PEMBISA BIAWAK SOLD OUT!

 




Seumur hidup abang rasa baru kali kedua abang perolehi Geliga Pembisa Biawak ini.Yang dulu punya abang maharkan kepada seorang anggota polis. Geliga ini ialah pemberian dari Kerajaan Bukit Bauk tempohari. Ianya berasal dari ngeraman biawak di Bukit Bauk. Bila sebut pasal biawak apa yang anda tahu? Biawak mempunyai racun bisa yang mematikan dan boleh merosakkan organ dalaman jika biawak menggigitnya. Haa macam tu la apa yang anda dapat jika anda memiliki geliga ini yakni pukulan anda sangat berbahaya kepada musuh. Item pembisa ni bagus untuk memendekkan waktu pergaduhan, yela sekali shoot musuh dah tumbang.. jimat masa kita takyah nak pakai tenaga banyak2. Abang pun kalau ada kes atau trouble dengan musuh, memang abang pakai pembisa sebab malas nak bertempur lama-lama huhu. Geliga ini asalnya dalam bentuk raw dan abang canaikan bentuk batu lonjong. Cantik kan? Asyik pakai geliga bulat jee.. kadang nak jugak merasa design lain. Cara penjagaan geliga ini jika anda tak pakai.. cukup anda simpankan geliga ini bersama 3 helai daun kering untuk mengekalkan khasiatnya supaya kekal kuat. Kenapa daun kering? Sebab sifat biawak ni suka bersembunyi di daun-daun kering. Ini apa yang dikatakan oleh Penunggu Bukit Bauk, abang sampaikan je kat korang. Silakan kepada yang bertuah


PEMBISA BIAWAK INI BERFUNGSI SEBAGAI:



HALIMUNAN DARI MUSUH 



PEMBISA PUKULAN YANG MEROSAKKAN ORGAN DALAM MUSUH

( SANGAT SUKAR DIUBATI JADI FIKIR MASAK2 KETIKA NAK REMBAT MUSUH)



PEMBERAT PUKULAN

(MUSUH RASA SEPERTI KENA BALUN DENGAN TONG GAS)



PENGGERUN HAIWAN LIAR SEPERTI ANJING GILA DAN BABI HUTAN


Kod Produk: PB01
Stok: 1 Unit (ADA STOK DAPUR)
Size: Saiz 17-18 (TAK BOLEH RESIZE KERANA IANYA DARI STEEL)
MAHAR: RM 160.00
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


MUSTIKA SILUMAN BUAYA PUTIH SOLD OUT!

 






Assalamualaikum dan selamat tengahari semua, apa khabar? Abang banyak dapat keluhan customer tentang masalah kewangan dan ekonomi masing-masing. Hmm harap anda semua dapat bersabar yakinilah seawal 4 bulan kita dalam rahim ibu, rezeki kita sudah tertulis di Luh Mahfuz. Oleh yang demikian, abang berhajat ingin mengeluarkan satu keilmuan pakaian abang selama ini khusus dalam hal kerezekian dan keduniaan. Abang masih memikirkannya.. anda doakan abang lembut hati la ye huhu sebab ini antara ilmu kesayangan abang. 

Hari ini abang ingin maharkan sebuah mustika yang abang peroleh dari alam jin yang berkhodamkan SILUMAN BUAYA PUTIH. Abang pun ada mustika jenis ini tapi besar sikit dari yang ni maklumlah abang suka pakai yang geliga besarr baru boleh jadi pawang bunian hahaha. Siluman Buaya Putih kali ini bersisik putih dan di hujung-hujung sisiknya berwarna hitam. Fizikal badan buaya ini agak besar dan gagah perkasa, berkuku perak dan kemampuannya dalam proteksi pemilik sangat bagus. Bagi abang.. abang sangat suka dengan khodam siluman buaya putih kerana dari sudut keganasannya melindungi pemilik amat amat ampuh. Anda akan dapat rasakan Aura Siluman Buaya Putih ketika anda memakai cincin ini, aura ini akan menyatu dalam diri anda dan mengubah semangat anda menjadi semakin berani dan tak gugup. Jadi saka ke abang megat? Tak pun.. jangan risau abang tak jual saka. Buat apa nak bagi saka kat korang hahaha. Khodam ini akan membantu sesiapa yang memilik geliga ini sahaja. Kalau anda dah tak mahu pakai, bagi la kepada sesiapa yang memerlukan tapi nasihat abang simpan la untuk diri sendiri. Pada waktu sekarang ini sebarang kemungkinan boleh berlaku sebab tu abang banyak focus keluarkan item perang. Kadang tak semua orang suka beramal kerana mereka tak ada masa, nah pakai geliga ini memadai dah nak buat jaga diri dan keluarga nanti. Khodam ini mempunyai nama khususnya, abang akan beritahu nama khodam ini kepada bakal pemiliknya sahaja ya dan segala tatacara akan abang ajarkan. Tatacara menggunakan khodam yang abang keluarkan sama je sebab mereka datang dari guru yang sama iaitu abang sendiri in sha Allah. Abang sarankan geliga ini dimiliki oleh orang yang mempunyai masalah gugup dan takut in sha Allah sangat sangat membantu.


KEGUNAAN SILUMAN BUAYA PUTIH INI IALAH:


KEMENANGAN DALAM PEPERANGAN


SEMANGAT JUANG YANG BERANI MENENTANG MUSUH

(MENGUBATI MASALAH TAKUT DAN GUGUP)


KEKUATAN SILUMAN BUAYA PUTIH

( KEKEBALAN DAN KEGAGAHAN )


PERSILATAN GHOIB SILUMAN BUAYA PUTIH KETIKA BERPERANG

( YANG NI ABANG TAK PERNAH CUBA LAGI CUMA INILAH YANG DIBERITAHU OLEH PIHAK MEREKA)


PEMBISA PUKULAN DAN TENDANGAN 

( PEMBISA INI AKAN DIPEROLEHI DARI KUKU PERAK SILUMAN BUAYA INI )


PENUNDUK DAN PENGGERUN MANUSIA


KESELAMATAN DI SUNGAI DAN LAUT


 

Kod Produk: SBP01
Stok: 1 Unit
Size: Saiz 14-15 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 226.26
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI



JED SULTAN SHARIFUDDIN SOLD OUT

 




Assalamualaikum semua dan selamat tengahari, apa khabar? Maaf sebab lambat update, abang agak sibuk sekarang. Mulai esok blog MGT akan update seperti biasa iaitu stok akan masuk pukul 11 pagi atau 1 tengahari ya.

Di atas ini ialah Batu Jed pemberian dari Sultan Sharifuddin yang merupakan Raja Gunung Tebu sekarang. Jed ini perolehan 2 hari yang lepas.. semalam abang baru siap ikatkan cincin perak alpaka bermutu tinggi. Barang-barang abang banyak abang ikatkan dengan perak alpaka.. bukan apa kalau perak betul harga pun mahal. Lebih baik kita ikat alpaka, warna pun seakan-akan perak asli dan kualiti pun bagus. Jed kali ini sangat menarik jika diperhatikan urat batunya di atas dan khasiatnya pun bagus untuk urusan dunia. Muslim and non muslim dapat merasai khasiatnya Alhamdulillah. Ok jom abang kupaskan sedikit manfaat Batu Jed ni.


JED INI AMAT AMPUH DALAM:


KEREZEKIAN TINGGI


KEKAYAAN


TUAH


KEAMANAN


KEKUATAN DARJAT


PEMUDAH CARA BAGI SETIAP URUSAN IN SHA ALLAH



Kod Produk: JSS02
Stok: 1 Unit
Size: Size 19 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 121.00
Kos Pos : RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

GELIGA AYAM JANTAN SOLD Out!

 






Barang lama datang lagiii!

Assalamualaikum dan salam bahagia buat semua, apa khabar? Dah puas ke makan daging korban? Hahaha. Hari ini abang masukkan GELIGA AYAM JANTAN perolehan dari Kerajaan Gunung Senyum. Anda tahu Geliga Ayam Jantan? Ianya berasal dari Ngeraman Ayam Laga yang kuat dan gagah dari alam sana. Geliga ini terbentuk dari darah dalam badan Ayam tersebut sebab tu geliga ini berwarna merah pekat. Geliga ini sudah abang siap ikatkan dengan perak alpaka untuk tuan-puan semua. Apa saja kelebihan geliga ini? Meh sini abang terangkan


GELIGA AYAM JANTAN BERKELEBIHAN SEBAGAI:



MENANG DALAM BERTANDING 



MENANG DALAM MAKHAMAH (DIUSAP CINCIN INI KETIKA DI DALAM PEMBICARAAN SEBANYAK 7X)



KEWIBAWAAN YANG TINGGI



KEKUATAN TUBUH BADAN



PEMBISA TANGAN SEPERTI TAJI AYAM JANTAN



MEMULIHKAN SEMANGAT DIRI (DIRENDAM DAN MINUM SETIAP PAGI)



Kod Produk : GAJ02
Stok : 1 Unit 
Size: Saiz 21 (BOLEH RESIZE) 
MAHAR : RM 130.00 SAHAJA
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI








PENGUMUMAN PROSEDUR BELIAN

 

Assalamualaikum dan salam bahagia buat semua pelanggan MGT yang dihormati, abang ingin membuat sedikit pengumuman.


1. Mulai esok sebarang urusan pemaharan akan disalurkan kepada akaun syarikat Khaibar Enterprise, no acc syarikat akan abang berikan di ws kepada customer yang sudah biasa berurusan dengan kami dan kepada customer baru juga akan abang berikan melalui ws ya.


2. Urusan pengeposan selepas pembayaran akan abang pos dalam tempoh 2 hari bekerja. Jika anda buat payment hari ini maka abang akan pos pada keesokannya. 


3. Item di blog MGT hanya boleh di lock selama 24 jam sahaja kecuali lock berdeposit.


4. Lock berdeposit bermakna anda membayar wang pendahuluan untuk BOOKING item yang ingin anda miliki. Abang faham kadang tengah bulan gaji belum masuk tapi anda nak maharkan juga maka abang beri keringanan kepada anda dengan bayar wang pendahuluan dulu sebagai TANDA JADI. Oleh yang demikian, abang tak benarkan anda batalkan wang deposit sesuka hati dan ingin menggunakan duit deposit tersebut untuk memaharkan item lain. Ini akan merugikan pihak kami.. abang sudah bagi kepercayaan kepada anda dengan membayar secara sedikit demi sedikit tapi anda cancel pemaharan dan menggunakan duit awal itu untuk grab item lain. Bagaimana dengan item yang anda sudah book? Harap statement ini jelas ya.


5. Abang juga sering mendapat aduan dari customer yang mengatakan ada yang copy item abang dan item Tok Mat Gb di blog lalu post di facebook, shopee dan carousell sampai mereka keliru adakah abang dan Tok Mat Gb ada meniaga di platform lain? Di sini abang ingin nyatakan bahawa abang dan Tok Mat Gb hanya memaharkan item di BLOG SAHAJA buat masa ini. Yang anda tengok di platform lain itu ialah ejen dropship kami ya.


6. Alang-alang tu haa abang nak bagitau, ada keriss baru sampaiii. Nanti abang tunjukkan gambarnya di blog HYPER RARE.


7. Abang juga akan mengeluarkan produk AZIMAT PEMAGAR&PELARIS tak lama lagi in sha Allah. Masih dalam proses kerana memerlukan bahan yang agak susah dicari dan ritual yang agak lama. Azimat ini sangat sesuai untuk rumah dan kedai.



BADAR JOGO REKSO (KHODAM PERANG) SOLD OUT!

 





BJR01 SAIZ 19





BJR02 SAIZ 22

Assalamualaikum dan salam bahagia semua, apa khabar? Abang Alhamdulillah sihat saja disini, area timur ni hujan tak berhenti.. abang pun nak masuk Gunung Tebu pun susah. Ingat nak pergi jugak minggu ni sebab ada perbincangan yang abang kena sertai dengan pihak Kesultanan Gunung Tebu. Baiklah pada hari ini abang datangkan BADAR JOGO REKSO untuk anda semua. Abang peroleh barang ini minggu lepas dalam bentuk raw dan abang hantar ke tukang canai siap ikat cincin untuk memudahkan urusan anda tak payah sibuk-sibuk pergi kedai cincin dah kan. Badar Jogo Rekso ini ialah pemberian dari Kerajaan Tanah Jawa sebagai tanda silaturrahim antara kami dan badar jenis ini lekat magnet, anda boleh cuba test dengan magnet ia akan melekat. 

Badar ini khusus untuk persediaan anda dalam pertempuran kerana badar ini mempunyai KHODAM PERANG YANG SANGAT KUAT DAN GANAS iaitu SANG JOGO REKSO. Sang Jogo Rekso ini ialah panglima dari Tanah Jawa yang diamanahkan untuk menjaga badar ini dan siap untuk berkhidmat kepada pemilik baru. Sang Jogo Rekso wujudnya seorang panglima yang mempunyai badan berotot tegap, berbaju merah, berseluar hitam, berkulit sawo matang, dan sentiasa membawa sebilah Keris Sundang di tangan kanannya. Keris Sundangnya yang besar dan panjang amat menggerunkan musuh. Ini pertama kali abang perolehi badar yang berkhodam kerana sebelum ini abang hanya dapat badar yang mempunyai khasiat semulajadi sahaja tapi kali ini anda dapat dua dalam 1 iaitu khasiat semulajadi badar dan kelebihan Sang Jogo Rekso. Khodam jenis ni pun kira khodam rare yang abang dapat, sangat sesuai kepada anda yang ingin menambah koleksi khodam anda dan menambah sahabat baru. Sang Jogo Rekso ini walaupun rupanya agak bengis tetapi beliau sangat ramah dengan pemiliknya. Macam mana abang tahu? Abang tahu la sebab abang dah pakai selama 3 hari huhu kita test dulu baru maharkan di blog. Sang Jogo Rekso ini antara Khodam Perang dari Tanah Jawa yang patut anda miliki In Sha Allah dijamin anda akan berpuas hati dengan khidmatnya. Namun semuanya dengan izin Allah ya.. jangan taksub dengan khodam. Ingat khodam hanya sebagai wasilah pembantu dalam hajat anda namun mereka bukan Tuhan. Mereka hanya "Khodam" yang juga bergerak dengan keizinan Tuhan. Abang tengok kat blog abang ni ramai yang suka amik khodam dan ingin abang nasihatkan sekali lagi.. kepada "penggemar khodam" anda hendaklah mempunyai amalan zikir yang banyak untuk memastikan rohani anda sentiasa kuat supaya mereka tunduk dengan arahan anda. Apa amalan zikir yang bagus? Antara yang bagusnya ialah zikir YA HAYYU YA QOYYUM dan LAHAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH. Itulah nasihat yang para guru abang berikan dan abang sampaikan juga kepada anda. 

Pemilik cincin ini perlu melakukan beberapa tatacara ketika cincin ini sampai iaitu membakar sebatang setanggi atau rokok surya lalu asapkan pada cincin sambil mengucapkan "Assalamualaikum wbt Sang Jogo Rekso" 3x . Itu saja dan kaedah penggunaan selebihnya akan abang ajarkan di ws ya. Cara pengasapan ini ialah untuk khodam ini kenal akan tuan barunya dan dapat berkhidmat untuk anda tanpa ragu2. Kalau anda kasyaf dan ada rezeki, ketika anda mengasapkan cincin ini dan memberi salam anda akan dapat melihat wujud kehadiran khodam ini dari arah depan in sha Allah. 


BADAR JOGO REKSO INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:


MEMBERI KEKEBALAN PADA PEMILIK DARI SERANGAN SENJATA TAJAM DAN SENJATA API


KETAHANAN BADAN DARI PUKULAN MUSUH

( KURANG RASA SAKIT )


PERSILATAN GHAIB PANGLIMA JOGO REKSO KETIKA TERDESAK

(BADAN AKAN REFLEKS SENDIRI MENGELAK DARI SERANGAN MUSUH DAN GERAKAN TUBUH AUTO MENYERANG MUSUH)


SEMANGAT KEBERANIAN LUAR BIASA

( DATANG 10 ORANG PUN TAK GOYANGG)


KEKUATAN PUKULAN YANG BERBISA


AURA PENGGERUN JOGO REKSO


PENUMBAL MUSUH


HALIMUNAN DARI MUSUH YANG CUBA MENGEJAR ANDA

( MEMBERI ARAHAN KEPADA JOGO REKSO UNTUK MENGELIRUKAN MATA MUSUH )


Kod Produk: BJR01&02
Stok: 1 Unit (ADA STOK DAPUR)
Size: Size 17-18 (BOLEH RESIZE) 
MAHAR: RM 205.55 
Kos Pos : RM 10

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI












MANI GAJAH TERUNA SOLD OUT!

 








Assalamualaikum semua dan salam bahagia buat semua. Pada kali ini abang persembahkan GELIGA MANI GAJAH TERUNA perolehan dari Kerajaan Lata Berangin. Pada awalnya Mani Gajah Teruna ini dalam bentuk batu raw dan abang canai di kedai tukang. Kali ini tukang abang buat design nya lainnn sikit, cantik kan? Design jenis lonjong panjang dan bentuknya pun cantik, tak besar sangat dan tak kecik sangat. 
  Teruna kerana "kepekatan" warnanya, yang sangat ampuh khasiatnya dari geliga mani gajah biasa. Cara dia berfungsi ialah dengan bau ghaib yang boleh membangkitkan daya tarikan untuk orang wanita dan lelaki. Sangat sesuai dipakai ketika hari raya, orang melihat kita berseri-seri dan tertarikkkk


MANI GAJAH TERUNA INI BERFUNGSI SEBAGAI :

RAJA PENGASEHAN 

PENYERI WAJAH SUPERRR!!

 DAYA PELARISAN YANG KUAT (DIPAKAI KETIKA BERNIAGA)

SENANG DAPAT TENDER PROJECT (USAPKAN BATU KETIKA BERURUSAN)



KOD PRODUK : MGT07
STOK : 1 UNIT
SIZE CINCIN : 19 (NO RESIZE SEBAB IKATAN BESI)
MAHAR : RM 150


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


GELIGA AWANG SELAMAT SOLD OUT!

 






Assalamualaikum semua dan selamat pagi, jam menunjukkan pukul 8 pagi dan abang masih belum tidur huhu. Abang tengah menyiapkan 3 ekor naga emas untuk pemahar, 3 ekor naga emas ini sudah sedia ada di azimat tersebut namun abang sedang perkemaskan lagi naga emas tersebut. Walaupun ianya khodam alami dari alam sebelah tapi aura, tenaga dan penaklukkannnya perlu dikemas kini bagi memberi kepuasan pada pemilik baru In Sha Allah. Abang disini cukup menjaga kualiti barang seperti yang tok mat gb nasihatkan, customer ialah permata bernilai bagi kita. Banyak juga abang pelajari ilmu perniagaan mistik dari Tok Mat Gb dan jika bukan beliau yang memberi jalan di internet ini abang pun tak tahu nak mulakan niaga macam mana. Moga Allah Taala sentiasa merahmati Tok Mat Gb dan keluarga aminn. 

Baiklah kembali kepada geliga ini yang merupakan pemberian dari PAHLAWAN AWANG SELAMAT. Ada siapa pernah dengar nama beliau? Awang Selamat ialah seorang Hulubalang yang sentiasa mengiringi Puteri Saadong ke mana saja. Beliau merupakan Ketua Hulubalang yang menjaga istana Puteri Saadong yang kini bersemayam di Gunung Ayam. Awang Selamat ni kalau dapat tengok dia.. rupa dia ni tak tinggi dan tak pendek sangat tapi berbadan kekar dan besar. Orangnya sangat-sangat gagah dan perkasa sebab tu beliau memegang jawatan Ketua Hulubalang Istana. Kat bukit marak ada kesan tapak kaki beliau, dalam google pun ada. Cer google Tapak Kaki Awang Selamat. Awang Selamat dengan Badang ni sama gagah dan sama perkasa. Awang Selamat ni kira badang no 2 la di Tanah Melayu. Dia angkat sebuah kapal pun main-main ja.


GELIGA AWANG SELAMAT INI MEMPUNYAI KELEBIHAN DALAM:



KEGAGAHAN AWANG SELAMAT AKAN MENYERAP KE DALAM BADAN PEMILIK KETIKA PEPERANGAN ATAU WAKTU YANG MEMERLUKAN



MELEMAHKAN SEGALA BESI YANG MENYERANG PEMILIK

( PARANG TIBA-TIBA PATAH, PELURU TAK MENGENA)



PEMBERAT PUKULAN TANGAN DAN TENDANGAN

(TARIK NAFAS DAN TEST PUKUL PUNCHING BAG, IN SHA ALLAH SANGAT BERBEZA DENGAN PUKULAN ANDA TAK MEMAKAI GELIGA INI)



AURA HULUBALANG YANG SANGAT KUAT


Kod Produk: AS02
Stok: 1 Unit Sahaja
Size: Saiz 22 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 165.55
Kos Pos: RM 10

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


MATA JIN TUA SOLD OUT!







Assalamualaikum dan selamat pagi semua, apa khabar? abang dah sihat sepenuhnya.. banyak kerja abang tertangguh aduiii. MATA JIN TUA ni ialah perolehan abang dari Bukit Bauk, Dungun. Korang pernah dengar Bukit Bauk? Siapa kenal tahu la sejarah Bukit Bauk.. tersimpan 1001 kisah mistik di sana. Tempat pertapaan yang agak rare di tepi pantai. Bukit Bauk ni tepi laut dan ada jalan laut untuk sampai ke kaki bukit Bauk. Geliga ini khasiatnya hampir sama dengan mata jin sebelum ini cuma jenis ini ianya berkhadam. Khadam Mata Jin Tua ini tugasnya khusus untuk membantu pemilik agar kasyaf dan terbuka mata batinnya. Ya khadam geliga ini hanya berfungsi dalam hal kasyaf dan indera keenam saja.. senang cerita pakai kasyaf jin la tuan-puan semua. Pakai kasyaf jin ini perkara biasa bagi beginner yang baru belajar nak kasyaf, kasyaf jin akan membantu mata anda untuk mendapatkan kasyaf insani iaitu kasyaf semulajadi yang telah Allah ciptakan pada tubuh kita. Anda pakai Mata Jin Tua ini dan bila dah dapat kasyaf permanent.. Mata Jin Tua ini anda boleh serahkan kepada orang lain pulak yang memerlukan. 

Tatacara anda memakai Mata Jin Tua ini ialah ketika pertama kali ini sampai ke tangan anda, sila asapkan dengan setanggi atau rokok surya dan terus pakai. Pengasapan setanggi ini sebagai pembuka untuk khadam tersebut mengenali anda dan berkhidmat kepada anda. Sekali je buat seumur hidup asapkan dengan setanggi tu ya tak perlu buat banyak kali pun. 


GELIGA MATA JIN INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:



MENAJAMKAN KASYAF PEMILIK (DIGENTEL SELEPAS SOLAT DENGAN PEJAMKAN MATA DAN FOCUS APA YANG ANDA INGIN LIHAT IN SHA ALLAH ANDA MAMPU MENEMBUSI ALAM JIN)



MEMBUKA KASYAF DAN MATA BATIN BAGI PEMILIK YANG BELUM KASYAF (CARA YANG SAMA JUGA LEPAS SOLAT)



MENAJAMKAN FIRASAT HATI



MAMPU MEMBACA ISI HATI ORANG LAIN



MAMPU BERKOMUNIKASI DENGAN JIN MELALUI BISIKAN HATI ATAU SECARA NYATA



PERISAI DARI SIHIR 


Kod Produk: MJT02
Stok: 1 Unit
Size: Size 23
 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 213.70
Kos Pos : RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

GELIGA ORANG KAYA INDERA YAHYA SOLD OUT!




SEBUAH GELIGA YANG AMAT MENARIK SEKALI URATNYA




Assalamualaikum dan salam bahagia semua, sudah lama abang tak masukkan barang baru maka hari ini bermulanya masuk barang baru dan hari-hari seterusnya in sha Allah. Kali ini abang mendapat pemberian dari kenalan baru abang iaitu Orang Kaya Indera Yahya yang merupakan antara orang-orang penting dalam Kerajaan Berantah. Siapa ingat Kerajaan Berantah? Pertemuan abang dengan beliau agak lama perbualannya. Beliau mendapat gelaran "Orang Kaya Indera" selepas beliau berjaya mengangkat sebuah kapal lalu melambung kapal tersebut ke arah musuh dan ini disaksikan oleh Raja Hussein sendiri. Maka dengan itu Raja Hussein mengangkat beliau menjadi pembesar dalam hal tugas khas dan keselamatan negeri. Katanya kehebatan beliau diwarisi dari datuknya yang dulu merupakan seorang Hulubalang yang terkenal dan handal. Abang ada tanya ilmu dia macam mana tapi proses ritualnya agak berat, memang ilmu orang bunian ni amalannya berat-berat. Pada abang cukuplah ilmu gagah yang abang warisi dari guru abang dulu.. itu pun dah memadai dah untuk pakaian diri. Pada geliga ini pula beliau berkata terkandung karomah ilmu gagah beliau dan diharap agar geliga ini jatuh pada tangan orang yang baik-baik agar digunakan di jalan yang benar. Takpaa abang tahu customer kat sini semua baik-baik orangnya.. in sha Allah. 


GELIGA ORANG KAYA INDERA YAHYA INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:



ILMU KUAT DAN GAGAH KETIKA BERPERANG 

(IN SHA ALLAH MOTOR PUN BOLEH SELAMBA JE BALING KETIKA MARAH)



PENGGERUN DAN WIBAWA YANG TINGGI 

(DIPAKAI DI JARI ATAU DIIKAT DI PINGGANG KETIKA BERTEMU MUSUH)



PENAWAR LEMAH BADAN DAN SAKIT PINGGANG

(BADAN CEPAT LETIH DAN LELAH)



KESIHATAN TUBUH BADAN



PEMAGARAN DIRI 



KOD PRODUK : OKIH01
STOK : 1 UNIT
SIZE CINCIN : 23 (BOLEH RESIZE)
MAHAR : RM 144.00

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI