KEASLIAN BUKAN KEPALSUAN

 

Assalamualaikum dan salam bahagia, apa khabar semua?

Abang agak sibuk dengan pengijazahan Si Pahit Lidah dan beberapa keilmuan lain. Di atas ialah antara testimoni seorang murid yang mempelajari dan mengamalkan beberapa ilmu yang beliau maharkan dan kesannya NYATA. 

Ada 2 orang murid yang tak pernah melepaskan peluang setiap kali abang bukakan tawaran ijazahan di blog dan mereka telah merasakan sendiri NIKMAT ILMUNYA. Mereka sanggup menghabiskan duit demi ilmu yang bakal berguna sehingga akhir hayat. Nak jadi ahli hikmah yang handal tapi MENTAL MISKIN & KEDEKUT? Lupakanlah sahaja impian anda jika begitu. Hukum Dunia ini telah ditetapkan dari dulu yakni SETIAP IMPIAN memerlukan SATU PENGORBANAN. 

Belajar dan amalkanlah dengan SUNGGUH SUNGGUH meskipun sekarang ini anda bukan "Siapa-Siapa" tetapi bila ilmu anda sudah mujarab maka saat itu dunia mengejari anda dan orang yang "Siapa-Siapa" itu sendiri akan memerlukan anda. Tekad usaha dan ilmu yang bersanad akan menjamin keberhasilan anda. Mari kita budayakan "Ilmu Hikmah Yang Berkualiti" 

Ada yang meragui sanad Perguruan Megat Gunung Tebu? Jika ada yang meragui sanad perguruan kami.. silakan datang dan abang BERSEDIA DAN MEMBUKA PINTU SELUAS-LUASNYA untuk mendedahkan dan membahaskan sanad perguruan abang. Abang akan tunjukkan beberapa kitab tulisan tangan abang sendiri ketika abang mencatat setiap ilmu yang para guru abang turunkan dulu. Tetapi dengan satu syarat iaitu bawa duit sebanyak RM6500. Kenapa? Anda ingat abang akan mendedahkan sanad perguruan abang secara free? Oh tidak.. abang bukan mata duitan tetapi SANAD IALAH PUSAKA EMAS DALAM PERGURUAN KAMI dan PERKARA YANG SANGAT BERHARGA. Anda ingin melihat perkara penting abang dan abang sewajarnya berhak meminta perkara penting yang anda ada iaitu duit.

Sebab itu abang tak kisah jika ada yang mengatakan keilmuan di blog abang ni mahal kerana abang yakin mempunyai kualiti, KERETA BMW TAKKAN SAMA NILAINYA DENGAN KERETA KANCIL. Bukan saja sanad yang terjamin tetapi ilmunya juga dihidupkan rahsianya, sudah digali sedalam-dalam kunci ilmunya baru abang turunkan pada murid. Abang juga memberikan bimbingan kepada murid dengan sebaik mungkin dan juga memberi mereka semangat untuk terus beramal. PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU sudah terkenal dengan kualitinya semenjak bergerak secara offline lagi. BERGERAK DALAM DIAM DAN BERKARYA DALAM SUNYI. Sebelum ini abang tak mengundang sesiapa untuk belajar dengan abang tapi mereka datang dengan kehendak mereka sendiri setelah ditipu oleh guru-guru palsu sebelum ini. Abang sangat anti dengan GURU KEBATINAN PALSU kerana mereka punca tercemarnya industri kebatinan yang abang cintai dan perjuangkan sejak dulu. Mereka hanya mementingkan duit dan ilmu mereka tidak jelas asal-usulnya DASAR BODOH DAN MEMALUKAN

Satu lagi pesanan abang kepada yang ingin mempelajari ilmu dengan perguruan abang, sila jaga adab ketika menghubungi abang. Duit anda bukan segalanya bagi abang untuk anda memiliki ilmu abang tetapi adab juga sangat penting, bagilah salam dulu dan kenalkan diri lalu baru utarakan hajat anda ingin menuntut ilmu. 




1 comment:

  1. Wa'alaikumusalam. Semoga di permudahkan. Segala urusan bang megat .sihat Dan sukses selalu

    ReplyDelete