HARI ILMU DAN MASALAH TEKNIKAL



ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM SEMUA


Abang ingin membuat sedikit pengumuman pada malam ini bahawa blog MGT akan cuti pada hari esok atas sebab masalah teknikal di blog, segala kesulitan amat dikesali. Abang perlu betulkan system blog ini kerana ada masalah di bahagian posting dan system. Blog jadi jammed dan posting kejap ada kejap tiada di blog so esok jugak abang kena operasi baiki supaya segala urusan di blog selepas ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.


Berkenaan hari ilmu, Hari Ilmu akan dilancarkan pada hari Khamis ini iaitu abang akan releasekan 3 Keilmuan baru untuk pengijazahan di blog. Oleh yang demikian, blog MGT pada hari khamis ini tidak akan masukkan sebarang geliga atau permata bagi memberi laluan kepada keilmuan baru. Keilmuan yang abang akan ijazahkan kali ini dan seterusnya ialah ilmu yang menjadi pakaian abang sendiri sejak sekian lamanya, ilmu level tinggi dan bukan ilmu "cap ayam". Jangan risau segala ilmu di blog MGT dijamin puas hati dan mujarab in sha ALLAH. Setakat ini abang ada 9 jenis ilmu yang ingin abang ijazahkan di blog, abang akan masukkan 3 ilmu setiap hari khamis. Ada ilmu dari bacaan jampi, doa, ayat Al-Quran dan dari jenis isim. 


Isim itu apa bang? Isim ini antara ilmu level tinggi yang memerlukan bacaan pendek namun luarbiasa. Isim ni dalam bahasa arab, dalam bahasa melayu bererti "Nama". Isim pula terbahagi kepada dua jenis iaitu isim yang menggunakan Nama ALLAH SWT yang Agung dan isim yang menggunakan ilmu usul iaitu nama sebenar nama sesuatu perkara untuk kita amalkan agar kita dapat manfaatnya. Abang antara penggemar "Keilmuan Isim" dan sangat menyukai ilmu jenis tersebut kerana ianya hanya menggunakan kalimat pendek dan ayat yang pendek namun kegunaannya sangat banyak sekali dalam kehidupan. Abang ada banyak ilmu isim, antaranya Isim Harimau Kumbang, Isim Harimau Panglima Awang dan lain-lain lagi. In sha Allah akan keluar di blog satu persatu. Non-Muslim boleh belajar ke abang megat? Non-Muslim hanya boleh pelajari Ilmu Lanun Tahan dan Isim Harimau Kumbang seingat abang, itu pun dah cukup dah tuan-puan semua. 


KEILMUAN YANG BAKAL DIIJAZAHKAN PADA HARI KHAMIS INI:


1. ISIM BESI KUNINGAN


2. ILMU LANUN TAHAN


3. ILMU RAJA PASONG 


Kesemua keilmuan di atas diijazahkan hanya melalui segelas air tanpa perlu kirim sebarang pil. Anda ambil gambar segelas air dan hantar pada abang melalui ws, abang akan ritualkan dari jauh lalu anda minum. Pengijazahan selesai.. keilmuan akan diberi dalam bentuk pdf. Abang tengah siapkan pdf keilmuan lagi ni doakan urusan abang dipermudahkan ya. Ini saja ikhtiar abang untuk membantu masyarakat agar mereka mempunyai ilmu menghadapi peperangan dan serangan ghaib. 


SEKIAN TERIMA KASIH 



1 comment:

  1. Semoga dipermudahkan urusan abg megat..x sbr nk beramal utk tambah pakain diri

    ReplyDelete