HUKUM BERSAHABAT DENGAN JIN

 Hukum bersahabat dengan Jin? 


Lanjutan nota kaki dan huraian bagi Kitab Warisan Amalan Kyai Soleh, ringkasannya: 


Menurut pendapat Syaikh Khatib Asy-Syarbini di dalam Kitabnya Al-Iqna' mengatakan harus bersahabat dengan golongan jin yang Islam, dan harus (kata qil) berkahwin dengan mereka itu, tetapi haram bersahabat dengan jin kafir (syaitan). 


Adakah boleh meminta pertolongan jin? 


Syarat keharusannya iaitu: 

1. Tiada mengiktikadkan dengan meminta pertolongan mereka itu yang memberi bekas menyembuhkan penyakit. 

2. Tiada meminta pertolongan pada perkara2 ghaib kerana ada hakikatnya mereka tidak tahu perkara itu sebagaimana jin-jin yang disuruh oleh Nabi Sulaiman as membina istananya, tetapi mereka tidak tahu tentang kewafatan Nabi Sulaiman melainkan Nabi Sulaiman tumbang dari perdiriannya tatkala tongkatnya dimakan anai2. 

3. Tidak meminta pertolongan kepada mereka semata2 dan mengiktikadkan hanya mereka yang dapat membantu, kerana Firman Allah Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkaulah kami minta tolong (Al-Fatihah:5). 


Adalah meminta pertolongan kepada jin-jin itu sebenarnya menjadikan mereka bertambah sombong dan jahat (rujuk Surah Al-Jin, ayat 6). 


Begitulah juga jika mengiktikadkan pertolongan manusia atau usaha manusia itu memberi bekas kepada sesuatu, maka ianya memberi mudarat kepada aqidah juga. 


والله اعلم بالصواب

No comments:

Post a Comment