QUOTA ILMU MASIH ADA 1 KEKOSONGAN UNTUK SESIAPA YANG MAHU BELAJAR. SETELAH ITU, ILMU INI ABANG TUTUP DAN TAK TAHU BILA PULA AKAN DIAJARKAN.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,
Abang mulakan penulisan hari ini dengan lafaz "JAHANAM ISRAEL LAKNATULLAH!! JAHANAM NENTAYAHU TERKUTUK!!". Kezaliman demi kezaliman yang berlaku di Palestine sangat-sangat merobek jiwa kemanusiaan kita semua, rakyat palestine ditendang, disepak terajang dan ditembak tanpa sedikit belas kasihan sehingga mereka mati bergelimpangan. Memang zalim puak ni betul-betul perangai macam iblis laknatullah. Para ustaz dan alim ulamak juga memberitahu di dalam ceramah mereka bahawa tanda-tanda berlakunya perang akhir zaman kian mendekat. Bila? Wallahualam.. itu tak penting yang penting persediaan rohani kita untuk menghadapinya harus dipersiapkan sebaik mungkin. Oleh yang demikian, pada hari yang mulia ini abang akan mengeluarkan sebuah KEILMUAN TINGKAT TINGGI sebagai persiapan kita semua yang bernama KALIMAT PANCASENGKETA, sebuah ilmu yang abang perolehi dari seorang GURU MASTUR dan abang juga yakin yang ilmu ini belum lagi beredar di google atau di mana-mana perguruan lain, SANGAT LANGKA DAN MENARIK.
Kalimat Pancasengketa boleh dikatakan sebagai RAJANYA ILMU PERANG kerana fungsi ilmu ini tidak terbatas dan ada beberapa karomah khusus yang terdapat di dalamnya namun TIDAK ADA pada keilmuan-keilmuan sebelum ini yang pernah abang ijazahkan. Kalimat Pancasengketa adalah antara ilmu yang abang miliki yang berkait rapat dengan ALAM DEWA. Dewa? Sabar.. jangan keliru lagi, abang akan jelaskan dengan tuntas di sini. Ketahuilah bahawa terdapat 118,000 alam seperti alam bunian, alam jin, alam malakut dan salah satunya adalah ALAM DEWA yang diciptakan oleh ALLAH SWT untuk menyembahNya. Alam dewa merupakan alam yang sangat halus dan lebih tinggi dan jauh dari alam jin dan alam bunian. Oleh sebab itulah ilmu ini dikategorikan sebagai ilmu tingkat tinggi kerana bukan calang-calang ahli hikmah yang MAMPU MENEMBUS sehingga ke alam dewa dan MAMPU MENUNDUKKAN mereka. Sesungguhnya alam itu sangat luas dan banyak yang bersesuaian dengan sifat Allah yakni MAHA LUAS. Dewa mempunyai rupa bentuk sama seperti manusia juga cuma mereka rata-ratanya bersaiz RAKSASA dan mereka berasal dari hasil KACUKAN JIN DAN MANUSIA sehingga membuatkan mereka SANGAT SAKTI LUAR BIASA seperti mereka mampu:
1. MEMBELAH GUNUNG GANANG HANYA DENGAN TANGAN MEREKA
2. MAMPU BERGERAK KE SATU TEMPAT DALAM WAKTU YANG SINGKAT
3. MAMPU TERBANG DI ANGKASA DAN MERENTASI LAUTAN
Hal inilah yang membuatkan golongan non-muslim terlalu kagum, taksub dan takjub kepada mereka sehingga disembah-sembah kerana menyangka mereka itu tuhan walhal para dewa ni hanya mempunyai kesaktian tertentu saja. Kenapa sesetengah agama sangat mengagung-agungkan para dewa? Apa yang abang ketahui tentang sejarah para dewa ini adalah pada zaman dahulu ketika golongan manusia berada di dalam kesusahan, para dewa ini muncul dan membantu golongan manusia yakni hanya kerana sifat ihsan mereka membantu sesama makhluk. Namun begitu, ada golongan yang taksub dengan kehebatan mereka sehingga menganggap mereka ini sebagai tuhan dan golongan yang lainnya hanya menganggap mereka itu hanya makhluk biasa yang Allah SWT utuskan untuk membantu sahaja. Contoh paling simple macam ni sajalah, anda ditimpa kesusahan seperti dilanda kemiskinan lalu muncul seorang malaikat yang tampan datang menghulurkan sekarung emas kepada anda. Apa yang anda fikirkan? Adakah anda akan menganggap beliau itu tuhan atau anda memandangnya sebagai PERTOLONGAN DARI ALLAH SWT melalui perantaraan malaikat tersebut. Sama juga dengan ilmu-ilmu khodam yang abang ajarkan sebelum ini baik ilmu malaikat, ilmu kedewaan ataupun ilmu jin, pandanglah mereka sebagai PERANTARAAN untuk menjayakan hajat anda saja namun yang mengizinkan TETAP ALLAH SWT.
Apa beza alam dewa dengan alam jin? Dewa mempunyai rupa fizikal yang tetap seperti manusia dan mereka SANGAT DIGERUNI oleh GOLONGAN JIN manakala jin pula tidak mempunyai fizikal/jasad yang tetap dan boleh berubah-ubah wujudnya. Agama apakah yang dianuti di alam dewa? Ianya sama seperti di alam kita dan alam jin, ada yang beragama hindu, ada yang beragama samawi (agama mentauhidkan Allah juga cuma ianya dari ajaran Nabi Ibrahim AS), dan ada yang beragama Islam sama seperti yang kita anuti.
Kalimat Pancasengketa ini berkhodamkan LIMA DEWA YANG BERAGAMA ISLAM. Kalimatnya mengandungi KEKUATAN KESAKTIAN LIMA DEWA tersebut yang sangat-sangat dahsyat. 5 Dewa ini berjaya ditundukkan oleh seorang ahli hikmah melalui riyadhoh dan amalan yang beliau lakukan dan itu semua ada terkandung di dalam KALIMAT PANCASENGKETA. Pengalaman abang mengamalkan, mengulik dan menjazamkan ilmu ini penuh dengan keanehan dan keajaiban. Ianya bermula pada hari pertama abang menzikirkannya pada waktu malam dan WALLAHI pada waktu zikir tersebut abang "ditayangkan" rupa pengamal asal keilmuan ini yang sedang bersila di atas batu air terjun dan ditemani seutas tasbih di tangannya yang sedang berzikir. Beliau mempunyai tubuh yang agak gempal, berbaju hitam, berseluar seperti kain batik, dan memakai penutup kepala berwarna coklat tua. Abang cuba mencari gambar yang irasnya hampir sama dengan pakaian beliau dan abang temukan seperti di bawah:
Gambar di atas hampir mirip dengan yang abang temukan ketika zikir. Setelah itu, abang menceritakan pengalaman tersebut kepada guru dan beliau hanya tersenyum lalu berkata "ORANG YANG ENGKAU TEMUKAN ITU IALAH SALAH SATU PENGAMAL ZAMAN LAMPAU YANG MENGAMALKAN ILMU INI". Pengalaman spiritual abang tentang ilmu ini tidak terhenti di situ saja, abang meneruskan amalan dan istiqomah mengamalkannya berhari-hari demi mencari dan menggali rahsianya sehinggalah sampai pada malam terakhir yang sangat mengujakan. Pada malam tersebut abang memulakannya dengan berselawat memohon keberkahan Rasulullah SAW agar ilmu ini membawa kebaikan dan manfaat lalu abang memejamkan mata dan menzikirkan Kalimat Pancasengketa terus menerus tanpa henti sehinggalah abang merasakan diri abang seperti BERADA DI ALAM/DIMENSI YANG LAIN. Abang melihat lantai yang abang sedang bersila itu bertukar menjadi LANTAI YANG BERKILAUAN DAN KEEMASAN lalu abang memerhati sekeliling, memang benar abang berada di satu alam "ajaib" yang tidak pernah abang jejaki sepanjang bergiat di dalam dunia spiritual. Walaupun abang agak terkejut tetapi abang masih dapat mengawal jiwa agar tidak panik dan kekal tenang. Tempat tersebut sangat-sangat indah dan menawan seperti berada di dalam sebuah ISTANA DIRAJA. Selepas itu, secara tiba-tiba hadirlah LIMA SINGGAHSANA BESAR yang berbeza dan diduduki oleh LIMA ORANG LELAKI BERSAIZ RAKSASA mengelilingi abang seperti bulatan.
Tahukah anda apa itu singgahsana? Singgahsana menjadi lambang kebesaran takhta kerajaan seseorang raja dan merupakan tempat seseorang raja bersemayam (duduk) ketika ada urusan rasmi seperti gambar di bawah:
Kelima-lima singgahsana yang mengelilingi abang itu mempunyai warna yang berbeza-beza. Lelaki Raksasa yang menduduki singgahsana tersebut ialah LIMA DEWA yang tunduk pada KALIMAT PANCASENGKETA ini. 5 Dewa tersebut berpakaian berbeza-beza, ada yang memakai jubah, ada yang memakai Baju Zirah yakni baju besi seperti seorang panglima dan ada juga yang berpakaian lengkap persis seorang raja. Mereka mempunyai rupa paras yang tampan, berwibawa dan fizikal badan yang sangat besar dan gagah seperti GERGASI, boleh dikatakan abang hanya SEBESAR SERUAS JARI MEREKA pada ketika itu.
Percakapan kami dimulakan apabila mereka berlima mengucapkan salam "ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH YA SOHABAH" kepada abang lalu abang membalasnya dengan salam yang penuh juga dan abang bertanya kamu siapa? Mereka menjawab "KAMI DEWA BERLIMA YANG DIPERINTAHKAN UNTUK MENOLONG SESIAPA SAJA YANG MENZIKIRKAN ILMU YANG KAMU BACAKAN ITU". Abang hanya mengangguk kepala sahaja dan abang boleh katakan bahawa suara mereka pada ketika itu sangat kuat laksana BUNYI GURUH. Percakapan kami diakhiri dengan mereka menyuruh "LETAKLAH TANGAN KANAN MU DI ATAS LANTAI INI YA SOHABAH DAN BERSELAWATLAH TANPA HENTI". Tanpa banyak bicara, abang meletakkan tangan kanan pada lantai yang berkilauan tersebut lantas dewa berlima ini masing-masing meletakkan tangan kanan mereka yang besar itu di atas tangan kanan abang. Situasinya lebih kurang seperti gambar dibawah,
Ketika tangan kanan kami saling bersentuhan seperti gambar di atas, abang dapat merasakan ada satu TENAGA YANG SANGAT DAHSYAT yang disalurkan oleh Dewa Berlima. Tenaga tersebut masuk melalui tangan kanan abang dan ianya merebak serta mengalir ke seluruh tubuh dan abang nampak "warna" tenaga tersebut (hanya akan diberitahukan kepada bakal pemahar keilmuan ini sahaja). Mulut abang berselawat tanpa henti sehinggalah abang membuka mata dan mendapati abang sudah kembali ke alam kita yakni berada di atas sejadah semula.
Itulah serba sedikit pengalaman EKSKLUSIF ketika abang menjazamkan Kalimat Pancasengketa. Adakah semua bakal pengamal/pemahar ilmu ini akan mengalami hal yang sama seperti abang? Jawapannya TIDAK kerana ianya tergantung kepada "maqom" dan "kehendaknya" sang pengamal itu sendiri. Jika pengamal tidak berkehendak untuk bertemu dengan khodam tetapi hanya ingin menguasai kelebihannya saja maka pengamal tersebut tidak akan didatangi oleh khodam dewa berlima tetapi mereka tetap ada "disamping" pengamal tanpa disedari. Jika pengamal berkehendak untuk bertemu dengan khodam tersebut maka IN SHA ALLAH 100% mereka akan datang baik dalam mimpi atau secara nyata menemui pengamal.
ADAPUN KALIMAT PANCASENGKETA INI MEMPUNYAI 3 KAROMAH KHUSUS YANG TIDAK ADA PADA KEILMUAN LAIN IAITU:
1. PENGAMAL AKAN MENJADI SEORANG MANUSIA SETENGAH DEWA
Pengamal akan memperolehi pelbagai kesaktian khowariqul lil adat yang dimiliki oleh DEWA MUSLIM BERLIMA yang tak dapat dicapai oleh akal fikiran seperti kekebalan, awet muda, kegagahan luar biasa, mampu membaca perkara yang bakal terjadi,mengendali unsur alam seperti angin dan banyak lagi.
2. PENGAMAL AKAN MEMILIKI KERAMAT SALATURRAHMAN ATAU SELALUNYA DISEBUT SEBAGAI KERAMAT RAWA RONTEK DI NUSANTARA.
Keramat Salaturrahman/Rawa Rontek adalah keramat atau kesaktian yang membuatkan pengamal tidak akan mati dan terluka (KEBAL SELURUHNYA) selagi kaki pengamal masih menjejak tanah. Pada ketika ada anggota badan kita yang terputus seperti tangan atau kaki maka SECARA AJAIB ANGGOTA TUBUH YANG TERPUTUS TERSEBUT AKAN KEMBALI MENYATU DAN BERSAMBUNG SEMULA DENGAN CEPAT. Inilah ilmu rawa rontek/salaturrahman aliran HAQ DAN BENAR untuk anda amalkan kerana sebelum ini kita banyak mendengar khasiat sebegini hanya datang daripada aliran ilmu hitam sahaja yang syarat-syarat mempelajarinya sangat menjijikkan seperti pengamal perlu meminum darah guru Astaghfirullah. Walhal sebenarnya ilmu sebegini sudah wujud ribuan tahun lagi di dalam agama Islam seperti anda boleh membaca kisah NABI JIRJIS ALAIHISSALAM yang telah dibunuh sebanyak 70 KALI dengan zalim oleh seorang raja kafir namun beliau tetap hidup kembali seperti sediakala dan anda juga boleh membaca kisah RASULULLAH SAW yang MENYAMBUNGKAN kembali betis Ibnu Al-Hakam yang terputus sewaktu di Peperangan Badar dan Rasululullah Saw juga pernah MENYAMBUNG kembali mata Qatadah bin Nu'man yang terburai akibat terkena panahan orang kafir sewaktu di Peperangan Uhud.
3. PENGAMAL MEMPUNYAI UMUR DAN HAYAT YANG PANJANG DAN PENGAMAL JUGA AKAN MENGETAHUI BILA AJALNYA AKAN TIBA
Pengamal Kalimat Pancasengeketa ini akan mempunyai umur yang panjang dan sangat susah diserang penyakit bahkan kata guru abang di saat ajal pengamal kian tiba maka ALLAH SWT akan melupakan bacaan ilmu ini meskipun bacaannya SANGAT PENDEK jadi sekiranya anda sudah melupainya maka anda sudah boleh membuat persiapan menempuhi kematian seperti banyakkan berzikir, beribadah dan menulis wasiat yang berkaitan dengan hal kekeluargaan anda. Pengamal juga mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik baik berpunca dari fizikal dan berpunca dari batin seperti sihir, gangguan dan sebagainya.
Kalimat Pancasengketa ini hanya terdiri dari 1 KATA SAHAJA dan anda mampu menghafalnya dalam hitungan 2 saat. Ya benar 1 kata sahaja dan ianya bukan jampi serapah, bukan mantera dan bukan ayat yang panjang. 1 kata tersebut mempunyai bahasa yang sangat pelik, rare dan asror (bahasa rahsia) kerana abang tidak pernah menjumpai bahasa ilmu seperti ini namun bacaannya hanya membawa maksud kata puji-pujian kepada ALLAH SWT saja. Kalimat ini merupakan zikir harian abang selain dari Kalimat Wali Banjar kerana ianya sangat ringkas namun padat dengan kelebihan dan ianya juga akan mengekalkan kesihatan tubuh abang dan kekuatan dalaman. Abang juga kelaskan KALIMAT PANCASENGKETA ini sebagai ILMU ZIKIR PERANG. Mengapa? Kerana bacaanya sangat pendek iaitu hanya 1 kata saja, hendaklah anda ketahui bahawa zikir yang dibawa ketika peperangan tidak boleh melebihi dari 2 atau 3 kata kerana jika melebihi dari itu, dikhuatiri akan membuatkan anda tersalah bacaannya. Bukan setakat pada waktu perang sahaja bahkan anda boleh menzikirkannya ketika anda mempunyai sebarang hajat-hajat besar selain dari peperangan seperti ketika berniaga, ketika berurusan dengan seseorang dan sebagainya. DEWA MUSLIM BERLIMA yang menjadi khodam kepada KALIMAT PANCASENGKETA ini masing-masing mempunyai kelebihan dan karomah yang berbeza, ada yang khusus untuk pengasihan dan kewibawaan, ada yang khusus untuk perlindungan dan peperangan, ada yang khusus untuk penyembuhan, ada yang khusus untuk kerezekian, harta terpendam dan lain-lain yang bersangkutan dengan hal urusan duniawi. Ya ilmu ini memang MULTIFUNGSI DAN MULTI-TALENT (MEMPUNYAI BAKAT DAN KEMAMPUAN YANG PELBAGAI).
Kaedah amalan atau mengulik keilmuan Kalimat Pancasengketa pula terbahagi kepada 2 versi iaitu versi ringan dan versi berat. Versi ringan adalah anda hendaklah menzikirkannya sebanyak 313x selama 3 malam selepas solat isyak atau tengah malam berturut-turut tanpa putus yang memerlukan masa sekitar 10 minit sahaja. Versi berat pula adalah versi kegemaran abang iaitu anda perlu menzikirkannya sehingga mencapai jumlah KHATAMAN 70,000x dan ianya tidak wajib dizikirkan pada waktu bersila, anda boleh menzikirkannya ketika duduk, berdiri, baring, ketika bekerja atau dalam keadaaan apa sekalipun. Jumlah hari untuk anda selesaikan khatamn 70K juga tidak terikat, anda boleh menjalankannya selama 3 hari, 7 hari, 11 hari atau berapa hari sekalipun dan maksimum 40 hari sahaja untuk mencukupkan bilangan 70K tersebut. Kaedah amalan Kalimat Pancasengketa ini yang WAJIB dilakukan oleh pengamal adalah versi ringan sahaja dan kelebihannya juga tetap dapat anda kuasai namun jika anda ingin mengulik dan menggali lebih dalam lagi tentang keilmuan ini maka abang sarankan anda teruskan dengan kaedah khataman 70K ya.
KERAMAT DAN KAROMAH YANG TERKANDUNG DI DALAM KALIMAT PANCASENGKETA INI SANGAT BANYAK DAN DI ANTARANYA ADALAH:
1. KEKEBALAN DARI SEGALA SENJATA CIPTAAN MANUSIA BAIK SENJATA TAJAM, SENJATA TUMPUL DAN BOM SEKALIPUN TIDAK AKAN MEMUDARATKAN PENGAMAL
2. PENGAMAL MEMPUNYAI KEGAGAHAN BADAN YANG LUAR BIASA DAN PERKASA SEHINGGA MAMPU MENGANGKAT BENDA BERAT YANG MUSTAHIL UNTUK DIANGKAT BERSEORANGAN KETIKA DARURAT DAN PENGAMAL JUGA AKAN KELIHATAN SEPERTI RAKSASA DI MATA MUSUH KETIKA BERHADAPAN ATAU SEDANG BERPERANG
3. KESIHATAN TUBUH BADAN YANG OPTIMUM DAN JIKA ANDA SEKARANG SEDANG MENGIDAPI PENYAKIT IN SHA ALLAH IANYA AKAN DISEMBUHKAN DENGAN WASILAH KEILMUAN INI
4. KEKUATAN DAN STAMINA BADAN YANG LUAR BIASA SEPERTI 10 ORANG LELAKI PERKASA YANG TIDAK MUDAH LELAH DAN PENAT BAIK KETIKA BERLARI LAJU, BEKERJA DAN LAIN-LAIN
5. PEMBERAT PUKULAN DAN PUKULAN YANG MEMATIKAN BAHKAN ANDA MAMPU MENGISI PEMBERAT PUKULAN PADA ORANG LAIN DENGAN MEMBACA KALIMAT ILMU INI SEBANYAK 13X PADA MINYAK LALU DISAPUKAN PADA KEDUA-DUA BELAH TANGAN SESEORANG DAN BIARKAN IANYA MENGERING SENDIRI
6. KEUNGGULAN DAN KEMENANGAN DI DALAM PELBAGAI HAL YANG BERSANGUTAN DENGAN "PERSAINGAN, PEMILIHAN DAN PERTANDINGAN"
7. PENGAMAL AKAN MENJADI SEORANG YANG BERWIBAWA DAN DIHORMATI OLEH MASYARAKAT DAN JUGA SANGAT DIGERUNI OLEH RAJA JIN DAN BANGSANYA
8.PENGAMAL JUGA MEMPUNYAI DAYA PENGASIHAN YANG LUAR BIASA PADA WAJAH DAN MATANYA
9. MEMBANGKITKAN KEKUATAN TENAGA DALAMAN YANG DAHSYAT DAN AKAN MEMENTALKAN MUSUH KETIKA DISERANG TANPA DISEDARI
10. PENGAMAL JUGA MAMPU MENARIK TENAGA GHAIB DARI ALAM DEWA DAN MENARIK TENAGA UNSUR ALAM SEPERTI KILAT, HUJAN DAN SEBAGAINYA UNTUK DIGUNAKAN DI DALAM PELBAGAI HAJAT (ABANG SELALU MENGGUNAKAN ILMU INI UNTUK MENARIK TENAGA KILAT ATAU TENAGA MATAHARI SEBAGAI PEMAGARAN RUMAH ATAU KEDAI SESEORANG. TENAGA BULAN DAN BINTANG SELALUNYA UNTUK PENGASIHAN DAN KEWIBAWAAN.)
11. PENGAMAL AKAN DIBIMBING DAN MENDAPAT BISIKAN DEWA BERLIMA KETIKA INGIN MENYELESAIKAN SESUATU HAL SEPERTI BAHAN APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGUBATI PENYAKIT, MENGESAN KEBERADAAN HARTA TERPENDAM, APA YANG BAKAL TERJADI DAN SEBAGAINYA
12. MENAJAMKAN KEILMUAN YANG TELAH DIMILIKI OLEH PENGAMAL DAN MENAJAMKAN ROH KEBATINAN PENGAMAL SEPERTI DERIA RASA, MATA HATI, MATA BATIN UNTUK MELIHAT JIN, DAN KEMUDAHAN TERAWANGAN
13. MENGUBATI PELBAGAI PENYAKIT YANG MELIPUTI PENYAKIT ZAHIR DAN PENYAKIT BATIN (YA MEMANG KALIMAT INI SENTIASA ABANG WIRIDKAN KETIKA MENGATASI PENYAKIT BERAT YANG DIHIDAPI OLEH PESAKIT ABANG)
14. PENGAMAL AKAN MENJADI AHLI PELARISAN TINGKAT TINGGI YANG MAMPU MENOLONG SESEBUAH PERNIAGAAN YANG SUNYI, TAK LAKU DAN HAMPIR LINGKUP (DIBACAKAN PADA GULA PASIR DAN DICAMPURKAN DENGAN AIR LALU TABURKAN DI KEDAI ATAU OFFICE TERSEBUT)
15. MENARIK KEREZEKIAN, KEKAYAAN DAN KEBERUNTUNGAN SERTA MENJAGA KEDUDUKAN DAN DARJAT PENGAMAL (
16. SEGALA UCAPAN DAN DOA PENGAMAL AKAN DIMAKBULKAN OLEH ALLAH. CARANYA ANDA HENDAKLAH SERTAKAN BACAAN KALIMAT PANCASENGEKTA INI DI DALAM DOA HARIAN ANDA SEBELUM MEMOHON APA-APA DARI ALLAH SWT KERANA KALIMAT INI MERUPAKAN PUJI-PUJIAN KEPADA ALLAH SWT (DIBACA DENGAN BILANGAN GANJIL)
17. KEAMANAN DAN KEMAKMURAN HIDUP SERTA MENYELESAIKAN MASALAH-MASALAH SULIT (ISTIQOMAHKAN ZIKIR KALIMAT INI SEBANYAK 100X SEHARI, IN SHA ALLAH SEGALA URUSAN ANDA AKAN DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH SWT)
Abang membatasi/limitkan pemaharan keilmuan ini hanya untuk seramai 17 orang saja, siapa cepat dia dapat in sha Allah. Abang membatasi pemaharannya kerana abang hanya mengikuti "isyaroh" yang abang dapat. Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS.
MAHAR KALIMAT PANCASENGKETA:
SEBANYAK RM 351 SAHAJA
DULU ABANG MEMAHARKAN KEILMUAN INI DENGAN NILAIAN MENGORBANKAN 1 EKOR KAMBING KEPADA GURU TETAPI ABANG TAHU BUKAN SEMUA ORANG MAMPU MEMBAYAR MAHAR SEBANYAK TERSEBUT JADI ABANG MELETAKKAN MAHAR BERKURANGAN SEDIKIT DARI MAHAR ASAL. SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA MEMPELAJARI ILMU YANG EKSKLUSIF INI
SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI
Alhamdulillah ,,, butiran di wassap
ReplyDelete