GELANG GELIGA AWAN RARE SOLD OUT!





 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Geliga Awan kali ini diperolehi dari Gunung Jerai dan abang telah garapkan menjadi gelang kerana saiz geliganya yang agak besar jika dibuat cincin. Geliga Awan sebelum ni tak silap abang hanya satu saja pernah masuk di MGT tu pun geliga awan pakaian abang sendiri. Sape sempat maharkan hari tu? Bang Man kan? Terlupa pulakkk. Geliga Awan ini auranya bersifat sejuk dan menenangkan. Abang tak boleh nak cerita panjang sebab nak siapkan minyak isim ghoib untuk customer. 


GELIGA AWAN INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:



MEMBANTU PEMILIK DALAM MELAKUKAN TERAWANGAN 
(FOCUS DAN CEPAT JADIII)



SEBAGAI KUNCI PEMUDAH CARA KITA DALAM BERURUSAN ALAM GHAIB
(MAKHLUK GHAIB CEPAT SENANG DAN MESRA DENGAN KITA)



SEBAGAI PENSTABIL AURA DAN MOOD KITA MENJADI LEBIH TENANG DAN AURA DIRI SEMAKIN BERCAHAYA GEMILANG



AMPUH DALAM PERUBATAN SAKIT JIWA ATAU ANXIETY
(DIRENDAM DAN DIBUAT MINUM JUGA MANDI KEPADA PESAKIT)



MENJADI PAWANG PELARIS
(DIRENDAM DALAM AIR SUNGAI DAN JIRUS AIR TERSEBUT KELILING KEDAI)



PERISAI AWAN YANG SANGAT AMPUH DARI SERANGAN GHAIB



MENAMBAH KEKUATAN TENAGA DALAM 
( MERAWAT ATAU RITUAL TAK MUDAH PENAT )


DAN BANYAK LAGI YANG AKAN DIRASAI OLEH PEMILIK BARU. GELIGA AWAN INI SANGAT SESUAI UNTUK AHLI SPIRITUAL TINGKAT TINGGI DAN TINGKAT PERTENGAHAN



Kod Produk : GA02
Stok : 1 Unit 
MAHAR : RM 311 SAHAJA
MAHAR PROMO : RM 195.00
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

GELIGA HARIMAU BERANTAI

 




 Assalamualaikum dan salam bahagia semua, selamat pagii! Anda semua apa khabar? Tengah kalut PRU ke tu? Huhuhu dah masuk musim mengundi kan cuma nasihat abang undilah pihak yang anda rasa mampu membela nasib anda dan rakyat Malaysia. Abang nak ulas panjang pasal politik ni pun tak boleh, kita geng pertapa dalam gua je.. tak ambil tahu sangat hal politik, abang undi ikut "firasat" hati abang je. 

Hari ini abang persembahkan untuk anda semua GELIGA HARIMAU BERANTAI pemberian dari Panglima Megat Seri Rama Alam. Nama hampir sama dengan abang kan? Hahaha ya memang pun Megat Seri Rama Alam ni sebenarnya ialah rakan karib abang di alam bunian. Persahabatan kami sudah 4 tahun lamanya terjalin dan Megat Seri Rama Alam ini merupakan seorang panglima yang sangat handal dalam Ilmu Persilatan Harimau dan Kebatinan Raja Harimau. Senang cerita hampir segala jenis khodam harimau beliau kuasai kerana beliau mempunyai Ilmu Raja Harimau yang beliau pelajari ketika pertapaan dulu. Sebenarnya item ini dah lama ada dengan abang cuma ianya dalam bentuk raw, abang hantar canai dulu kat kedai tukang. 

Geliga ini dijaga oleh seekor Harimau Berantai yang bernama SANG LELA dan khodam jenis ini ialah khodam yang berkelas HIGH PROFILE kerana ianya merupakan pendamping panglima bunian serta sudah terbukti keampuhannya. Takkan panglima nak pakai khodam ceroi kot? Harimau Berantai menjadi buruan para pengamal kebatinan sejak ratusan tahun lamanya kerana kebolehannya dalam peperangan sangat bagus. Harimau Berantai ini wujudnya harimau loreng yang mempunyai rantai besi di leher dan di pergelangan tangannya dan saiz tubuhnya agak besar. Khodam ini sangat tangkas dan ganas dalam berperang baik dari segi perang batin dan juga perang nyata. Ianya juga agak agresif dalam melindungi pemilik. Biasa la harimau kannn mana reti sabar, tau terkam membaham musuh je depa ni.Dengan memiliki geliga ini, anda boleh berlatih bermain Persilatan Ghoib Harimau Berantai dan jadikan ia sebagai senaman petang anda.  Penggunaan khodam ini sama dengan khodam-khodam yang lepas iaitu pemilik hendaklah mengasapkan geliga ini dengan sebatang setanggi lalu ucapkan "Assalamualaikum wbt wahai Sang Lela" 3x dengan memejamkan mata anda dan tatacara selebihnya akan abang ajarkan kepada pemilik baru. Ketika anda memberi salam in sha Allah anda akan mendengar salam anda di jawab dan bunyi ngauman harimau.  Abang berharap sangat anda gunakan khodam ini ke arah kebaikan ya


GELIGA HARIMAU BERANTAI INI BERFUNGSI SEBAGAI:


PENJAGA DIRI DAN KEDIAMAN

( JIKA PERGI KE TEMPAT BERPUAKA DAN ANGKER, MEMANG DIJAMIN JIN-JIN DI SANA TAK BERANI MERASUKI ATAU MENGGANGGU PEMILIK GELIGA INI )


DIGERUNI JIN DAN MANUSIA


SEMANGAT KEBERANIAN SANG LELA KETIKA MEMBAHAM MUSUH

( AURA HARIMAU BERANTAI INI AKAN MEMULIHKAN DAN MENINGKATKAN SEMANGAT JUANG ANDA )


PEMBERAT PUKULAN SANG LELA

( MUSUH SEPERTI TERKENA CAKARAN RIMAU KETIKA ANDA MEMUKUL MEREKA )


BADAN MENJADI KEBAL DAN TAHAN PUKUL KETIKA BERPERANG


AUTO GERAK PERSILATAN GHOIB HARIMAU BERANTAI


KEKUATAN BADAN YANG LUAR BIASA KETIKA MENGAMUK


BOLEH DIARAHKAN UNTUK MENYERANG JIN DALAM PERANG GHAIB


TEMAN YANG SETIA DI ALAM GHAIB DAN ALAM NYATA


BANYAK LAGI YANG AKAN RASAKAN SENDIRI, PENAT ABANG NAK LIST SEMUA


Kod Produk: GHB02
Stok: 1 UNIT SAHAJA
Size: Saiz 21 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 282.00
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI





GELIGA SANG HARIMAU PUTEH






Geliga Sang Rimau Puteh datang lagi... korang baca la keterangan abang yang lalu di bawah ya kerana ianya datang dari sumber yang sama.

Geliga ini ialah penarikan dari Alam Jin yang abang perolehi 2 hari lepas dan kini abang ikatkan dengan perak jenis alpaka design yang cantik. Geliga ini mempunyai Khodam Harimau Puteh Tunggal dari Alam Jin. Khodam Harimau Puteh sudah menjadi buruan para pengamal spiritual sejak zaman berzaman kerana kekuatan dan kemampuannya yang agresif dalam menjaga pemilik. Silakan buat peminat khodam rimau tapi... satu nasihat abang iaitu setiap khodam mempunyai "rajanya" iaitu Allah swt. Pakailah geliga ini sebagai asbab sahaja dan bergantung hanya pada Allah SWT sepenuhnya. 


Pemilik cincin ini perlu melakukan beberapa tatacara ketika cincin ini sampai iaitu membakar sebatang setanggi atau rokok surya lalu asapkan pada cincin sambil mengucapkan "Assalamualaikum wbt wahai Harimau Puteh" 3x . Itu saja... cara ini ialah untuk khodam ini kenal akan tuan barunya dan dapat berkhidmat untuk anda tanpa ragu2. Sekali buat saja seumur hidup tatacara tuuu lepas tu takde dahhh, pakai je cincin ni macam biasa. Kalau anda kasyaf dan ada rezeki, ketika anda mengasapkan cincin ini dan memberi salam anda akan dapat melihat wujud kehadiran khodam ini dari arah depan in sha Allah. Harimau Puteh ini akan hadir di depan anda dengan menundukkan kepala iaitu tanda dia siap berkhidmat dan patuh kepada anda.  


GELIGA HARIMAU PUTEH INI BERKHASIAT SEBAGAI: 



KEKEBALAN DARURAT



SUARA YANG MENGGERUNKAN KETIKA ANDA MARAH SEPERTI NGAUMAN SEEKOR HARIMAU



PEMBISA PUKULAN 



PENGAWAL HARIMAU PUTEH KE MANA SAJA ANDA PERGI 
(BODYGUARD SECARA GHAIB)



PENAIK SEMANGAT ( SESUAI SANGAT SANGAT BAGI YANG ADA PENYAKIT LEMAH SEMANGAT )



Kod Produk: GKHP03
Stok: 1 Unit
Size: Saiz 20 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 183.00
Kos Pos: RM 10



SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


UPDATE DARI KUALA IBAI


Assalamualaikum dan salam bahagia semua, apa khabar? Abang sekarang berada di Kuala Ibai atas beberapa urusan yang perlu diselesaikan sebentar lagi bertolak balik ke Jerteh in sha Allah. Ada yang tanya kenapa abang dah lama tak update barang penarikan baru, takde barang ke? Barang ada je, abang cuma maharkan kepada yang pm abang di ws saja kerana sekarang ini abang focus kepada pengijazahan ilmu di blog. Mengijazahkan sesebuah ilmu bukan sekadar memberi ayat lalu lepas tangan.. tidakk bukan macam tu caranya. Caranya ialah kita ijazahkan pada murid dan kita sendiri amalkan serta lakukan solat hajat untuk ilmu yang murid sedang amalkan agar ilmu tersebut mujarab pada diri mereka In Sha Allah. Alhamdulillah abang bersyukur kerana banyak dapat feedback yang bagus dari murid yang mengamalkan SIRR NASRULLAH dan ISIM ALAM GHOIB.. Ada yang dapat melihat jin secara nyata, ada yang boleh merawat menggunakan sir nasrullah, ada yang dapat kemanisan beribadah sejak mengamalkan sirr nasrullah dan banyak lagi testimoni yang abang dapat. Nak cerita semua belum ada masa lagi.. Bagaimana dengan MALIKUL KHOMSI? Feedback tentang Malikul Khomsi belum abang terima lagi kerana abang baru saja ijazahkan ilmu tersebut 2 hari lepas secara serentak. Bagi mereka amal dulu dan rasakan sendiri keajaiban ilmu ALLAH SWT yang sangat luas seluas lautan. 

Ada yang tanya abang apakah kunci supaya ilmu yang kita amalkan ni cepat mujarab dan berkesan pada diri kita.


BAIKLAH ABANG KONGSIKAN KUNCINYA:


1. Mengamalkan ilmu yang bersanad dari guru dan bukan ciplak dari google. Ya sanad ilmu sangat penting di dalam ilmu spiritual dan kebatinan kerana rahsia sanad itu mempunyai rantaian roh ilmu yang hidup dan keberkatan. Setengah orang yang amal ilmu dari google ni tak berkesan kerana roh ilmu tersebut mati dan hanya tinggal sekadar ayat yang tak ada nilai.. 


2. Banyakkan bersedekah ketika mengamalkan ilmu. Kenapa kena banyak sedekah? Kerana “Allah sentiasa menolong seorang hamba selagi hamba itu menolong saudaranya” kita memerlukan bantuan Allah untuk menjayakan ilmu yang kita amalkan. 

Cara untuk bersedekah atas dasar ilmu ialah dengan berniat dalam hati:

YA ALLAH DENGAN WASILAH SEDEKAH YANG TELAH AKU TUNAIKAN KEPADA FAKIR MISKIN MAKA AKU BERMOHON ENGKAU MUJARABKANLAH ILMU YANG SEDANG AKU AMALKAN INI.


3. Menyucikan hati kita dari sifat buruk. Ya untuk menguasai ilmu hikmah aliran putih maka hati ialah hal utama yang perlu anda jaga sebab tu kita tengok ahli hikmah ni selalu bersuluk, berpuasa, berzikir ribu2 dan bertapa. Amalan ritual itu semua bukan untuk jin jun tapi untuk hati mereka agar terjaga dari sifat buruk. 

Itu saja yang boleh abang kongsikan, moga bermanfaat ya. 



Abang sedang memanaskan beberapa ilmu untuk dikeluarkan di blog tak lama lagi. Antaranya ialah MANTRA EMPAT RAJA JIN ISLAM PENJAGA EMPAT KUTUB BUMI. Sebelum ini anda hanya memaharkan item pemberian raja jin je kan nah kali ni tiba masanya untuk anda berkenalan dan menggunakan terus khidmat mereka. Hanya dengan EMPAT KALIMAT PENDEK diamalkan selama 4 malam maka anda sudah boleh menggunakan khidmat mereka in sha Allah. Ilmu yang berfungsi untuk pelbagai hajat dunia. 

TESTIMONI ISIM ALAM GHAIB NYATA!!!

 


ALHAMDULILLAH INILAH KEMANISAN ILMU YANG BERSANAD ASLI, IANYA AKAN SEMAKIN CEPAT BERTINDAK BALAS KERANA "NUR ILMUNYA" TELAH DIBANGKITKAN DARI GURU KE GURU HINGGA SAMPAI KEPADA PENGAMAL. 


COMING SOON!!



ILMU MALIKUL KHOMSI PENGUASA LIMA MALAIKAT AKAN KELUAR TIDAK LAMA LAGI!! NANTIKAN KEMUNCULAN ILMU HIKMAH YANG TELAH WUJUD SEJAK ZAMAN NABI SULAIMAN AS LAGI! 

BADAR EMPAT HARIMAU




 Assalamualaikum dan selamat tengahari semua, apa khabar? Moga semua dalam keadaan baik ya, ini ialah perolehan abang 2 minggu lepas di Gunung Senyum tapi baru sahaja di ambil dari kedai tukang. Item ini seingat abang baru sekali sahaja pernah masuk di blog yakni HIKMAH EMPAT HARIMAU tetapi kali ini ianya diberikan dalam bentuk BADAR BESI yang sangat kuat unsur besi tarikan magnetnya. Sebut saja permata atau geliga yang lekat maka ianya pasti mempunyai khasiat KEKEBALAN DARI SENJATA DAN KEKUATAN PUKULAN. Kekuatan tersebut bergantung kepada sekuat mana daya lekat magnet pada geliga dan untuk anda mendapatkan khasiat ini anda harus memakainya kena pada kulit. 

Badar ini juga mempunyai HIKMAH EMPAT HARIMAU iaitu dijaga oleh 4 KHODAM HARIMAU yang setiap dari mereka mempunyai tugas khusus yang berbeza dalam menjaga pemilik. Empat Harimau terbahagi kepada empat tugas khusus iaitu PENJAGAAN DIRI, PEPERANGAN, PERUBATAN DAN HAL PENGGERUN. Ya setiap dari mereka akan mewakili 1 tugas khusus yang akan membantu anda dalam urusan tersebut seperti :

1. URUSAN PENJAGAAN DIRI dari serangan jin, tuju2 dan sihir akan dibantu oleh 1 khodam.
 2. URUSAN PEPERANGAN pula dalam hal semangat keberanian, kekebalan, kekuatan pukulan, pembisa tangan dan gerak persilatan harimau akan dibantu oleh 1 khodam lagi.
3. URUSAN PERUBATAN sihir dan gangguan pula akan dibantu oleh 1 lagi khodam. Anda hendaklah memakai cincin ini ketika merawat dan khodam tersebut akan membantu 
4. URUSAN PENGGERUN DAN WIBAWA DALAM MASYARAKAT akan dibantu oleh khodam terakhir. Mengapa? Kerana setiap khodam dalam geliga ini mempunyai kepakaran yang berbeza. 

Dengan adanya Empat Harimau ini maka urusan spiritual anda in sha Allah sudah lengkap baik dari segi peperangan, jaga diri, perubatan dan lain lain lagi. Empat Harimau ini mempunyai nama mereka tersendiri dan nama itu abang akan berikan kepada pemilik setelah berjaya dimaharkan. Nama mereka hanya perlu disebut ketika anda memerlukan kepakaran mereka sahaja. Tak sebut pun tak apa.. mereka dah tahu ketika bila mereka harus bertindak. Silakan.. barang ada 1 sahaja. Mahar dibawah ialah mahar anda memiliki 4 Khodam Harimau dan sempena 4 kelebihan khusus yang anda perolehi dari geliga ini.

Kod Produk: BEH01
Stok: 1 Unit
Size: Saiz 19-20
MAHAR: RM 555.00 
MAHAR SPECIAL OFFER!! : RM 380.00
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

TENTERA GUNUNG TEBU



SAIZ 20




SAIZ 16-17


Setelah sekian lama pasukan gunung tebu tak hadir di MGT ini, Alhamdulillah kini kembali dah.

Pasukan Tentera Gunung Tebu telah disediakan dalam geliga ini untuk kegunaan pemilik. Sebanyak 3000 orang Bala Tentera sudah bersiap sedia untuk berkhidmat In Sha Allah. Tentera jenis ini ialah dari peringkat rakyat biasa yang mempunyai ilmu kependekaran, memadai sangat dahhh dorang pun bukan calang2 dalam peperangan. Kalau tak handal Kerajaan Gunung Tebu takkan menjadi antara Kerajaan yang mempunyai keluasan jajahan takluk yang agak hebat. Abang ada 2 jenis lagi geliga yang menyediakan pasukan Tentera dari Kerajaan lain yang siap berkhidmat tapi tunggu dulu... nak ikat cincin dulu. Akan keluar satu persatu di blog ya tuan-puan semua. Geliga ni abang dah siap ikat perak alpaka dan boleh resize usah risau.


GELIGA TENTERA GUNUNG TEBU INI DENGAN IZIN ALLAH BERKELEBIHAN:



DIBEKALKAN SERAMAI 3000 BALA TENTERA BERPAKAIAN BUSANA MERAH YANG LENGKAP. SETIAP DARI MEREKA MEMPUNYAI SEBILAH KERIS PANJANG DAN SEBILAH BADIK UNTUK MENENTANG MUSUH.



MENJAGA PEMILIK SECARA GHAIBIYYAH DARI KHIANAT MUSUH, SERANGAN MUSUH, ANCAMAN GHAIB DAN SIHIR
(TANPA DISURUH PUN MEREKA AKAN BERTINDAK)



MENJAGA KAWASAN RUMAH PEMILIK SELAMA PEMILIK BERADA DI RUMAH (MEREKA AKAN MENGIKUT KE MANA SAHAJA PEMILIK PERGI)


 
Kod Produk: GTP04&05
Stok: 1 Unit
Size: RUJUK DI ATAS
MAHAR: RM 255.55
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

MUSTIKA KERIS SERI KILAT SOLD OUT!

 



 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, hari ini abang persembahkan buat pertama kalinya MUSTIKA KERIS SERI KILAT perolehan abang dari Gunung Tebu. Item ini dulu abang hanya maharkan secara offline sebelum adanya Blog MGT ini. Kebanyakan yang memaharkan ialah pesakit abang, anak murid abang dan rakan2 yang mempelajari ilmu persilatan. Mustika ini mempunyai senjata ghaib yang dikurniakan oleh Kerajaan Gunung Tebu yakni Sebilah Keris Ghaib yang bernama SERI KILAT. Keris Ghaib ini ialah antara senjata para panglima dalam Kerajaan Gunung Tebu untuk menikam dan menetak musuh di medan perang. Ketika anda memakai cincin ini di tangan, anda akan rasa sesuatu yang menyeliputi tangan kanan anda iaitu aura KERIS GHAIB SERI KILATHulu keris ini berwarna hitam gelap dan bilah keris ini berwarna perak yang sangat menyilau mata, anda boleh melihat senjata ini berdiri di hadapan anda ketika anda memakainya. Keris ini tak panjang dan tak pendek sangat, ianya akan mengekori ke mana saja anda pergi selagi anda memakai geliga ini dan keris ini sentiasa dalam keadaan bersiap sedia menyerang musuh atau jin yang cuba menyerang anda. Keris Seri Kilat ini amat sesuai untuk perawat yang inginkan senjata ghaib atau mereka yang inginkan perlindungan dari bahana sihir. Senjata Ghaib ini ada banyak di Gunung Tebu dan kerajaan-kerajaan lain, abang akan keluarkan satu persatu in sha Allah. 


KERIS GHAIB SERI KILAT INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:


PEMUSNAH SIHIR DAN PEMBUNUH JIN JAHAT



PERLINDUNGAN YANG SENTIASA AKTIF 24 JAM 



PEMBISA PUKULAN YAKNI MUSUH SEPERTI TERKENA BISA SERANGAN KERIS 

( KERIS SERI KILAT INI AKAN AUTOMATIK DITASAK DALAM TANGAN ANDA KETIKA ANDA BERPERANG)



MEMBERI KETANGKASAN TUBUH DALAM BELADIRI



KEWIBAWAAN SERI KILAT 


Kod Produk: KSK02
Stok: 1 Unit
Size: Size 23
 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 183.83
PROMO: RM 150
Kos Pos : RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


ILMU RAJA PASONG



ILMU RAJA PASONG pernah dengar? Ilmu ini khusus untuk perubatan dan mengajar BOMOH JAHAT. Ilmu ini diturunkan oleh guru kepada abang ketika abang berkecimpung dalam dunia rawatan. Bila masuk dunia rawatan ni faham sudah la bomoh-bomoh jahat tu memang musuh utama kita. Abang masih ingat satu peristiwa abang menghadapi bomoh ilmu hitam dari borneo, dia kata "Kau jangan ganggu kerja aku!!" abang pun jawab la kerja kau menyihir orang, kerja aku pulak membatalkan sihir kau. Kira adil la tu hahaha tapi Alhamdulillah dengan adanya amalan Ilmu Raja Pasong ini sudah ramai bomoh jahat yang jumpa batu dua (mati ler). Sangat berkesan dan mujarab setakat ini .. ianya merupakan ilmu warisan dari para Abuya untuk menentang sihir. Abuya? Abuya ni gelaran untuk tuan guru pondok. Abang berbesar hati untuk menurunkan keilmuan Raja Pasong ini kepada anda untuk sama-sama kita membanteras sihir laknatullah dan gangguan jin. Ilmu ini sangat sesuai kepada perawat dan yang baru nak jadi perawat in sha Allah dengan ilmu ini anda akan menjadi perawat yang handal membantu pesakit. Cukup dengan satu ilmu ini saja anda sudah boleh merawat pelbagai penyakit yang berkaitan dengan jin dan sihir. 

Pengijazahan macam mana abang? Pengijazahan hanya melalui segelas air kosong di rumah anda, anda hanya perlu hantar gambar air tersebut pada abang dan abang akan ritualkan dari jauh. Selepas anda selesaikan mahar keilmuan ini abang akan tetapkan hari dan waktu bila abang akan mulakan pengijazahannya ya. 



FADHILAT ILMU RAJA PASONG:



MERAWAT PENYAKIT SIHIR DAN GANGGUAN JIN



KEKUATAN PEMBALIK SIHIR YANG CUKUP KUAT SEHINGGA SIHIR TERSEBUT AKAN KEMBALI MENYERANG OTAK DAN JANTUNG SI PENGIRIM 
( MEMBAWA MAUT KEPADA BOMOH DAN SI PENYURUH )



MENGHALAU PUAKA JIN YANG MENGGANGGU KEDIAMAN SESEBUAH TEMPAT



MENGHANCURKAN JIN DAN JEMBALANG YANG JAHAT WALAU SEKUAT MANA PUN MEREKA IN SHA ALLAH PASTI TUMBANG DENGAN ILMU RAJA PASONG INI



PENGAMAL ILMU RAJA PASONG INI AKAN MEMPUNYAI BENTENG GHAIB YANG SANGAT KUAT DARI SERANGAN GHAIB, SANTAU, TELUH, SIHIR DAN GUNA-GUNA



Kod Keilmuan: IRP
MAHAR KEILMUAN: RM 125.00
Mahar ini ialah kadar yuran anda berikan pada abang untuk mempelajari ilmu yang tak ternilai harganya. Duit bukan menjual ilmu tetapi pada menyatakan kesungguhan anda ingin belajar.




SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI





 

ISIM ALAM GHOIB

 

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua, apa khabar? Moga semua dalam keadaan baik. Alhamdulillah hari ini baru abang berpeluang untuk mulakan Program Pengijazahan ISIM ALAM GHOIB kerana sebelum ini abang agak sibuk dengan ritual sebuah ilmu sulit yang abang ingin hidupkan semula. Isim Alam Ghoib? Ya ketika abang menuntut dulu guru menggelarkannya ISIM ALAM GHOIB ataupun ISIM ALAM JIN kerana ianya bertujuan untuk MENEMBUS ALAM GHOIB baik dengan MATA KASAR dan juga MATA BATIN. Isim Alam Ghoib ini ialah mata pelajaran wajib bagi setiap murid yang ingin berhubung dengan alam ghaib. Abang membuka ijazah ilmu kali ini kerana sebelum ini sangat banyak permintaan dari customer dan juga murid abang yang ingin menyaksikan sendiri bagaimana alam ghoib itu wujud. Tetapi suka abang ingatkan.. ISIM ALAM GHOIB ini hanya untuk yang BETUL-BETUL PEMBERANI SAHAJA kerana isim ini akan membuka tabir ghoib di hadapan anda sehingga anda akan saksikan sendiri wujud makhluk halus yang berkeliaran di tempat anda. Setiap pengamal akan mendapat bahagian yang berbeza-beza macam abang dulu beramal dapat tengok jin secara jelas dengan mata kasar, rakan seguru abang pula dapat terawangan ke alam ghoib tanpa ada sekatan dan semakin jelas. ISIM ALAM GHOIB ini hanya menggunakan kalimat pendek yang harus anda istiqomah wiridkan dengan jumlah bilangan yang akan abang ajarkan nanti selama xx malam. Pengalaman abang dulu hari ke 7 atau ke 8 anda dah nampak kesannya. Kalimat isim ini hanya sepanjang 2 ayat Surah Al-Ikhlas. 


ANTARA KELEBIHAN YANG AKAN ANDA PEROLEHI:


1. MEMPERCEPATKAN PROCESS ROH KELUAR DARI BADAN UNTUK TUJUAN TERAWANGAN


2. MEMBUKA DAN MENAJAMKAN MATA BATIN ANDA BAGI MELIHAT MAKHLUK HALUS ANTARANYA JIN DAN BUNIAN


3. MEMUDAHKAN ANDA BERKOMUNIKASI DENGAN MEREKA. HAL INI SANGAT BAGUS KEPADA YANG MEMPUNYAI KHODAM DAN DAMPINGAN 


4. DAN EFEK ISIM INI YANG PALING EXTREME IALAH ANDA BOLEH MASUK KE ALAM GHAIB DENGAN BADAN FIZIKAL ANDA SEBAB TU ABANG INGATKAN ILMU ISIM INI HANYA UNTUK YANG BETUL-BETUL PEMBERANI SAHAJA


5. KETIKA ANDA MEWIRIDKAN ISIM INI DALAM PEJAMAN MATA, ANDA AKAN MENDENGAR BUNYI-BUNYIAN YANG PELIK DAN AKAN RASAKAN KEADAAN TEMPAT ANDA BERUBAH DAN AKAN KELIHATAN PELBAGAI RUPA BENTUK JIN YANG BERKELIARAN DI HADAPAN ANDA. ITU TENGOK PADA TEMPAT ANDA LAKUKAN AMALAN, KALAU RAMAI BUNIAN MAKA BUNIAN LAH ANDA LIHAT DAN KALAU RAMAI JIN MAKA JIN LERRR YANG ANDA SAKSIKAN. 

 


Setiap peserta program ini akan abang bekalkan dengan sebotol minyak kasturi yang abang isikan Daya Ainul Basiroh untuk anda pakai ketika mengamalkan isim ini dan peserta juga hendaklah memberi nama penuh binti ibu untuk abang ritualkan selama 3 hari pada minyak kasturi tersebut. MINYAK KASTURI YANG ABANG BEKALKAN NANTI KHUSUS UNTUK ANDA SAHAJA YA DAN TAK BOLEH DIKONGSI DENGAN ORANG LAIN. Abang hanya buka pengijazahan ISIM ALAM GHOIB ini hanya untuk 9 ORANG TERAWAL SAHAJA dengan bermaharkan


RM 244.00 

KOS POS: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


ILMU CAHAYA TUANKU


IJAZAHAN ILMU CAHAYA TUANKU

Ilmu ini ialah ilmu pengasihan yang abang amalkan sejak bertahun lamanya. Abang pelajari ilmu ini dari seorang guru di Kelantan. Guru tersebut merupakan anak kepada pahlawan Kelantan yang handal dalam ilmu persilatan dan perbomohan, beliau la yang mewarisi segala keilmuan ayahnya dan diturunkan kepada abang Alhamdulillah. Tak handal pun tapi setakat untuk buat jaga diri abang dan keluarga ni boleh la. Kalau nak cerita kisah abang belajor dengan beliau dulu... hmmm agak panjang la kalau nak cerita. Ilmu Cahaya Tuanku ini banyak berjasa pada abang dan murid-murid abang dalam kehidupan. Abang turunkan kepada mereka untuk memudahkan urusan dorang interview dan cari jodoh. Alhamdulillah sudah banyak terbukti mujarab. Amal dan yakin pada Allah 10000%. 

Ilmu ini pernah membuatkan tuan tanah ladang getah memberi seluruh hasil torehan getah pada penoreh getah, beliau tak ambil sikit pun hasilnya kerana berasa kasihan pada penoreh tersebut. Siapa penoreh tu? Guru abang tu laaa hahaha pengalaman dia la tu sepanjang mengamalkan ilmu ini. Ilmu ini berasaskan jampi yang berteraskan Cahaya Allah dan Cahaya Muhammad. Cara amalannya juga senang dan simple. Anda hanya perlu menghafal jampi Cahaya Tuanku ini dan amalkan mengikut apa yang abang akan ajarkan nanti. Ilmu ni pun sama, abang akan pos satu pil kepada anda sebagai tanda pengijazahan ilmu. 



FADHILAT ILMU CAHAYA TUANKU:


AURA PENGASIHAN YANG TINGGI


DISEGANI DAN DISENANGI ORANG RAMAI 


PELARISAN DIRI


SENANG DAPAT JODOH


MUDAH DAPAT KERJA DAN TENDER


SESUAI UNTUK YANG ADA MASALAH RUMAHTANGGA




Kod Keilmuan: ICT
Stok Pil: Pil ada 100 Biji
MAHAR KEILMUAN: RM 56.80 
Mahar ini ialah kadar yuran anda berikan pada abang untuk mempelajari ilmu yang tak ternilai harganya. Duit bukan menjual ilmu tetapi pada menyatakan kesungguhan anda ingin belajar.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI


   

PENGIJAZAHAN ILMU HARIMAU KUMBANG

 


Assalamualaikum dan salam bahagia, Alhamdulillah pada hari jumaat yang penuh barokah ini abang berpeluang membuka PENGIJAZAHAN ILMU HARIMAU KUMBANG di MGT. Satu ilmu yang sangat langka dan kuno, ilmu ini merupakan pakaian peribadi abang sendiri dalam hal peperangan dan proteksi diri abang. Ilmu ini dikenali sebagai Ilmu Harimau Kumbang ataupun Isim Harimau Kumbang. Ianya tergolong dalam Ilmu Kanuragan Tingkat Tinggi di mana pengamal ilmu ini akan mempunyai Kesaktian Harimau Kumbang yang luar biasa dengan izin Allah Tuhan yang Maha Berkuasa. Ilmu ini hanya mempunyai 3 kalimat pendek yang perlu dihafal dan diamalkan, abang yakin dalam masa 3 minit anda dah boleh hafal kalimatnya.. yakinnn sangaatt. Sebuah ilmu yang mempunyai bacaan yang pendek namun kesaktiannya tingkat tinggi dan super. IHK ini merupakan ilmu warisan pejuang tanah seberang yang digunakan dalam peperangan menantang penjajah inggeris. Pengamal ilmu ini akan dijaga oleh KHODAM HARIMAU KUMBANG yang gagah perkasa dan ketika anda amalkan ilmu ini in sha Allah anda akan merasakan kehadiran harimau-harimau kumbang lalu lalang di belakang atau di depan anda. Ilmu ini perlu diamalkan selama 7 malam berturut-turut dan jika tertinggal, anda wajib mengulangnya bermula hari pertama balik. Siapa saja yang boleh pelajari ilmu ini? Sesiapa saja.. baik muslim atau non muslim semuanya boleh amalkan kerana ilmu ini berasaskan "ilmu usul" harimau kumbang sahaja. 


Keilmuan di atas diijazahkan hanya melalui segelas air tanpa perlu kirim sebarang pil. Anda ambil gambar segelas air dan hantar pada abang melalui ws, abang akan ritualkan dari jauh lalu anda minum. Pengijazahan selesai.. keilmuan akan diberi dalam bentuk pdf. Abang tengah siapkan pdf keilmuan lagi ni doakan urusan abang dipermudahkan ya. Pada yang mengambil ijazah kelak harap anda bersabar ya, abang akan ijazahkan mengikut turutan. Ini saja ikhtiar abang untuk membantu masyarakat agar mereka mempunyai ilmu menghadapi peperangan dan serangan ghaib. 


ADAPUN KEILMUAN HARIMAU KUMBANG INI BERKELEBIHAN KHUSUS:



TAHAN SEGALA SERANGAN SENJATA TAJAM DAN SENJATA API
( BOLEH DICUBA JIKA SUDAH JAZAM AMALAN INI 44 HARI )



KETIKA ADA ORANG LAIN YANG MEMPUNYAI NIAT BURUK, MENGHANTAR SIHIR ATAU SANTAU KEPADA PENGAMAL IHK MAKA KHODAM HARIMAU KUMBANG INI AKAN LANGSUNG MENYERANG ORANG TERSEBUT TANPA PERLU DIPERINTAH 
( PENUMBAL TINGKAT TINGGI )



BILA DIAMALKAN SECARA ISTIQOMAH ILMU INI KEKEBALANNYA AKAN SAMPAI KE PERINGKAT ANTI CUKUR IAITU BULU PUN TAK PUTUS
(KEBAL TINGKAT TINGGI)



DALAM KEADAAN BIASA KULIT ANDA TETAP BOLEH TERLUKA TETAPI JIKA DINIATKAN UNTUK UJICUBA IHK ATAU ANDA MEMBACA KALIMAT KHUSUS TERSEBUT DALAM SITUASI YANG DARURAT, IN SHA ALLAH SENJATA TAJAM ATAU PELURU TAK MAMPU MELUKAI DIRI ANDA. 



JIKA DALAM KEADAAN TERDESAK ATAU DIKEPUNG, PENGAMAL IHK INI MAMPU MERUBAH WUJUDNYA JADI HARIMAU KUMBANG. INI BUKAN BERMAKNA ANDA BERTUKAR JADI HARIMAU JADIAN TUUU. HANYA PADA PANDANGAN MUSUH SAHAJA ANDA BERWUJUD HARIMAU KUMBANG SEHINGGA MUSUH GEMENTAR DAN KETAKUTAN WALAUPUN SEBENARNYA ITU HANYALAH ILUSI YANG DIHANTAR OLEH KHODAM IHK INI 
(MALIH RUPA) 



PENGAMAL IHK INI JUGA BOLEH MELARIKAN DIRI DENGAN CEPAT DAN PANTAS BAGAI SEEKOR HARIMAU KUMBANG YANG TANGKAS SEHINGGA MUSUH TAK DAPAT MENGESAN JEJAK KITA DAN TIDAK NAMPAK AKAN DIRI KITA 
(KELAJUAN DAN HALIMUNAN)



KHODAM IHK INI JUGA BOLEH DIPERINTAHKAN UNTUK MENJAGA KEBUN, RUMAH DAN LAIN LAIN HANYA DENGAN MEMBACA KALIMAT KHUSUSNYA DAN PERINTAHKAN KEPADA MEREKA
( ILMU INI YANG ABANG GUNAKAN UNTUK MENJAGA KEDIAMAN ABANG)


DAN BANYAK LAGI YANG ANDA AKAN RASAKAN IN SHA ALLAH



GUNAKANLAH ILMU INI DIJALAN KEBENARAN, JIKA ANDA MENGGUNAKANNYA DI JALAN KEJAHATAN MAKA ITU URUSAN ANDA DENGAN ALLAH SWT.




Kod Keilmuan: IHK
MAHAR KEILMUAN: RM 250.00
Mahar ini ialah kadar yuran anda berikan pada abang untuk mempelajari ilmu yang tak ternilai harganya. Duit bukan menjual ilmu tetapi pada menyatakan kesungguhan anda ingin belajar.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

RUMAHKU BAHAGIAKU



Disinilah ruang abang bermuzakarah bersama murid-murid dan disini juga tempat abang merawat pesakit serta melayani tetamu yang datang

GELIGA PAWANG CHE ENDUT SOLD OUT!





SAIZ 16-17 SOLD OUT!!





SAIZ 19-20

Assalamualaikum dan salam bahagia semua, jam menunjukkan pukul 9 pagi dan abang sedang bersiap-siap untuk keluar atas sebab beberapa urusan yang perlu abang selesaikan. Moga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Hari ini pertama kali abang masukkan GELIGA PAWANG yang berkhodamkan seorang pawang dari bangsa jin. Beliau bernama CHE ENDUT yang berbadan sedikit bongkok kerana usianya, berjanggut panjang, dan sentiasa ada tasbih di tangan kanannya serta ada sebilah badik pendek di pinggangnya. Badik tersebut digunakan untuk beliau mengubati pesakit dengan menarik bisa. Che Endut hadir di tempat ritual abang 3 hari yang lepas dengan menyatakan bahawa beliau ingin berkhidmat kepada manusia dalam urusan perubatan dan perbomohan. Beliau memberikan sebuah batu sebagai kunci untuk menggunakan khidmatnya. Kali ni tukang abang canai special sikit yakni dalam bentuk "Capal Nabi" dan ikatannya pun cantik kan? Abang berkenan pulak dengan design ni ingat nak buat satu cincin jugak bentuk macam ni untuk perhiasan abang sendiri. Tengah pikir nak canai batu apa takpaa kita tauke batu hahaha nak batu apa pun boleh Alhamdulillah. Geliga Che Endut ni abang khususkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi perawat dan yang sudah mempunyai asas dalam perubatan kebatinan. Kerja perawat ni kerja mulia tuan-puan.. antara fardhu kifayah kita membantu masyarakat. 

Bagaimana cara Che Endut ni menolong? Beliau akan memberi ilham atau bisikan tentang penyakit apa yang pesakit anda alami dan beliau akan memberitahu juga apa penawarnya. Beliau juga akan memberitahu jin sihir apa yang ada ditujukan ke atas pesakit dan Che Endut juga akan mencuba untuk menghalau jin tersebut dan memeranginya. Pawang Che Endut juga berguna dalam hal nak mengesan barang sihir yang ditanam atau memberi ilham di mana point sihir yang harus anda focus ruqyah. Dalam hal ini anda memerlukan deria keenam yang tajam untuk mendengar bisikan atau ilham yang Che Endut akan berikan. Bagaiman nak tajamkan deria keenam? Ni petua abang share.. pertama sekali, cuba dengar bunyi air terjun pada setiap pagi dan focus pada bunyi tersebut sehingga anda sudah tidak mendengar bunyi benda lain. Bunyi air terjun ni anda dengar di youtube pun boleh kalau rumah anda jauh dari air terjun atau sungai tapi kena pakai earphone supaya tak terganggu dengan benda lain. Itu antara sebab kenapa ahli spiritual suka bertapa di sungai dan air terjun iaitu untuk mendatangkan ketenangan dan melatih diri untuk focus. Tatacara menggunakan dan memerintah khodam Che Endut ini akan abang berikan kepada pemilik baru... moga bermanfaat.



KHODAM PAWANG CHE ENDUT INI BERKEBOLEHAN SEBAGAI:



PENASIHAT RAWATAN ANDA



MEMBERI ILHAM FIRASAT TENTANG PESAKIT



MENGUBATI PENYAKIT SIHIR DAN TUJU-TUJU



MENGHANCURKAN JIN JAHAT YANG BERSARANG DALAM TUBUH PESAKIT



MENARIK BISA-BISA YANG ADA DALAM TUBUH PESAKIT



PAKAR DALAM BIDANG PERBOMOHAN



PENJAGA DIRI ANDA DARI SERANGAN BALAS BOMOH JAHAT

( CHE ENDUT NI AKAN SETTLE KAN TANPA ANDA MENYURUHNYA )



MEMBEKALKAN TENAGA PENYEMBUHAN KETIKA ANDA MERAWAT



KEBOLEHAN UNTUK MEMBINA PAGAR GHAIB YANG TEBAL UNTUK PESAKIT DAN KAWASAN PESAKIT

( ARAHKAN CHE ENDUT DAN BELIAU AKAN MEMAGARKAN MENGGUNAKAN KEILMUANNYA )



JIKA RUMAH PESAKIT DIGANGGU OLEH PENUNGGU MAKA CHE ENDUT SENDIRI AKAN TURUN UNTUK MEMBERESKANNYA YAKNI DENGAN MENGHALAU ATAU BERPESAN DENGAN CARA BAIK AGAR PENUNGGU TERSEBUT MENCARI TEMPAT LAIN.



KEBOLEHAN MEMULANGKAN SIHIR KEPADA PENGIRI



Kod Produk: CE01&02
Stok: 2 Unit 
Size: SAIZ PADA GAMBAR DI ATAS (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 222.20
Kos Pos: RM 10



 SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI