Assalamualaikum dan salam bahagia,
Satu lagi ilmu dari jalur kewalian abang tawarkan iaitu ISMU SULTHONUL ARIFFIN yang bersanad jelas hingga kepada seorang waliyullah yang termahsyur. Waliyullah tersebut ialah SYEIKH ABU YAZID THOIFUR AL BUSTOMI atau lebih digelar WALIYULLAH THOIFUR yang berasal dari Khurasan. Abang ada beberapa ilmu yang sanadnya jelas hingga ke Syeikh Abu Yazid dan antaranya Ismu Sulthonul Ariffin dan Zikir Martabat Tujuh. Tanda-tanda kewalian beliau terserlah bermula sejak beliau berada di dalam kandungan ibunya iaitu apabila ibunya makan makanan yang diragui halal haramnya maka beliau akan memberontak sehingga ibunya memuntahkan kembali makanan tersebut. Sejarah juga mengatakan bahawa beliau merupakan ahli fiqih Mazhab Hanafi yang sangat berpegang teguh kepada syariat sehingga beliau mengeluarkan sebuah kata-kata yang abang pegang hingga sekarang.
" JIKA KAMU MELIHAT SESEORANG MEMPUNYAI KERAMAT YANG LUAR BIASA, JANGANLAH KAMU CEPAT TERPEDAYA OLEHNYA. PERHATIKANLAH APAKAH BELIAU MELAKSANAKAN PERINTAH TUHAN DAN MENJAUHI LARANGAN TUHAN?"
Kata-kata inilah yang menjadi panduan abang semasa ingin berguru dengan sesiapa. Jika guru menjaga syariatnya dengan benar baru abang menuntut ilmu dengannya. Selain itu, Syeikh Abu Yazid Al-Bustomi merupakan tokoh tassawuf dan tokoh tareqat yang disegani dan termahsyur pada zamannya. Seingat abang antara tareqat yang lahir dari ajarannya ialah Tareqat Syattariyah dan Tareqat Naqsyabandiyah. Kedua-dua tareqat ini diasaskan oleh murid-muridnya. Syeikh Abu Yazid bukan saja digelar tokoh tareqat bahkan beliau diakui sebagai SULTHONUL ARIFFIN pada zamannya yang bermaksud "RAJANYA PARA AULIA dan RAJANYA AHLI MARKIFAT". Beliau merupakan ahli makrifat pertama yang membawa ajaran "AL FANA' DAN AL BAQA". Ajaran ini merupakan ilmu ketuhanan tingkat tertinggi dan melalui ajaran inilah beliau sentiasa tenggelam di dalam "KEESAAN ALLAH" sehingga beliau sentiasa asyik bersama Allah dan mencapai maqom kewalian yang tinggi. Hal inilah yang menyebabkan maqom kewaliannya diakui oleh ribuan alim ulamak. Ketahuilah bahawa maqom kewalian itu banyak tingkatannya dan antara tingkat tertinggi ialah MAQOM SULTHONUL ARIFFIN atau digelar MAQOM QUTHBUL AULIYA'. Dua nama ini ialah maqom yang sama cuma istilahnya saja berbeza. Setahu abang,
ANTARA WALIYULLAH YANG PERNAH MENYANDANG PANGKAT KEWALIAN SULTHONUL ARIFFIN IALAH:
1. SYEIKH ABU YAZID AL-BUSTOMI
2. SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI
3. SYEIKH AHMAD KABIR RIFA'I
4. SYEIKH AHMAD BADAWI
5. TOKKU PALOH (SATU-SATUNYA ORANG MELAYU YANG MENYANDANG PANGKAT TERSEBUT)
Hanya itu saja yang abang ketahui semasa abang menuntut ilmu dulu dan selebihnya hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui. Kepada para pengamal Sirr Nasrullah pasti sudah tidak asing dengan nama no 2 hingga no 4. Setiap Auliya' pasti ada amalan mereka tersendiri baik untuk urusan ketuhanan atau keduniaan. Guru abang mengatakan bahawa para Auliya' akan dikurniakan atau diilhamkan oleh Allah SWT sebuah ilmu khusus untuk jalan ketuhanan dan sebuah ilmu khusus untuk keduniaan bagi melengkapi diri mereka. Pada kali ini pula abang akan dedahkan sebuah keilmuan khusus yang diamalkan oleh Syeikh Abu Yazid Al-Bustomi untuk tujuan keduniaan iaitu ISMU SULTHONUL ARIFFIN. Abang rasa sangat-sangat bertuah ketika abang berpeluang mewarisi keilmuan ini kerana bukan senang para guru terdahulu nak turunkan ilmu aliran kewalian seperti ini dan kini tiba masanya abang wariskan kepada anda semua. Mengapa? Bagi abang memendam ilmu di dalam dada seorang diri menunjukkan kita seorang yang pentingkan diri sendiri sedangkan perkara yang baik dan bermanfaat itu harus dikongsi.
DENGAN WASILAH ISMU SULTHONUL ARIFFIN INILAH YANG MEMBUATKAN SYEIKHUL ABU YAZID AL-BUSTOMI PEROLEHI PELBAGAI KAROMAH DAN DI ANTARANYA:
1. BELIAU MAMPU TERBANG DI UDARA DI HADAPAN PARA MURIDNYA
2. BELIAU MENGETAHUI APA YANG AKAN BERLAKU DAN MENGETAHUI SIAPA YANG AKAN DATANG BERTEMU DENGANNYA
3. BELIAU MAMPU BERJALAN DI ATAS AIR
4. BELIAU MAMPU PERGI KE MAKKAH DALAM 1 MALAM (LIPAT BUMI)
5. BELIAU PERNAH DIFITNAH MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK LALU DITANGKAP DAN DIKENAKAN HUKUMAN PANCUNG OLEH PEMERINTAH TETAPI TIADA SIAPAPUN YANG BERHASIL MEMANCUNGNYA.
Itulah serba sedikit karomah yang dipunyai oleh Syeikhul Abu Yazid Al-Bustomi dengan wasilah ISMU SULTHONUL ARIFFIN namun itu semua bukanlah tujuan utamanya, tujuan utamanya adalah semata-mata mencari "WA RIDHOKA MATLUBI". Ismu Sulthonul Ariffin sudah menjadi pegangan para syeikhul tareqat terdahulu. Kalimat keilmuannya sangat pendek, hanya sepanjang surah Al-Ikhlas sahaja tetapi walaupun pendek namun fadhilat keilmuan ini sangat banyak. Abang telah membuktikannya kepada diri abang sendiri selama abang berkecimpung di dalam dunia spiritual dan INGAT YA ABANG TAK AKAN TURUNKAN SESEBUAH ILMU SELAGI ABANG SENDIRI TAK MERASAI NIKMAT FADHILAT KEILMUAN TERSEBUT. Ismu Sulthonul Ariffin ini terdiri dari campuran bahasa arab dan bahasa suryani dan kalimat ini apabila diwiridkan maka akan berpusu-pusulah para malaikat hadir untuk membantu si pengamal menjayakan urusan apapun selagi tidak melanggar syariat islam. Kaedah amalannya juga sangat ringkas yakni hanya perlu diamalkan selama 3 malam atau 7 malam berturut-turut sahaja selepas solat isyak.
ADAPUN FADHILAT KHUSUS ISMU SULTHONUL ARIFFIN INI ADALAH:
1. MENDAPAT KEBERKAHAN WALIYULLAH SYEIKH ABU YAZID AL-BUSTOMI
2. KESELAMATAN MUTLAK ZAHIR DAN BATIN KERANA PENGAMAL INI AKAN SENTIASA DIKAWAL OLEH PARA MALAIKAT
3. PENGAMAL TIDAK AKAN TERBAKAR DAN DILUKAI OLEH API (SUDAH DIBUKTIKAN OLEH MURID SYEIKH ABU YAZID APABILA BELIAU DIHUMBAN KE DALAM API YANG MARAK NAMUN TIDAK MEMBERI KESAN PADANYA WALAU SEDIKIT)
4. MENDAPAT KAROMAH SYEIKHUL ABU YAZID SEPERTI ABANG CATATKAN DI ATAS SELAMA ANDA ISTIQOMAH MENGAMALKANNYA DENGAN IKHLAS
5. PINTU-PINTU REZEKI YANG TERTUTUP AKIBAT BAHANA SIHIR ATAU KESIALAN AKAN TERBUKA KEMBALI (URUSAN KEREZEKIAN AKAN MENJADI MUDAH)
6. MENGHADIRKAN HUJAN DAN MEMINDAHKANNYA KE SESEBUAH TEMPAT
7. MENGUBATI ORANG YANG KERASUKAN DENGAN 3 KALI HEMBUSAN SAHAJA
8. MENGHALAU JIN PENUNGGU SESEBUAH KAWASAN DENGAN MELAFAZKAN ISMU INI DI TEMPAT TERSEBUT BESERTA DOA
9. MENYEMBUHKAN PENYAKIT MISTIK DAN PENYAKIT FIZIKAL MELALUI AIR TAWAR YANG ANDA DOAKAN MENGGUNAKAN ISMU INI
10. MENYEDUT TENAGA BULAN UNTUK PENGASIHAN DENGAN MENGHALAKAN TAPAK TANGAN ANDA KE BULAN PURNAMA LALU WIRIDKAN ISMU INI BESERTA NIAT
11. MENYEDUT TENAGA MATAHARI UNTUK PEMAGARAN TUBUH DAN KEWIBAWAAN DIRI
12. MENGEMBALIKAN SERANGAN SIHIR BERLIPAT KALI GANDA KEPADA PENGIRIM
13. MELARISKAN SESEBUAH PERNIAGAAN YANG SURAM (PARA MALAIKAT YANG MENJAGA ISMU SULTHONUL ARIFFIN INI AKAN MENARIK PARA PEMBELI DAN PELANGGAN BARU)
14. MEMPERCEPATKAN KABULAN DOA ANDA DAN MENJAYAKAN HAJAT BESAR ANDA
15. PENUMBAL PADA YANG BERNIAT JAHAT SECARA AUTOMATIK
KETAHUILAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FADHILAT KEILMUAN ISMU SULTHONUL ARIFFIN INI SANGAT BANYAK DAN ANDA AKAN RASAKAN SENDIRI PELBAGAI KEAJAIBAN HIDUP SELAMA ANDA ISTIQOMAH MENGAMALKANNYA. GUNAKANLAH IKUT KEMAHUAN DAN KEPERLUAN ANDA KERANA FADHILAT KEILMUAN INI TIDAK TERBATAS
Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Beruntunglah anda yang berjaya mewarisinya dan abang berani jamin bahawa anda tidak akan ketemui ilmu ini selain di PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU.
MAHAR KEILMUAN ISMU SULTHONUL ARIFFIN:
SEBANYAK RM 239 SAHAJA
SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI
No comments:
Post a Comment