KALIMAT SANG KUCING PERKASA EXREME
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Sebelum abang meneruskan keterangan tentang ilmu ini abang nak tegaskan dari awal bahawa ilmu ini TIDAK ADA KAITAN SAMA SEKALI dengan PERSATUAN KUCING MERAH ya. Ramai yang tanya abang ilmu kali ni mirip seperti ilmu Geng Kucing Merah ke? Jawapannya tidak sama sekali.. Ilmu ini abang mewarisinya dari seorang guru dan pada ketika itu hanya abang saja murid yang beliau ijazahkan. Abang sangat yakin yang ilmu ini masih "DARA DAN EKSKLUSIF" kerana setakat ini abang belum pernah dengar dari para ahli kebatinan dan para guru hikmah yang menyebut dan mengajarkannya dalam mana-mana perguruan sekalipun.
Ilmu ini bernama KALIMAT SANG KUCING PERKASA, kucing? Ya benar ilmu khodam kucing ni pertama kali anda dengar kan? Rata-rata orang hanya mengenali khodam harimau, singa, hanuman, dan yang paling hebat adalah khodam naga sedangkan masih ada lagi 1 BANGSA KHODAM yang kekuatannya lebih dahsyat dari khodam haiwan yang lain iaitu KHODAM BANGSA KUCING. Jika ada para murid dan customers masih ingat ada satu status ws yang abang tulis tentang khodam rahsia dan aneh bakal dikeluarkan di blog MGT haa ilmu inilah. Ianya sebuah ilmu khodam yang berasal dari seorang ALIM ULAMAK sekaligus merupakan seorang AHLI HIKMAH yang sangat mahsyur di zamannya. Selain itu, ilmu ini juga menjadi rahsia kejayaan para hartawan dan para pembesar pada zaman tersebut.
Kalimat Sang Kucing Perkasa sangat berbeza dengan ilmu-ilmu khodam yang lain kerana selalunya ilmu khodam berunsurkan golongan haiwan seperti khodam harimau dan sebagainya itu bersifat khusus untuk sesebuah hajat saja namun tidak untuk ilmu ini, ianya bersifat MULTIFUNGSI. Kenapa dinamakan Sang Kucing Perkasa? Kerana kalimat ilmu ini dijaga oleh RAJA JIN MUSLIM yang berwujud KUCING HITAM. Untuk pengetahuan anda lagi, khodam kucing yang berada di dalam keilmuan ini berstatus RAJA BAGI BANGSA KUCING. Beliau terkenal dengan gelaran MALIKUL QITHIL ASWAD QOWI yang bermaksud RAJA KUCING HITAM YANG GAGAH PERKASA dan beliau sangat ditakuti dan digeruni oleh GOLONGAN JIN IFRIT. Oleh yang demikian, apabila anda memiliki ilmu ini maka anda sudah mempunyai SATU PASUKAN JIN yang dikepalai oleh RAJA KUCING YANG GAGAH PERKASA yang boleh diperintah untuk mengerjakan hajat apapun. Mungkin anda merasa sedikit kelakar dengan khodam yang menjaga ilmu ini tetapi jangan sesekali memandang rendah padanya kerana KEAMPUHAN dan KESAKTIANNYA TIDAK TERKALAHKAN. Adakah rupa khodam ini sama seperti kucing biasa di alam kita? Jawapannya tidak, KHODAM RAJA KUCING HITAM ini wujudnya dan saiznya seperti HARIMAU KUMBANG yakni BESAR, GAGAH dan SANGAT BERWIBAWA.
SIFAT MALIKUL QITHIL ASWAD QOWI
(KHODAM RAJA KUCING HITAM) :
1. BELIAU SANGAT SETIA DAN SENTIASA MENDAMPINGI PENGAMAL
2. BELIAU SANGAT PROTEKTIF DAN AGRESIF KETIKA PENGAMALNYA DIANCAM BAIK ANCAMAN MANUSIA DAN ANCAMAN MAKHLUK HALUS
3. BELIAU SANGAT PATUH DAN TUNDUK KEPADA APA SAJA PERINTAH PENGAMAL BAIK PERINTAH BURUK DAN BAIK
Selain itu, ilmu ini juga boleh dikategorikan sebagai INDUK bagi segala ilmu harimau. Mengapa? Pertama sekali kerana khodam ini sangat ditakuti oleh bangsa harimau dan kedua adalah kekuatan KALIMAT SANG KUCING PERKASA ini melebihi kekuatan segala ilmu harimau di dalam ASPEK PEPERANGAN. Pelik kan harimau boleh takut pada kucing? Ya itulah hakikatnya di alam ghaib ketika guru menerangkan pada abang tentang khodam keilmuan ini.
Kalimat Sang Kucing Perkasa adalah ilmu kesayangan abang dan boleh dikatakan ianya merupakan ILMU UNGGULAN perguruan MEGAT GUNUNG TEBU. Hal ini kerana ianya telah banyak berjasa pada abang baik untuk diri abang sendiri dan juga dalam membantu menjayakan hajat "khusus" seseorang yang meminta pertolongan abang seperti:
1. MENYATUKAN PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BERMASALAH
2. MENGEMBALIKAN ORANG YANG HILANG DAN LARI DARI RUMAH
3. MEMENANGI PEMBICARAAN DI MAKHAMAH
4. URUSAN PENARIKAN HARTA GHAIB DI SESEBUAH TEMPAT
Abang menjadikan ilmu ini sebagai antara SENJATA TERAKHIR ketika menangani sebarang permasalahan dan menjayakan hajat ketika ilmu-ilmu lain yang abang gunakan tak "LUT" dan tidak berhasil. Pengalaman abang ketika pertama kali mengamalkan ilmu ini agak sedikit aneh, abang selorang lelaki yang tidak menyukai kucing dan rasa geli tetapi ketika mengamalkannya, abang mula mencintai kucing dan suka bermain-main dengan mereka. Pada hari terakhir amalan, abang secara TIBA-TIBA didatangi seekor kucing hitam yang sangat manja dan entah dari mana datangnya kerana di kawasan tersebut memang tidak pernah kelihatan kucing walaupun seekor. Kucing hitam tersebut berlegar-legar di kaki abang dan seperti meminta untuk didukung lalu abang mendukungnya. Abang memberitahu cerita tersebut pada guru abang dan beliau mengatakan "ITULAH MALIKUL QITHIL ASWAD, BELIAU MEWUJUDKAN DIRI SEBAGAI KUCING NYATA UNTUK BERTEMU DENGAN KAU".
Ilmu ini hanya terdiri dari 3 PATAH PERKATAAN sahaja dan terdapat 2 kaedah amalannya yang anda boleh pilih mengikut kehendak anda. Kaedah pertama adalah kaedah yang paling ringan dan anda boleh menguasai dan memerintah RAJA KUCING tersebut tanpa perlu bertemu dengannya yakni diamalkan selama 3 hari berturut-turut. Kaedah kedua pula khusus untuk anda yang ingin bertemu dan melihat RAJA KUCING tersebut dengan mata kasar dan memerintahnya secara berdepan. Anda bebas mahu memilih kaedah yang mana, kedua-duanya akan abang ajarkan di dalam pdf kelak.
Sepanjang tempoh amalan KALIMAT SANG KUCING PERKASA, anda disarankan untuk memberi makan kepada kucing-kucing jalanan atau kucing peliharaan anda sendiri bagi mempercepatkan proses KEMUJARABAN ilmu dan hajat anda terkabul. Pantang larang keilmuan ini pula adalah anda DILARANG KERAS MENGANIAYA KUCING. IN SHA ALLAH cukup dengan memiliki sebuah ilmu ini saja anda mampu menjadi "PAWANG" yang serbaguna khususnya di dalam bidang alam ghaib.
Selain itu, abang akan bekalkan anda juga dengan TAWASSUL TUJUH HARI yakni tawassul kepada malaikat khusus yang menjaga hari. Tawassul Tujuh Hari ini sangat penting kerana di dalam pengamalan ilmu kuno baik ilmu malaikat dan ilmu jin muslim anda perlu menghadiahkan al-fatihah kepada malaikat yang menjaga hari bagi mempercepatkan ''Proses Kemujaraban'' ilmu yang anda amalkan pada hari tersebut.
ADAPUN KELEBIHAN DAN KESAKTIAN MALIKUL QITHIL ASWAD YANG BERADA DI DALAM KALIMAT SANG KUCING PERKASA INI SANGAT BANYAK DAN IANYA TERBAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN IAITU
BAHAGIAN KEDUNIAAN:
1. KEWIBAWAAN DAN PENGASIHAN UMUM
2. PENGASIHAN KHUSUS TINGKAT TINGGI IAITU AGAR ORANG TERSEBUT JATUH CINTA KEPADA PENGAMAL
3. MENYATUKAN 2 HATI AGAR SALING MENCINTAI SATU SAMA LAIN (ANDA MAMPU MEMBANTU MASALAH PASANGAN YANG CURANG ATAU TAWAR HATI KEPADA PESAKIT ANDA DENGAN WASILAH ILMU INI)
4. MEMBENTENGI DAN MEMAGAR RUMAH, KEBUN, HARTA BENDA DAN KELUARGA ANDA
5. PELARISAN TINGKAT TINGGI DAN MENARIK KEKAYAAN YANG LUAR BIASA
6. WASILAH MENYELESAIKAN MASALAH YANG SULIT DAN RUMIT
7. MENAIKAN PANGKAT DAN KEDUDUKAN SERTA DIJAGA DARI DIJATUHKAN OLEH SESIAPA
8. MEMENANGI SEGALA HAL YANG BERKAITAN DENGAN "PERTANDINGAN DAN PERSAINGAN"
9. MEMENANGI URUSAN PEMBICARAAN MAKHAMAH
(RAJA KUCING INI AKAN MEMBUATKAN HATI SANG HAKIM TUNDUK PADA PERMINTAAN PENGAMAL)
10. WASILAH MENGABULKAN PELBAGAI HAJAT-HAJAT DUNIAWI YANG BESAR
11. MENGESAN KEBERADAAN EMAS, HARTA QORUN DAN PENGAMAL MAMPU MENZAHIRKANNYA (URUSAN PENARIKAN)
12. MENGEMBALIKAN ORANG YANG LARI ATAU HILANG TANPA JEJAK (IANYA JUGA MAMPU MENARIK HAIWAN PELIHARAAN YANG HILANG, ABANG TELAH MEMBUKTIKANNYA 3 HARI YANG LEPAS)
13. MENGUBATI GANGGUAN DAN SIHIR YANG TAHAP KRITIKAL
BAHAGIAN PERSAINGAN DAN PEPERANGAN:
1. KEKEBALAN TEMBAKAN DAN SENJATA TAJAM TINGKAT TINGGI
2. KEKUATAN TUBUH DAN PEMBERAT PUKULAN
3. HALIMUNAN DAN KELINCAHAN TUBUH
4. SEMANGAT KEBERANIAN YANG LUAR BIASA
5. PENGAMAL MAMPU MENGHADIRKAN PERTOLONGAN PASUKAN GHOIB
6. MENGHANCURKAN MUSUH ATAU ORANG YANG ZALIM DAN MEMBALAS PERBUATAN JAHATNYA
7. MENAGIH DAN MEMAKSA ORANG YANG BERHUTANG DENGAN ANDA AGAR MEMBAYAR HUTANGNYA
8. MENGANCAM DAN MENYEKSA ORANG YANG MENIPU DAN MEMBAWA LARI WANG ANDA
(ABANG PERNAH MENGGUNAKANNYA KETIKA ADA KAWAN ABANG YANG DITIPU RIBUAN RINGGIT SEHINGGA SI PENIPU TERSEBUT MENGEMBALIKANNYA)
9. MENYEKSA PENCURI DAN PEROMPAK YANG MENCURI HARTA BENDA ANDA (KHODAM AKAN MEMBUATKAN SI PENCURI TERSEBUT TERSEKSA SEHINGGA DIA MENGEMBALIKAN KEMBALI BARANG ANDA)
10. PENGGERUN MANUSIA DAN DITAKUTI SEKALIAN JIN TERMASUK GOLONGAN JIN IFRIT
11. MENGAJAR DAN MEMBERI PELAJARAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI ANDA ATAU ORANG LAIN
DAN BANYAK LAGI KESAKTIAN YANG TERKANDUNG DI DALAM KALIMAT SANG KUCING PERKASA, ANDA AKAN MERASAKANNYA SENDIRI SELAMA ANDA MENG-ISTIQOMAHKANNYA IN SHA ALLAH. ILMU INI BEBAS DIPELAJARI OLEH SESIAPA TANPA MENGIRA BANGSA. AKHIR KATA, SELAMAT MENGULIK ILMU YANG EXTREME LAGI AJAIB!
"HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM"
Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS.
MAHAR KALIMAT SANG KUCING PERKASA:
SEBANYAK RM 343 SAHAJA
SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI
No comments:
Post a Comment