Assalamualaikum dan salam bahagia semua, apa khabar? Abang sekarang berada di Kuala Ibai atas beberapa urusan yang perlu diselesaikan sebentar lagi bertolak balik ke Jerteh in sha Allah. Ada yang tanya kenapa abang dah lama tak update barang penarikan baru, takde barang ke? Barang ada je, abang cuma maharkan kepada yang pm abang di ws saja kerana sekarang ini abang focus kepada pengijazahan ilmu di blog. Mengijazahkan sesebuah ilmu bukan sekadar memberi ayat lalu lepas tangan.. tidakk bukan macam tu caranya. Caranya ialah kita ijazahkan pada murid dan kita sendiri amalkan serta lakukan solat hajat untuk ilmu yang murid sedang amalkan agar ilmu tersebut mujarab pada diri mereka In Sha Allah. Alhamdulillah abang bersyukur kerana banyak dapat feedback yang bagus dari murid yang mengamalkan SIRR NASRULLAH dan ISIM ALAM GHOIB.. Ada yang dapat melihat jin secara nyata, ada yang boleh merawat menggunakan sir nasrullah, ada yang dapat kemanisan beribadah sejak mengamalkan sirr nasrullah dan banyak lagi testimoni yang abang dapat. Nak cerita semua belum ada masa lagi.. Bagaimana dengan MALIKUL KHOMSI? Feedback tentang Malikul Khomsi belum abang terima lagi kerana abang baru saja ijazahkan ilmu tersebut 2 hari lepas secara serentak. Bagi mereka amal dulu dan rasakan sendiri keajaiban ilmu ALLAH SWT yang sangat luas seluas lautan.
Ada yang tanya abang apakah kunci supaya ilmu yang kita amalkan ni cepat mujarab dan berkesan pada diri kita.
BAIKLAH ABANG KONGSIKAN KUNCINYA:
1. Mengamalkan ilmu yang bersanad dari guru dan bukan ciplak dari google. Ya sanad ilmu sangat penting di dalam ilmu spiritual dan kebatinan kerana rahsia sanad itu mempunyai rantaian roh ilmu yang hidup dan keberkatan. Setengah orang yang amal ilmu dari google ni tak berkesan kerana roh ilmu tersebut mati dan hanya tinggal sekadar ayat yang tak ada nilai..
2. Banyakkan bersedekah ketika mengamalkan ilmu. Kenapa kena banyak sedekah? Kerana “Allah sentiasa menolong seorang hamba selagi hamba itu menolong saudaranya” kita memerlukan bantuan Allah untuk menjayakan ilmu yang kita amalkan.
Cara untuk bersedekah atas dasar ilmu ialah dengan berniat dalam hati:
YA ALLAH DENGAN WASILAH SEDEKAH YANG TELAH AKU TUNAIKAN KEPADA FAKIR MISKIN MAKA AKU BERMOHON ENGKAU MUJARABKANLAH ILMU YANG SEDANG AKU AMALKAN INI.
3. Menyucikan hati kita dari sifat buruk. Ya untuk menguasai ilmu hikmah aliran putih maka hati ialah hal utama yang perlu anda jaga sebab tu kita tengok ahli hikmah ni selalu bersuluk, berpuasa, berzikir ribu2 dan bertapa. Amalan ritual itu semua bukan untuk jin jun tapi untuk hati mereka agar terjaga dari sifat buruk.
Itu saja yang boleh abang kongsikan, moga bermanfaat ya.
Abang sedang memanaskan beberapa ilmu untuk dikeluarkan di blog tak lama lagi. Antaranya ialah MANTRA EMPAT RAJA JIN ISLAM PENJAGA EMPAT KUTUB BUMI. Sebelum ini anda hanya memaharkan item pemberian raja jin je kan nah kali ni tiba masanya untuk anda berkenalan dan menggunakan terus khidmat mereka. Hanya dengan EMPAT KALIMAT PENDEK diamalkan selama 4 malam maka anda sudah boleh menggunakan khidmat mereka in sha Allah. Ilmu yang berfungsi untuk pelbagai hajat dunia.
No comments:
Post a Comment