Assalamualaikum dan selamat tengahari semua, apa khabar? Abang banyak dapat keluhan customer tentang masalah kewangan dan ekonomi masing-masing. Hmm harap anda semua dapat bersabar yakinilah seawal 4 bulan kita dalam rahim ibu, rezeki kita sudah tertulis di Luh Mahfuz. Oleh yang demikian, abang berhajat ingin mengeluarkan satu keilmuan pakaian abang selama ini khusus dalam hal kerezekian dan keduniaan. Abang masih memikirkannya.. anda doakan abang lembut hati la ye huhu sebab ini antara ilmu kesayangan abang.
Hari ini abang ingin maharkan sebuah mustika yang abang peroleh dari alam jin yang berkhodamkan SILUMAN BUAYA PUTIH. Abang pun ada mustika jenis ini tapi besar sikit dari yang ni maklumlah abang suka pakai yang geliga besarr baru boleh jadi pawang bunian hahaha. Siluman Buaya Putih kali ini bersisik putih dan di hujung-hujung sisiknya berwarna hitam. Fizikal badan buaya ini agak besar dan gagah perkasa, berkuku perak dan kemampuannya dalam proteksi pemilik sangat bagus. Bagi abang.. abang sangat suka dengan khodam siluman buaya putih kerana dari sudut keganasannya melindungi pemilik amat amat ampuh. Anda akan dapat rasakan Aura Siluman Buaya Putih ketika anda memakai cincin ini, aura ini akan menyatu dalam diri anda dan mengubah semangat anda menjadi semakin berani dan tak gugup. Jadi saka ke abang megat? Tak pun.. jangan risau abang tak jual saka. Buat apa nak bagi saka kat korang hahaha. Khodam ini akan membantu sesiapa yang memilik geliga ini sahaja. Kalau anda dah tak mahu pakai, bagi la kepada sesiapa yang memerlukan tapi nasihat abang simpan la untuk diri sendiri. Pada waktu sekarang ini sebarang kemungkinan boleh berlaku sebab tu abang banyak focus keluarkan item perang. Kadang tak semua orang suka beramal kerana mereka tak ada masa, nah pakai geliga ini memadai dah nak buat jaga diri dan keluarga nanti. Khodam ini mempunyai nama khususnya, abang akan beritahu nama khodam ini kepada bakal pemiliknya sahaja ya dan segala tatacara akan abang ajarkan. Tatacara menggunakan khodam yang abang keluarkan sama je sebab mereka datang dari guru yang sama iaitu abang sendiri in sha Allah. Abang sarankan geliga ini dimiliki oleh orang yang mempunyai masalah gugup dan takut in sha Allah sangat sangat membantu.
KEGUNAAN SILUMAN BUAYA PUTIH INI IALAH:
KEMENANGAN DALAM PEPERANGAN
SEMANGAT JUANG YANG BERANI MENENTANG MUSUH
(MENGUBATI MASALAH TAKUT DAN GUGUP)
KEKUATAN SILUMAN BUAYA PUTIH
( KEKEBALAN DAN KEGAGAHAN )
PERSILATAN GHOIB SILUMAN BUAYA PUTIH KETIKA BERPERANG
( YANG NI ABANG TAK PERNAH CUBA LAGI CUMA INILAH YANG DIBERITAHU OLEH PIHAK MEREKA)
PEMBISA PUKULAN DAN TENDANGAN
( PEMBISA INI AKAN DIPEROLEHI DARI KUKU PERAK SILUMAN BUAYA INI )
PENUNDUK DAN PENGGERUN MANUSIA
KESELAMATAN DI SUNGAI DAN LAUT
No comments:
Post a Comment