TESTIMONI
Badar ini khusus untuk persediaan anda dalam pertempuran kerana badar ini mempunyai KHODAM PERANG YANG SANGAT KUAT DAN GANAS iaitu SANG JOGO REKSO. Sang Jogo Rekso ini ialah panglima dari Tanah Jawa yang diamanahkan untuk menjaga badar ini dan siap untuk berkhidmat kepada pemilik baru. Sang Jogo Rekso wujudnya seorang panglima yang mempunyai badan berotot tegap, berbaju merah, berseluar hitam, berkulit sawo matang, dan sentiasa membawa sebilah Keris Sundang di tangan kanannya. Keris Sundangnya yang besar dan panjang amat menggerunkan musuh. Ini pertama kali abang perolehi badar yang berkhodam kerana sebelum ini abang hanya dapat badar yang mempunyai khasiat semulajadi sahaja tapi kali ini anda dapat dua dalam 1 iaitu khasiat semulajadi badar dan kelebihan Sang Jogo Rekso. Khodam jenis ni pun kira khodam rare yang abang dapat, sangat sesuai kepada anda yang ingin menambah koleksi khodam anda dan menambah sahabat baru. Sang Jogo Rekso ini walaupun rupanya agak bengis tetapi beliau sangat ramah dengan pemiliknya. Macam mana abang tahu? Abang tahu la sebab abang dah pakai selama 3 hari huhu kita test dulu baru maharkan di blog. Sang Jogo Rekso ini antara Khodam Perang dari Tanah Jawa yang patut anda miliki In Sha Allah dijamin anda akan berpuas hati dengan khidmatnya. Namun semuanya dengan izin Allah ya.. jangan taksub dengan khodam. Ingat khodam hanya sebagai wasilah pembantu dalam hajat anda namun mereka bukan Tuhan. Mereka hanya "Khodam" yang juga bergerak dengan keizinan Tuhan. Abang tengok kat blog abang ni ramai yang suka amik khodam dan ingin abang nasihatkan sekali lagi.. kepada "penggemar khodam" anda hendaklah mempunyai amalan zikir yang banyak untuk memastikan rohani anda sentiasa kuat supaya mereka tunduk dengan arahan anda. Apa amalan zikir yang bagus? Antara yang bagusnya ialah zikir YA HAYYU YA QOYYUM dan LAHAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH. Itulah nasihat yang para guru abang berikan dan abang sampaikan juga kepada anda.
Pemilik cincin ini perlu melakukan beberapa tatacara ketika cincin ini sampai iaitu membakar sebatang setanggi atau rokok surya lalu asapkan pada cincin sambil mengucapkan "Assalamualaikum wbt Sang Jogo Rekso" 3x . Itu saja dan kaedah penggunaan selebihnya akan abang ajarkan di ws ya. Cara pengasapan ini ialah untuk khodam ini kenal akan tuan barunya dan dapat berkhidmat untuk anda tanpa ragu2. Kalau anda kasyaf dan ada rezeki, ketika anda mengasapkan cincin ini dan memberi salam anda akan dapat melihat wujud kehadiran khodam ini dari arah depan in sha Allah.
BADAR JOGO REKSO INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:
MEMBERI KEKEBALAN PADA PEMILIK DARI SERANGAN SENJATA TAJAM DAN SENJATA API
KETAHANAN BADAN DARI PUKULAN MUSUH
( KURANG RASA SAKIT )
PERSILATAN GHAIB PANGLIMA JOGO REKSO KETIKA TERDESAK
(BADAN AKAN REFLEKS SENDIRI MENGELAK DARI SERANGAN MUSUH DAN GERAKAN TUBUH AUTO MENYERANG MUSUH)
SEMANGAT KEBERANIAN LUAR BIASA
( DATANG 10 ORANG PUN TAK GOYANGG)
KEKUATAN PUKULAN YANG BERBISA
AURA PENGGERUN JOGO REKSO
PENUMBAL MUSUH
HALIMUNAN DARI MUSUH YANG CUBA MENGEJAR ANDA
( MEMBERI ARAHAN KEPADA JOGO REKSO UNTUK MENGELIRUKAN MATA MUSUH )