PESUGIHAN SI BUNGKAS EMAS

 



Assalamualaikum dan salam bahagia semua, 

Selamat datang kepada pengunjung setia dan pengunjung baru ke PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU. Alhamdulillah sekarang blog ini sudah dipenuhi dengan pelbagai keilmuan dan memang itulah harapan abang sebenarnya iaitu membina sebuah "Online Port" untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran ilmu. Pada kali ini perguruan MGT akan mengeluarkan sebuah KEILMUAN PESUGIHAN untuk anda semua iaitu ILMU SUGIH SI BUNGKAS EMAS. Abang terpanggil untuk mengeluarkan keilmuan ini kerana ramai yang meminta ilmu sugih yang simple tanpa memerlukan masa yang panjang, abang sedia maklum bahawa bukan semua orang ada masa untuk berzikir lama-lama. Apa maksud sugih/pesugihan? Sugih bermaksud sebuah kaedah atau ritual yang dijalankan khusus untuk mendapatkan kekayaan. Adakah pesugihan benar-benar wujud? Ya memang wujud dan terbukti sejak zaman-berzaman bahkan ada "jutawan" yang tersenarai di dalam 20 orang terkaya di malaysia yang mendapat kekayaan melalui jalan pesugihan. Kalau betul berjaya dan terbukti kenapa abang ajar? Kenapa abang tak diamkan saja? Ya abang boleh buat begitu tetapi ini salah satu cara abang menolong masyarakat dengan menyebarkan ilmu supaya kita sama-sama dapat merasai keajaibannya. Perguruan Megat Gunung Tebu didirikan kerana sabda Nabi Muhammad Saw: 

"SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH MEREKA YANG BERMANFAAT BAGI ORANG LAIN" 

Baik kita berbalik kepada topik utama, ilmu si bungkas emas ini ialah warisan para waliyullah dan boleh dikategorikan sebagai ilmu kuno. Kenapa? Kerana ilmu ini wujud ketika islam belum berkembang luas di nusantara dan masih menjadi kelompok minoriti. Ianya diamalkan oleh para waliyulah sebagai KUNCI KEKAYAAN untuk "mengakses" harta yang terpendam. Ilmu inilah salah satu ilmu sugih yang sangat-sangat susah untuk abang dapatkan kerana pencariannya memakan masa bertahun lamanya. ABANG BERANI JAMIN 1000% ilmu ini tidak ada di google dan dimanapun melainkan hanya ada di perguruan MGT kerana jumlah pewaris sanad keilmuan si bungkas emas sangat sedikit. 

ABANG MENGATAKAN SI BUNGKAS EMAS INI ILMU PESUGIHAN YANG SANGAT SIMPLE KERANA : 

1. TIDAK PERLU BERPUASA BERHARI-HARI SEPERTI ILMU PESUGIHAN TINGKAT TINGGI YANG LAIN 

2. TIDAK PERLU MEMBAKAR KEMENYAN ATAU SETANGGI 

3. TIDAK MEMERLUKAN DAN TIDAK TERIKAT DENGAN SEBARANG PERJANJIAN YANG KARUT-MARUT 

4. PROSES PENGAMALAN ILMU INI HANYA MEMAKAN MASA LEBIH KURANG 6 MINIT SAHAJA!! 

5. PENGAMALAN ILMU INI HANYA DILAKUKAN SEKALI SEUMUR HIDUP. YA BENAR HANYA SEKALI SEUMUR HIDUP DAN SELEPAS ITU PENGAMAL HANYA PERLU WIRIDKAN SEIKHLASNYA SAHAJA, TIDAK ADA JUMLAH KHUSUS 

Jangan sesekali anda memandang rendah walaupun kaedah mengamalkan ilmu ini sangat simple dan ringan kerana KEAMPUHAN DAN KEKUATANNYA SANGAT DAHSYAT, ilmu ini tergolong di dalam PESUGIHAN PUTEH TINGKAT TINGGI. Kalimat keilmuan Si Bungkas Emas hanya terdiri dari 1 KATA SAHAJA yang mana kalimat tersebut mengandungi daya keramat untuk menundukkan sekalian bangsa ghaib yang ALLAH SWT tugaskan sebagai penjaga "PESUGIHAN EMPAT KUNCI DUNIAWI". Apabila anda mengamalkan keilmuan ini maka sekalian bangsa ghaib penjaga pesugihan baik di langit maupun di bumi akan tunduk kepada anda dan mereka akan bertindak mendatangkan dan membuka seluas-luasnya EMPAT HAL DUNIAWI kepada anda. 

ILMU SI BUNGKAS EMAS INI MERANGKUMI EMPAT HAL DUNIAWI IAITU: 

1. PANGAN - PERSEDIAAN MAKANAN, KEPERLUAN MAKAN MINUM, DAN KEBUN YANG SUBUR 

2. KAMUKTAN - KETINGGIAN DARJAT, KEJAYAAN, PENGARUH DAN KEMAKMURAN 

3. SANDANG - KELENGKAPAN PAKAIAN, BARANGAN MEWAH, HARTA, DAN PERHIASAN YANG MAHAL 

4. HEMAS PICIS RAJA BRANA - EMAS, KEWANGAN, DAN KELANCARAN USAHA

Empat hal di atas pasti sudah tidak asing lagi kepada pengamal doa sugih kekayaan kerana 4 hal inilah yang terkandung di dalam doa tersebut. Kepada pengamal doa sugih kekayaan, jom mari sini abang cadangkan anda gunakan si bungkas emas sebagai pegangan duniawi anda. Empat hal duniawi tersebut terkandung di dalam 1 KALIMAT SI BUNGKAS EMAS bahkan bukan itu saja, kalimat ini juga akan menghubungkan antara pengamal dengan malaikat yang bertugas menjaga kerezekian seseorang iaitu MALAIKAT MIKAIL AS. Bagaimana prosesnya? Melalui wasilah keilmuan Si Bungkas Emas ini, Malaikat Mikail AS akan mengangkat segala kemiskinan, mengangkat segala hutang piutang dan mengangkat segala kesusahan yang dialami oleh pengamal selama ini. Abang mengakui bahawa si bungkas emas ini memang ilmu yang unik dan dahsyat kerana ianya mampu menundukkan penjaga pesugihan dan malaikat kerezekian sekaligus. 

Tatacara mengamalkan ilmu ini SANGAT SIMPLE iaitu anda perlu menyediakan 1 bahan lalu zikirkanlah kalimat keilmuan ini dengan jumlah yang abang tetapkan di dalam pdf kelak dan setelah itu anda perlu menanamnya di perkarangan rumah anda dan SELESAI. Bahan yang diperlukan itu abang akan memberitahunya di dalam pdf dan ianya sangat mudah anda dapati. Hanya itu saja yang perlu anda lakukan SEKALI SEUMUR HIDUP dan kalimat keilmuannya pula boleh anda zikirkan mengikut jumlah sesuka hati anda. 

KEILMUAN SI BUNGKAS EMAS INI MEMPUNYAI KELEBIHAN KHUSUS: 

1. DILANCARKAN SEGALA JALAN USAHA DAN IKHTIAR 

2. KEBERUNTUNGAN DI DALAM APA SAJA KEGIATAN USAHA DUNIAWI ANDA 

3. MENDATANGKAN KEREZEKIAN DAN KEKAYAAN YANG MELIMPAH RUAH SECARA AJAIB

4. MENDAPATKAN DAN MELIPATGANDAKAN HARTA DUNIAWI 

5. DIJAUHKAN DARI KEMISKINAN DAN KELAPARAN

6. JALAN KELUAR DARI KESUSAHAN HIDUP  

7. RAJA BAGI SEGALA PELARISAN TINGKAT TINGGI  

8. KEHIDUPAN ANDA SERBA CUKUP DAN TAK PERNAH MENGALAMI KEKURANGAN 

9. DIBERIKAN JALAN UNTUK MENGUMPUL DAN MENDAPATKAN WANG DALAM JUMLAH YANG BANYAK 

10. DIBERIKAN KEMUDAHAN UNTUK MELUNASKAN HUTANG PIUTANG  

11. KEAMANAN DAN KEMAKMURAN HIDUP 

SERTA BANYAK LAGI KEJUTAN DALAM HAL KEDUNIAAN YANG ABANG SENDIRI PERNAH RASAI DAN BERBAHAGIALAH SESIAPA YANG MEMPELAJARI SI BUNGKAS EMAS. 

 Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. 

MAHAR SI BUNGKAS EMAS:

SEBANYAK RM 243

 SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI


MANTRA SANG RAMBUT BESI

 


Assalamualaikum dan salam bahagia,

Apa khabar semua? Blog MGT sudah lama tak masuk keilmuan baru kerana abang agak sibuk dengan beberapa urusan riyadhoh ilmu di Gunung Tebu tempohari. Sebenarnya keilmuan memang banyak cuma abang mengeluarkan sesebuah keilmuan berdasarkan "petunjuk" yang abang dapat, bukan main ajar sembrono saja. Abang akan zikir dan merenung sedalam-dalamnya sehingga mendapat gerak hati yang kuat untuk mengajarkannya. Baiklah pada kesempatan kali ini abang nak mengajarkan sebuah keilmuan langka kepada anda semua iaitu MANTRA SANG RAMBUT BESI. Keilmuan ini memang sudah lama menjadi permintaan ramai dan ditunggu-tunggu oleh para pengunjung blog MGT semenjak abang memaharkan GELIGA SANG RAMBUT BESI tetapi seperti yang abang katakan, abang takkan keluarkan selagi abang tak dapat petunjuk yang kuat. Adakah sama antara geliga sang rambut besi dan mantra ini? Tidak sama kerana abang memperolehi geliganya melalui penarikkan dan mantra ini abang warisi dari seorang guru cuma khasiatnya saja sama yakni KHUSUS UNTUK PEPERANGAN. Abang MENJAMIN segala kelebihan dan khasiat geliga sang rambut besi dulu semuanya ada terkandung di dalam mantra keilmuan ini bahkan KEKUATANNYA 4X LIPAT dari geliga tersebut. 

Mantra Sang Rambut Besi ini berusia ratusan tahun lamanya dan tergolong di dalam ilmu perang yang "aneh" kerana jika kita telusuri sejarah nusantara, para pejuang selalunya banyak menggunakan khodam harimau dan singa di medan peperangan. Sangat jarang sekali pejuang yang memiliki dan menggunakan KHODAM SANG RAMBUT BESI sebagai "bodyguard" dan "pembantu". YA KHODAM KEPADA MANTRA INI BERWUJUD SEORANG PANGLIMA YANG BERTUBUH SASA, BERAMBUT BESI YANG BERKILAUAN SEPERTI WARNA PERAK DAN RAMBUTNYA ITU PANJANG HINGGA KE BAHU. Selain dari tangan dan kaki, rambut besinya juga menjadi SENJATA UTAMA UNTUK MENAHAN SEGALA SERANGAN DAN MELIBAS MUSUH

Ilmu ini bersanad dan bersalasilah daripada seorang pahlawan terbilang nusantara yang mahsyur dengan kehebatannya mengalahkan musuh WALAUPUN BERSEORANGAN. Dikisahkan bahawa beliau pernah dikepung oleh gerombolan pemberontak di hutan tebal dan pada ketika itu beliau berjalan berseorangan tanpa ditemani oleh sesiapa. Kumpulan pemberontak tersebut menyerangnya bertubi-tubi dengan pelbagai senjata tajam namun TIDAK ADA SATU PUN YANG BERJAYA MENCEDERAKAN TUBUH BELIAU kerana pada waktu tersebut beliau tidak henti merapalkan MANTRA SANG RAMBUT BESI ini terus menerus. Hal tersebut juga telah dibuktikan oleh murid abang sendiri iaitu ketika berlaku kemalangan sewaktu menunggang motor, hanya motornya saja yang total lost dan tubuhnya tidak terguris walaupun 1 inci. 

Khodam Sang Rambut Besi akan bertindak melindungi pengamal dan khodam juga akan "kembarkan" daya kesaktiannya dengan si pengamal sehingga membuatkan si pengamal menjadi JAGUH. Ilmu ini dikategorikan di dalam pecahan ilmu "amuk" kerana ianya merupakan intisari kepada "kesaktian amukan". Mantra keilmuan hanya kira-kira sepanjang surah al-ikhlas dan tempoh amalannya juga hanya memerlukan 3 malam sahaja dan setelah itu anda cukup membacanya 1x sehari sahaja.  

SEPANJANG TEMPOH 3 MALAM TERSEBUT, KESAN SENSASI ILMU INI AKAN MEMBUATKAN: 

1. PENGAMAL MERASAKAN ADA ALIRAN TENAGA GHAIB YANG MENGELILINGI RAMBUTNYA KERANA KESAKTIAN ILMU INI AKAN MENYATU KE DALAM TUBUH PENGAMAL MELALUI UBUN-UBUN KEPALA. 

2. KAKI DAN TANGAN PENGAMAL TERASA SEDIKIT BERAT DAN PADAT KERANA BAIT DI DALAM MANTRA INI AKAN "MENYUMPAH" ANGGOTA TUBUH PENGAMAL MENJADI SEKUAT KELULI. 

Di dalam tempoh 3 hari itu juga pengamal akan bermimpi bertemu dengan "sang rambut besi". Meskipun mantranya pendek namun ianya padat dengan bait-bait kesaktian yang tak terkalahkan. Jika anda seorang ahli perang dan hobby pengumpul khodam perang, abang sarankan anda memilikinya dan rasakan sendiri kelainannya. Aura, efek, dan kemampuannya sangat berbeza dengan khodam harimau dan singa. 

ADAPUN KELEBIHAN MANTRA SANG RAMBUT BESI: 

1. PENGAMAL MAMPU MENGALAHKAN MUSUH YANG RAMAI MESKIPUN BERSEORANGAN

2. KEWIBAWAAN DAN PENGGERUN MUSUH YANG SUPER

3. TUBUH MENJADI SANGAT KUAT DAN GAGAH SEHINGGA PENGAMAL MAMPU MENGANGKAT DAN MEMBALING BENDA BERAT 

4. DI DALAM MANTRA INI JUGA TERDAPAT BAIT KESAKTIAN YANG MEMBUATKAN PENGAMAL AWET MUDA DAN TIDAK MUDAH DISERANG PENYAKIT 

5. HALIMUNAN DARI PANDANGAN MUSUH KETIKA MEMERLUKAN

6. GERAK PERSILATAN GHOIB SANG RAMBUT BESI 

7. PANDANGAN MATA YANG BOLEH MELULUHKAN HATI SESIAPA YANG MELIHAT 

8. PEKIKAN SUARA HALILINTAR YANG MENAKUTKAN MUSUH (UNTUK TENGKING DAN JERKAH) 

9. PERISAI DIRI DARI KHIANAT DAN PERMAINAN MUSUH 

10. PENGAMAL JUGA MAMPU PASONG/PAGAR KAWASAN YANG DIKEHENDAKI SUPAYA TIDAK KELIHATAN DI MATA MUSUH (DIBACA MANTRA INI PADA 4 BATANG KAYU DAN PACAK DI 4 PENJURU KAWASAN ATAU DIBACAKAN LALU XXXX DIRAHSIAKAN)

11. PEMBERAT PUKULAN DAN TENDANGAN SERTA SANGAT BERBISA  

12. BERTUBUH BESI YAKNI KEKEBALAN TINGKAT TINGGI DARI RAMBUT HINGGA KE KAKI BAIK DARI SENJATA TAJAM MAUPUN PELURU SENJATA API 

13. PENIMBOL TUBUH IAITU DIPUKUL TAK SAKIT TERMASUK SERANGAN SENJATA TUMPUL SEPERTI KAYU. SELALUNYA ANDA DENGAR KEKEBALAN KALAH DENGAN BARANG TUMPUL KAN? KERANA DIKHUATIRI AKAN PATAH DALAM TETAPI TIDAK UNTUK MANTRA SANG RAMBUT BESI, IANYA MELIPUTI KEKEBALAN LUAR DAN DALAM 

14. KETIKA TERDESAK, PENGAMAL AKAN MEMPEROLEHI KEKUATAN BERLARI SELAJU ANGIN  

Sesi pengijazahan ilmu ini memerlukan segelas air kelapa yang akan abang jampikan secara khusus ke atas nama penuh anda sebagai "akad terima" keilmuan. Segelas air kelapa tersebut hendaklah diminum separuh dan sisanya dicampurkan di dalam satu baldi air lalu dibuat mandi. Abang mengijazahkan keilmuan ini sesuai dengan cara proses pengijazahan original yang abang terima dulu.

MAHAR SANG RAMBUT BESI:

SEBANYAK RM 211

 SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI






SALAM MA'AL HIJRAH 1445H

 


Assalamualaikum dan selamat menyambut awal Muharram kepada semua pengunjung blog MGT. Semoga tahun ini menjadi tahun keuntungan dunia dan akhirat buat kita semua. Sempena bulan Muharram yang mulia ini juga abang akan hadirkan beberapa ilmu di blog mgt: 

1. MANTRA SANG RAMBUT BESI 
2. ISMU SI BUNGKAS EMAS (KHUSUS UNTUK PESUGIHAN KEKAYAAN) 
3. MANTRA DATUK RAJA GANGGANG 
4. ISMU BABUL JAN (1001 HAJAT)
 
DAN ADA BEBERAPA ILMU LAGI YANG MASIH ABANG PERTIMBANGKAN 


PROGRAM AHLI MAHABBAH

 

Assalamualaikum dan salam bahagia, 

PROGRAM AHLI MAHABBAH ini adalah keilmuan khusus aliran pengasihan yang kedua abang ijazahkan di blog. Keilmuan yang pertama sebelum ini ialah ILMU CAHAYA TUANKU dan Alhamdulillah sudah ramai yang merasakan fadhilatnya. Abang nak cerita testimoni perihal ilmu cahaya tuanku tu agak segan huhu kesannya sangat "biasa". Baiklah setelah sekian lama abang tak keluarkan ilmu pengasihan maka hari ini abang keluarkan sebuah program kompleks dengan beberapa keilmuan untuk menjadikan anda seorang Ahli Mahabbah yang unggul. Ahli Mahabbah bermaksud AHLI PENGASIHAN yakni seseorang yang mempunyai kemampuan pengasihan yang boleh digunakan untuk diri sendiri dan menolong masyarakat yang memerlukan. Ya program ini bertujuan melahirkan lebih ramai lagi "PAWANG CINTA" yang unggul. Abang menekankan keilmuan aliran pengasihan kerana ianya juga merupakan "keperluan" bagi setiap orang dalam urusan sesama manusia. Pengasihan akan membuatkan anda lebih berkarisma, akan membuatkan anda lebih berseri-seri dan akan membuatkan anda lebih PERCAYA DIRI ketika bertemu sesiapa. Perlu anda ketahui bahawa KARISMA, KEWIBAWAAN, DISUKAI ORANG SEKELILING DAN WAJAH YANG BERSERI-SERI itu bukanlah bergantung kepada sejauh mana kecantikkan dan ketampanan seseorang tetapi ianya bergantung kepada AURA DIRI ANDA. Buktinya? Abang mempunyai ramai pesakit yang cantik dan tampan tetapi wajahnya kelihatan suram dan seringkali gagal dalam hubungan cinta sedangkan ada murid abang yang wajahnya tidaklah tampan sangat tetapi isterinya 3 orang bahkan masih menjadi jejaka kegilaan ramai. 

DI DALAM PROGRAM AHLI MAHABBAH, ABANG AKAN AJARKAN BEBERAPA KEILMUAN SEBAGAI BERIKUT: 

1. ZIKIR MAHABBAH 

Sebuah zikir yang mengandungi 2 asma pendek yang menjadi pegangan para ahli mahabbah dalam mengekalkan kekuatan mahabbah dalam diri mereka dan menjadi "penolong" di dalam urusan mereka melakukan rawatan yang berkaitan dengan masalah mahabbah. Contoh pada esok hari ada pesakit yang ingin mandi bunga atau mengisi daya pengasihan pada dirinya maka pada malam sebelumnya abang akan mewiridkan asma ini "bla bla bla" dengan jumlah xxx sebagai "backing" untuk menjayakan rawatan tersebut.

2. MANDI KASIH 

Ilmu mandi kasih ini hanya sebuah doa berbahasa melayu pendek dan doa ini merupakan warisan keturunan abang. Doa ini mempunyai rangkap bait pengasihan "KHALIDULLAH" bertujuan untuk : PENGASIHAN UMUM DAN JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PENGASIHAN KHUSUS KEPADA SESEORANG YANG ANDA SUKAI. Mandi kasih ini anda boleh gunakan untuk diri anda sendiri dan juga boleh diaplikasikan untuk sesiapa yang meminta bantuan anda agar diri mereka mempunyai daya pengasihan dan daya pemikat yang luar biasa. Doa mandi kasih hanya perlu dibacakan sebanyak 3x sahaja kepada air mandian atau air yang berisikan 7 jenis bunga. Jika anda mempunyai wajah yang suram, jika anda sering disisihkan oleh orang lain, dan jika anda sering gagal dalam hubungan cinta haa inilah ilmunya.

3. ILMU RATNA KASIHAN 

Ilmu Ratna Kasihan agak berbeza kelebihannya dengan ilmu pengasihan yang lain kerana ratna kasihan bertujuan untuk MEMBUATKAN ORANG KESIAN DAN BERSIMPATI KEPADA ANDA SEHINGGA MEREKA DENGAN RELA HATI MEMBANTU ANDA DAN MENURUTI KATA-KATA ANDA. Mereka menuruti dan membantu anda bukan kerana penunduk tetapi kerana "KESIAN". Ilmu ini berbahasa melayu dan bacaannya sepanjang surah Al-Fatihah saja. Ianya mengandungi bait "RAHSIA LENGGANG CAHAYA" dan "RAHSIA BIDADARI SYURGA". Abang sering turunkan ilmu ini kepada golongan contractor agar berjaya dalam mendapatkan project dan juga kepada golongan pekerja bawahan yang mempunyai boss yang tegas. Alhamdulillah ratna kasihan sudah banyak berjasa kepada mereka. Ratna Kasihan ini hanya perlu dibacakan 3x saja setiap hari atau sebelum anda bertemu sesiapa.

4. KASIH AL-BURUJ 

Kasih Al-Buruj merupakan ilmu rahsia abang sepanjang menjadi ahli spiritual dalam menyelesaikan hajat mahabbah khusus. Kasih Al-Buruj digunakan khusus untuk menyatukan dua hati agar mereka saling mencintai dan menyayangi serta membuatkan seseorang jatuh cinta. Ilmu ini sering abang gunakan jika ada pesakit yang menyukai seseorang dan berhajat untuk menikahinya, jika ada pesakit yang ingin mengembalikan kekasih lamanya agar kekasihnya kembali jatuh cinta padanya, jika ada pasangan suami isteri yang sering bertengkar, dan jika ada orang yang telah tawar hati kepada pasangannya kerana menyukai orang lain. Ilmu ini hanya memerlukan media garam yang perlu anda doakan dengan "Al-Buruj dan Doa Penyatuan Khusus"

KEEMPAT KEILMUAN INI ABANG MAHARKAN SEKALIGUS DEMI MELAHIRKAN AHLI MAHABBAH YANG SERBA BOLEH DAN JIKA INGIN MAHARKAN SECARA BERASINGAN, KENA WS ABANG DULU. ILMU INI ABANG IJAZAHKAN MELALUI KAEDAH WUSHUL TANPA MEMERLUKAN SEBARANG MEDIA SEPERTI MADU ATAU AIR. 

  

MAHAR PROGRAM AHLI MAHABBAH:

SEBANYAK RM 305 SAHAJA 

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI



TESTIMONI KEILMUAN TAKKAN MENGECEWAKAN

 PENANGAN MALIKUL KHOMSI!


DAYA PENGASIHAN ILMU MANDI KASIH BERTINDAK SEAWAL 1 HARI!


SIRR MAKRIFATBILLAH MEMBUKA MATA BATIN SANG PENGAMAL DAN MENGHIDUPKAN HATI DENGAN ZIKRULLAH



ISMUL ADZOM BERTUGAS SEBAGAI PENARIK KEREZEKIAN YANG AMPUH


SANG NAGA PUTEH MENUNJUKKAN KEHADIRANNYA DENGAN NYATA!!


PENGAMAL KALIMAT TARUNG PANGLIMA BERJAYA MENGHADIRKAN BALA TENTERA MALAIKAT SAYYID MAITOTIRUN