KALIMAT TARUNG PANGLIMA

 


Assalamualaikum dan salam bahagia, 

Abang tengok di tiktok dan facebook sekarang tengah popular cerita tentang kebangkitan Al-Mahdi dan siapakah Imam Mahdi? Ada juga yang ws abang bertanyakan hal tersebut. Abang tak tahu pun siapa individu yang dilantik sebagai Al-Mahdi tapi abang hanya tahu bahawa beliau memang sudah wujud dan mempunyai darah keturunan Nabi Muhammad SAW. Kita sibuk dengan pelbagai konspirasi akhir zaman : Siapa imam mahdi? Dimanakah beliau sekarang? Siapakah dajjal yang sebenarnya? Bila dajjal akan muncul? Bagi abang hal ini semua tak perlu kita fikirkan kerana itu adalah URUSAN MUTLAK ALLAH SWT dan tugas yang sepatutnya kita buat ialah MELAKUKAN PERSIAPAN DIRI ZAHIR DAN BATIN MASING-MASING. Abang dulu suka bertanya bab akhir zaman kepada guru abang lalu beliau akan jawab "KAU TAK PAYAH SIBUK NAK AMBIL TAHU TENTANG KERJA ALLAH, KERJA KAU SEKARANG BERAMAL APA YANG AKU TELAH TURUNKAN"

KALIMAT TARUNG PANGLIMA merupakan ilmu yang abang perolehi dari salah seorang guru abang dan tujuan keilmuan ini khas untuk PEPERANGAN. Ianya menjadi amalan seorang PANGLIMA DIRAJA yang ditugaskan menjaga kedaulatan dan kemakmuran sebuah kesultanan islam yang terkenal dan sangat digeruni di Nusantara. Nama panglima tersebut abang akan nyatakan di dalam file pdf keilmuan supaya murid tahu susur galur asal dan sanad keilmuan ini. Sang panglima tersebut terkenal dengan kesaktian dan kehebatannya di medan perang dan sejarah juga mengatakan sang panglima ini berjaya mengalahkan dan menghalau penjajah barat. 

Salah satu rahsia kejayaan beliau ialah dengan istiqomah mewiridkan KALIMAT TARUNG PANGLIMAIlmu tarung panglima mempunyai "keunikkanya" tersendiri kerana ilmu ini agak berbeza dengan ilmu-ilmu perang yang lain kerana kebanyakkan ilmu perang sifatnya agak "panas" manakala keilmuan tarung panglima pula bersifat sejuk dan damai yang sangat sesuai untuk semua golongan lelaki maupun perempuan. Walaupun aura keilmuanya bersifat sejuk dan damai namun kekuatan fadhilatnya sangat luar biasa (ABANG BERANI JAMIN)

Kenapa abang katakan ilmu ini unggul dan sakti dari ilmu-ilmu perang yang lain? Hal ini kerana KALIMAT TARUNG PANGLIMA dijaga dan berkhodamkan seorang RAJA MALAIKAT YANG MEMPUNYAI RIBUAN BALA TENTERA. Raja malaikat tersebut bernama MALAIKAT SAYYID MAITOTIRUN ALAIHISSALAM yang sangat terkenal akan kehebatan dan kesaktiannya. Penemuan sejarah tentang Kalimat Tarung Panglima membuatkan abang TERKEJUT DAN TAKJUB seketika kerana selama abang mengembara di dalam dunia keilmuan, belum pernah abang temui seorang panglima atau ahli kebatinan nusantara yang mampu menguasai dan menundukkan Raja Malaikat Sayyid Maitotirun. Seingat abang orang yang mampu menundukkan malaikat ini kebanyakannya dari kalangan ulamak ahli hikmah di timur tengah sahaja. Anda perlu ketahui bahawa Sayyid Maitotirun ini bukan malaikat level biasa tetapi beliau ialah antara RAJA MALAIKAT yang mempunyai kedudukan yang tertinggi di dalam carta organisasi malaikat. Carta organisasi malaikat? Hanya ahli hikmah yang ORIGINAL sahaja tahu tentangnya, ahli hikmah palsu yang tahu copy paste google memang akan tercengang bila tanya bab ni hahaha. 

Tengok dan saksikanlah sendiri betapa hebatnya nenek moyang kita dahulu, mampu menggunakan khidmat raja malak yang tinggi martabatnya. Apakah anda tidak berhajat untuk mewarisinya kembali? Bangkitlah dari lena tidurmu dan majukan kembali keilmuan nusantara. Ada satu lagi perkara yang mengejutkan abang tentang SANG PANGLIMA DIRAJA ini iaitu beliau mampu menundukkan dan menguasai Raja Malaikat Sayyid Maitotirun hanya dengan menggunakan kalimat pendek (bacaan tarung panglima) sedangkan para ahli hikmah terdahulu perlu membaca bacaan-bacaan yang sangat panjang dan berpuasa berhari-hari untuk menggunakan khidmat Sayyid Maitotirun di dalam peperangan. 

CONTOHNYA:

1. HIZIB SAIFI SAYYID MAITOTIRUN

2. HIZIB MALIKUL MAITOTIRUN

2 hizib tersebut panjangnya sekitar 2 muka surat lebih dan kaedah amalannya agak berat sedangkan bacaan Kalimat Tarung Panglima pula HANYA SEPANJANG BISMILLAH SAHAJA dan tatacara amalannya hanya memerlukan 3 malam tanpa perlu berpuasa. Apabila anda telah selesai ritual 3 malam maka secara automatik malaikat sayyid maitotirun dan bala tenteranya akan mendampingi anda ke mana saja anda pergi. Pasukan Sayyid Maitotirun ini sangat ramai dan tak terkira, jumlahnya lebih dari 33000 orang malaikat. Oleh kerana inilah keilmuan KALIMAT TARUNG PANGLIMA menjadi wasilah utama sang panglima diraja di medan peperangan. Selain dalam urusan peperangan nyata, Pasukan Sayyid Maitotirun juga mampu membantu pengamalnya jika ada berlaku peperangan di alam ghaib (TERBUKTI)

ANTARA PERKARA ANEH YANG AKAN DIALAMI OLEH PENGAMAL: 

1. MENDENGAR BUNYI HENTAKKAN KAKI KUDA 

2. BERMIMPI MELIHAT PASUKAN TENTERA BERKUDA YANG SANGAT RAMAI

3. MERASAKAN RUANG TEMPAT RITUAL KEILMUAN INI SEPERTI DIPENUHI RAMAI ORANG WALAU PADA MATA ZAHIR RUANGANNYA KELIHATAN KOSONG

4. MENDENGAR SUARA HALUS MENGUCAPKAN SALAM KEPADA PENGAMAL 

Perkara di atas abang senaraikan berdasarkan pengalaman abang sendiri dan pengalaman 2 orang murid abang. Ya selama 6 tahun ilmu ini abang miliki, hanya ada 2 orang sahaja yang pernah abang ajarkan. Seorangnya bekerja sebagai anggota polis dan seorang lagi bekerja sebagai anggota bomba. Yuran mereka bayar untuk pelajari keilmuan ini seingat abang sekitar RM 400-RM 600 dan kini tiba masanya abang kembangkan lagi pewaris keilmuan agar ilmunya tetap mekar dan hidup. Dulu perguruan abang aktif bergerak secara offline dan kini abang juga aktif mengajar secara online demi mengikuti nasihat Tok Mat Gb, beliaulah yang membuka ruang dan peluang untuk abang bergerak secara online. Terima kasih tok mat, semoga Allah memberi kejayaan kepada kita di dalam perjuangan spiritual dan mistik. 

KALIMAT TARUNG PANGLIMA MENGANDUNGI KAROMAH DALAM HAL:

1. KEWIBAWAAN DAN PENUNDUK SEHINGGA DISEGANI SEKALIAN MATA YANG MEMANDANG 

2. PENGGERUN YANG MENAKUTKAN MUSUH KETIKA MENATAP WAJAH SANG PENGAMAL (HANYA AKAN BERLAKU KETIKA ADA SESEORANG YANG MEMPUNYAI NIAT JAHAT KEPADA PENGAMAL)

3. KELINCAHAN GERAK TUBUH PENGAMAL SEPANTAS KILAT 

4. BENTENG DIRI DAN PASUKAN YANG SANGAT DAHSYAT MERANGKUMI KEKEBALAN PELURU, TETAKAN DAN HIRISAN

5. PENGUNCI SENJATA API MUSUH SECARA AUTOMATIK (PARA MALAIKAT AKAN BERTINDAK MENGUNCI SENJATA MUSUH KETIKA DIHALAKAN KEPADA SANG PENGAMAL DAN PASUKAN)

6. MENGUSIR MARABAHAYA DAN BALA BENCANA DARI SANG PENGAMAL DAN PASUKAN 

7. MAMPU MENGHADIRKAN BALA TENTERA GHAIB SAYYID MAITOTIRUN KETIKA PERPERANGAN (BALA TENTERA GHAIB INI AKAN MEMBANTU PENGAMAL DENGAN MENZAHIRKAN DIRI MEREKA DI MATA MUSUH DAN MENYERANGNYA)

8. MEMBERI HALIMUNAN KEPADA PENGAMAL DAN PASUKAN KETIKA INGIN MENYUSUP MASUK MARKAS MUSUH ATAU MELARIKAN DIRI

9. PENGAMAL AKAN PEROLEHI PELBAGAI KESAKTIAN PERANG SAYYID MAITOTIRUN (KESAKTIANNYA TAK DAPAT DIJANGKA) 

10. MEMPORAK PERANDAKAN ANGKATAN MUSUH (DIBACA KALIMATNYA SEBANYAK 7X PADA PASIR LALU LEMPARKAN KEPADA MUSUH)

11. KALIMAT TARUNG PANGLIMA INI JUGA AKAN MENGHANCURKAN SEGALA SAKA ATAU JIN YANG BERSARANG DI DALAM TUBUH PENGAMAL (AUTOMATIK BERTINDAK KETIKA RIYADHOH 3 HARI) 

12. SAAT ANDA INGIN MENGHANCURKAN JIN PENUNGGU DAN MEMBERSIHKAN SESEBUAH TEMPAT MAKA LAFAZKANLAH KALIMATNYA SEBANYAK 3X LALU HENTAKKAN KAKI ANDA 3X DI TEMPAT TERSEBUT MAKA BALA TENTERA SAYYID MAITOTIRUN AKAN BERTINDAK 

13. SAAT ANDA INGIN MENGUBATI PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN SIHIR DAN JIN MAKA LAFAZKANLAH KALIMATNYA SEBANYAK 3X DAN TIUP KEPADA PESAKIT (PASUKAN SAYYID MAITOTIRUN AKAN MEMERANGI SIHIR DAN JIN TERSEBUT HINGGA KEPADA BOMOH YANG MENGHANTARNYA)  

14. ILMU INI JUGA MENGANDUNGI SIRRUL SAIFI SAYYID MAITOTIRUN TANPA MEMBACA HIZIB YANG PANJANG. SIRRUL SAIFI BERMAKSUD RAHSIANYA PEDANG SAYYID MAITOTIRUN.

KALIMAT TARUNG PANGLIMA MEMPUNYAI 1001 KEMAMPUAN DALAM URUSAN PEPERANGAN NYATA DAN GHAIB. SESI PENGIJAZAHAN KEILMUAN INI TIDAK MEMERLUKAN SEBARANG PERANTARAAN SEPERTI AIR, GARAM ATAU MADU. ANDA CUKUP MEMBERIKAN NAMA PENUH LALU ABANG AKAN WUSHULKAN DALAM DOA KHUSUS DAN SETELAH ITU ABANG AKAN SEND PDF KEILMUANNYA

MAHAR KALIMAT TARUNG PANGLIMA:

SEBANYAK RM 246 SAHAJA 


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI


ISMU SULTHONUL ARIFFIN

 


Assalamualaikum dan salam bahagia, 
Satu lagi ilmu dari jalur kewalian abang tawarkan iaitu ISMU SULTHONUL ARIFFIN yang bersanad jelas hingga kepada seorang waliyullah yang termahsyur. Waliyullah tersebut ialah SYEIKH ABU YAZID THOIFUR AL BUSTOMI atau lebih digelar WALIYULLAH THOIFUR yang berasal dari Khurasan. Abang ada beberapa ilmu yang sanadnya jelas hingga ke Syeikh Abu Yazid dan antaranya Ismu Sulthonul Ariffin dan Zikir Martabat Tujuh. Tanda-tanda kewalian beliau terserlah bermula sejak beliau berada di dalam kandungan ibunya iaitu apabila ibunya makan makanan yang diragui halal haramnya maka beliau akan memberontak sehingga ibunya memuntahkan kembali makanan tersebut. Sejarah juga mengatakan bahawa beliau merupakan ahli fiqih Mazhab Hanafi yang sangat berpegang teguh kepada syariat sehingga beliau mengeluarkan sebuah kata-kata yang abang pegang hingga sekarang.
 
" JIKA KAMU MELIHAT SESEORANG MEMPUNYAI KERAMAT YANG LUAR BIASA, JANGANLAH KAMU CEPAT TERPEDAYA OLEHNYA. PERHATIKANLAH APAKAH BELIAU MELAKSANAKAN PERINTAH TUHAN DAN MENJAUHI LARANGAN TUHAN?" 

Kata-kata inilah yang menjadi panduan abang semasa ingin berguru dengan sesiapa. Jika guru menjaga syariatnya dengan benar baru abang menuntut ilmu dengannya. Selain itu, Syeikh Abu Yazid Al-Bustomi merupakan tokoh tassawuf dan tokoh tareqat yang disegani dan termahsyur pada zamannya. Seingat abang antara tareqat yang lahir dari ajarannya ialah Tareqat Syattariyah dan Tareqat Naqsyabandiyah. Kedua-dua tareqat ini diasaskan oleh murid-muridnya. Syeikh Abu Yazid bukan saja digelar tokoh tareqat bahkan beliau diakui sebagai SULTHONUL ARIFFIN pada zamannya yang bermaksud "RAJANYA PARA AULIA dan RAJANYA AHLI MARKIFAT". Beliau merupakan ahli makrifat pertama yang membawa ajaran "AL FANA' DAN AL BAQA". Ajaran ini merupakan ilmu ketuhanan tingkat tertinggi dan melalui ajaran inilah beliau sentiasa tenggelam di dalam "KEESAAN ALLAH" sehingga beliau sentiasa asyik bersama Allah dan mencapai maqom kewalian yang tinggi. Hal inilah yang menyebabkan maqom kewaliannya diakui oleh ribuan alim ulamak. Ketahuilah bahawa maqom kewalian itu banyak tingkatannya dan antara tingkat tertinggi ialah MAQOM SULTHONUL ARIFFIN atau digelar MAQOM QUTHBUL AULIYA'. Dua nama ini ialah maqom yang sama cuma istilahnya saja berbeza. Setahu abang, 

ANTARA WALIYULLAH YANG PERNAH MENYANDANG PANGKAT KEWALIAN SULTHONUL ARIFFIN IALAH:

1. SYEIKH ABU YAZID AL-BUSTOMI 
2. SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI 
3. SYEIKH AHMAD KABIR RIFA'I 
4. SYEIKH AHMAD BADAWI  
5. TOKKU PALOH (SATU-SATUNYA ORANG MELAYU YANG MENYANDANG PANGKAT TERSEBUT) 

Hanya itu saja yang abang ketahui semasa abang menuntut ilmu dulu dan selebihnya hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui. Kepada para pengamal Sirr Nasrullah pasti sudah tidak asing dengan nama no 2 hingga no 4. Setiap Auliya' pasti ada amalan mereka tersendiri baik untuk urusan ketuhanan atau keduniaan. Guru abang mengatakan bahawa para Auliya' akan dikurniakan atau diilhamkan oleh Allah SWT sebuah ilmu khusus untuk jalan ketuhanan dan sebuah ilmu khusus untuk keduniaan bagi melengkapi diri mereka. Pada kali ini pula abang akan dedahkan sebuah keilmuan khusus yang diamalkan oleh Syeikh Abu Yazid Al-Bustomi untuk tujuan keduniaan iaitu ISMU SULTHONUL ARIFFIN. Abang rasa sangat-sangat bertuah ketika abang berpeluang mewarisi keilmuan ini kerana bukan senang para guru terdahulu nak turunkan ilmu aliran kewalian seperti ini dan kini tiba masanya abang wariskan kepada anda semua. Mengapa? Bagi abang memendam ilmu di dalam dada seorang diri menunjukkan kita seorang yang pentingkan diri sendiri sedangkan perkara yang baik dan bermanfaat itu harus dikongsi. 

DENGAN WASILAH ISMU SULTHONUL ARIFFIN INILAH YANG MEMBUATKAN SYEIKHUL ABU YAZID AL-BUSTOMI PEROLEHI PELBAGAI KAROMAH DAN DI ANTARANYA:

1. BELIAU MAMPU TERBANG DI UDARA DI HADAPAN PARA MURIDNYA    
2. BELIAU MENGETAHUI APA YANG AKAN BERLAKU DAN MENGETAHUI SIAPA YANG AKAN DATANG BERTEMU DENGANNYA
3. BELIAU MAMPU BERJALAN DI ATAS AIR 
4. BELIAU MAMPU PERGI KE MAKKAH DALAM 1 MALAM (LIPAT BUMI)
5. BELIAU PERNAH DIFITNAH MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK LALU DITANGKAP DAN DIKENAKAN HUKUMAN PANCUNG OLEH PEMERINTAH TETAPI TIADA SIAPAPUN YANG BERHASIL MEMANCUNGNYA. 

Itulah serba sedikit karomah yang dipunyai oleh Syeikhul Abu Yazid Al-Bustomi dengan wasilah ISMU SULTHONUL ARIFFIN namun itu semua bukanlah tujuan utamanya, tujuan utamanya adalah semata-mata mencari "WA RIDHOKA MATLUBI". Ismu Sulthonul Ariffin sudah menjadi pegangan para syeikhul tareqat terdahulu. Kalimat keilmuannya sangat pendek, hanya sepanjang surah Al-Ikhlas sahaja tetapi walaupun pendek namun fadhilat keilmuan ini sangat banyak. Abang telah membuktikannya kepada diri abang sendiri selama abang berkecimpung di dalam dunia spiritual dan INGAT YA ABANG TAK AKAN TURUNKAN SESEBUAH ILMU SELAGI ABANG SENDIRI TAK MERASAI NIKMAT FADHILAT KEILMUAN TERSEBUT. Ismu Sulthonul Ariffin ini terdiri dari campuran bahasa arab dan bahasa suryani dan kalimat ini apabila diwiridkan maka akan berpusu-pusulah para malaikat hadir untuk membantu si pengamal menjayakan urusan apapun selagi tidak melanggar syariat islam. Kaedah amalannya juga sangat ringkas yakni hanya perlu diamalkan selama 3 malam atau 7 malam berturut-turut sahaja selepas solat isyak.  

ADAPUN FADHILAT KHUSUS ISMU SULTHONUL ARIFFIN INI ADALAH: 

1. MENDAPAT KEBERKAHAN WALIYULLAH SYEIKH ABU YAZID AL-BUSTOMI
2. KESELAMATAN MUTLAK ZAHIR DAN BATIN KERANA PENGAMAL INI AKAN SENTIASA DIKAWAL OLEH PARA MALAIKAT 
3. PENGAMAL TIDAK AKAN TERBAKAR DAN DILUKAI OLEH API (SUDAH DIBUKTIKAN OLEH MURID SYEIKH ABU YAZID APABILA BELIAU DIHUMBAN KE DALAM API YANG MARAK NAMUN TIDAK MEMBERI KESAN PADANYA WALAU SEDIKIT)
4. MENDAPAT KAROMAH SYEIKHUL ABU YAZID SEPERTI ABANG CATATKAN DI ATAS SELAMA ANDA ISTIQOMAH MENGAMALKANNYA DENGAN IKHLAS
5. PINTU-PINTU REZEKI YANG TERTUTUP AKIBAT BAHANA SIHIR ATAU KESIALAN AKAN TERBUKA KEMBALI (URUSAN KEREZEKIAN AKAN MENJADI MUDAH) 
6. MENGHADIRKAN HUJAN DAN MEMINDAHKANNYA KE SESEBUAH TEMPAT 
7. MENGUBATI ORANG YANG KERASUKAN DENGAN 3 KALI HEMBUSAN SAHAJA
8. MENGHALAU JIN PENUNGGU SESEBUAH KAWASAN DENGAN MELAFAZKAN ISMU INI DI TEMPAT TERSEBUT BESERTA DOA
9. MENYEMBUHKAN PENYAKIT MISTIK DAN PENYAKIT FIZIKAL MELALUI AIR TAWAR YANG ANDA DOAKAN MENGGUNAKAN ISMU INI
10. MENYEDUT TENAGA BULAN UNTUK PENGASIHAN DENGAN MENGHALAKAN TAPAK TANGAN ANDA KE BULAN PURNAMA LALU WIRIDKAN ISMU INI BESERTA NIAT
11. MENYEDUT TENAGA MATAHARI UNTUK PEMAGARAN TUBUH DAN KEWIBAWAAN DIRI
12. MENGEMBALIKAN SERANGAN SIHIR BERLIPAT KALI GANDA KEPADA PENGIRIM
13. MELARISKAN SESEBUAH PERNIAGAAN YANG SURAM (PARA MALAIKAT YANG MENJAGA ISMU SULTHONUL ARIFFIN INI AKAN MENARIK PARA PEMBELI DAN PELANGGAN BARU)
14. MEMPERCEPATKAN KABULAN DOA ANDA DAN MENJAYAKAN HAJAT BESAR ANDA
15. PENUMBAL PADA YANG BERNIAT JAHAT SECARA AUTOMATIK

KETAHUILAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FADHILAT KEILMUAN ISMU SULTHONUL ARIFFIN INI SANGAT BANYAK DAN ANDA AKAN RASAKAN SENDIRI PELBAGAI KEAJAIBAN HIDUP SELAMA ANDA ISTIQOMAH MENGAMALKANNYA. GUNAKANLAH IKUT KEMAHUAN DAN KEPERLUAN ANDA KERANA FADHILAT KEILMUAN INI TIDAK TERBATAS  

Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Beruntunglah anda yang berjaya mewarisinya dan abang berani jamin bahawa anda tidak akan ketemui ilmu ini selain di PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU.  

MAHAR KEILMUAN ISMU SULTHONUL ARIFFIN:

SEBANYAK RM 239 SAHAJA 


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI