ISIM HULUBALANG ALLAH


IJAZAHAN ISIM HULUBALANG ALLAH 

Assalamualaikum wbt dan selamat tengahari semua, Alhamdulillah abang diberi kesempatan pada hari ini untuk mengijazahkan kepada anda semua sebuah ilmu pegangan abang sejak bertahun lamanya. Ilmu ini abang pelajari dari seorang guru abang di Negeri Terengganu. Umum mengetahui bahawa Negeri Terengganu mempunyai ramai orang yang handal dalam kebatinan dan kerohanian cuma mereka saja banyak menyembunyikan diri. Abang menuntut dengan guru tersebut selama 5 tahun lamanya, berulang-alik dari Pahang ke Terengganu semata-mata demi ilmu. Abang dulu tinggal di Pahang dan ketika itu abang pergi dengan bas je ke rumah guru, kita bukan orang berduit dulu nak pi dengan kereta. Nak seribu daya, taknak seribu dalih tuan-puan semua. 

Ilmu ini diamalkan oleh para HULUBALANG di Terengganu suatu ketika dahulu. Isim Hulubalang Allah ini berasaskan jampi yang mentauhidkan Allah dan doa keselamatan dalam bahasa melayu lama. Sifat isim ini tidaklah panas hingga menutup rezeki seperti sangkaan orang ramai, tak sekat rezeki pun jangan risau. Isim ini bersifat putih namun ianya terdapat keperkasaan apabila diamalkan oleh pemilik. Apabila anda memaharkan keilmuan ini dari abang, abang akan poskan satu pil yang anda wajib makan sebagai tanda pengijazahan sebelum beramal. Amalannya abang akan berikan dalam bentuk PDF ya. Dalam pdf tersebut abang akan ajarkan bacaan amalannya, tawassul sebelum beramal, tatacara beramal dan kaedah untuk menggunakannya ketika berperang. Moga ilmu ini dapat membantu anda ketika perang akhir zaman kelak ataupun ketika anda berada dalam situasi darurat. Siapa patut pelajari? Sesiapa sahaja yang ingin melindungi diri mereka dari perbuatan jahat musuh. Syarat untuk belajar ilmu ini ialah LELAKI DAN BERAGAMA ISLAM. Maaf keilmuan hulubalang Allah ini hanya khusus untuk lelaki beragama islam sahaja. Kalau perempuan nak belajar, anda boleh pelajari ilmu gajah berang di posting seterusnya kerana ilmu tersebut dapat dipelajari oleh wanita dan lelaki


FADHILAT ISIM HULUBALANG ALLAH INI IALAH:


PEMAGARAN DIRI DARI KHIANAT MUSUH DAN SERANGAN HALUS


SEMANGAT HULUBALANG ALLAH ( MENAMBAH KEBERANIAN)


KEKEBALAN DARURAT


PENGGERUN KETIKA DILIHAT OLEH MUSUH 



Kod Keilmuan: IHA
Stok Pil: Pil ada 100 Biji
MAHAR KEILMUAN: RM 76.00 
Mahar ini ialah kadar yuran anda berikan pada abang untuk mempelajari ilmu yang tak ternilai harganya. Duit bukan menjual ilmu tetapi pada menyatakan kesungguhan anda ingin belajar.




SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI










 

4 comments:

  1. Apakah bacaan nya dari ayat al quran atau mantra2 melayu lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gabungan ayat quran dan doa melayu lama tuan

      Delete
  2. Salam abg megat...nk tanya ilmu seri muka dan awet muda ada dimaharkan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam ya ada tuan. Iaitu Ilmu Cahaya Tuanku. Ada di post sebelum ini.. Tuan boleh semak ya

      https://megatgunungtebu.blogspot.com/2022/05/ilmu-cahaya-tuanku.html

      Delete