Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sekalian pengunjung,
Apa khabar? Semoga semuanya di dalam keadaan sihat dan baik. Abang ingin mengajarkan sebuah keilmuan yang bernama SIRR MAKRIFATBILLAH yang merupakan ilmu seterusnya selepas SIRR NASRULLAH. Oleh kerana sebelum ini abang banyak mengajarkan ilmu-ilmu yang berunsurkan khodam dan makhluk maka kali ini abang hadirkan sebuah ilmu yang mengandungi daya "TAWAKKALTU ALALLAH". Sirr Nasrullah adalah ilmu pertama sekali dikeluarkan semenjak abang mengisytiharkan bahawa blog MGT akan focus kepada pengijazahan ilmu dan tidak lagi memaharkan batu permata. Baik apakah perbezaan antara Sirr Nasrullah dengan Sirr Makrifatbillah? Sirr Nasrullah merupakan ilmu ISTIGHOSAH menggunakan wasilah keramat para waliyullah manakala Sirr Makrifatbillah pula adalah ilmu yang mengandungi KAROMAH MARTABAT INSANUL KAMIL YANG LANGSUNG TERUS DATANGNYA DARI ALLAH SWT tanpa sebarang perantaraan wali maupun jin.
Abang sangat mencintai keilmuan ini kerana ianya melengkapi "2 SISI KEPERLUAN". Ianya bukan saja untuk KEDUNIAAN malah juga berfungsi khusus untuk UKRHOWI WAL MAKRIFATULLAH yakni jalan mengenal Tuhan yang Maha Besar. Inilah antara ilmu rahsia Para Arifbillah dalam menangani hal keduniaan dan menuju Allah. Sirr bermaksud "RAHSIA" dan Makrifatbillah bermaksud "MENGENAL DAN BESERTA ALLAH". Sirr Makrifatbillah mengandungi rahsia "INSANUL KAMIL" yang bermaksud INSAN YANG SEMPURNA. Ada sesiapa tahu tentang martabat insan kamil? Sebuah martabat tertinggi yang dibahas oleh para ulamak dalam hal kesufian.
ADAPUN CIRI-CIRI SESEORANG YANG MENCAPAI MARTABAT INSAN KAMIL:
1. HATINYA MEMILIKI KEHAMBAAN YANG SEMPURNA
2. HATINYA SENTIASA KARAM DI DALAM LAUTAN MAHABATULLAH YAKNI BERKASIH SAYANG DENGAN ALLAH SWT
3. SUASANA HATINYA YANG TENANG DAN TIDAK ADA KELUH KESAH
Siapakah insan yang mencapai martabat ini? Tidak lain tidak bukan beliau ialah NABI MUHAMMAD SAW. Beliaulah mempunyai sifat kamalat (kesempurnaan) yang agung, sempurna hatinya, sempurna jiwanya dan sempurna kehambaannya kepada Allah SWT. Mustahil untuk kita menjadi sempurna seperti beliau namun cukuplah kita dapat merasakan sedikit "PERCIKAN INSANUL KAMIL" dengan wasilah keilmuan ini.
Ketahuilah wahai saudaraku bahawa Sirr Makrifatbillah mengandungi kalimat rahsia yang menghubungkan rohani pengamal dengan martabat insanul kamil dan menuntun jiwa pengamal menuju ke martabat tersebut. Apabila seseorang berjaya berhubung dan mencapai martabat insanul kamil maka hiduplah jiwa ketuhanannya dan sentiasa dikurniakan pertolongan oleh Allah SWT (Nasrullah). Ilmu ini juga berfungsi membangkitkan "NUR MUHAMMAD" di dalam diri sang pengamal sehingga pengamal akan merasakan kenikmatan bertauhid dan memperolehi pelbagai karomah dalam hal keduniaan. Nur Muhammad adalah perkara pertama yang Allah SWT ciptakan sebelum adanya langit dan bumi dan dari Nur Muhammad inilah terciptanya segala kejadian. Nur Muhammad dan martabat Insanul Kamil saling berkaitan antara satu sama lain kerana keduanya berada di dalam "HAKIKAT LAILAHAILALLAH MUHAMMADARASULULLAH". Ilmu yang berkaitan dengan 2 hal ini sangat diburu oleh para ahli sufi dan para ahli hikmah termasuk abang sendiri kerana ianya akan "menyempurnakan segalanya".
Bacaan Sirr Makrifatbillah sangat pendek yakni hanya sepanjang kalimat bismillah sahaja namun kalimatnya padat dengan 1001 rahsia (sirr). Kaedah amalannya pula hanya perlu diamalkan selama 3 malam dan setelah itu rutinkanlah mewiridkannya setiap kali selesai solat fardhu. Ilmu ini akan sangat bermanfaat untuk pengamal, orang sekeliling dan masyarakat. Sudah terbukti kepada diri abang sendiri dalam menangani pelbagai masalah.
SIRR MAKRIFATBILLAH MEMPUNYAI KAROMAH KHUSUS DALAM URUSAN KEROHANIAN:
1. DIKURNIAKAN MAKRIFATULLOH DAN MENYEMPURNAKAN JALAN KEROHANIAN PENGAMAL
2. KETENTERAMAN JIWA
3. TERBUKANYA RAHSIA ILAHIYAH DAN HAL KETUHANAN
4. MENDAPAT LADUNI AGAR MUDAH MEMAHAMI AKAN SESUATU ILMU
5. MENAMBAH KEKHUSYUKAN DAN KENIKMATAN DI DALAM BERIBADAH
6. MELEMBUTKAN DAN MELUNAKKAN HATI SERTA PERASAAN SELALU CONDONG MELAKUKAN KETAATAN
7. RASA RESAH YANG SANGAT KUAT KETIKA BERBUAT DOSA
8. MENGHIDUPKAN "NUR" SETIAP KALIMAT ZIKIR DAN AYAT AL-QURAN YANG PENGAMAL AMALKAN
9. JASAD PENGAMAL TIDAK AKAN REPUT DAN BERBAU HARUM (IANYA TERBUKTI KEPADA GURU KEPADA GURU ABANG TERDAHULU)
SIRR MAKRIFATBILLAH JUGA MEMPUNYAI KAROMAH KHUSUS DALAM HAL DUNIAWI:
1. PERLINDUNGAN MUTLAK DAN SEMPURNA LANGSUNG DARI ALLAH SWT
2. PAGAR DIRI YANG KUAT DAN MAMPU MEMATAHKAN SERANGAN SIHIR SEKUAT APAPUN KE ATAS DIRI ATAU PESAKIT
3. MEMPEROLEHI PELBAGAI KAROMAH INSANUL KAMIL YANG MENCARIK ADAT
4. SENTIASA MENDAPAT PERTOLONGAN ALLAH DALAM URUSAN APA SEKALIPUN
5. MENGUBATI PELBAGAI PENYAKIT SIHIR DAN MISTERI HANYA DENGAN 3 GAYUNG AIR DICURAHKAN DI UBUN-UBUN PESAKIT
6. MENGUBATI PELBAGAI PENYAKIT KRONIK DENGAN DIBACAKAN KEPADA AIR ZAM-ZAM
7. TENAGA SIRR MAKRIFATBILLAH INI MAMPU MENGHANCURKAN JIN FASIQ YANG SEKUAT APA SEKALIPUN
8. MEMANCARKAN NUR KAMIL YANG SANGAT KUAT SEHINGGA MENGGERUNKAN MAKHLUK HALUS DAN MENJADIKAN PENGAMAL SEORANG YANG MEMPUNYAI KEWIBAWAAN DAN KARISMA YANG TINGGI DI MATA MAKHLUK
9. KEMAKMURAN DAN KEJAYAAN HIDUP
10. MEMBUKA AINUL BASIROH YANG MEMBUATKAN TERBUKANYA MATA BATIN DAN KASYAF MELIHAT MAKHLUK HALUS BAIK ALAM JIN DAN ALAM MALAKUT
11. MEMBANGUNKAN KEKUATAN ROH SEHINGGA DIPERMUDAHKAN DI DALAM URUSAN TERAWANGAN
12. MENAJAMKAN FIRASAT HATI DAN DIKURNIAKAN GERAK HATI YANG SANGAT KUAT DALAM APA JUA URUSAN
13. KESIHATAN TUBUH BADAN DAN SUSAH DISERANG PENYAKIT
14. SEGALA KAROMAH SIRR NASRULLAH TERKANDUNG DI DALAM KEILMUAN INI (BOLEH BACA DI POSTING SIRR NASRULLAH YANG SEBELUM INI)
SERTA BANYAK LAGI NIKMAT KAROMAH DAN RAHSIA DUNIAWI YANG AKAN DIRASAI SELAMA PENGAMAL MENJADIKAN ILMU INI SEBAGAI "SAHABAT KARIB".
Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan ijazahkan dengan kaedah "NURUL WUSHUL" yakni ijazahan ilmu beserta Nur Kamil yang akan diisi khusus terus ke atas nama anda.
MAHAR SIRR MAKRIFATBILLAH:
SEBANYAK RM 236
SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI
No comments:
Post a Comment