MANTRA DATUK RAJA GANGGANG

 


Assalamualaikum wbt dan salam bahagia semua, apa khabar? Hampir seminggu blog MGT sunyi tanpa keluaran ilmu baru. Maaf kerana abang agak sibuk dengan beberapa urusan dan hari ini baru abang ada masa nak layan blog. Seperti yang abang janjikan tempohari, hari ini abang akan keluarkan sebuah keilmuan yang berasal dari ISTANA BANJAR yang abang perolehi dari salah seorang guru abang. Guru abang ini merupakan keturunan kesultanan raja banjar dan beliau juga diamanahkan sebagai PEMEGANG AMANAH KEILMUAN ISTANA RAJA BANJAR. Abang sangat-sangat yakin bahawa keilmuan ini masih "dara" kerana dijamin belum pernah diajarkan oleh mana-mana perguruan sekalipun kerana pewarisnya sangat sedikit. 

Ilmunya bernama MANTRA DATUK RAJA GANGGANG dan abang belum pernah mengajarkan kepada sesiapa termasuk murid lama dan murid yang rapat. Siapakah Datuk Raja Ganggang? Beliau merupakan PEMBESAR DALAM KESULTANAN BANJAR pada satu ketika dahulu dan beliau sangat masyhur dengan keramat dan kesaktiannya sehingga digeruni dan dihormati ramai. Datuk Raja Ganggang juga adalah teras utama di dalam penaklukan meluaskan jajahan kekuasaan raja banjar di zamannya. Kesultanan Banjar sememangnya terkenal dengan kehebatan dan kesaktian iaitu bermula dari raja mereka sehingga kepada pembesar-pembesar istana, semuanya mempunyai KERAMAT masing-masing. Ilmu peninggalan mereka sangat banyak dan Alhamdulillah abang berpeluang mewarisinya ketika di perantauan dulu. Beruntunglah orang yang bakal mempelajari keilmuan ini kerana ianya tergolong di dalam ILMU RAHSIA KESULTANAN BANJAR dan ilmu ini dulu sebenarnya hanya diajarkan kepada keturunan kerabat raja banjar sahaja secara turun-temurun. Abang mendapat keizinan dan mandat penuh untuk menyebarkan keilmuan warisan ini agar tidak mati ditelan zaman. 

Mantra Datuk Raja Ganggang ini mempunyai fadhilat khusus iaitu berfungsi sebagai PESUGIHAN ILMU. Mungkin ramai orang jarang mendengar tentang ilmu PESUGIHAN ILMU. Ketahuilah sesungguhnya ilmu sugih mempunyai banyak aliran dan pecahannya. Ianya bukan saja tertakluk kepada urusan kekayaan dan kerezekian malah ada aliran ilmu sugih yang khas untuk membantu para pengamal MENJAYAKAN SELURUH KEILMUAN KEBATINAN YANG MEREKA MILIKI DAN MENGUASAINYA SECARA MAKSIMUM. Dengan wasilah keilmuan Datuk Raja Ganggang, in sha Allah kesemua ilmu yang anda miliki akan menyatu sempurna di dalam roh dan jasad anda. 

JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH SEPERTI: 

1. ANDA SUSAH UNTUK MERASAI KELEBIHAN DAN ENERGY SESEBUAH ILMU MESKIPUN SUDAH MENGAMALKANNYA SEKIAN LAMA 

2. MESKIPUN ANDA SUDAH MEMPUNYAI BANYAK ILMU MATA BATIN NAMUN DERIA KEENAM ANDA TETAP TIDAK AKTIF DAN KURANG MAKSIMUM 

3. ANDA TIDAK ADA MASA UNTUK MENGAMALKAN KESEMUA ILMU AKIBAT KEKANGAN MASA KERJA   


Jika anda mengalami masalah-masalah demikian maka Mantra Datuk Raja Ganggang inilah SENJATA TERBAIK untuk mengatasinya. Abang juga mengalami masalah yang sama ketika abang masih "pemula" di dalam dunia keilmuan. Kisah abang dengan ilmu ini bermula apabila abang kecewa kerana sering gagal menguasai ilmu-ilmu yang abang amalkan. Biarpun telah wirid berjam-jam, berhari-hari, berpuasa, menahan mata dan pelbagai usaha abang lakukan namun tetap tak memberi hasil yang memuaskan. Abang memberitahu masalah tersebut kepada guru abang dan beliau mengatakan "KAMU PERLU MEMILIKI SATU KEILMUAN YANG MAMPU MEMPERBESARKAN WADAH BATIN KAMU SERTA MAMPU MENGHIDUPKAN DAN MENGUATKAN SELURUH ILMU YANG ADA DI DALAM DADA KAMU" lalu beliau menjabat tangan abang dan mengijazahkan Mantra Datuk Raja Ganggang. Inilah ilmu yang menjadi "resepi rahsia" abang untuk menguasai ilmu dalam masa yang singkat. 

Perlu anda ketahui bahawa masalah yang abang senaraikan di atas berpunca dari WADAH BATIN ANDA YANG KECIL DAN LEMAH. Ya itulah punca utamanya yang membuatkan anda tidak boleh menguasai sesebuah ilmu dengan maksimum. Para guru dulu mengatakan "SEMUA ILMU ITU MEMPUNYAI SIFAT KEKUATAN YANG SAMA TAPI YANG MEMBEZAKAN KITA DENGAN ORANG LAIN IALAH TINGKAT WADAH BATIN MASING-MASING. ORANG DULU MENGUASAI KEILMUAN DALAM MASA YANG PENDEK KERANA MEREKA MEMPUNYAI WADAH BATIN YANG BESAR DAN KUAT SEDANGKAN KITA MEMAKAN MASA YANG LAMA UNTUK MENGUASAINYA". Wadah batin ini seperti gelas dan ilmu itu seperti air, jika gelas anda kecil dan kuantiti air dituangkan banyak maka ianya akan melimpah dan tumpah. Namun jika gelas anda besar dan kuat, tuang saja sebanyak mana air di dalamnya yang anda mahu, pasti tidak akan melimpah dan boleh ditampung. Air yang tumpah itulah kiasan kepada ilmu yang gagal anda kuasai kerana sering "tumpah" ke tempat yang lain. 

MANFAAT KHUSUS MENGAMALKAN MANTRA DATUK RAJA GANGGANG : 

1. MEMPERBESARKAN DAN MENGUATKAN WADAH BATIN DIRI ANDA AGAR DAPAT MENAMPUNG PULUHAN BAHKAN RATUSAN ILMU SEKALIPUN 

2. MENAMBAH/BOOSTER DAN MEMULIHKAN "TENAGA" SELURUH KEILMUAN YANG ANDA MILIKI MESKIPUN TELAH LAMA TIDAK MENGAMALKANNYA 

3. MEMPERCEPATKAN KEMUJARABAN KEILMUAN DAN MENYEMPURNAKAN KEILMUAN TERSEBUT AGAR SEBATI DENGAN DIRI ANDA BAIK ILMU DARI ALIRAN KHODAM, JAMPI MANTRA, HIZIB, ISMU ATAU KALIMAT.

Mantra Datuk Raja Ganggang ini sangat pendek bacaannya iaitu hanya sepanjang Basmallah sahaja dan berbahasa banjar kuno. Walaupun mantranya pendek namun di dalamnya terkandung BAIT KERAMAT yang sangat dahsyat sehingga mampu menundukkan seluruh keilmuan yang anda miliki. Mantra inilah yang menjadi rahsia utama kesaktian Datuk Raja Ganggang kerana mengamalkan mantra ini sama seperti anda mengamalkan seluruh keilmuan yang pernah anda pelajari. Anda juga boleh menggunakan mantra ini secara "tunggal" atau dipadukan dengan ilmu yang anda ingin tajamkan. 

Kaedah mengamalkannya juga berbeza dengan ilmu-ilmu yang lain yakni anda hanya perlu mengamalkannya pada setiap malam Jumaat dan malam kelahiran anda sahaja. Malam kelahiran itu macam mana? Malam kelahiran bermaksud malam hari anda dilahirkan di dunia contohnya : Anda lahir pada 8/8/1972 dan hari tersebut jatuh pada hari Sabtu maka anda kena amalkan ilmu ini pada setiap MALAM SABTU. Kenapa perlu diamalkan pada malam kelahiran? Kerana malam kelahiran mengandungi 1001 rahsia tentang asal usul kejadian diri yang mempengaruhi tingkat "kesempurnaan" batin seseorang. Oleh yang demikian, malam kelahiran adalah waktu yang paling tepat dan terbaik untuk menguasai sebarang keilmuan yang berunsurkan kebatinan dan kesaktian. Riyadhoh ilmu ini hanya memakan masa kurang dari 10 minit sahaja, sangat ringkas namun kesannya sangat dahsyat. Abang berani jamin kerana abang telah merasainya sendiri. 

MANTRA DATUK RAJA GANGGANG INI JUGA MEMPUNYAI FUNGSI SEPERTI: 

1. MENGAKTIFKAN DAN MEMBANGUNKAN TENAGA DALAM YANG DAHSYAT

2. MEMBUKA TUJUH TITIK RAHSIA PADA TUBUH YANG MENJADI TONGGAK KEJAYAAN UTAMA UNTUK MENGUASAI ILMU DENGAN SEMPURNA DAN MEMBUKA SELURUH BAKAT TERPENDAM

3. MENGHIDUPKAN SELURUH PANCA INDERA GHOIB YANG TERTUTUP TERMASUK MATA BATIN, KASYAF, DERIA RASA, DAN FIRASAT HATI 

4. MEMBUKA MATA BATIN SEHINGGA DAPAT MENYAKSIKAN ALAM GHOIB, KHODAM DIRI DAN MELIHAT KHODAM ILMU YANG ANDA AMALKAN

5. ANDA DAPAT MENAMPUNG KEILMUAN YANG BANYAK TANPA SEBARANG EFFECT NEGATIF DAN MELINDUNGI DIRI ANDA DARI PENYAKIT GILA ISIM 

6. ANDA AKAN MEMPUNYAI DAYA SCANNING YANG CUKUP TAJAM YAKNI DAPAT MERASAKAN AURA DAN GETARAN SESEBUAH BENDA ATAU KAWASAN (PEJAMKAN MATA LALU LAFAZKAN MANTRANYA SEBANYAK 3X SAMBIL MENGHALAKAN TAPAK TANGAN ANDA KEPADA SESUATU YANG INGIN ANDA RASAI) 

7. ANDA JUGA DAPAT MERASAKAN DAN MEMBACA GETARAN AURA SESEORANG YANG BERILMU MELALUI GAMBAR ATAU SECARA BERHADAPAN

8. ANDA JUGA DAPAT MERASAI SEKUAT MANA TENAGA SESEBUAH ILMU BIARPUN ANDA BELUM MENGAMALKANNYA 

9. MENGHIDUPKAN ROH KEILMUAN DAN MENINGKATKAN KEAMPUHANNYA

10. MEMBERI PETUNJUK TENTANG KEILMUAN YANG ANDA AMALKAN MELALUI BISIKAN LADUNI DAN MEMBUKA RAHSIA KEILMUAN TERSEBUT 

11. MEMPERCEPATKAN KEHADIRAN KHODAM ILMU DAN MENUNDUKKANNYA 

12. MUSUH TIDAK DAPAT MENGUNCI DAN PASONG KESAKTIAN ANDA MESKIPUN MEREKA MENGGUNAKAN ILMU KUNCIAN TAHAP TINGGI (MANTRA INI MEMPUNYAI KEKUATAN PENDINDING DIRI YANG SANGAT DAHSYAT) 

13. PENGAMAL AKAN MEMPEROLEHI DAYA KESAKTIAN DAN KANURAGAN DATUK RAJA GANGGANG

  

 Ilmu ini boleh dipelajari oleh muslim dan non muslim, bebas tanpa mengira bangsa. Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu.

 

MAHAR KEILMUAN:

SEBANYAK RM 221

 SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI



KALIMAT KHODAM HANUMAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Keilmuan yang akan abang keluarkan ini bernama "KALIMAT KHODAM HANUMAN" ianya dijaga oleh KHODAM HANUMAN KERA PUTIH yang wujudnya bersaiz RAKSASA. Tubuhnya sangat besar, gagah dan menggerunkan. Khodam Hanuman ini bukanlah hasil dari khodam energy yang dijual seperti di luar sana, khodam ini ialah khodam hanuman ASLI penjaga kalimat ini. Perlu anda ketahui bahawa khodam ini terbahagi kepada tiga kelompok iaitu:

1. Khodam yang menjaga sesebuah ayat

2. Jin yang berasal asli dari alam jin lalu ditangkap dan dibuat sebagai khodam

3. Khodam hasil dari ciptaan tenaga dalam ataupun energy seseorang. Ramai penjual khodam di FB abang tengok memakai kaedah ini lalu claim ianya asli dari alam jin la umur ribuan tahun la huhu abang mampu senyum dan geleng kepala je. Dorang boleh tipu orang lain tapi tak boleh tipu abang kerana abang boleh bezakan mana wujud asli dan mana wujud ciptaan manusia. Kita tak mau kacau periuk nasi orang je

Yang mana kuat? Bagi abang yang kuat ialah no 1 dan no 2 kerana kekuatannya sudah diakui dan terbukti semenjak sekian lama. Khodam Hanuman yang abang keluarkan kali ini pula ialah khodam point no 1. Khodam Hanuman Kera Putih memang sangat digemari dan diburu oleh para peminat mistik dan pengamal kebatinan kerana kehebatan dan kemampuannya. Khodam Hanuman ini juga sudah wujud di nusantara semenjak ratusan tahun lamanya dan telah digunakan oleh para nenek moyang nusantara untuk pelbagai hajat mereka. Oleh itu, kepada pengumpul dan peminat aliran khodam maka abang cadangkan JANGAN LEPASKAN PELUANG EMAS INI

Kalimat Hanuman? Kalimat ilmunya sangat pendek, singkat dan padat namun impaknya SANGAT DAHSYAT. Di dalam Kalimat Hanuman ini juga terdapatnya NAFAS HANUMAN yang anda kena lakukan untuk menyatukan tenaga anda dengan kekuatan Hanuman ini. Kaedah amalannya juga sangat ringkas tidak merumitkan dan tidak membebankan si pengamal serta tidak memakan masa yang lama yakni hanya memerlukan tempoh 3 malam sahaja. Selepas itu ianya langsung aktif menyatu dan sudah siap untuk digunakan pada bila-bila masa. Abang juga akan mengajarkan anda bagaimana cara untuk memerintah khodam hanuman ini dan ianya juga ada KAEDAH KHUSUS untuk MENGHANCURKAN ORANG YANG MENZALIMI ANDA. 

Antara tanda Khodam Hanuman ini mendatangi anda saat anda mengamalkan ilmu ini:

1. ANDA AKAN MENDENGAR BUNYI TAPAK KAKI BERJALAN DI ATAS ATAP RUMAH ANDA DAN BUNYINYA SEPERTI TAPAK KAKI RAKSASA YANG BERJALAN. JANGAN TAKUT ITU BUKANLAH GANGGUAN MELAINKAN KHODAM HANUMAN INI SEDANG MEMBINA BENTENG GHAIB DI RUMAH ANDA

2. ANDA AKAN BERMIMPI DIDATANGI KERA PUTIH ATAU GORILLA PUTIH BERSAIZ RAKSASA

3. ANDA AKAN BERMIMPI DIDATANGI KUMPULAN HANUMAN KERA PUTIH YANG RAMAI

4. ANDA JUGA AKAN MERASAKAN SESUATU YANG MELINGKAR TUBUH DARI KEPALA HINGGA KE KAKI SAAT MELAKUKAN NAFAS HANUMAN. ITULAH TENAGA HANUMAN YANG MENYATU DAN MENAMBAH KEKUATAN TENAGA ZAHIR DAN BATIN ANDA

Itulah antara tanda-tanda yang akan anda alami selama mengamalkan ilmu ini. Khodam Hanuman ini bukan saja berfungsi untuk diri anda bahkan menjaga keselamatan seisi keluarga anda yang berada di rumah. Pernah satu ketika rumah murid abang dipecah masuk oleh pencuri tetapi TIADA SATU BENDA PUN YANG DICURI asbab dari penjagaan khodam hanuman ini Alhamdulillah. Jika ada kawan atau sahabat anda yang mempunyai mata batin yang tajam, silakan jemput mereka ke rumah anda dan suruh dia scan PASTI BELIAU AKAN MELIHAT KHODAM HANUMAN RAKSASA YANG BERKELIARAN DI RUMAH ANDA. Selain itu, jangan terkejut setelah anda mengamalkan ilmu ini anda akan sering mendengar bisikan halus di telinga jika ada sesuatu yang buruk bakal berlaku dan firasat hati anda semakin tajam. 

KALIMAT KHODAM HANUMAN INI JUGA BERFUNGSI:

1. PENJAGA KESELAMATAN PENGAMAL MELIPUTI NYATA DAN BATIN

2. MENGALAHKAN MUSUH DENGAN MEMBAHAM PUKULAN YANG SANGAT MEMATIKAN

3. MENAIKKAN KEBERANIAN SANG PENGAMAL KETIKA BERHADAPAN DENGAN MUSUH

4. BUKAN SAJA MENINGKATKAN TENAGA DALAM BAHKAN JUGA MENAMBAH KEGAGAHAN TUBUH PENGAMAL 

5. PANCARKAN AURA KEWIBAWAAN DI KHALAYAK RAMAI

6. MENGHANCURKAN SANTAU DAN MENGEMBALIKANNYA KEPADA PENGIRIM

7. MENGHANCURKAN SIHIR DAN GUNA-GUNA

8. MEMAGARI SESEORANG (JANGAN RISAU KERANA KHODAM HANUMAN INI MEMPUNYAI BANYAK ANAK BUAH YANG BOLEH DIPERINTAHKAN UNTUK MENJAGA)

9. MEMAGARI SESEBUAH TEMPAT DAN NEUTRALKAN TEMPAT YANG BERPENUNGGU (KHODAM INI SANGAT MENYUKAI PERTEMPURAN GHAIB)

10. KEKUATAN MENENGKING DAN MENYERGAH MUSUH HINGGA KETAKUTAN

11. KHODAM HANUMAN INI BERSIFAT MULTIHAJAT DAN SERBA BOLEH. ANDA BOLEH MENGGUKAN MENGIKUT KEINGINAN YANG ANDA MAHUKAN. ILMU INI BOLEH DIAMALKAN OLEH LELAKI ATAUPUN PEREMPUAN DAN TIADA RISIKO 1000%


KALIMAT HANUMAN INI AKAN ABANG IJAZAHKAN MELALUI MADU YANG AKAN ABANG ZIKIRKAN DAN DOAKAN KHUSUS ATAS NAMA ANDA SEBAGAI BENTUK PROSES PENGISIAN ILMU DAN MEMPERCEPATKAN LAGI PROSES MENARIK KEHADIRAN KHODAM HANUMAN KERA PUTIH. BERIKAN ABANG TEMPOH 3 HARI DAN ABANG AKAN POS MADU TERSEBUT YA.


MAHAR KALIMAT KHODAM HANUMAN:

SEBANYAK RM 253

KOS POS: RM 10

 SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI


MALIKUL KHOMSI PENGUASA MALAIKAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada hari ini abang bukakan satu KEILMUAN KUNO yang SANGAT LANGKA DAN MUJARAB. Banyak kisah mistik abang dengan keilmuan ini. Keilmuan ini bernama MALIKUL KHOMSI yang bermaksud RAJA BERLIMA dan ilmu ini berbahasa suryani. Bahasa Suryani ialah bahasa yang digunakan oleh para malaikat untuk mereka berkomunikasi maka sebab itulah hampir keseluruhan ilmu yang berbahasa suryani itu dijaga oleh para malak. Di dalam ILMU MALIKUL KHOMSI ini terdapat 5 ASMA YANG SANGAT AGUNG dan SANGAT DAHSYAT KEKUATANNYA. 5 ASMA tersebut dijaga oleh 5 KHODAM BERBANGSA MALAIKAT YANG SANGAT GAGAH, sangat setia dan tunduk pada pengamal. Asma dan Isim itu perkara yang sama je yakni NAMA-NAMA YANG MULIA. Ilmu ini abang pelajari dari seorang guru abang yang sangat handal dalam ilmu hikmah yang sangat kuno dan bersanad jelas. Kenapa abang kata ilmu kuno? Ya ianya sangat kuno kerana MALIKUL KHOMSI ini sudah wujud pada zaman Nabi Sulaiman AS lagi dan sudah diamalkan oleh ribuan Ulamak Ahli Hikmah di Timur Tengah. Ilmu Kuno seperti ini memerlukan sanad yang jelas dan sahih kerana jika mengamalkan tanpa sanad dan keizinan guru maka percuma sahaja amalan anda. MALIKUL KHOMSI ini mempunyai kelebihan yang sangat banyak jika nak disenaraikan semua dan antara kelebihan yang utama ialah MENARIK KEKAYAAN DAN KEKUASAAN SERTA DAPAT MENGENDALIKAN UNSUR ALAM SEPERTI MENDATANGKAN PETIR, ANGIN DAN SEBAGAINYA apabila anda sudah capai pada satu maqom ilmu In Sha Allah. Abang pernah hadirkan kilat pada waktu tengahari disaksikan oleh 3 orang anak buah abang menggunakan ilmu ini. Dalam hal kerezekian pula, pada ketika itu abang memang langsung takde duit dan segala usaha perniagaan abang jatuh merundum sehingga abang hanya mempunyai RM 100 sahaja dalam tangan. Apa abang buat untuk atasi semua tu? Abang sedekahkan RM 50 pada fakir miskin yang abang jumpa di tepi jalan dan bakinya lagi RM 50 abang membeli keperluan untuk abang melakukan RITUAL MALIKUL KHOMSI ini. 3 hari abang lakukan ritual dengan hanya memperbanyakkan istighfar dan mewiridkan Malikul Khomsi. Pada hari kedua ritual, datangnya rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka abang perolehi sejumlah RM 3000 dalam masa satu hari. Malikul Khomsi ini mempunyai 2 kaedah amalan yang akan abang ajarkan iaitu diamalkan selama 7 malam dengan bacaan hanya xx kali sahaja sebagai proses untuk sebatikan ilmu ini dengan diri anda. 

Kaedah kedua pula ialah dengan melakukan amalan ini selama 3 Hari dengan jumlah wirid dan tatacara yang akan abang ajarkan. Kaedah kedua ini ialah khusus untuk anda MENARIK KEKAYAAN dan mendapatkan SEBUAH KANTONG EMAS MURNI DARI ALAM GHAIB. Pada malam ketiga anda akan bermimpi didatangi oleh 5 Malaikat penjaga ilmu ini yang sangat indah rupanya dan anda nyatakan apa hajat anda lalu mereka akan memberi sebuah kantong yang lusuh dan di dalamnya berisi kepingan dinar emas murni. Ketika anda bangun dari tidur anda akan dapati kantong usang tersebut berada di sebelah anda dan jika tidak ada, kantong emas tersebut akan bertukar menjadi jalan wasilah-wasilah datangnya rezeki dalam jumlah yang besar dan luar biasa kepada anda secara ghaibiyyah seperti mungkin perniagaan anda akan laris serta merta, mungkin anda akan dinaikkan pangkat serta merta, mungkin anda ditawarkan project serta merta, mungkin anda akan mendapat klien vvip dalam waktu yang singkat dan pelbagai lagi jalan luar logik melalui ilmu ini.

Sebuah ilmu yang bersifat ''Multiguna'' dan antara pesanan yang ditulis oleh salah seorang ahli hikmah yang mengamalkan ilmu ini di dalam kitabnya ialah:

1. ''Jagalah ASMA AGUNG ini dan janganlah engkau ajarkan kepada orang yang zalim kerana mereka akan menyalahgunakan. Sesungguhnya di dalam ASMA AGUNG ini terdapat 5 MALAK RUHANIYYAH (MALAIKAT) yang sangat gagah dan dapat menundukkan berbagai bangsa jin dari pelbagai golongan. Sungguh aku telah mengumpul asma ini dari guru-guru yang mulia maka janganlah engkau kotorinya.''


2. ''Bacalah 72 kali dalam waktu yang baik maka dengan izin Allah segala apa yang engkau hajati akan termakbul, memperoleh derajat kemuliaan yang tinggi, mendatangkan kekayaan yang berlimpah ruah dan menjadikan engkau seorang bangsawan yang sangat disegani serta banyak lagi faedah daripada ilmu rahsia ini.''


MALIKUL KHOMSI ini terdiri hanya 5 patah perkataan sahaja dalam masa 10 minit pun anda dah boleh hafal. Kepada anda yang bakal mempelajari MALIKUL KHOMSI ini akan abang bekalkan juga:

1. KALIMAT PENUNDUK MALAK untuk memerintah khodam ilmu ini yang perlu dibaca sebelum membaca ASMA MALIKUL KHOMSI.

2. Abang akan bekalkan juga dengan TAWASSUL TUJUH HARI yakni tawassul kepada malaikat khusus yang menjaga hari. Tawassul Tujuh Hari ini sangat penting kerana di dalam pengamalan ilmu kuno suryani anda perlu menghadiahkan al-fatihah kepada malaikat yang menjaga hari bagi mempercepatkan ''Proses Kemujaraban'' ilmu yang anda amalkan pada hari tersebut.


Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. 


ANTARA KAROMAH MALIKUL KHOMSI INI:


PENGAMALNYA AKAN BEROLEH PELBAGAI KELEBIHAN KHOWARIQUL LIL ADAT

(KHOWARIQUL LIL ADAT BERMAKSUD ANDA AKAN RASAKAN PERKARA-PERKARA YANG LUAR DARI LOGIK AKAL SEPERTI KESAKTIAN ASBAB DARI ILMU INI)


MENDATANGKAN DAN MENGAWAL UNSUR ALAM SEPERTI ANGIN, OMBAK DAN KILAT


DIIRINGI OLEH RIBUAN KHODAM MALAK DAN MENDAPAT BANTUAN GHAIB. HAL INI KERANA ANDA TELAH MENGUASAI RAJA BERLIMA YANG MENJAGA ILMU INI MAKA SECARA TIDAK LANGSUNG TENTERA-TENTERA YANG BERKHIDMAT KEPADA RAJA BERLIMA TERSEBUT JUGA AKAN MENURUTI SEGALA PERINTAH ANDA DAN MEMBERI BANTUAN 


MEMBANGKITKAN PERNIAGAAN YANG SUDAH BANKRUP


PELARISAN DAGANGAN TINGKAT TINGGI DAN ANDA JUGA MAMPU MELARISKAN KEDAI ORANG LAIN 


MEMANCARKAN PESONA AURA GHAIB DAN KEWIBAWAAN TINGKAT TINGGI


DAPAT MENUNDUKKAN PARA RAJA JIN DAN BANGSANYA SERTA SANGAT DISEGANI


MENGHANCURKAN MUSUH YANG ZALIM


DIKURNIAKAN KESELAMATAN MUTLAK DAN TERJAGA DARI SERANGAN MUSUH-MUSUH BAIK ZAHIR MAHUPUN GHOIB


MENARIK WANG DAN RIZQI SECARA GHAIB SERTA MENJADIKAN PENGAMALNYA SERBA CUKUP 


MEMBANTU MELUNASI HUTANG PIUTANG YANG ANDA TANGGUNG 


JUGA DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN PENGARUH DAN KEKUASAAN DALAM SESEBUAH KUMPULAN MAUPUN JABATAN DALAM MASA YANG CEPAT


PENGASIHAN DIRI TINGKAT TINGGI DAN MAMPU MEMBUAT MENDIAN PENGASIH KEPADA PESAKIT YANG BERHAJAT


MEMILIKI DAYA KEKUATAN DALAMAN PARA RAJA


MEMPEROLEHI ILMU HIKMAH DAN KEMAMPUAN GHAIB DALAM KEHIDUPAN


JUGA DIKURNIAKAN ILHAM DAN ILMU LADUNI SUPAYA BIJAKSANA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN 


MEMPUNYAI DAYA PENYEMBUHAN YANG DAPAT DIGUNAKAN DALAM RAWATAN SAKIT FIZIKAL MAUPUN SAKIT BATIN 


SERTA BANYAK LAGI YANG AKAN ANDA RASAKAN DAN DAPAT ANDA GUNAKAN. SENARAI FADHILAT DI ATAS IALAH APA YANG DIBERITAHU OLEH GURU ABANG DAN APA YANG ABANG RASAKAN SENDIRI. ABANG BOLEH KATAKAN ILMU INI SANGAT BERMANFAAT DAN SANGAT SESUAI UNTUK YANG MALAS NAK AMAL BANYAK-BANYAK ILMU KERANA SEGALA URUSAN DUNIA SUDAH TERKANDUNG DI DALAM MALIKUL KHOMSI INI. DENGAN ILMU DAN KALIMAT PENUNDUK TERSEBUT ANDA BOLEH PELBAGAIKAN PENGGUNAANNYA DI JALAN YANG BENAR KERANA MALAIKAT YANG MENJAGA ILMU INI AMAT-AMAT PATUH DAN SETIA PADA PENGAMAL. 


ABANG BERLEPAS DIRI JIKA ANDA MENGGUNAKAN ILMU INI KE ARAH KEJAHATAN KERANA ABANG SUDAH BERPESAN DAN AMANATKAN PADA ANDA AGAR JANGAN SESEKALI MENYALAHGUNAKAN ILMU INI. 



MAHAR PENGENALAN BAGI MALIKUL KHOMSI INI:

RM 333 SAHAJA 

ABANG SARANKAN ANDA MELAKSANAKAN SOLAT ISTIKHARAH DAHULU JIKA ANDA RAGU-RAGU MEMPELAJARI ILMU INI. IN SHA ALLAH ANDA AKAN PEROLEHI PETUNJUK TENTANG KEILMUAN INI.  


 


BINASA ISRAEL





BINASALAH ISRAEL DAN SEKUTU-SEKUTUNYA. SEMOGA MEREKA KALAH DALAM KEHINAAN, KEMENANGAN BUAT UMAT ISLAM. 

AMIN YA MUJIB YA QOHHAR

ISMUL ADZOM NABI NUH AS


 ISMUL ADZOM NABI NUH AS YANG AGONG

Assalamualaikum wbt dan salam bahagia, 

Pada hari ini abang ingin ajarkan sebuah keilmuan yang berusia ribuan tahun lamanya dan keasliannya MASIH TERJAGA RAPI yang bersanad jelas. Perlu kita ketahui bahawa bukan ilmu agama saja yang memerlukan sanad yang jelas tetapi keilmuan hikmah juga perlu SANAD YANG JELAS DAN MUTASSIL. Ilmu ini bernama ISMUL ADZOM NABI NUH AS yang tergolong di dalam kategori ilmu ISMUL ADZOM KENABIAN. Sebuah ilmu yang sangat "langka" dan unik. Abang bercita-cita untuk mempelajari ilmu ini semenjak abang berusia belasan tahun lagi kerana abang didedahkan dengan pelbagai cerita keajaiban Nabi Nuh AS sehingga hati abang terdetik "ALANGKAH BERTUAHNYA AKU JIKA DAPAT MEMILIKI SECEBIS KEILMUAN BELIAU". Bermula dari cita-cita itulah ianya menjadi azam yang kuat untuk abang keluar merantau mencari guru yang mempunyai ilmu tersebut sehingga ALLAH SWT mentakdirkan abang bertemu dengan 2 orang guru yang memilikinya. 

2 GURU TERSEBUT MENURUNKAN 2 ILMU MILIK NABI NUH IAITU:

1. ISMUL ADZOM NABI NUH ALAIHISSALAM

2. HIZIB NABI NUH ALAIHISSALAM 

Kedua-dua ilmu ini abang akan turunkan sekaligus kepada anda yang mengikuti Program Ilmu Nabi Nuh. Nabi Nuh merupakan Rasul ketiga yang dilantik oleh Allah SWT untuk meneruskan legasi dakwah Nabi Idris AS. Beliau juga menduduki martabat yang tinggi di sisi Allah SWT berbanding dengan nabi-nabi yang lain kerana beliau digelar sebagai NABI ULUL AZMI. Nabi Ulul Azmi bermaksud NABI DAN RASUL YANG DIMULIAKAN OLEH ALLAH SWT KERANA KETABAHAN DAN KESABARAN MEREKA YANG SANGAT LUAR BIASA DI DALAM MENEMPUH UJIAN DAN KESULITAN KETIKA BERDAKWAH

Sejauh manakah ketabahan Nabi Nuh AS sehingga dikurniakan martabat Ulul Azmi?  

1. NABI NUH BERDAKWAH PADA KAUMNYA SELAMA 950 TAHUN TETAPI HANYA 80 ORANG SAJA YANG MENGIKUTI AJARAN BELIAU 

2. SELAMA 950 TAHUN BERDAKWAH, BELIAU DIKEJI DAN DIHINA DENGAN BEGITU DAHSYAT OLEH KAUMNYA TETAPI BELIAU TIDAK PERNAH SESEKALI BERDOA AGAR ALLAH SWT MENURUNKAN BALA MUSIBAH KEPADA KAUMNYA 

3. YANG PALING MENYEDIHKAN, ISTERI DAN ANAK NABI NUH JUGA MENOLAK AJARANNYA NAMUN BELIAU TETAP TABAH 

Demikian antara ujian beliau hadapi ketika berdakwah dan bagi abang, ujian yang paling berat adalah apabila keluarga beliau iaitu isteri dan anaknya sendiri menolak total ajarannya. Apa perasaan anda apabila usaha baik yang anda lakukan di boikot oleh orang yang anda sayang? Namun begitu, Nabi Nuh AS tetap tidak berputus asa dan beliau meneruskan usaha dakwahnya dengan penuh semangat. Beliau menghadapi kaumnya dengan sifat kebijaksaan dan ketegasan yang Allah SWT kurniakan sehingga berlakunya perdebatan antara Nabi Nuh AS dengan para pembesar kaumnya dan golongan "cerdik pandai". Perdebatan Nabi Nuh penuh sarat dengan hujah-hujah yang benar sehingga kaumnya tidak mampu membantah kebenaran tersebut tetapi mereka masih TETAP BERDEGIL TIDAK MAHU MENGIKUTI AJARAN NABI NUH AS. Kenapa mereka tetap berdegil dan sombong tidak mahu menerima kebenaran? Kerana kaumnya angkuh dengan KEMAJUAN DAN KECANGGIHAN TEKNOLOGI di zaman tersebut. Ya ramai yang menyangka bahawa pada zaman tersebut kaum Nabi Nuh hidup seadanya tetapi hakikat sebenarnya mereka sangat maju dengan teknologi yang hebat dan ada ulamak mengatakan kemajuan modern mereka melebihan kecanggihan teknologi di zaman kita sekarang. Tak percaya? Silakan kaji sendiri dan tanya golongan agamawan. Abang mengetahuinya semenjak 14 tahun yang lalu lagi. Kemajuan tamadun mereka membuatkan mereka sombong dan degil sehingga mereka MENCABAR NABI NUH AS dan buktinya ada tersurat di dalam Al-Quran: 

SURAH HUD, AYAT 32-33 

Mereka berkata: "Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujjah-hujjah semasa mengemukakan bantahanmu kepada kami; oleh itu, datangkanlah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar". 

Nabi Nuh menjawab: "Sesungguhnya Allah jualah yang akan mendatangkan azabNya itu kepada kamu jika Ia kehendaki, dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah! 

Setelah kejadian tersebut, Allah SWT memerintahkan Nabi Nuh membina sebuah bahtera yang besar di puncak gunung bagi menghadapi banjir besar yang akan Allah SWT turunkan melalui hujan yang sangat-sangat lebat. Peristiwa banjir besar inilah yang menjadi MUKJIZAT NABI NUH AS YANG PALING NYATA dalam membuktikan kenabiannya. Setiap nabi dan rasul dikurniakan mukjizat yang berbeza-beza dan setiap mukjizat tersebut terkandung "rahsianya" di dalam Ismul Adzom yang mereka miliki. 

Allah SWT telah mengurniakan Nabi Nuh AS dengan sebuah Ismul Adzom (NAMA ALLAH YANG AGUNG) sebagai pegangan beliau di dalam berdakwah dan menjadi rahsia besar beliau memperolehi pelbagai mukjizat yang mencarik adat (PERKARA DI LUAR LOGIK AKAL). Adapun ismul adzom yang abang akan ajarkan ini diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Nuh melalui sebuah pokok berada di sisinya. Pokok tersebut menzikirkan ismu ini berulang-ulang kali sehingga didengari oleh Nabi Nuh AS kemudian beliau menghafalnya dan mengamalkannya dengan istiqomah. Setelah itu munculah 3 KHODAM MALAIKAT di hadapan Nabi Nuh AS dan memberitahu kepada beliau bahawa mereka adalah malaikat yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai penjaga Ismul Adzom tersebut. Semenjak pertemuan itu, ketiga-tiga malaikat tersebut menjadi penolong dan pendamping setia kepada Nabi Nuh AS sepanjang beliau berdakwah sehingga ke akhir hayatnya. 3 Khodam Malaikat tersebut mempunyai namanya masing-masing namun abang terpaksa merahsiakan dari umum demi menjaga kerahsiaan ilmu ini dan abang hanya akan memberitahu nama mereka kepada bakal pelajar keilmuan ini sahaja di dalam pdf. 

Ismul Adzom Nabi Nuh AS ini hanya terdiri dari 4 kalimat pendek sahaja namun ianya sarat dengan pelbagai rahsia dan keajaiban. ABANG YAKIN ANDA MAMPU MENGHAFALNYA DALAM MASA 2 MINIT. Di dalam 4 kalimat pendek tersebut, ada 2 kalimat perkataan yang sering diwiridkan oleh 2 nabi yang lain iaitu NABI ADAM AS dan NABI SYITS AS. Ilmu ini hendaklah diamalkan selama 5 malam berturut-turut dan sebelum mengamalkannya, anda hendaklah: 

1. MEMBERI SALAM KEPADA NABI NUH AS  

2. MEMBACA SEPOTONG AYAT YANG TERTERA DI PANJI BAHTERA NABI NUH AS 

(ABANG AKAN TULISKAN SEMUANYA DI DALAM PDF NANTI)

2 hal tersebut hendaklah dilakukan sebelum mengamalkan keilmuan ini sebagai TANDA HORMAT anda kepada Nabi Nuh AS kerana ingin mengamalkan keilmuan beliau. Dengan wasilah keilmuan ini juga, anda boleh menjadikan bidang perawat sebagai "side job" anda sekiranya anda mahu kerana ismu ini bukan saja bermanfaat buat pengamal bahkan mampu mengatasi pelbagai masalah kehidupan orang lain. Syarat untuk menggunakan ismul adzom ini di dalam bidang perawatan ialah anda atau pesakit perlu menyediakan segenggam PASIR PANTAI atau AIR HUJAN secukupnya. Anda boleh pilih salah satu antara 2 bahan tersebut untuk dijadikan sebagai medium rawatan anda, abang selalunya menggunakan pasir pantai dan tatacara perawatan selengkapnya abang akan terangkan di dalam pdf keilmuan.

ISMUL ADZOM NABI NUH AS INI MEMPUNYAI 1001 KEISTIMEWAAN, ANTARANYA ADALAH: 

1. PENGAMAL AKAN SENTIASA DIKAWAL OLEH PARA MALAIKAT 

2. KEAMANAN HIDUP DAN DIJAUHKAN DARI BALA MUSIBAH 

3. DIMAKBULKAN SEGALA HAJAT DAN MENYELESAIKAN MASALAH YANG RUMIT 

4. DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN HIDUP DAN MENJAUHKAN PENGAMAL DARI KESEMPITAN HIDUP

5. DIPANDANG MULIA DAN DISEGANI RAMAI

6. AURA PENGASIHAN DAN MENUNDUKKAN HATI SESEORANG (DIWIRIDKAN ISMUL ADZOM INI SAMBIL MEMBAYANGKAN MUKA TARGET) 

7. MELUNASI HUTANG BERSKALA BESAR ATAU KECIL 

8. KEMAKMURAN HIDUP DAN SENTOSA 

9. MENGHADIRKAN HUJAN DI KAWASAN YANG DILANDA KEMARAU

10. DIKURNIAKAN PELBAGAI KEAJAIBAN DAN HAL KHOWARIQUL LIL ADAT  

11. DIBUKAKAN JALAN KEJAYAAN DI DALAM SETIAP URUSAN 

12. PENJAGA KEDUDUKAN DAN MENAIKKAN PANGKAT DAN DARJAT

13. PENARIK KEREZEKIAN DARI 6 PENJURU 

14. PERLINDUNGAN HARTA BENDA DAN TEMPAT TINGGAL DENGAN DIWIRIDKAN PADA PASIR PANTAI DAN TABUR DI SEKELILING KAWASAN 

15. MELARISKAN KEDAI YANG SEPI DAN SUNYI (DIWIRIDKAN PADA PASIR PANTAI ATAU AIR HUJAN LALU MENABURKANNYA) 

16. DILINDUNGI DARI SERANGAN BINATANG BUAS KETIKA DI HUTAN ATAU DI GUNUNG 

17. KESELAMATAN DI LAUT DAN MEREDAKAN ANGIN BADAI DI LAUT (JIKA KAPAL ANDA DILANDA PENGAMAL, WIRIDKANLAH ISMUL ADZOM INI BERULANG KALI SAMBIL MERENUNG LAUTAN)

18. MENGUBATI PENYAKIT AKIBAT SIHIR DAN GANGGUAN

19. MENGUBATI PELBAGAI MACAM PENYAKIT ZAHIR