Assalamualaikum wbt dan salam bahagia, apa khabar? Semoga semuanya di dalam keadaan baik-baik saja ya. Abang tengok sekarang tengah bising pasal perang akhir zaman? Abang nasihatkan kepada anda satu sajalah, boleh nak ambil tahu sebagai persediaan tetapi JANGAN TERLALU TAKUT DAN BIMBANG. Kita risau pun bukan boleh ubah apa-apa, sampai masa kita hadap sajalah. Sudah-sudahlah risau tu.. meh sini belajar ilmu lagi best. Ilmu merupakan pelaburan yang akan menguntungkan anda sampai KIAMAT.
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, abang ingin mengeluarkan sebuah ilmu kewalian yang bernama KALIMAT WALI BANJAR yang abang warisi dari seorang guru mastur. Guru Mastur? Ianya bermaksud guru yang "tersembunyi" dan tidak dikenali ramai. Ya di nusantara ni memang ramai guru mastur yang hebat dan sakti tetapi bukan semua orang tahu keberadaan mereka di mana. Alhamdulillah abang berpeluang dipertemukan oleh Allah SWT dengan beliau. Ilmu ini diamalkan oleh para wali di tanah banjar dan di antaranya adalah ABAH GURU SEKUMPUL MARTAPURA dan SEORANG HABIB BERKETURUNAN RASULULLAH SAW. Siapa tidak mengenali Abah Guru Sekumpul? Beliau merupakan seorang ulamak tersohor dan sekaligus seorang WALIYULLAH YANG DIKURNIAKAN PELBAGAI KAROMAH KHOWARIQUL LIL ADAH. Ada sebahagian ulamak yang mengatakan darjah kewalian beliau sudah sampai kepada martabat Wali Qutub di zamannya.
Abang sangat teruja ketika diturunkan ilmu ini kerana sekurang-kurangnya, abang dapat menumpang keberkahan beliau dalam beramal. Dulu abang selalu membaca dan mendengar orang bercerita tentang kehebatan beliau dan abang terfikir "Agak-agak apalah amalan abah guru sekumpul ni ya, harap-harap aku dapat la belajar nanti" dan Alhamdulillah setelah itu abang dipertemukan dengan seorang guru mastur yang mana sanad keilmuan beliau sampai kepada Waliyullah Abah Guru Sekumpul. Beruntunglah anda yang bakal mempelajarinya kerana kalimat inilah menjadi pegangan zikir para wali tanah banjar ketika bermunajat kepada Allah SWT baik untuk urusan KEROHANIAN dan urusan DUNIAWI.
TERDAPAT 3 KEKUATAN UTAMA DI DALAM KALIMAT WALI BANJAR IAITU:
1. KEKUATAN KAROMAH INTISARI ISMU DZAT
2. KEKUATAN PANCARAN NURULLAH
3. KEKUATAN GERAK ADIRASA
3 kekuatan ini saling berhubung antara satu sama lain. Kalimat Wali Banjar mempunyai rahsia yang SANGAT AGUNG di dalamnya iaitu rahsia tentang INTISARI ISMU DZAT. Ismu dzat tu apa abang megat? Ismu Dzat adalah nama bagi zat Tuhan iaitu ALLAH. Ismu Dzat menjadi amalan zikir para ahli sufi, ahli tareqat dan ahli hikmah namun sangat jarang yang mengetahui bagaimana untuk "membuka rahsianya" agar dapat digunakan untuk pelbagai tujuan dan keinginan. Rahsia tentang INTISARI ISMU DZAT hanya diketahui oleh para wali Allah yang terpilih dan antaranya ialah Waliyullah Abah Guru Sekumpul. Ketahuilah bahawa Ismu Dzat ialah induk bagi sekalian nama-nama Allah yang Agung kerana ianya merupakan 1 nama yang mewakili seluruh 99 sifat Allah yang sempurna.
Sesetengah penuntut ilmu hikmah memandang remeh dengan amalan zikir Ismu Dzat kerana bagi mereka ianya hanya zikir yang "biasa-biasa" saja. Hal sebegitu terjadi kerana mereka tidak menjumpai KUNCI INTISARI ISMU DZAT yang sebenar-benarnya. Kalimat Wali Banjar mengandungi kunci rahsia intisari Ismu Dzat yang mana apabila diamalkan oleh seseorang maka beliau dapat "akses" karomah Ismu Dzat yang sangat dahsyat dan multiguna baik untuk hajat apa sekalipun. Salah satu sebab abang mengeluarkan ilmu ini adalah kerana untuk mengangkat kembali ilmu INTISARI ISMU DZAT yang jarang didedahkan oleh perguruan lain.
Selain itu, Kalimat Wali Banjar juga mengandungi kekuatan PANCARAN NURULLAH iaitu pancaran cahaya Allah SWT. Cahaya Allah SWT adalah induk bagi segala kejadian alam dan ianya ada tercatat di dalam Al-Quran, Surah An-Nur ayat 35 yang berbunyi:
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Pancaran Nurullah akan menuntun rohani pengamal kepada tingkat kerohanian yang sempurna dan mencapai maqom makrifatullah yakni mengenal Allah SWT. Ilmu ini sememangnya lengkap untuk 2 sisi kehidupan iaitu SISI KEROHANIAN dan SISI KEDUNIAAN. Sisi kerohanian di sini bermaksud hal-hal yang berkaitan dengan roh, hati, kesadaran jiwa dan ketuhanan manakala sisi keduniaan pula adalah hal-hal yang berkaitan dengan urusan keperluan duniawi anda seperti kerezekian, benteng diri dan sebagainya, LENGKAP.
Kalimat Wali Banjar juga akan mengaktifkan GERAK ADIRASA yang sudah sedia ada pada setiap insan. Gerak Adirasa adalah sebuah gerak roh yang terpendam di dalam rohaniah seseorang dan apabila ianya diaktifkan maka orang tersebut mampu menggunakannya untuk pelbagai niat dan hajat seperti mendatangkan apa saja gerak silat ghaib yang diinginkan, gerak ketenangan jiwa, gerak mengubati penyakit, dan sebagainya yang berkaitan dengan "gerak". Gerak adirasa ini akan hadir ketika anda ingin menggunakannya saja, bagi anda yang menyukai permainan gerak haa sesuai sangatlah ilmu ni. Bila sebut pasal gerak adirasa ni abang teringat ada 2 orang customer abang yang sangat menyukai permainan silat ghaib, mereka memang cepat memaharkan jika ada geliga-geliga yang ada mempunyai fadhilat persilatan ghaib. Adakah Gerak Adirasa sama dengan Gerak Ibu Gayong? Tak sama kerana gerak adirasa ini merangkumi pelbagai tujuan manakala gerak ibu gayong pula khusus untuk beladiri sahaja.
Kalimat Wali Banjar sering menjadi zikir utama abang ketika bertafakur, bertapa dan beruzlah kerana ianya memberi kedamaian dan keheningan kepada jiwa yang gundah gulana. Abang juga selalu menggunakan ilmu ini untuk pelbagai urusan duniawi baik untuk diri abang sendiri dan ketika membantu orang lain dan ternyata ianya SANGAT AMPUH. Aura keilmuan ini bersifat lembut, sejuk dan damai, ianya sangat sesuai untuk semua golongan lelaki dan perempuan yang mencari ilmu yang simple tak membebankan dan multifungsi.
SEPANJANG ANDA MENGAMALKAN KALIMAT WALI BANJAR MAKA ANDA AKAN MERASAKAN LANGSUNG BEBERAPA EFFECT NYATA SEPERTI:
1. HATI ANDA AKAN MENJADI TENANG DAN JANGAN TERKEJUT SEKIRANYA HATI ANDA SECARA TIBA-TIBA BERZIKIR ALLAH ALLAH ALLAH
2. RASA AURA SEJUK YANG MENYELUBUNGI SELURUH TUBUH ANDA
3. SUASANA SEKELILING ANDA AKAN MENJADI HENING DAN SAYU
4. ANDA AKAN MERASAKAN SATU GETARAN BATIN YANG SANGAT KUAT KETIKA MASUKNYA WAKTU SOLAT DAN PERASAAN ANDA MEMBUAK-BUAK INGIN MENDIRIKAN SOLAT
Kesan tersebut in sha Allah akan anda rasai seawal 1 malam kerana abang sendiri telah mengalaminya pada sewaktu mula-mula mengamalkannya. Bacaan Kalimat Wali Banjar hanya sepanjang 4 KATA SAHAJA dan perlu diamalkan selama 3 malam berturut-turut namun jika anda ingin menguasai karomah ilmunya secara maksimum maka amalkanlah selama 7 malam berturut-turut.
KALIMAT WALI BANJAR MEMPUNYAI KAROMAH KHUSUS DALAM HAL ROHANIAH SEPERTI:
1. WASILAH PENYUCIAN HATI DAN MEMENUHKAN HATI DENGAN INGATAN KEPADA ALLAH SWT
2. MENINGKATKAN KEKHUSYUKAN KETIKA BERIBADAH DAN BERZIKIR
3. MEMUPUK KEIMANAN DAN MENAMBAH KEYAKINAN KEPADA ALLAH
4. DIBUKAKAN RAHSIA-RAHSIA KETUHANAN
5. DIPERMUDAHKAN URUSAN SAKARATUL MAUT (BUKAN UNTUK DIRI ANDA SAJA BAHKAN BOLEH MEMBANTU PERMUDAHKAN ORANG YANG SEDANG NAZAK DENGAN MEMBISIKKAN KALIMAT INI BERULANG-ULANG KALI DI TELINGANYA)
KALIMAT WALI BANJAR JUGA MEMPUNYAI KAROMAH KHUSUS DALAM HAL DUNIAWI SEPERTI:
1. CAHAYA DIRI YANG GEMILANG DAN MENIMBULKAN AURA KEWIBAWAAN, PENUNDUK DAN PENGASIHAN YANG DAHSYAT
2. PENGASIHAN KHUSUS IAITU ILMU INI DAPAT ANDA GUNAKAN UNTUK MEMBUATKAN SESEORANG YANG ANDA INGINKAN JATUH CINTA PADA ANDA. FADHILAT INI SESUAI UNTUK MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH MENCARI JODOH, MASALAH PERCINTAAN DAN MASALAH RUMAHTANGGA
(ADA TATACARA KHUSUS YANG AKAN ABANG AJARKAN UNTUK TUJUAN INI)
3. DIKURNIAKAN GERAK IBU GAYONG IAITU MAMPU MENGHADIRKAN SILAT GHAIB YANG DIINGINKAN SEPERTI GERAK HARIMAU BERANTAI, GERAK PANGLIMA HITAM DAN SEBAGAINYA.
4. PERISAI KALIMAH DAN BENTENG DIRI DARI KEJAHATAN ZAHIR DAN GHOIB
5. GERAK REFLEKS KETIKA DISERANG MUSUH SECARA AUTOMATIC
6. MENDAPAT KEKEBALAN DAN KESAKTIAN
7. MELARISKAN SESEBUAH PERNIAGAAN DENGAN DIZIKIRKAN PADA AIR DAN DITABURKAN DI DEPAN KEDAI ATAU DIBACA KALIMAT INI SEBANYAK 3X SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN
( GURU ABANG DULU BERKATA IN SHA ALLAH DAGANGAN AKAN HABIS SEBELUM MASUK WAKTU SENJA)
8. PENARIK KEREZEKIAN DAN MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN ANDA
9. MENGABULKAN HAJAT-HAJAT BESAR DENGAN MEMBACA KALIMAT INI SEBANYAK XXX PADA 2 KEADAAN YANG AKAN ABANG BERITAHU DI DALAM PDF KELAK
10. MENGUBATI PELBAGAI PENYAKIT DENGAN WASILAH KAROMAH INTISARI ISMU DZAT
11. MENAJAMKAN FIRASAT HATI DAN PEMBUKAAN MATA BATIN DENGAN WASILAH PANCARAN NURULLAH
12. MEMUDAHKAN URUSAN TERAWANGAN DAN RAGA SUKMA KERANA KEKUATAN KALIMAT WALI BANJAR INI AKAN MENGUATKAN ROH ANDA
13. SALAH SATU KEUNIKAN ILMU INI JUGA ADALAH PENGAMAL MAMPU MENGHADIRKAN UNSUR ALAM SEPERTI ANGIN, HUJAN, KILAT DAN MEMBERHENTIKANNYA. ANDA BOLEH TEST SETELAH TAMAT MENJAZAMKAN KEILMUAN INI
14. KAROMAH KALIMAT WALI BANJAR JUGA AKAN MENYEMPURNAKAN SELURUH KEILMUAN YANG PENGAMAL MILIKI DAN MENINGKATKAN KEAMPUHAN ILMUNYA. IANYA JUGA AKAN BERTINDAK MENYINGKIR AURA NEGATIF DAN SIHIR JIKA ADA PADA SI PENGAMAL
15. KEMAKMURAN HIDUP DAN MENDAPAT KEBERKAHAN PARA WALIYULLAH
SERTA PELBAGAI LAGI MANFAAT KALIMAT WALI BANJAR YANG ANDA BOLEH CUBA GUNAKAN MENGIKUT SITUASI DAN KEPERLUAN MASING-MASING.
Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan ijazahkan dengan kaedah "NURUL DZAT" yakni ijazahan ilmu beserta Nur Ismu Dzat yang akan diisi khusus terus ke atas nama anda.
MAHAR KALIMAT WALI BANJAR:
SEBANYAK RM 257
SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI