PENGUMUMAN & JERTEH KEMBALI PULIH

 

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua, apa khabar? Ada yang terkesan dengan musibah banjir? Moga kita semua dilindungi oleh Allah SWT, abang baru saja siap bersihkan rumah abang di Jerteh ni dari sisa lumpur. Besar sungguh ujian Allah turunkan kali ini.. abang minta maaf kepada customer-customer kerana agak lewat pos barang-barang anda. Jnt dan poslaju pun semua lumpuh kerana office mereka dibanjiri air. Sebagai tanda mohon maaf abang kepada customer, abang akan sertakan item free gift dalam pengeposan barang anda sebentar lagi. Syukur kepada Allah kerana abang mempunyai customer yang memahami situasi kami di sini Alhamdulillah customer MGT semua baik-baik belaka. 

Mulai esok blog MGT akan kembali beroperasi dengan kemasukan item baru dan juga ijahazan ilmu yang abang janjikan dulu juga akan dimulakan. Abang ada 13 jenis ilmu hikmah yang akan abang masukan di blog dan ianya akan dilimitkan hanya pada beberapa orang saja. Siapa cepat dia dapat, moga ada rezeki anda memilikinya. Banjir yang berlaku kali ini bukanlah disebabkan air sungai yang melimpah tetapi kerana air hujan yang sangat banyak mencurah. Gunung Tebu pun ditenggelami air hujan hari tu dan lokasi suluk tempat abang selalu pergi tu pun masih kotor dengan sisa lumpur.. takpelah tempat lain ada cuma tinggi la sikit abang kena daki. 

1 comment:

  1. W salam. Semoga di permudahkan segala urusan Bng megat Dan semua yg terlibat banjir

    ReplyDelete