Abang akan mula focus pada keilmuan bagi memberi peluang kepada anda untuk menjadi Ahli Hikmah, Ahli Khodam, Ahli Ghoib dan Ahli Spiritual sebenar. Setiap keilmuan yang bakal abang keluarkan, semuanya akan abang riyadhoh dahulu bagi mengaktifkan kembali "Roh Ilmu" kerana mengikut aturan guru, walaupun ilmu tersebut sudah mujarab pada diri abang tetapi abang tetap kena riyadhohkan semula ilmu tersebut jika ingin diijazahkan agar setiap murid menerima tenaga ilmu, bukan sekadar terima ayat sahaja. Ada setengah perguruan hanya memberi ayat tanpa tenaga ilmu hal ini akan membuatkan murid agak lambat untuk merasakan kelebihan ilmu tersebut. Ya semuanya dengan izin Allah SWT tetapi ini salah satu ikhtiar untuk kita. Abang hanya keluarkan ilmu yang berkualiti dan tidak akan sesekali menjadi ahli hikmah yang tak bertanggungjawab. 


ANTARA ILMU YANG AKAN ABANG KELUARKAN:


1. MANTRA EMPAT RAJA JIN ISLAM (HUJUNG BULAN 2)

( RAJA JIN YANG MENJAGA EMPAT KUTUB BUMI )


2. ISIM ALAM JIN (SUDAH DIBUKA)

( DIGUNAKAN UNTUK MENEMBUS ALAM JIN DAN MEMBUKA KASYAF ANDA MELIHAT ALAM GHAIB. HANYA UNTUK PEMBERANI SAHAJA!! )


3. SIFAT KHOMSI (PADA BULAN 2)

ASMA UNTUK MENGUASAI PARA MALAK YANG GAGAH. PERKATAAN MALAK IALAH BAHASA YANG DIGUNAKAN OLEH AHLI HIKMAH TIMUR TENGAH DAN IANYA BERMAKSUD MALAIKAT. 


Bila ilmu-ilmu ini akan masuk di blog? In sha Allah dalam bulan ini tapi abang tak janji bila waktunya ya hehe teruskan mengunjungi blog MGT. Semoga ada rezeki anda.. oh ya pada esok hari abang akan masukkan beberapa item terbaru yang baru saja siap ikat tadi. Bulan ini banyak masuk barang keperkasaan dan ikhtiar menembus alam ghaib, ianya akan bermula esok. NANTIKAN!


Sekian terima kasih.

2 comments: