CORETAN ILMU

 


Assalamualaikum dan selamat pagi semua, abang tengok kat youtube tadi orang barat buat meditation boleh tahan jugak dorang ni, suka mencuba benda baru. Orang barat panggil meditation tetapi kita orang melayu panggil BERTAPA/KHALWAH/BERSULUK. Teringat dulu time mula belajar tentang pertapaan dengan guru. Mula-mula bosan sangat sebab kena berdiam diri tapi bila dah kenal erti pertapaan sebenar fuh memang ketagih jadinya. Sama macam ketagih dadah.. Asyik nak je. Sebab apa? Sebab bila kita dah sampai satu peringkat pertapaan sejati.. Kita akan perolehi ketenangan jiwa, focus dan mendamaikan jiwa yang resah. Antara ilmu pertapaan yang abang belajar dulu ialah KALIMAT SANG PERTAPA atau namanya ILMU NAZAR ALIF. Kalimat ini diwiridkan secara berulang-ulang kali ketika kita di dalam pertapaan. Ilmu ini bukan untuk orang yang mencari kesaktian, kekuatan dan kehebatan tetapi untuk orang yang mencari KESADARAN JIWA, mencari KESEJATIAN DIRI dan PEMBANGUNAN JIWA serta MEMBINA JATI DIRI supaya lebih unggul dalam kehidupan dan yang paling utama ialah untuk mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Ya tujuan utama melakukan pertapaan ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.. pertapaan ini konsepnya sama dengan TAFAKUR iaitu berdiam diri sambil merenungi dan menghayati sedalam-dalamnya. Ramai orang yang hanya mencari kesaktian dan kehebatan tetapi tidak mahu mengenal Si Pemberi kesaktian. Ramai orang spiritual hanya mencari ilmu yang memberikan keuntungan dunia tetapi sangat sedikit yang ingin mencari kesejatian diri sebab itu jika kita perhatikan.. guru-guru pertapa ni tak ramai muridnya kerana bidang mereka bukan khusus kepada duniawi tetapi lebih kepada mencari ketenangan jiwa. Ramai orang tidak sedar bahawa ilmu pertapaan ini sangat penting kerana ianya ialah ASAS UNTUK PEMULA YANG MEMASUKI DUNIA KEBATINAN. Kenapa asas? Kerana setiap pengamal kebatinan memerlukan jiwa yang stabil untuk menguasai sesebuah ilmu. Jiwa ialah asas bagi segala ilmu maka sebab itulah kita perlu kukuhkan "Tapak Jiwa" itu dahulu. Abang hanya berkongsi luahan hati.. amalan pertapaan/bersuluk ini sangat berjasa kepada diri abang kerana dari amalan ini abang membangunkan jiwa supaya lebih bersemangat dalam kehidupan, meningkatkan kesabaran diri, mencari jalan penyelesaian bagi sesebuah masalah dan dari amalan tapa diri ini jugalah abang memulakan langkah mengenal alam ghoib. 

Ada yang nak jadi seorang pertapa dan berminat nak belajar? Boleh tapi anda kena bersedia untuk korban diri selama 40 malam berturut-turut untuk bersuluk di ruangan kosong. Syaratnya tak wajib di gunung ganang pun tetapi perlu dilakukan di tempat yang kosong dan jauh dari gangguan suara. Abang berani jamin selepas 40 malam perubahan drastik pada diri anda akan berlaku.. baik dari segi pemikiran, gaya hidup dan sebagainya. Kelebihan secara ghaib? Ada tapi ianya mengikut pada rezeki masing-masing. Tidak terikat dengan kelebihan khusus.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Abg Megat..40 malam berturut-turut dari pukul berapa sampai pukul berapa Abg kena bertapa tu? Maaf ye Abg sebab bertanya..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam tuan.. waktunya bebas asalkan sebelum subuh ya.

      Delete
    2. Terima kasih Cikgu Yeh..

      Delete