MUSTIKA TEMENGGUNG IBRAHIM SOLD OUT!






Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung-pengunjung yang setia dan yang baru datang ke blog abang, moga sentiasa dalam keadaan sihat sentiasa dan dipermudahkan segala urusan ya. Pada hari ini abang persembahkan untuk korang semua sebuah mustika yang abang perolehi dari Kerajaan Gunung Ledang yakni pemberian dari sahabat baru abang iaitu Temenggung Ibrahim. Beliau seorang yang ramah dan sangat meraikan kedatangan abang di Gunung Ledang. Panjang juga la perbualan antara kami kerana beliau tahu abang wakil dari Kerajaan Gunung Tebu datang menziarahi kerajaan mereka. Temenggung Ibrahim ni sudah lama berkhidmat di Gunung Ledang dan beliau akan bersara tak lama lagi. Anda tahu tugas Temenggung dalam pentadbiran? Jika di alam kita sekarang, tugas temenggung hanyalah bertanggungjawab dalam hal adat istiadat diraja tetapi di alam bunian pula Temenggung berperanan menjaga keselamatan dan keamanan negeri. Bila sebut bab keselamatan dan keamanan maka sudah tentu barisan panglima dan barisan hulubalang negeri dibawah takluk Temenggung. Nak jadi temenggung di alam sana bukan senang, ilmu kena penuh di dada baru boleh galas tanggungjawab dan Temenggung Ibrahim ni bukan calang-calang orangnya.. beliau dikenali di serata semenanjung kerana kebijaksanaan dan ketangkasannya dalam mempertahankan Gunung Ledang dan meluaskan jajahan takluk.

Mustika yang diberikan oleh Temenggung Ibrahim ini kelebihannya lebih kepada penaklukan dan peperangan kerana mustika ini antara pakaian beliau ketika memerintah dan berperang. Yang menariknya beliau memberitahu bahawa sesiapa yang memakai mustika ini juga akan mendapat Persilatan Ghaib Gunung Ledang ketika pemakai diserang musuh dan dalam keadaan darurat. Macam mana persilatan ghaib ini berfungsi? Persilatan Ghaib Gunung Ledang ini akan berfungsi ketika anda dalam keadaan terkejut atau ketakutan maka aura persilatan ini akan menggerakkan badan anda menangkis serangan musuh secara refleks walau anda tak pernah belajar ilmu beladiri sekalipun. Anda nak cuba persilatan ghaib ini ketika ada masa lapang? Boleh je.. meh sini abang ajarkan. Pertama kali anda wajib memakai cincin ini dan duduk bersila sambil menadahkan tangan dan memohon "YA ALLAH KURNIAKANLAH KEPADAKU PERSILATAN GHAIB GUNUNG LEDANG DENGAN BERKAT ISMU ZAT MU ALLAH ALLAH ALLAH" lalu tiupkan pada tapak tangan dan sapukan pada muka dan terus tarik nafas dengan deras sambil zikir Allah Allah Allah di dalam hati tanpa putus. Ikut saja jika ada gerakan pada tangan ataupun kaki anda perlahan-lahan sambil berzikir.. LAYAN JEE. Kalau nak stop maka niatkan saja anda ingin berhenti. Kaedah ini bagus untuk anda jadikan senaman dan latihan silat ketika anda ada masa lapang.

Itulah cara untuk anda mencuba persilatan ini.. kalau taknak cuba pun takpe. Pakai je di jari anda ianya akan berfungsi juga ketika anda diserang.


MUSTIKA TEMENGGUNG IBRAHIM INI BERFUNGSI SEBAGAI:



KEKEBALAN DARURAT DI MEDAN PEPERANGAN



PERSILATAN GHAIB GUNUNG LEDANG SECARA  AUTO KETIKA DISERANG



AURA PENAKLUK YANG SANGAT KUAT



PEMBERAT PUKULAN TANGAN DAN KAKI



Kod Produk: MTI02
Stok: 1 Unit sahaja
Size: Saiz 16 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 166.00
Kos Pos: RM 10
Kos Jika Ingin Resize: RM 10 (UPAH TUKANG)


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


1 comment: