PENGUMUMAN PROSEDUR BELIAN

 

Assalamualaikum dan salam bahagia buat semua pelanggan MGT yang dihormati, abang ingin membuat sedikit pengumuman.


1. Mulai esok sebarang urusan pemaharan akan disalurkan kepada akaun syarikat Khaibar Enterprise, no acc syarikat akan abang berikan di ws kepada customer yang sudah biasa berurusan dengan kami dan kepada customer baru juga akan abang berikan melalui ws ya.


2. Urusan pengeposan selepas pembayaran akan abang pos dalam tempoh 2 hari bekerja. Jika anda buat payment hari ini maka abang akan pos pada keesokannya. 


3. Item di blog MGT hanya boleh di lock selama 24 jam sahaja kecuali lock berdeposit.


4. Lock berdeposit bermakna anda membayar wang pendahuluan untuk BOOKING item yang ingin anda miliki. Abang faham kadang tengah bulan gaji belum masuk tapi anda nak maharkan juga maka abang beri keringanan kepada anda dengan bayar wang pendahuluan dulu sebagai TANDA JADI. Oleh yang demikian, abang tak benarkan anda batalkan wang deposit sesuka hati dan ingin menggunakan duit deposit tersebut untuk memaharkan item lain. Ini akan merugikan pihak kami.. abang sudah bagi kepercayaan kepada anda dengan membayar secara sedikit demi sedikit tapi anda cancel pemaharan dan menggunakan duit awal itu untuk grab item lain. Bagaimana dengan item yang anda sudah book? Harap statement ini jelas ya.


5. Abang juga sering mendapat aduan dari customer yang mengatakan ada yang copy item abang dan item Tok Mat Gb di blog lalu post di facebook, shopee dan carousell sampai mereka keliru adakah abang dan Tok Mat Gb ada meniaga di platform lain? Di sini abang ingin nyatakan bahawa abang dan Tok Mat Gb hanya memaharkan item di BLOG SAHAJA buat masa ini. Yang anda tengok di platform lain itu ialah ejen dropship kami ya.


6. Alang-alang tu haa abang nak bagitau, ada keriss baru sampaiii. Nanti abang tunjukkan gambarnya di blog HYPER RARE.


7. Abang juga akan mengeluarkan produk AZIMAT PEMAGAR&PELARIS tak lama lagi in sha Allah. Masih dalam proses kerana memerlukan bahan yang agak susah dicari dan ritual yang agak lama. Azimat ini sangat sesuai untuk rumah dan kedai.



No comments:

Post a Comment