BADAR JOGO REKSO LOCK

 

TESTIMONI


Assalamualaikum dan salam bahagia semua, apa khabar? Abang Alhamdulillah sihat saja disini, area timur ni hujan tak berhenti.. abang pun nak masuk Gunung Tebu pun susah. Ingat nak pergi jugak minggu ni sebab ada perbincangan yang abang kena sertai dengan pihak Kesultanan Gunung Tebu. Baiklah pada hari ini abang datangkan BADAR JOGO REKSO untuk anda semua. Abang peroleh barang ini minggu lepas dalam bentuk raw dan abang hantar ke tukang canai siap ikat cincin untuk memudahkan urusan anda tak payah sibuk-sibuk pergi kedai cincin dah kan. Badar Jogo Rekso ini ialah pemberian dari Kerajaan Tanah Jawa sebagai tanda silaturrahim antara kami dan badar jenis ini lekat magnet, anda boleh cuba test dengan magnet ia akan melekat. 

Badar ini khusus untuk persediaan anda dalam pertempuran kerana badar ini mempunyai KHODAM PERANG YANG SANGAT KUAT DAN GANAS iaitu SANG JOGO REKSO. Sang Jogo Rekso ini ialah panglima dari Tanah Jawa yang diamanahkan untuk menjaga badar ini dan siap untuk berkhidmat kepada pemilik baru. Sang Jogo Rekso wujudnya seorang panglima yang mempunyai badan berotot tegap, berbaju merah, berseluar hitam, berkulit sawo matang, dan sentiasa membawa sebilah Keris Sundang di tangan kanannya. Keris Sundangnya yang besar dan panjang amat menggerunkan musuh. Ini pertama kali abang perolehi badar yang berkhodam kerana sebelum ini abang hanya dapat badar yang mempunyai khasiat semulajadi sahaja tapi kali ini anda dapat dua dalam 1 iaitu khasiat semulajadi badar dan kelebihan Sang Jogo Rekso. Khodam jenis ni pun kira khodam rare yang abang dapat, sangat sesuai kepada anda yang ingin menambah koleksi khodam anda dan menambah sahabat baru. Sang Jogo Rekso ini walaupun rupanya agak bengis tetapi beliau sangat ramah dengan pemiliknya. Macam mana abang tahu? Abang tahu la sebab abang dah pakai selama 3 hari huhu kita test dulu baru maharkan di blog. Sang Jogo Rekso ini antara Khodam Perang dari Tanah Jawa yang patut anda miliki In Sha Allah dijamin anda akan berpuas hati dengan khidmatnya. Namun semuanya dengan izin Allah ya.. jangan taksub dengan khodam. Ingat khodam hanya sebagai wasilah pembantu dalam hajat anda namun mereka bukan Tuhan. Mereka hanya "Khodam" yang juga bergerak dengan keizinan Tuhan. Abang tengok kat blog abang ni ramai yang suka amik khodam dan ingin abang nasihatkan sekali lagi.. kepada "penggemar khodam" anda hendaklah mempunyai amalan zikir yang banyak untuk memastikan rohani anda sentiasa kuat supaya mereka tunduk dengan arahan anda. Apa amalan zikir yang bagus? Antara yang bagusnya ialah zikir YA HAYYU YA QOYYUM dan LAHAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH. Itulah nasihat yang para guru abang berikan dan abang sampaikan juga kepada anda. 

Pemilik cincin ini perlu melakukan beberapa tatacara ketika cincin ini sampai iaitu membakar sebatang setanggi atau rokok surya lalu asapkan pada cincin sambil mengucapkan "Assalamualaikum wbt Sang Jogo Rekso" 3x . Itu saja dan kaedah penggunaan selebihnya akan abang ajarkan di ws ya. Cara pengasapan ini ialah untuk khodam ini kenal akan tuan barunya dan dapat berkhidmat untuk anda tanpa ragu2. Kalau anda kasyaf dan ada rezeki, ketika anda mengasapkan cincin ini dan memberi salam anda akan dapat melihat wujud kehadiran khodam ini dari arah depan in sha Allah. 


BADAR JOGO REKSO INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:


MEMBERI KEKEBALAN PADA PEMILIK DARI SERANGAN SENJATA TAJAM DAN SENJATA API


KETAHANAN BADAN DARI PUKULAN MUSUH

( KURANG RASA SAKIT )


PERSILATAN GHAIB PANGLIMA JOGO REKSO KETIKA TERDESAK

(BADAN AKAN REFLEKS SENDIRI MENGELAK DARI SERANGAN MUSUH DAN GERAKAN TUBUH AUTO MENYERANG MUSUH)


SEMANGAT KEBERANIAN LUAR BIASA

( DATANG 10 ORANG PUN TAK GOYANGG)


KEKUATAN PUKULAN YANG BERBISA


AURA PENGGERUN JOGO REKSO


PENUMBAL MUSUH


HALIMUNAN DARI MUSUH YANG CUBA MENGEJAR ANDA

( MEMBERI ARAHAN KEPADA JOGO REKSO UNTUK MENGELIRUKAN MATA MUSUH )


Kod Produk: BJR04
Stok: 1 Unit (ADA STOK DAPUR)
Size: Size 19-20 (BOLEH RESIZE) 
MAHAR: RM 205.55 
Kos Pos : RM 10

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


CORETAN ILMU

 


Assalamualaikum dan selamat pagi semua, abang tengok kat youtube tadi orang barat buat meditation boleh tahan jugak dorang ni, suka mencuba benda baru. Orang barat panggil meditation tetapi kita orang melayu panggil BERTAPA/KHALWAH/BERSULUK. Teringat dulu time mula belajar tentang pertapaan dengan guru. Mula-mula bosan sangat sebab kena berdiam diri tapi bila dah kenal erti pertapaan sebenar fuh memang ketagih jadinya. Sama macam ketagih dadah.. Asyik nak je. Sebab apa? Sebab bila kita dah sampai satu peringkat pertapaan sejati.. Kita akan perolehi ketenangan jiwa, focus dan mendamaikan jiwa yang resah. Antara ilmu pertapaan yang abang belajar dulu ialah KALIMAT SANG PERTAPA atau namanya ILMU NAZAR ALIF. Kalimat ini diwiridkan secara berulang-ulang kali ketika kita di dalam pertapaan. Ilmu ini bukan untuk orang yang mencari kesaktian, kekuatan dan kehebatan tetapi untuk orang yang mencari KESADARAN JIWA, mencari KESEJATIAN DIRI dan PEMBANGUNAN JIWA serta MEMBINA JATI DIRI supaya lebih unggul dalam kehidupan dan yang paling utama ialah untuk mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Ya tujuan utama melakukan pertapaan ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.. pertapaan ini konsepnya sama dengan TAFAKUR iaitu berdiam diri sambil merenungi dan menghayati sedalam-dalamnya. Ramai orang yang hanya mencari kesaktian dan kehebatan tetapi tidak mahu mengenal Si Pemberi kesaktian. Ramai orang spiritual hanya mencari ilmu yang memberikan keuntungan dunia tetapi sangat sedikit yang ingin mencari kesejatian diri sebab itu jika kita perhatikan.. guru-guru pertapa ni tak ramai muridnya kerana bidang mereka bukan khusus kepada duniawi tetapi lebih kepada mencari ketenangan jiwa. Ramai orang tidak sedar bahawa ilmu pertapaan ini sangat penting kerana ianya ialah ASAS UNTUK PEMULA YANG MEMASUKI DUNIA KEBATINAN. Kenapa asas? Kerana setiap pengamal kebatinan memerlukan jiwa yang stabil untuk menguasai sesebuah ilmu. Jiwa ialah asas bagi segala ilmu maka sebab itulah kita perlu kukuhkan "Tapak Jiwa" itu dahulu. Abang hanya berkongsi luahan hati.. amalan pertapaan/bersuluk ini sangat berjasa kepada diri abang kerana dari amalan ini abang membangunkan jiwa supaya lebih bersemangat dalam kehidupan, meningkatkan kesabaran diri, mencari jalan penyelesaian bagi sesebuah masalah dan dari amalan tapa diri ini jugalah abang memulakan langkah mengenal alam ghoib. 

Ada yang nak jadi seorang pertapa dan berminat nak belajar? Boleh tapi anda kena bersedia untuk korban diri selama 40 malam berturut-turut untuk bersuluk di ruangan kosong. Syaratnya tak wajib di gunung ganang pun tetapi perlu dilakukan di tempat yang kosong dan jauh dari gangguan suara. Abang berani jamin selepas 40 malam perubahan drastik pada diri anda akan berlaku.. baik dari segi pemikiran, gaya hidup dan sebagainya. Kelebihan secara ghaib? Ada tapi ianya mengikut pada rezeki masing-masing. Tidak terikat dengan kelebihan khusus.

SEPASANG MATA JIN SOLD OUT!





SAIZ 22-23






SAIZ 19


Assalamualaikum dan selamat tengahari semua, isteri abang tak lama lagi akan bersalin lagi abang baru settle buatkan air selusuh untuk beliau. Semoga Allah permudahkan urusan kelahiran anak abang kelak. Pada hari ini abang masukkan lagi item MATA JIN TUA yang abang perolehi dari Gunung Ledang dulu dan ianya mempunyai sepasang mata dalam 1 geliga. Jika sebelum ini MGT hanya masukkan Mata Jin Tua yang ada 1 mata sahaja. Apa bezanya? Ianya berbeza dari segi kekuatan dan 2 mata ini berbentuk angka 8 yang mana juga berfungsi sebagai penarik keberuntungan dan kerezekian In sha Allah. Geliga, ilmu dan lain2 hanyalah sebagai wasilah asbab kita sahaja namun yang mengizinkan ialah Allah SWT. Item ini juga sudah banyak terbukti membantu customer kami membuka mata batin mereka, sangat banyak testimoni tapi abang tak sempat nak screenshot satu-satu. Item ni jika dipadukan dengan ilmu Isim Alam Ghaib yang akan abang buka ijazahnya nanti lagi bagus dan tindak balas mata batin anda makin cepat dirasakan. Khadam Mata Jin Tua ini tugasnya khusus untuk membantu pemilik agar kasyaf dan terbuka mata batinnya. Ya khadam geliga ini hanya berfungsi dalam hal kasyaf dan indera keenam saja.. senang cerita pakai kasyaf jin la tuan-puan semua. Pakai kasyaf jin ini perkara biasa bagi beginner yang baru belajar nak kasyaf, kasyaf jin akan membantu mata anda untuk mendapatkan kasyaf insani iaitu kasyaf semulajadi yang telah Allah ciptakan pada tubuh kita. Anda pakai Mata Jin Tua ini dan bila dah dapat kasyaf permanent.. Mata Jin Tua ini anda boleh serahkan kepada orang lain pulak yang memerlukan. 

Tatacara anda memakai Mata Jin Tua ini ialah ketika pertama kali ini sampai ke tangan anda, sila asapkan dengan setanggi atau rokok surya dan terus pakai. Pengasapan setanggi ini sebagai pembuka untuk khadam tersebut mengenali anda dan berkhidmat kepada anda. Sekali je buat seumur hidup asapkan dengan setanggi tu ya tak perlu buat banyak kali pun. 


GELIGA MATA JIN INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:



MENAJAMKAN KASYAF PEMILIK (DIGENTEL SELEPAS SOLAT DENGAN PEJAMKAN MATA DAN FOCUS APA YANG ANDA INGIN LIHAT IN SHA ALLAH ANDA MAMPU MENEMBUSI ALAM JIN)



MEMBUKA KASYAF DAN MATA BATIN BAGI PEMILIK YANG BELUM KASYAF (CARA YANG SAMA JUGA LEPAS SOLAT)



MENAJAMKAN FIRASAT HATI



MAMPU MEMBACA ISI HATI ORANG LAIN



MAMPU BERKOMUNIKASI DENGAN JIN MELALUI BISIKAN HATI ATAU SECARA NYATA



PERISAI DARI SIHIR 


Kod Produk: MJT07&08
Stok: 1 Unit
Size: RUJUK DI ATAS
 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 213.70
Kos Pos : RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


PENGUMUMAN & JERTEH KEMBALI PULIH

 

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua, apa khabar? Ada yang terkesan dengan musibah banjir? Moga kita semua dilindungi oleh Allah SWT, abang baru saja siap bersihkan rumah abang di Jerteh ni dari sisa lumpur. Besar sungguh ujian Allah turunkan kali ini.. abang minta maaf kepada customer-customer kerana agak lewat pos barang-barang anda. Jnt dan poslaju pun semua lumpuh kerana office mereka dibanjiri air. Sebagai tanda mohon maaf abang kepada customer, abang akan sertakan item free gift dalam pengeposan barang anda sebentar lagi. Syukur kepada Allah kerana abang mempunyai customer yang memahami situasi kami di sini Alhamdulillah customer MGT semua baik-baik belaka. 

Mulai esok blog MGT akan kembali beroperasi dengan kemasukan item baru dan juga ijahazan ilmu yang abang janjikan dulu juga akan dimulakan. Abang ada 13 jenis ilmu hikmah yang akan abang masukan di blog dan ianya akan dilimitkan hanya pada beberapa orang saja. Siapa cepat dia dapat, moga ada rezeki anda memilikinya. Banjir yang berlaku kali ini bukanlah disebabkan air sungai yang melimpah tetapi kerana air hujan yang sangat banyak mencurah. Gunung Tebu pun ditenggelami air hujan hari tu dan lokasi suluk tempat abang selalu pergi tu pun masih kotor dengan sisa lumpur.. takpelah tempat lain ada cuma tinggi la sikit abang kena daki. 

ILMU LANUN TAHAN


Ilmu Lanun Tahan ini merupakan sebuah ilmu kaji usul tentang nama besi dan menyumpah besi agar tidak melukai diri kita. Ini bertujuan untuk anda bersahabat dengan besi dan beroleh kekebalan. Ilmu ini hanya menggunakan bacaan yang pendek dan hanya diamalkan sebelum tidur malam. Cukup simple dan efektif serta sesuai kepada sesiapa yang tak punya masa yang lama untuk beramal. Untuk melakukan amalan ilmu ini sebelum tidur anda hanya perlu satu jenis besi, ikut la besi apa dan benda apa pun yang penting berunsurkan besi. Ambil besi tersebut dan bacakan kalimat yang akan abang ajarkan kelak, buat sebelum tidur selama 40 Hari. In sha Allah anda akan lihat sendiri keajaibannya iaitu kekebalan dari sebarang senjata tajam yang diperbuat dari besi. Kenapa nama Lanun Tahan? Kerana ilmu ini berasal dari lanun-lanun pada zaman dahulu untuk melindungi diri mereka dari terluka serangan senjata besi. Ilmu ini boleh diamalkan untuk muslim dan juga non muslim. 

Pengijazahan macam mana abang? Pengijazahan hanya melalui segelas air kosong di rumah anda, anda hanya perlu hantar gambar air tersebut pada abang dan abang akan ritualkan dari jauh. Selepas anda selesaikan mahar keilmuan ini abang akan tetapkan hari dan waktu bila abang akan mulakan pengijazahannya ya. 


Kod Keilmuan: ILT
MAHAR KEILMUAN: RM 87.70
Mahar ini ialah kadar yuran anda berikan pada abang untuk mempelajari ilmu yang tak ternilai harganya. Duit bukan menjual ilmu tetapi pada menyatakan kesungguhan anda ingin belajar.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI








SALAM JUMAAT

 




Assalamualaikum dan salam jumaat buat pelanggan MGT semua, moga hari ini menjadi hari yang barokah buat kita. Ayat tersebut merupakan tuntutan agar kita mencari “wasilah” atau “jalan” menuju Allah SWT. Bagaimana untuk mendapatkan cara itu? Sudah tentu wajib berguru dengan orang yang boleh memimpin dan mengajar kita tentang zikir dan ketuhanan. In sha Allah



MATA HARIMAU KOTA BAYU







Alhamdulillah perolehan kali pertama dari Kerajaan Kota Bayu yang bertempat di Lata Bayu, Kedah. Siapa pernah pergi? Abang belum pernah sampai lagi.. in sha Allah ada masa abang ingat nak turun juga bawa family. Mata Harimau ini abang rasa semua tahu akan kelebihannya yang sangat sesuai untuk penguatkuasa, peguam dan hal-hal yang berkaitan menundukkan orang dan musuh. Abang cadangkan anda beli la 1 simpan untuk standby ketika bertemu musuh. Cantik pun cantik dan berkhasiat pulak tuu so anda dapat 2 kelebihan beli cincin ini iaitu untuk perhiasan di jari dan berkelebihan mistik. Barang di MGT memang wajib berkhasiat, kita tak jual barang kosong bang. 


FUNGSI MATA HARIMAU:

PENGGERUN AMPUH


MENUNDUKKAN ORANG BAWAHAN


MENGUATKAN DARAH DAN URAT DI DALAM BADAN


Kod Produk: MH01
Stok: 1 Unit 
Size: SIZE 22 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 101.00
Kos Pos: RM 10

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI


SITUASI BANJIR



  


Situasi banjir di jerteh, doakan kami semua selamat

GELIGA HAJI SALLEH LUBUK DALAM SOLD OUT!






TESTIMONI PEMAKAI GELIGA HAJI SALLEH!!



Salam sejahtera dan selamat tengahari semua, Alhamdulillah kali ini pemberian dari rakan karib abang iaitu Haji Salleh Lubuk Dalam. Kenapa Lubuk Dalam? Sebab beliau merupakan Penghulu di Kampung Lubuk Dalam. Perkampungan Lubuk Dalam merupakan kampung yang terkecuali dari mana-mana kerajaan bunian, mereka hidup bebas dengan kumpulan mereka sendiri dan diketuai oleh Haji Salleh Lubuk Dalam. Biarpun hanya perkampungan namun Lubuk Dalam mempunyai pasukan ketenteraan sendiri yang handal dalam menjaga keamanan mereka. 

Abang bertemu Haji Salleh Lubuk Dalam ini pada awalnya di dalam mimpi. Beliau hadir di dalam mimpi abang dengan bertujuan untuk bersahabat. Sebab apa nak bersahabat dengan abang? Maaf ini tak dapat diceritakan bagi menjaga rahsia diri abang huhu. Bangun saja abang dari tidur abang terus termenung "Siapa ya yang datang malam tadi? Ah tak apa lah malam ini aku terawangan tengok siapa" dan pada malamnya abang memanggil Tok Haji Salleh ini hadir. Beliau hadir dan dari situlah bermulanya persahabatan kami.. Beliau sentiasa turun tangan dan membantu jika abang urusan melibatkan alam ghaib. Pernah sekali dulu ketika mak abang ingin berpergian jauh, abang meminta beliau mengikuti mak abang dan jaga keselamatannya. Haji Salleh Lubuk Dalam ini sentiasa memakai serban, berkemeja lengan pendek, berseluar hitam, membawa keris di pinggang dan memegang tasbih di tangan kanannya. Hmm panjang pulak cerita abang ini hari huhu. Ok geliga ini sentiasa dipakai oleh anak-anak buah Haji Salleh Lubuk Dalam dalam peperangan.


GELIGA HAJI SALLEH LUBUK DALAM INI BERKELEBIHAN SEBAGAI: 



PAGAR DIRI DARI SERANGAN GHOIB



KEWIBAWAAN 
(DISEGANI ORANG RAMAI)



PERSILATAN GHOIB AWANG SI JAMBUL LEBAT
(TUBUH PEMILIK AKAN BERPENCAK SENDIRI MENGELAK DARI SERANGAN KETIKA DARURAT) 



KELEBIHAN SELEBIHNYA AKAN DIRASAI OLEH PEMILIK SENDIRI



Kod Produk : GHSLD03
Stok : 1 Unit
Size: Saiz 16-17 (BOLEH RESIZE) 
MAHAR : RM 130.00 SAHAJA 
PROMO : RM 99
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI







 

BADAR JOGO REKSO (KHODAM PERANG) LOCK!






Assalamualaikum dan salam bahagia semua, apa khabar? Abang Alhamdulillah sihat saja disini, area timur ni hujan tak berhenti.. abang pun nak masuk Gunung Tebu pun susah. Ingat nak pergi jugak minggu ni sebab ada perbincangan yang abang kena sertai dengan pihak Kesultanan Gunung Tebu. Baiklah pada hari ini abang datangkan BADAR JOGO REKSO untuk anda semua. Abang peroleh barang ini minggu lepas dalam bentuk raw dan abang hantar ke tukang canai siap ikat cincin untuk memudahkan urusan anda tak payah sibuk-sibuk pergi kedai cincin dah kan. Badar Jogo Rekso ini ialah pemberian dari Kerajaan Tanah Jawa sebagai tanda silaturrahim antara kami dan badar jenis ini lekat magnet, anda boleh cuba test dengan magnet ia akan melekat. 

Badar ini khusus untuk persediaan anda dalam pertempuran kerana badar ini mempunyai KHODAM PERANG YANG SANGAT KUAT DAN GANAS iaitu SANG JOGO REKSO. Sang Jogo Rekso ini ialah panglima dari Tanah Jawa yang diamanahkan untuk menjaga badar ini dan siap untuk berkhidmat kepada pemilik baru. Sang Jogo Rekso wujudnya seorang panglima yang mempunyai badan berotot tegap, berbaju merah, berseluar hitam, berkulit sawo matang, dan sentiasa membawa sebilah Keris Sundang di tangan kanannya. Keris Sundangnya yang besar dan panjang amat menggerunkan musuh. Ini pertama kali abang perolehi badar yang berkhodam kerana sebelum ini abang hanya dapat badar yang mempunyai khasiat semulajadi sahaja tapi kali ini anda dapat dua dalam 1 iaitu khasiat semulajadi badar dan kelebihan Sang Jogo Rekso. Khodam jenis ni pun kira khodam rare yang abang dapat, sangat sesuai kepada anda yang ingin menambah koleksi khodam anda dan menambah sahabat baru. Sang Jogo Rekso ini walaupun rupanya agak bengis tetapi beliau sangat ramah dengan pemiliknya. Macam mana abang tahu? Abang tahu la sebab abang dah pakai selama 3 hari huhu kita test dulu baru maharkan di blog. Sang Jogo Rekso ini antara Khodam Perang dari Tanah Jawa yang patut anda miliki In Sha Allah dijamin anda akan berpuas hati dengan khidmatnya. Namun semuanya dengan izin Allah ya.. jangan taksub dengan khodam. Ingat khodam hanya sebagai wasilah pembantu dalam hajat anda namun mereka bukan Tuhan. Mereka hanya "Khodam" yang juga bergerak dengan keizinan Tuhan. Abang tengok kat blog abang ni ramai yang suka amik khodam dan ingin abang nasihatkan sekali lagi.. kepada "penggemar khodam" anda hendaklah mempunyai amalan zikir yang banyak untuk memastikan rohani anda sentiasa kuat supaya mereka tunduk dengan arahan anda. Apa amalan zikir yang bagus? Antara yang bagusnya ialah zikir YA HAYYU YA QOYYUM dan LAHAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH. Itulah nasihat yang para guru abang berikan dan abang sampaikan juga kepada anda. 

Pemilik cincin ini perlu melakukan beberapa tatacara ketika cincin ini sampai iaitu membakar sebatang setanggi atau rokok surya lalu asapkan pada cincin sambil mengucapkan "Assalamualaikum wbt Sang Jogo Rekso" 3x . Itu saja dan kaedah penggunaan selebihnya akan abang ajarkan di ws ya. Cara pengasapan ini ialah untuk khodam ini kenal akan tuan barunya dan dapat berkhidmat untuk anda tanpa ragu2. Kalau anda kasyaf dan ada rezeki, ketika anda mengasapkan cincin ini dan memberi salam anda akan dapat melihat wujud kehadiran khodam ini dari arah depan in sha Allah. 


BADAR JOGO REKSO INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:


MEMBERI KEKEBALAN PADA PEMILIK DARI SERANGAN SENJATA TAJAM DAN SENJATA API


KETAHANAN BADAN DARI PUKULAN MUSUH

( KURANG RASA SAKIT )


PERSILATAN GHAIB PANGLIMA JOGO REKSO KETIKA TERDESAK

(BADAN AKAN REFLEKS SENDIRI MENGELAK DARI SERANGAN MUSUH DAN GERAKAN TUBUH AUTO MENYERANG MUSUH)


SEMANGAT KEBERANIAN LUAR BIASA

( DATANG 10 ORANG PUN TAK GOYANGG)


KEKUATAN PUKULAN YANG BERBISA


AURA PENGGERUN JOGO REKSO


PENUMBAL MUSUH


HALIMUNAN DARI MUSUH YANG CUBA MENGEJAR ANDA

( MEMBERI ARAHAN KEPADA JOGO REKSO UNTUK MENGELIRUKAN MATA MUSUH )


Kod Produk: BJR03
Stok: 1 Unit (ADA STOK DAPUR)
Size: Size 19-20 (BOLEH RESIZE) 
MAHAR: RM 205.55 
Kos Pos : RM 10

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI

GELIGA PANGLIMA ALAM PROMO

 

 


Geliga di atas ialah pemberian dari PANGLIMA ALAM yang merupakan barisan panglima yang menjaga kedaulatan Kerajaan ****** S***. Abang terpaksa merahsiakan nama kerajaan tersebut atas permintaan saudara kita PANGLIMA ALAM. Hal ini kerana kerajaan tersebut ada menjaga harta khazanah yang diamanahkan oleh seseorang. Kali pertama abang bertemu PANGLIMA ALAM, beliau berbadan tegap dan agak bengis mukanya tapi beliau seorang yang peramah. Beliau sangat handal dalam ilmu persilatan Ibu Gayong Alam. Tau ibu gayong? alaaa yang bersilat pakai gerak rasa tu dan kita boleh berniat nak silat apa in sha Allah kita dapat. Beliau mempunyai ilmu kebatinan yang juga agak tinggi, katanya beliau pelajarinya dari seorang pertap. Ianya sudah diikat dengan perak alpaka bermutu tinggi dan batunya hidup, akan berubah warna mengikut aura pemilik.



GELIGA INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:



GERAK REFLEKS KETIKA DISERANG MUSUH (IBU GAYONG)



KEKEBALAN DARURAT



PENAKLUK DAN PENUNDUK (SENANG JADI KETUA)




Kod Produk: GPA02
Stok: 1 Unit
Size: Saiz 17 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 125
PROMO: RM 99
Kos Pos: RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI



MATA JIN TUA SOLDOUT!!

 



MJT05 SIZE 19



MJT06 SIZE 19-20


Assalamualaikum dan selamat pagi semua, apa khabar? abang dah sihat sepenuhnya.. banyak kerja abang tertangguh aduiii. MATA JIN TUA ni ialah perolehan abang dari Bukit Bauk, Dungun. Korang pernah dengar Bukit Bauk? Siapa kenal tahu la sejarah Bukit Bauk.. tersimpan 1001 kisah mistik di sana. Tempat pertapaan yang agak rare di tepi pantai. Bukit Bauk ni tepi laut dan ada jalan laut untuk sampai ke kaki bukit Bauk. Geliga ini khasiatnya hampir sama dengan mata jin sebelum ini cuma jenis ini ianya berkhadam. Khadam Mata Jin Tua ini tugasnya khusus untuk membantu pemilik agar kasyaf dan terbuka mata batinnya. Ya khadam geliga ini hanya berfungsi dalam hal kasyaf dan indera keenam saja.. senang cerita pakai kasyaf jin la tuan-puan semua. Pakai kasyaf jin ini perkara biasa bagi beginner yang baru belajar nak kasyaf, kasyaf jin akan membantu mata anda untuk mendapatkan kasyaf insani iaitu kasyaf semulajadi yang telah Allah ciptakan pada tubuh kita. Anda pakai Mata Jin Tua ini dan bila dah dapat kasyaf permanent.. Mata Jin Tua ini anda boleh serahkan kepada orang lain pulak yang memerlukan. 

Tatacara anda memakai Mata Jin Tua ini ialah ketika pertama kali ini sampai ke tangan anda, sila asapkan dengan setanggi atau rokok surya dan terus pakai. Pengasapan setanggi ini sebagai pembuka untuk khadam tersebut mengenali anda dan berkhidmat kepada anda. Sekali je buat seumur hidup asapkan dengan setanggi tu ya tak perlu buat banyak kali pun. 


GELIGA MATA JIN INI BERKELEBIHAN SEBAGAI:



MENAJAMKAN KASYAF PEMILIK (DIGENTEL SELEPAS SOLAT DENGAN PEJAMKAN MATA DAN FOCUS APA YANG ANDA INGIN LIHAT IN SHA ALLAH ANDA MAMPU MENEMBUSI ALAM JIN)



MEMBUKA KASYAF DAN MATA BATIN BAGI PEMILIK YANG BELUM KASYAF (CARA YANG SAMA JUGA LEPAS SOLAT)



MENAJAMKAN FIRASAT HATI



MAMPU MEMBACA ISI HATI ORANG LAIN



MAMPU BERKOMUNIKASI DENGAN JIN MELALUI BISIKAN HATI ATAU SECARA NYATA



PERISAI DARI SIHIR 


Kod Produk: MJT05&06
Stok: 1 Unit
Size: Size 19 & 20
 (BOLEH RESIZE)
MAHAR: RM 213.70
Kos Pos : RM 10


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN SILA KLIK SINI