MUSTIKA LAKSAMANA SOLD OUT!










Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, abang baru saja balik dari pertapaan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Perolehan kali ini ialah pemberian dari Laksamana Hitam dari Kerajaan Gangga Laut di lautan timur iaitu antara semenanjung dan borneo. Laksamana Hitam menghantar sendiri mustika ini pada abang tempohari, beliau datang bersama sahabatnya iaitu Laksamana Tuah. Bukan Hang Tuah tauuuu tapi Laksamana Tuah.. ramai panglima dan laksamana yang bernama Tuah di alam sana tuan-puan semua. Laksamana Hitam beri abang 2 mustika miliknya, ni abang dah ikatkan dengan perak alpaka design ngamsoiii.

Laksamana Hitam ini bertugas mengawal perairan Kerajaan Gangga Laut dari ancaman jin jahat. Beliau kurus je orangnya tapi jika anda lihat sangat berwibawa kerana keilmuan dan Aura Laksamana yang ada padanya. Beliau sentiasa berpakaian hitam dan membawa sebilah sundang bertatahkan perak sangat cantik jika dilihat. Laksamana Tuah tu pun nak bagi jugak mustika beliau tapi katanya nanti beliau akan hantar in sha Allah. Menariknya mustika ini jika dilihat berwarna hitam namun bila disuluh lampu ianya akan menjadi warna merah, boleh tengok gambar di atas.

Laksamana Hitam juga ada memberi sebuah amalan untuk pemilik mustika ini, sepotong ayat Al-Quran untuk yang perlu diamalkan. Abang tanya apa khasiat ayat tersebut? Beliau jawab amal untuk mendekatkan diri dengan Sang Ilahi sahaja, selebihnya pemilik akan rasai sendiri khasiat ayat tersebut. Huhu betul jugak kan.. apa saja amalan berasaskan ayat Al-Quran bertujuan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT dan selebihnya urusan Allah SWT. Pendek je ayat tu abang yakin sekali baca anda boleh ingat teruss, ayat tu pun ada dalam amalan abang sebelum ni. Tak tahu pula beliau mengamalkan juga wirid tersebut.



MUSTIKA LAKSAMANA HITAM BERFUNGSI SEBAGAI:



KEKEBALAN DARURAT



PEMBERAT PUKULAN DAN TENDANGAN



PENGGERUN MUSUH



AZIMAT KEBERANIAN DAN PENGUAT SEMANGAT



AURA KEPAHLAWANAN



Kod Produk: MLH01
Stok: 1 Unit
Size: Size 19 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 152
Kos Pos : RM 10



SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

 

No comments:

Post a Comment