GELIGA PUTERA MAHMUD SOLD OUT!





 



Perolehan dari Terengganu, sebuah geliga pemberian dari Putera Mahmud yang merupakan anak raja Kerajaan Sulong Muda. Putera Mahmud atau namanya Tengku Mahmud, beliau mempunyai kepakaran dalam perubatan dan perbomohan. Setiap anak raja mempunyai 3 kepakaran iaitu dalam peperangan, pentadbiran dan perubatan. Geliga ini sesuai untuk sesiapa yang baru belajar ilmu perbomohan dan sangat sesuai untuk yang dah jadi bomoh kerana Tengku Mahmud berkata bahawa geliga ini merupakan kunci dalam perubatan dan perbomohan. Beliau berpesan agar pemilik geliga ini banyakkan berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad Saw agar rohaniah pemilik makin kuat. Rohaniah ni tenaga roh tuan-puan.. selawat akan menguatkan roh kita dan apabila roh makin kuat.. perisai diri kita makin kukuh dan segala gerak kerja perbomohan kita akan jadi makin mujarab dan berkesan kepada pesakit. 

Geliga ini juga merupakan kunci untuk bersahabat dengan Tengku Mahmud, katanya jika beliau berkenan beliau akan hadir menemani pemilik ketika pemilik melakukan rawatan. Sedekahkan Al-Fatihah pada beliau dan berikan salam penuh, kalau ada rezeki in sha Allah beliau hadir. Jika tak hadir belum ada rezeki la tu.. tak apa beliau hadir ke tak, geliga ini tetap ada khasiatnya yang kekal bersama pemilik yang abang senaraikan kat bawah tuuu.

Cuma abang ingin nasihatkan kepada anda semua, jika ingin bersahabat dengan bunian.. pastikan PEGANGAN TAUHID kita kuat supaya kita tak mudah taksub dengan mereka. Layan saja mereka seperti kawan2 manusia kita yang lain.. jangan sesekali taksub. Bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. Orang bunian sekalipun tidak mampu melakukan apa-apa tanpa izin Allah yang Maha Esa. Konsep bersahabat ni sama je.. macam kita takut rumah kita kena rompak, kita panggil polis untuk ronda rumah kita. Kita tak berharap pada polis tu pun cuma polis tu sebagai asbab dan Allah Taala yang menguasai semuanya ya. Stok Geliga Tengku Mahmud ni ada stok dapur tapi dalam bentuk batu yang berbeza.. Tengku Mahmud berikan abang 2 permatanya dan 1 lagi abang tak sempat nak ambil gambar.


GELIGA TENGKU MAHMUD INI BERKHASIAT SEBAGAI:



PENANGKIS SIHIR



PENAWAR SIHIR (DIRENDAM DAN DIBERI MINUM KEPADA PESAKIT, IN SHA ALLAH AKAN MUNTAH)



SUMBER AIR PENAWAR PENYAKIT MISTERI (DIRENDAMKAN DAN BACAKAN 7X SURAH AL-FATIHAH PADA AIR, DIBERI MINUM KEPADA PESAKIT)



MEMBANTU PEMILIK KETIKA MERAWAT PESAKIT (PEMILIK MEMAKAI CINCIN INI DI JARI MANIS KANAN)



Kod Produk: GPM01
Stok: 1 Unit
Size: Size 19-20 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 180
Kos Pos : RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI



 

2 comments: