KALIMAT PRABU KIAN SANTANG

 


Assalamualaikum wbt dan salam bahagia semua, 

Apa khabar? Abang doakan semoga semuanya berada di dalam keadaan baik-baik saja ya dan terima kasih kerana sentiasa setia memantau dan mengunjungi blog abang. Ya blog MGT telah sekian lama tidak mengeluarkan keilmuan-keilmuan baru kerana ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Oleh yang demikian, maka dengan ini kami kembali aktif MENGHIDANGKAN ILMU YANG MENARIK DAN MENAKJUBKAN untuk para pencinta ilmu kebatinan dan untuk mereka yang memerlukan. Ilmu yang abang keluarkan kali ini adalah SEBUAH KALIMAT milik PRABU KIAN SANTANG

Sebelum abang bercerita panjang lebar, izinkan abang membuat DISCLAIMER terlebih dahulu tentang keilmuan KALIMAT PRABU KIAN SANTANG iaitu ilmu ini tidak sama dengan ilmu-ilmu yang beredar di internet yang dinisbatkan kepada Prabu Kian Santang. Ilmu ini masih "DARA" dan "FRESH" kerana ianya belum pernah diajarkan kepada sesiapa dan tersimpan rapi serta dirahsiakan dari khalayak umum oleh para guru tua. Abang memperolehinya dari seorang guru yang bernama... (DIRAHSIAKAN). Abang disclaimer awal-awal kerana tidak mahu anda salah faham dan menyamakan ilmu ini dengan ilmu yang dah beredar di internet dan di perguruan lain. Ada yang tanya abang, Kalimat Prabu Kian Santang yang abang akan ajarkan ini termasuk golongan asma sunge rajeh yang dah tersebar luas tu ke? JAWAPANNYA TIDAK SAMA SEKALI kerana asma sunge rajeh berbahasa arab yang selalu didepannya ada ayat "inna" manakala KALIMAT PRABU KIAN SANTANG ini pula BERBAHASA ASROR (bahasa rahsia) yang jarang didengari dan agak sulit untuk difahami kecuali "ahlinya" sahaja dan ianya mengandungi 1001 RAHSIA DAN KESAKTIAN yang dihimpunkan di dalam sebuah kalimat yang SANGAT PENDEK.     

Kalimat ini merupakan pegangan utama yang sentiasa diwiridkan oleh PRABU KIAN SANTANG, seorang anak raja yang terkenal dengan ketokohannya di bidang kesaktian dan juga banyak berjasa di dalam menyebarkan dakwah agama Islam di Tanah Jawa. Prabu Kian Santang atau di zaman abang menuntut ilmunya dulu lebih dikenali dengan nama PRABU GAGAK LUMAYUNG, tak ramai yang tahu nama tersebut kecuali orang yang benar-benar mendalami keilmuan beliau. Beliau adalah seorang anak raja Kerajaan Pajajaran yakni anak kepada Prabu Siliwangi dan abang rasa hampir semua orang mengetahui tentang sejarah ayahnya yang juga digelar sebagai RAJA HARIMAU kerana kesaktian ayahnya berasaskan "ilmu harimau". Selain itu, beliau juga merupakan bapa saudara kepada Sunan Gunung Jati kerana saudari kandungnya yang bernama Rara Santang ialah ibu kepada Sunan Gunung Jati. Aliran keilmuan Prabu Kian Santang sangat berlainan dengan keilmuan ayahnya kerana ilmu beliau pula berasaskan "ilmu para wali". Kesaktian beliau memang tak dapat ditandingi oleh sesiapa pun di zamannya sehingga beliau diangkat sebagai PANGLIMA TERMUDA dalam Kerajaan Pajajaran. 

ANTARA KESAKTIAN PRABU KIAN SANTANG YANG DICERITAKAN OLEH GURU ABANG DAHULU ADALAH: 

1. KESAKTIAN LIPAT BUMI IAITU BELIAU MAMPU MEMPERCEPATKAN/MEMENDEKKAN PERJALANAN KE SESEBUAH DESTINASI YANG BELIAU KEHENDAKI SELAJU HEMBUSAN ANGIN

2. KESAKTIAN "TAPAK KERAMAT" IAITU DIKATAKAN BELIAU DIBERI KELEBIHAN MAMPU BERJALAN DI ATAS AIR DAN IANYA DISAKSIKAN OLEH PENGIKUTNYA SENDIRI KETIKA BERADA DI PERAIRAN 

3. KESAKTIAN TAMENG TUBUH IAITU BELIAU DIKATAKAN MEMPUNYAI KEKEBALAN YANG LUAR BIASA DARI SEGALA SENJATA DAN SERANGAN BATIN

4. KESAKTIAN BRAJAMUSTI IAITU BELIAU MEMPUNYAI PUKULAN TANGAN DAN KAKI YANG SANGAT DAHSYAT BAHKAN DIKATAKAN PUKULANNYA MAMPU MEMBELAH BATU 

5. KESAKTIAN KALANJANA IAITU BELIAU MAMPU MENEMBUSI DAN MELIHAT ALAM GHAIB, BERKOMUNIKASI DENGAN MAKHLUK GHAIB, DAN MENGETAHUI SESUATU YANG BAKAL BERLAKU (MATA BATIN YANG SANGAT TAJAM) 

6. KESAKTIAN MULUT MASIN IAITU SEGALA KATA-KATA DAN DOANYA LEKAS DIMAKBULKAN OLEH ALLAH SWT. HAL INI TIDAK MUSTAHIL KERANA BELIAU TERKENAL SEBAGAI SEORANG ANAK RAJA YANG SOLEH DAN SANGAT TAAT KEPADA PERINTAH ALLAH SWT

Dan banyak lagi kesaktian-kesaktiannya yang abang pernah dengar dulu. Sudah tentu untuk menjadi seorang yang sakti pasti seperti itu perlu menempuh pelbagai riyadhoh dan amalan yang berat. Seterusnya, guru abang juga menceritakan bahawa beliau sangat menggemari ilmu-ilmu kesaktian dan ketuhanan sehingga beliau pergi menuntut ilmu dari para wali di zamannya. Warisan ilmu beliau sangat banyak yang abang dapatkan ketika di perantauan dulu seperti mantra brajamusti, mantra suket kalanjana dan banyak lagi dari pelbagai guru dan akhirnya abang menemukan sebuah ilmu yang dikatakan menjadi 

"ILMU YANG DIJUNJUNG DI ATAS KEPALA PRABU KIAN SANTANG" 

 "TAKHTA BAGI SEKALIAN ILMU PRABU KIAN SANTANG" 

Yakni ilmu tertinggi yang beliau miliki dan ianya merupakan sebuah ilmu yang merangkumi SELURUH KESAKTIANNYA. Ilmunya adalah KALIMAT PRABU KIAN SANTANG maka beruntung dan bergembiralah anda kerana anda tidak perlu mengamalkan ilmu yang banyak untuk menjadi seorang yang sakti seperti beliau, cukup anda mengamalkan satu ilmu ini saja in sha Allah seluruh kesaktian Prabu Kian Santang akan MERESAP KE DALAM DIRI ANDA

Lantas, apakah keistimewaan ilmu ini? Kalimat Prabu Kian Santang adalah sebuah KALIMAT KESAKTIAN yang mengandungi 2 rahsia sifat ALLAH SWT iaitu MAHA SAKTI dan MAHA MAUJUD yang bermaksud MAHA NYATA/WUJUD. Kalimat Prabu Kian Santang ini akan menjadi permulaan kepada anda melangkah ke jalan "KEILMUAN MAUJUD" yang mana jalan ini adalah jalan kesaktian tahap tinggi bagi para AHLI HIKMAH/KEBATINAN dan juga menjadi jalan utama para AHLI MAKRIFAH dan AHLI HAKIKAT untuk mencapai martabat MENGENAL ALLAH SWT. Sifat MAHA MAUJUD yang terkandung di dalam Kalimat Prabu Kian Santang ini dikhususkan untuk MEWUJUDKAN SEGALA KEINGINAN DAN IMPIAN PENGAMAL dan MEMAKBULKAN SEGALA KATA-KATA SERTA DOA PENGAMAL (MULUT MASIN). Sifat MAHA SAKTI yang terkandung di dalam kalimat ini pula akan menjadikan pengamal dikurniakan PELBAGAI MACAM KESAKTIAN YANG LUAR BIASA yang tak terkira seperti lipat bumi, menundukkan jin, mengubati penyakit berat, menarik harta terpendam dan sebagainya. Selama abang menuntut ilmu, inilah antara salah satu ilmu RARE yang berisikan karomah sifat ALLAH MAHA SAKTIKalimat ini tidak memiliki sebarang unsur khodam kerana kesaktian dan karomahnya mutlak datang dari 2 sifat Allah SWT yang abang sebutkan itu. 

Pengalaman abang mengamalkan kalimat ini sangat banyak dan salah satu pengalaman yang HYPER RARE dan tak dapat abang lupakan adalah sewaktu abang mengulik/menzikirkan kalimat ini, abang meletakkan sebotol air kosong yang tertutup di depan abang. Abang menyediakannya bukan untuk buat air jampi pun tetapi hanya untuk abang minum ketika tekak abang kering semasa berzikir. Setelah selesai abang mengulik Kalimat Prabu Kian Santang, abang membuka botol air tersebut untuk dituangkan ke dalam gelas lalu secara tiba-tiba AIR DI DALAM BOTOL TERSEBUT MENGELUARKAN ASAP DAN WAP TANPA SEBAB. Kejadian tersebut berlaku secara sangat spontan dan WALLAHI ianya juga disaksikan oleh 2 orang anak murid abang. Oleh yang demikian, abang menyimpulkan bahawa Kalimat Prabu Kian Santang ini sememangnya mempunyai kekuatan yang SANGAT DAHSYAT sehingga sesuatu yang berada di sekeliling pengamal juga mendapat tempias "auranya"

Bacaan Kalimat Prabu Kian Santang ini SANGAT PENDEK yakni hanya terdiri dari 4 PATAH PERKATAAN SAHAJA dan ianya sangat mudah untuk dihafal. Kaedah riyadhoh/amalan keilmuan ini terbahagi kepada 2 iaitu: 

1. KALIMATNYA DIBACA SEBANYAK 313x SELAMA 3 MALAM BERTURUT-TURUT 

2. KAEDAH KEDUA INI KHAS UNTUK PENGAMAL YANG SUKA MENGULIK ILMU, KALIMATNYA DIBACA SEBANYAK 1000x SELAMA 6 MALAM BERTURUT-TURUT LALU PADA HARI KE 7 DIBACAKAN SEBANYAK (DIRAHSIAKAN)  

Anda boleh memilih kaedah mana yang anda sukai di antara 2 kaedah di atas. Jangan terkejut selama anda menjalankan riyadhoh keilmuan ini anda akan mengalami hal-hal yang pelik seperti yang abang sendiri alami. Setelah tamat riyadhoh maka anda sudah boleh menggunakan kalimat ini untuk PELBAGAI HAJAT DAN TUJUAN yakni cukup anda bayangkan apa yang anda inginkan lalu zikirkan kalimat ini dalam bilangan ganjil in sha Allah PASTI DIKABULKAN oleh Allah SWT dalam waktu yang CEPAT. Contohnya, anda mempunyai keinginan untuk menjadi orang yang berjaya di dalam bidang perniagaan, keinginan untuk menjadi orang yang sakti, keinginan untuk membuka hijab mata batin anda dan sebagainya maka bayangkanlah hal tersebut beserta membaca kalimat kesaktian ini berulang-ulang. 

KALIMAT PRABU KIAN SANTANG INI MEMPUNYAI SEGUDANG KESAKTIAN YANG DAHSYAT DAN ANTARANYA ADALAH: 

1. PENGAMAL AKAN MEMPUNYAI BENTENG GHAIB YANG SANGAT KUKUH 

2. PENGAMAL AKAN MEMPUNYAI SEMANGAT YANG TEGUH, KEWIBAWAAN DAN KEAGUNGAN LAYAKNYA SEPERTI PARA RAJA

3. MEMBUKA PINTU KEREZEKIAN DAN KEBERUNTUNGAN SERTA MENJAYAKAN SEGALA USAHA

4. MENGUATKAN DAN MENINGKATKAN KEMUJARABAN SEKALIAN ILMU DAN KHODAM YANG PENGAMAL MILIKI WALAUPUN TELAH LAMA TIDAK MENGAMALKANNYA (KALIMAT PRABU KIAN SANTANG INI AKAN MENJADI "WAKIL" KEPADA SELURUH ILMU ANDA)

5. ALLAH SWT AKAN MENGABULKAN SEGALA CITA-CITA, DOA DAN HARAPAN PENGAMAL DENGAN MEMBACA KALIMAT INI DI DALAM DOA HARIAN ANDA

6. UCAPAN PENGAMAL MENGANDUNGI KESAKTIAN YANG SANGAT DAHSYAT SEHINGGA SEGALA UCAPAN DAN KATA-KATA PENGAMAL AKAN MENJADI KENYATAAN DALAM TEMPOH YANG CEPAT DAN SINGKAT  

7. PENGAMAL MAMPU MEMBERI PELAJARAN KEPADA ORANG ZALIM KERANA UCAPAN PENGAMAL JUGA MENGANDUNGI DAYA SUMPAH SERAPAH YANG SANGAT MEMBAHAYAKAN. CONTOHNYA ANDA MEMBAYANGKAN ORANG ZALIM TERSEBUT JATUH MISKIN ATAU LUMPUH SAMBIL MEMBACA KALIMAT INI MAKA DENGAN IZIN ALLAH SWT IANYA AKAN BENAR-BENAR TERJADI PADANYA 

8. PENGAMAL JUGA MAMPU MEMBANTU ORANG YANG MEMERLUKAN DAN YANG DILANDA MASALAH KERANA KESAKTIAN UCAPAN PENGAMAL BUKAN SAJA BERFUNGSI KEPADA DIRINYA SAJA BAHKAN JUGA BERFUNGSI DAN BERKESAN KEPADA ORANG LAIN. CONTOHNYA, ANDA MEMBAYANGKAN KEDAI KAWAN ANDA KEMBALI LARIS, ANDA MEMBAYANGKAN KAWAN ANDA SUKSES DALAM SESEBUAH USAHA SAMBIL MEMBACA KALIMAT INI MAKA DENGAN IZIN ALLAH SWT IANYA AKAN BENAR-BENAR TERJADI KEPADA MEREKA

9. PENGAMAL AKAN MENJADI SEORANG PERAWAT YANG MAMPU MENYEMBUHKAN APA JUA PENYAKIT DENGAN IZIN ALLAH SWT 

10. PENGAMAL MAMPU MEMAGAR SESEBUAH KAWASAN, MAKHLUK SERTA HARTA BENDA YANG DIKEHENDAKI HANYA DENGAN MEMBAYANGKANNYA BESERTA MEMBACA KALIMAT KESAKTIAN INI

11. PENGAMAL MAMPU MENDATANGKAN KEKEBALAN DAN KEGAGAHAN KETIKA DIPERLUKAN 

12. PENGAMAL MAMPU MEMBUAT PUKULAN TANGANNYA MENJADI SEKUAT BESI DAN SEBERAT BATU (KESAKTIAN PUKULAN BRAJAMUSTI)

13. PENGAMAL MAMPU MENGHADIRKAN PELBAGAI JENIS DAYA KESAKTIAN YANG DIINGINKAN SEPERTI DAYA KESAKTIAN MEMBERHENTIKAN HUJAN, DAYA KESAKTIAN MENGHADIRKAN ANGIN, DAYA KESAKTIAN MEMBERHENTIKAN RIBUT YANG MELANDA, DAYA KESAKTIAN MENUNDUKKAN JIN DAN SEBAGAINYA

14. KALIMAT PRABU KIAN SANTANG INI JUGA AKAN MEMBUKA DAN MENAJAMKAN MATA BATIN DAN FIRASAT HATI PENGAMAL SEHINGGA MAMPU MELIHAT DAN BERKOMUNIKASI DENGAN MAKHLUK HALUS SERTA MENGETAHUI APA YANG BAKAL TERJADI

15. APABILA SAMPAI PADA SATU MAQOM, PENGAMAL MAMPU MENZAHIRKAN HARTA TERPENDAM DAN MELAKUKAN PENARIKAN DENGAN WASILAH KALIMAT INI 

DAN BANYAK LAGI KELEBIHAN DAN KERAMAT YANG TERKANDUNG DI DALAM KALIMAT PRABU KIAN SANTANG YANG AKAN ANDA RASAKAN DAN ANDA BOLEH MENGGUNAKANNYA MENGIKUT KEHENDAK ANDA SENDIRI. ANDA JUGA BOLEH "MENGUJI CUBA" KEILMUAN INI KETIKA ANDA SEDANG MENGULIK DAN MENGAMALKANNYA.  


Ilmu ini boleh dipelajari oleh sesiapa tanpa mengira bangsa dan agama. Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS. Beruntunglah kepada anda yang berjaya mewarisinya dari PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU.  


MAHAR KALIMAT PRABU KIAN SANTANG:

SEBANYAK RM 299 SAHAJA


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI



KALIMAH PANGERAN SEJATI

 



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, 

Apa khabar semua? Abang ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2024 kepada semua pengunjung, murid dan customer di Blog Pusat Keilmuan MGT. Sebagai permulaan awal menyambut tahun baru 2024 ini abang ingin mulakan dengan mengajar sebuah ILMU KEWALIAN yang abang perolehi semenjak sekian lama. Abang mendapatkan ilmu ini dari sebuah KITAB KESUFIAN/KEWALIAN NUSANTARA yang abang rangkumkan sendiri hasil dari pembelajaran abang mencari ilmu satu ketika dahulu. Ilmu tersebut bernama KALIMAH PANGERAN SEJATI yang pada awalnya adalah milik seorang waliyullah yang bernama SYEIKH SITI JENAR atau juga dikenali dengan nama SYEIKH LEMAH ABANG. Alhamdulillah abang berpeluang menuntut ilmu ini dari seorang guru yang merupakan KETURUNAN ASLI WALIYULLAH SYEIKH SITI JENAR. Abang mempunyai 2 orang guru yang mengajar keilmuan beliau yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu : 

1. SEORANG GURU YANG MENGAJAR ILMU KETUHANAN DAN TASSAWUF WARISAN SYEIKH SITI JENAR 

2. SEORANG GURU YANG MENGAJAR PELBAGAI ILMU KAROMAH DAN KESAKTIAN MILIK WALIYULLAH SYEIKH SITI JENAR DAN ANTARA ILMUNYA ADALAH KALIMAH PANGERAN SEJATI INI  

Kenalkah anda semua akan Syeikh Siti Jenar? Baik.. abang akan ceritakan serba sedikit tentang beliau, seorang waliyullah yang penuh dengan "kontrovesi". Nama asli beliau ialah SAYYID ABDUL JALIL AL-HASANI dan nasab keturunannya bersambung terus hingga ke BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW, ya beliau merupakan ahlul bait/zuriat kepada Baginda Rasulullah SAW maka beruntunglah anda yang mempelajari keilmuan ini kerana anda juga akan mendapat "KEBERKATAN" ahlul bait Nabi SAW. Beliau berasal dari IRAN dan merupakan seorang tokoh sufi yang ARIFBILLAH dan alim ulamak yang sangat berpengaruh di Nusantara. Beliau mempunyai banyak jasa dalam menyebarkan agama Islam di kepulauan Tanah Jawa manakala ayahnya pula yang bernama SAYYID SOLEH berjasa menyebarkan dakwah di Melaka apabila ayahnya dilantik sebagai Mufti kepada Kesultanan Melaka. 

Waliyullah Syeikh Siti Jenar terkenal dengan ajaran ketuhanannya iaitu ajaran "MANUNGGALING KAWULO GUSTI". Para ahli hakikat, ahli tassawuf dan ahli makrifah mungkin tidak asing dengan ajaran ketuhanan Manunggaling Kawulo Gusti yang sudah tersebar luas di Nusantara. Apa yang abang dapat simpulkan ketika mempelajari Kitab Ketuhanan Manunggaling Kawulo Gusti dengan guru abang dulu adalah ajaran ini mengajar dan melatih penganutnya agar sentiasa MEMBUANG KEAKUAN DIRI dan SENTIASA BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH SWT DENGAN SEBULAT-BULATNYA.

Ajaran ini adalah jalan kewalian tingkat tinggi dalam menuju ke hadrat Allah SWT. Sebuah ajaran yang menekankan penyucian diri iaitu proses TAKHALLI yang bermaksud satu usaha menyingkirkan SIFAT MAZMUMAH (sifat yang buruk dan tercela) lalu menuju proses TAHALLI yakni usaha menghiaskan diri dengan SIFAT MAHMUDAH (menerapkan akhlak baik dan sifat yang terpuji). Setelah melalui 2 proses tersebut maka barulah pengamal akan BERMUJAHADAH yakni berusaha dengan bersungguh-sungguh melakukan amal ibadat dan memperbanyakkan zikir yang diijazahkan oleh guru agar mencapai MAQOM SYUHUD. Maqom Syuhud adalah maqom yang mana seorang pengamal akan MENGENAL DAN MENYAKSI AKAN KEBESARAN ALLAH SWT sehingga membuatkan pengamal tersebut menjadi: 

1. SENTIASA MENGKAGUMI DAN ASYIK DENGAN ALLAH SWT 

2. MENCAPAI KEKHUSYUKAN IBADAH YANG SEMPURNA DAN DIKURNIAKAN MAKRIFUTALLAH 

3. FANA' DAN BAQO YAKNI TENGGELAM DI DALAM KEBESARAN ALLAH SWT  

DENGAN WASILAH MENCAPAI MAQOM SYUHUD DAN MAKRIFATULLAH INILAH YANG MENYEBABKAN ALLAH SWT MENGURNIAKAN PELBAGAI KAROMAH KEPADA WALIYULLAH SYEIKH SITI JENAR SEPERTI: 

1. KAROMAH MELIPAT BUMI IAITU BELIAU MAMPU PERGI KE MANA SAJA YANG BELIAU KEHENDAKI DALAM WAKTU YANG SINGKAT. DICERITAKAN BAHAWA BELIAU MENGGUNAKAN KAROMAH INI UNTUK PERGI BERIBADAT DI MASJID-MASJID YANG JAUH BAHKAN PERNAH SEHINGGA KE MASJIDIL HARAM, MAKKAH 

2. KAROMAH MENGHADIRKAN SERIBU TENTERA JIN ISLAM KETIKA MENGHADAPI MUSUH DAN SEBAGAI PENJAGA KESELAMATAN DARIPADA SEGALA MARABAHAYA. KAROMAH INI MAMPU MEMBUATKAN DIRI BELIAU KELIHATAN BANYAK KETIKA BERHADAPAN DENGAN MUSUH MESKIPUN BELIAU BERSEORANG DIRI  

3. KAROMAH MALIH RUPA IAITU MENGUBAH DIRI ZAHIR BELIAU MENGIKUT APA SAJA YANG BELIAU KEHENDAKI SEPERTI MENGUBAH WUJUDNYA MENJADI ORANG LAIN, MENGUBAH WUJUDNYA MENJADI POKOK ATAU MENGUBAH WUJUDNYA MENJADI HAIWAN SEPERTI HARIMAU DAN SEBAGAINYA. SEBUAH KAROMAH YANG "SANGAT RARE" KERANA IANYA BOLEH MENAKUTKAN MUSUH DAN MENGELIRUKAN MUSUH

4. KAROMAH MENIDURKAN ORANG DALAM JANGKA MASA YANG BELIAU KEHENDAKI. BELIAU MAMPU MENIDURKAN ORANG SEHINGGA TIDUR NYENYAK, BUKAN SEORANG BAHKAN MAMPU MENIDURKAN 1 KAMPUNG SEKALIGUS

Lantas apa kaitan semua keterangan di atas dengan keilmuan KALIMAH PANGERAN SEJATI? Ada kaitan ke? Ya benar, Kalimah Pangeran Sejati ini sangat berkait rapat dengan ilmu Manunggaling Kawulo Gusti yang diamalkan oleh Waliyullah Syeikh Siti Jenar. Beliau memperolehi kalimah ini ketika beliau sedang SYUHUD, FANA' DAN BAQO BERSAMA ALLAH SWT. Secara ringkas dan mudahnya, beliau mendapatkan kalimah keramat ini ketika beliau sedang TENGGELAM ASYIK DI DALAM KEBESARAN ALLAH SWT. Beliau menurunkan Kalimah Pangeran Sejati ini kepada para muridnya untuk dijadikan sebagai zikir khusus dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT sehingga beliau berjaya melahirkan ramai TOKOH AHLI MAKRIFAH, AHLI HAKIKAT, PAHLAWAN DAN ORANG-ORANG SAKTI di zamannya. Antara muridnya yang terkenal dengan karomah dan kesaktian ialah EMBAH PANGGUNG kerana beliau pernah dihukum DIBAKAR API HIDUP-HIDUP namun API TERSEBUT SEDIKITPUN TIDAK MAMPU MENCEDERAKAN TUBUH BELIAU sepertimana kisah mukjizat Nabi Ibrahim AS yang tidak hangus dibakar api.  

Sesungguhnya Kalimah Pangeran Sejati adalah kalimah yang mengandungi RAHSIA ZAT KETUHANAN YANG AGUNG, ianya akan melengkapi 2 keperluan pengamal iaitu dalam hal akhirat yakni mendekatkan diri kepada Allah seperti mengenal Allah SWT, mencari khusyuk dan juga ianya MAMPU MENARIK PELBAGAI KESAKTIAN KEDUNIAAN DAN MENGABULKAN PELBAGAI HAJAT DUNIAWI yang pengamal inginkan. Kalimah ini tidak mempunyai sebarang khodam, ianya TERUS MENGHUBUNGKAN PENGAMAL KEPADA ALLAH SWT dan KAROMAH KALIMAHNYA JUGA SUCI MURNI DATANG DARI KEKUASAAN ALLAH SWT. Selain itu, ilmu ini sangat special dan unik jika dibandingkan dengan keilmuan-keilmuan Waliyullah Syeikh Siti Jenar yang lain kerana ilmu ini adalah satu-satunya ilmu beliau yang kalimahnya BERBAHASA TURKI/PARSI sedangkan ilmunya yang lain banyak yang berbahasa Arab dan mantra serapah yang berbahasa jawa. Kalimah ini sangat pendek iaitu hanya terdiri dari 5 KATA SAHAJA dan ianya perlu diamalkan sebanyak 313x selama 7 hari berturut-turut tanpa putus. Kajian yang abang lakukan tentang 5 KATA tersebut, abang mendapati terdapat 1 KATA yang dipetik dari keilmuan ini yang banyak digunakan oleh orang-orang sakti pada zaman dahulu untuk mendatangkan bermacam-macam kesaktian jadi abang dapat simpulkan bahawa KALIMAH PANGERAN SEJATI ini bukan ilmu calang-calang, ianya adalah IBU KEPADA SEGALA KESAKTIAN. Namun begitu, kalimah ini mempunyai aura yang sejuk dan menenangkan yang berbentuk CAHAYA KEPUTIHAN YANG SANGAT TERANG DAN MENYILAU. Dengan izin Allah SWT, pengamal akan menyaksikan sendiri cahaya putih tersebut hadir sewaktu mengamalkannya dan cahayanya akan terus meliputi diri pengamal. 

KALIMAH PANGERAN SEJATI MEMILIKI 1001 KAROMAH DAN RAHSIA YANG AGUNG, ANTARANYA ADALAH: 

1. PENGAMAL AKAN DIBUKAKAN RAHSIA KETUHANAN DAN DIKURNIAKAN MAKRIFATULLAH

2. JIWA PENGAMAL AKAN SELALU CENDERUNG MENCINTAI DAN MENGINGATI ALLAH SWT 

3. PENGAMAL AKAN MENDAPAT KEKHUSYUKAN KETIKA BERIBADAT DAN SERING MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH SWT BAIK DALAM URUSAN APAPUN

4. PENGAMAL AKAN DIKURNIAKAN ILHAM LADUNI DAN  KEFAHAMAN TENTANG SESEBUAH ILMU BAIK ILMU KETUHANAN ATAU ILMU KEDUNIAAN

5. DENGAN IZIN ALLAH SWT, WALIYULLAH SYEIKH SITI JENAR AKAN HADIR MENEMUI PENGAMAL DI DALAM MIMPI (ANDA HENDAKLAH MERUJUK KEPADA ABANG TERLEBIH DAHULU JIKA MENDAPAT MIMPI SEBEGINI AGAR ABANG DAPAT SAHKAN BAHAWA BELIAU BENAR-BENAR SYEIKH SITI JENAR, BUKAN JELMAAN PALSU SYAITAN SEMATA-MATA)

6. PENGAMAL AKAN MENCAPAI MAQOM HAQQUL YAKIN YANG SEMPURNA SEHINGGA TIDAK ADA LAGI PERGANTUNGAN KEPADA MAKHLUK DI DALAM HATINYA MELAINKAN BENAR-BENAR HANYA BERGANTUNG KEPADA ALLAH SEMATA-MATA

7. PENGAMAL AKAN DIKURNIAKAN FIRASAT HATI YANG TAJAM SEHINGGA MAMPU MENDUGA DAN MEMBACA MASA DEPAN YANG BAKAL BERLAKU

8. KASYAF, MATA BATIN DAN HIJAB PENGAMAL AKAN DIBUKA SELUAS-LUASNYA SEHINGGA MAMPU MENEMBUS ALAM GHAIB SEPERTI ALAM JIN, ALAM BUNIAN BAHKAN DIKATAKAN JIKA DIIZINKAN ALLAH, PENGAMAL MAMPU MENEMBUSI ALAM TINGKAT TINGGI SEPERTI ALAM MALAKUT/MALAIKAT, ALAM ROH DAN LAIN-LAIN 

9. PENGAMAL AKAN MENJADI ORANG SAKTI DAN DIKURNIAKAN PELBAGAI KESAKTIAN KHOWARIQUL LIL ADAH YANG LUAR BIASA YAKNI KESAKTIAN YANG DI LUAR LOGIK AKAL MANUSIA BAIK SECARA SPONTAN DAN BESERTA NIAT

10. PERJALANAN PENGAMAL AKAN SECEPAT KILAT SEWAKTU DARURAT ATAU WAKTU YANG SANGAT-SANGAT MEMERLUKAN. CONTOHNYA ADALAH JIKA IKUT PADA WAKTU LOGIK, ANDA MEMERLUKAN 2 JAM UNTUK SAMPAI KE SESEBUAH DESTINASI NAMUN DENGAN KEILMUAN INI IN SHA ALLAH IANYA AKAN MEMENDEKKAN JANGKA WAKTU PERJALANAN ANDA DENGAN AJAIB

11. PENGAMAL AKAN DIKURNIAKAN KESELAMATAN MUTLAK DARI SEGALA PERBUATAN JAHAT MUSUH DAN KEKEBALAN DARI SERANGAN SENJATA TAJAM DAN BAKARAN API

12. PENGAMAL JUGA MAMPU MEMBUAT AIR KESELAMATAN, AIR PEMAGARAN, AIR PENGASIHAN, AIR PENAWAR DAN SEBAGAINYA UNTUK ORANG YANG MEMERLUKAN (TATACARA PENUHNYA AKAN ABANG AJARKAN DI DALAM PDF KEILMUAN KELAK)

13. PENGAMAL MAMPU MENUNDUKKAN KAWAN MAUPUN LAWAN AGAR MENGIKUTI SEGALA KEHENDAKNYA DAN DIKURNIAKAN KEWIBAWAAN YANG LUAR BIASA

14. PENGAMAL MEMPUNYAI AURA PENGASEHAN YANG KUAT DAN TUBUH YANG BERSERI-SERI DI MATA MAKHLUK SEHINGGA MAMPU MEMBUAT TARGET JATUH HATI KEPADANYA

15. PENGAMAL AKAN DIGERUNI OLEH BANGSA JIN DAN DISEGANI OLEH BANGSA GHAIB KERANA "CAHAYA PUTIH" YANG MELIPUTI PENGAMAL AKAN MEMBUATKAN MEREKA TUNDUK HORMAT KEPADANYA

16. PENGAMAL JUGA MAMPU MENCABUT SIHIR DAN MEMULANGKANNYA KEPADA PENGIRIM DENGAN WASILAH KAROMAH KEILMUAN INI

17. SEGALA DOA DAN HAJAT PENGAMAL AKAN DIKABULKAN CEPAT OLEH ALLAH SWT DENGAN MENZIKIRKAN KALIMAH INI BESERTA NIAT HAJAT YANG DIINGINKAN ATAU DIBACAKAN KALIMAH INI KETIKA PENGAMAL MENADAHKAN TANGAN LALU SEBUT HAJATNYA

18. SEGALA URUSAN DUNIAWI PENGAMAL AKAN BERJAYA DAN BERJALAN LANCAR SERTA DIKURNIAKAN KEMAKMURAN DAN KECUKUPAN HIDUP

19. PENGAMAL JUGA MAMPU MENARIK KEKAYAAN DARI USAHA YANG SEDANG DIJALANKAN OLEHNYA DAN JUGA DARI JALAN YANG TAK DISANGKA-SANGKA

20. PENGAMAL AKAN SENTIASA MENDAPAT PERTOLONGAN MUTLAK DARI ALLAH SWT KETIKA MENGHADAPI SESEBUAH MASALAH 

21. PENGAMAL MAMPU MENARIK APA SAJA JENIS KESAKTIAN YANG DI INGINKAN. CONTOHNYA, PENGAMAL INGINKAN KESAKTIAN MENGHADIRKAN KILAT MAKA ZIKIRKANLAH KALIMAH INI BESERTA NIAT SEHINGGA PENGAMAL AKAN MERASAI SESUATU AURA YANG MELIPUTI TUBUHNYA LALU PENGAMAL BOLEH TERUS TEST KESAKTIAN TERSEBUT DI TEMPAT RUANGAN YANG ADA LANGIT

DAN BANYAK LAGI KELEBIHAN YANG TAK DAPAT DIDUGA YANG ADA TERSIRAT DI DALAM KALIMAH PANGERAN SEJATI INI. ANDA AKAN RASAKAN SENDIRI SELAMA ANDA MENGULIK DAN MENGHAYATI ERTI KALIMAHNYA. 

Ilmu ini hanya boleh dipelajari oleh orang yang beragama Islam sahaja. Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. Abang juga menyarankan anda mendirikan solat istikharah sebelum mempelajari keilmuan ini jika masih ada keraguan di hati kerana ABANG TIDAK SUKA MENGAJAR ORANG YANG WAS-WAS. Beruntunglah kepada anda yang berjaya mewarisinya dari PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU.  


MAHAR KALIMAH PANGERAN SEJATI:

SEBANYAK RM 247 SAHAJA


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI


SI JARI GETIH





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia dan pengujung baru di blog MGT, Kali ini abang hadirkan sebuah keilmuan yang bernama SI JARI GETIH yang bermaksud "JARI YANG BERDARAH". Jari yang berdarah bukanlah membawa makna keilmuan yang menyeramkan tetapi kerana kehebatan ilmu ini mampu membuatkan jari anda serbaguna di dalam bidang kebatinan. Si Jari Getih juga adalah gelaran yang abang terima dari seorang guru abang apabila abang berjaya mengkhatamkan keilmuannya yang berkaitan dengan "JARI". Keilmuan ini memang menjadi pegangan abang sejak sekian lama ketika berkecimpung di dalam dunia kebatinan antaranya termasuk:

1. URUSAN RAWATAN

2. URUSAN PEMAGARAN 

3. URUSAN PENGISIAN 

4. URUSAN PELARISAN

Hanya dengan 1 keilmuan ini abang sudah membantu pelbagai hajat pesakit abang. Oh ya semalam ada yang tanya abang ada buat rawatan ke sekarang? Maaf abang bercuti selama sebulan kerana abang ingin focus kepada pengijazahan ilmu dan mengulik ilmu-ilmu abang kembali. Ilmu ini bersanad dari salah seorang guru abang yang mewarisinya dari cicit kepada seorang sultan yang bertaraf waliyullah. Sultan-sultan dulu kebanyakannya orang yang handal di dalam spiritual dan sebab itulah mereka mempunyai "DAULAT" masing-masing. Seingat abang ada seorang sultan di negeri Terengganu yang sangat sakti sehingga mampu mengangkat jambatan hanya dengan sebelah tangan sahaja. 

Keilmuan SI JARI GETIH sangat sesuai kepada semua jantina baik laki atau perempuan kerana tenaga ilmu ini sangat "sejuk" tetapi kemampuannya pelbagai. SI JARI GETIH akan melengkapi 2 sisi anda  iaitu SISI PERUBATAN DAN SISI PEPERANGAN. Anda mampu menguasai 2 sisi ini sekaligus kerana di dalam Si Jari Getih mengandungi 4 Kalimat:

1. DUA ASMA ALLAH YANG MELENGKAPI DUA SISI

2. DUA KATA YANG MEWAKILI URUSAN RAWATAN DAN PEPERANGAN

Bacaan ilmunya sangat pendek dan anda dapat menghafalnya kurang dari 4 minit sahaja. Kaedah amalannya juga ringkas yang perlu diamalkan selama 7 malam berturut-turut yang beserta solat hajat. Keilmuan Si Jari Getih ini juga tidak mengandungi sebarang perantaraan khodam kerana kekuatannya murni terus dari ALLAH SWT. Semoga dengan wasilah keilmuan ini akan melahirkan lebih ramai lagi ahli kebatinan yang boleh membantu masyarakat dan yang paling penting sebagai persediaan kita menjaga dan mengubati ahli keluarga kita sendiri. 

ADAPUN FADHILAT KHUSUS KEILMUAN SI JARI GETIH ADALAH: 

1. JARI ANDA AKAN MEMPUNYAI KEKUATAN DAYA PENYEMBUHAN UNTUK MENGUBATI SEBARANG PENYAKIT BAIK FIZIKAL ATAUPUN MISTIK (SESUAI UNTUK ORANG YANG INGIN MENJADI PERAWAT)

2. JARI ANDA MAMPU MEMBUAT AIR PENAWAR DENGAN KAEDAH YANG RINGKAS TANPA PERLU BACAAN YANG PANJANG

3. JARI ANDA MAMPU MEMAGAR SESEBUAH KAWASAN TANPA PERANTARAAN KHODAM 

4. JARI ANDA JUGA MAMPU MEMBUAT PELARISAN PADA SEBUAH KEDAI YANG DISIHIR ATAUPUN "SURAM"

4. JARI ANDA MAMPU MENGHANCURKAN SIHIR YANG DITANAM TANPA ANDA MENGGALINYA (MEMANG ABANG PAKAI KAEDAH INI DALAM RAWATAN, SANGAT SIMPLE TANPA PERLU SUSAH PAYAH NAK CARI DAN GALI)

5. KEKUATAN SI JARI GETIH INI JUGA MAMPU MENGHANCURKAN JIN DAN SIHIR YANG BERSARANG DI DALAM TUBUH PESAKIT 

6. JARI ANDA MAMPU MEMBUAT PENGISIAN PEMAGARAN DIRI PADA TUBUH SESEORANG

7. JARI ANDA MAMPU MENGHANCURKAN SEGALA AURA NEGATIF YANG MEMBUATKAN PESAKIT SELALU DITIMPA "SIAL" DAN SECARA TIDAK LANGSUNG JARI ANDA JUGA AKAN MENAMBAH KEMBALI AURA POSITIF YANG MEMBAWA TUAH 

8. JARI ANDA JUGA MAMPU MEMBUAT PENGISIAN PENGASIHAN DAN KEWIBAWAAN KEPADA PESAKIT

8. PADA WAKTU DARURAT, JARI ANDA MAMPU MEMBUAT PENGISIAN KEKEBALAN DARURAT KEPADA ORANG LAIN (MENGISI TERUS KE TUBUH MEREKA ATAU MELALUI AIR MANDIAN)

9. PADA WAKTU DARURAT JUGA JARI ANDA AKAN MEMPUNYAI KEKUATAN "JARI GETIH" YAKNI JARI YANG SANGAT BERBISA SEHINGGA BOLEH MENEMBUS TUBUH MUSUH TANPA SENJATA SEKALIPUN

 KESEMUA FADHILAT DI ATAS MAMPU ANDA BUKTIKAN KEPADA ORANG LAIN ATAU PADA DIRI ANDA SENDIRI HANYA DENGAN MELAFAZKAN KALIMAT SI JARI GETIH BESERTA NIAT TANPA BACAAN YANG PANJANG LALU KEKUATAN ILMU INI AKAN BERTINDAK MENJALANKAN NIAT ANDA

KEILMUAN SI JARI GETIH INI DIIJAZAHKAN MELALUI SEBOTOL MINYAK WANGI KASTURI YANG ABANG AKAN ISIKAN KHUSUS DI ATAS NAMA ANDA DAN HANYA ANDA SEORANG SAHAJA YANG BOLEH MEMAKAINYA. MINYAK INI PERLU ANDA SAPUKAN SEDIKIT PADA JARI ANDA KETIKA INGIN MENGAMALKAN SI JARI GETIH. SEMOGA BERMANFAAT IN SHA ALLAH   

MAHAR PENGORBANAN ILMU SI JARI GETIH:

SEBANYAK RM 218

KOS POS: RM 10

 SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI

QORSYIN PENAKLUK JIWA

 


Assalamulaikum dan salam sejahtera semua, apa khabar? Moga semua dalam keadaan sihat waalfiat ya. Blog MGT agak kesepian minggu ini kerana kesibukan abang sedang handle kes berat, kes memutuskan perjanjian persugihan hitam yang dibuat oleh pesakit zaman muda dulu dan kini makan diri dan keluarganya dan juga kes vvip yang terkena sihir pengunci nafsu sehingga kemaluannya dan perasaannya pada isteri hilang begitu saja. Alhamdulillah kedua-dua kes tersebut dapat abang atasi dengan izin Allah dan dengan wasilah keilmuan yang abang pelajari selama ini.

Baiklah, kali ini abang akan ajarkan sebuah ilmu yang bernama QORSYIN PENAKLUK JIWA atau dipanggil MANTRA PENAKLUK JIWA dari aliran Timur Tengah. Sebuah ilmu yang tidak asing lagi dalam perguruan kami dulu dalam hal PENGASIHAN, ASMARA dan PELARISAN. Ilmu ini sudah terbukti keampuhannya kepada murid-murid abang. Tak silap abang lebih 30 orang murid menerima ijazah ilmu ini secara offline dulu dan mereka kebanyakannya terdiri dari kalangan:

1. Agent Insurance

2. Peniaga Kedai Makan 

3. Salesman 

4. Para Perunding Syarikat (Wakil Syarikat untuk mendapatkan projek)

5. Boss company 

6. Peguambela

Dan ada beberapa lagi cuma abang lupa dan semuanya memberi feedback positive kesan pengamalan ilmu ini Alhamdulillah wasilah ilmu bersanad. Anda pernah dengar Hipnotis? Yakni satu kaedah yang orang barat keluarkan untuk pukau control jiwa manusia dan mempengaruhi agar mengikuti apa saja yang kita katakan. Ya khasiatnya sama dengan QORSYIN PENAKLUK JIWA cuma ilmu ini berbeza dengan hipnotis kerana ilmu ini dari aliran Kuno bukannya datang dari orang barat. Jika mereka mengatakan mereka orang pertama yang mempunyai ilmu menundukkan dan mengawal jiwa seseorang, mereka silap BESAR kerana ilmu jenis ini sudah wujud dizaman ulamak kuno lagi dan sudah tercatat di dalam kitab mereka.

Ilmu QORSYIN ini sangat mudah kaedah amalannya dan bacaannya juga tidak panjang, lagi pendek dari Surah Al-Fatihah bahkan lagi ringkas dari itu. Tawassul bagi keilmuan ini juga pendek dan tidak sepanjang tawassul Malikul Khomsi yang lalu dan dalam Tawassul ilmu ini juga terdapatnya sanad ilmu QORSYIN. Ilmu ini abang berikan anda 2 pilihan kaedah beramal iaitu boleh:

1. Diamalkan selama 3 Malam

2. Diamalkan selama 7 Malam

Anda boleh pilih kaedah mana yang anda suka dan itu semua akan abang terangkan di dalam pdf keilmuan QORSYIN. Selepas anda tamat dan menghafal bacaaan QORSYIN ini anda terus boleh aplikasikan dalam hidup anda. Ilmu ini abang amanahkan kepada anda untuk digunakan di jalan kebaikan dan bukan ke jalan kejahatan. Gunakanlah ilmu ini sebagai "pemudah cara" ketika anda berurusan dengan sesiapa. 


KEISTIMEWAAN QORSYIN INI KHUSUS DALAM HAL:

1. MEMPENGARUHI FIKIRAN DAN JIWA MANUSIA AGAR MENGIKUTI APA YANG ANDA KATAKAN BAIK DALAM URUSAN APA SEKALIPUN

2. MENUNDUKKAN KAWAN MAUPUN LAWAN

3. KEWIBAWAAN KETIKA BERBICARA (ANDA AKAN KELIHATAN "GAH" KETIKA ORANG MELIHAT ANDA SEHINGGA MEMBUATKAN MEREKA SEGAN DAN AKUR KEPADA ANDA)

4. MEMBUATKAN ORANG ATASAN HORMAT KEPADA ANDA

5. PENGASIHAN BAGI SESIAPA YANG MEMANDANG DAN MENDENGAR SUARA ANDA (MEMBANTU ANDA UNTUK MENDAPATKAN PASANGAN YANG ANDA INGINI)

6. MENAMBAH KASIH SAYANG ANTARA SUAMI DAN ISTERI (BAGUS UNTUK MEREKA YANG ADA MASALAH RUMAHTANGGA)

7. MELARISKAN KEDAI DAN DAGANGAN ANDA DENGAN MEMBACAKAN 3X ATAU 7X ILMU INI LALU TIUPKAN DI LANGIT SEBELUM BERNIAGA MAKA "QORSYIN" INI AKAN BERTINDAK MENARIK PARA JIWA YANG LALU LALANG AGAR MEMASUKI KEDAI ANDA. JIKA ANDA SEORANG PENIAGA ONLINE, CUKUP MEMBACA QORSYIN SELEPAS SOLAT DAN IANYA AKAN BERTINDAK SECARA GHAIBIYYAH MENARIK JIWA YANG MELIHAT JUALAN ANDA DI INTERNET

8. MERANGKUMI SEGALA ILMU MAHABBAH 

9. PENGAMAL QORSYIN INI JUGA DIGERUNI OLEH JIN-JIN JAHAT DAN MEREKA SUSAH UNTUK "MENEMBUS" PAGAR ANDA. YA ANTARA KELEBIHAN SAMPINGAN ILMU INI IALAH MEMBENTENG DIRI DARI BAHANA SIHIR DAN GANGGUAN JIN DI TEMPAT ANDA. 

Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. 


MAHAR KEILMUAN QORSYIN PENAKLUK JIWA:

SEBANYAK RM 212

 SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI