SOALAN DAN JAWAPAN

 

Assalamualaikum semua dan selamat pagi, apa khabar? moga semuanya dalam keadaan baik-baik saja ya. Abang baru saja sedang siapkan khodam pada pemahar-pemahar Program Pengisian Khodam Pendamping, ada sikit lagi baki yang belum disiapkan. Kepada pemahar-pemahar khodam, abang harap bersabar sedikit ya.. abang akan pos pada petang ini atau selewat-lewatnya pada esok hari. Di sini abang ingin menjawab seputar persoalan dari pelanggan baik dari ws dan blog, jawab sini so semua boleh baca kan.


1. Khodam yang abang isikan ini adakah boleh menjadi saka dan merbahaya ketika nak mati nanti?

Khodam yang abang isikan tidak menjadi saka tuan-puan jangan risau kerana khodam yang abang isikan pada tuan-puan dari golongan Jin Muslim yang sudah dibuat perjanjian oleh abang sendiri. Perjanjiannya ialah khodam akan kembali pada tempat asal apabila tenaga diri pemilik sudah tinggal sedikit. Tenaga diri pemilik tinggal sedikit? Ianya bermaksud ketika pemilik sudah di hujung nyawa maka tenaga akan berkurang dengan drastik maka ketika itulah khodam akan datang dan mendoakan pemilik dan mengucapkan salam perpisahan lalu kembali ke tempat mereka. Sebab tu khodam dalam program ini tak boleh diwarisi oleh sesiapa, hanya untuk pemilik sahaja.



2. Khodam yang abang isikan ni kuat ke?

Kuat.. sebab khodam yang abang isikan bukan level tepi jalan sebab tu harga dia mahaiii. Jangan risau kalau berurusan dengan abang, in sha Allah puas hati.



3. Khodam ni kena bagi makan ke?

Tak perlu bagi makan cuma setahun sekali pemilik kena sediakan segelas air kelapa dan sebatang setanggi lalu diletakkan di bilik yang kosong, tinggalkan selama 15 minit dan settle. Air Kelapa ni bukan bagi depa makan tapi khodam dari Abang ni suka bau air kelapa dan asap setanggi. Kalau khodam diluar sana kebanyakkannya suka bau minyak wangi non alkohol tapi kalau yang abang punya ni suka bau air kelapa dan asap setanggi. Pelik kan? Barang rare memang la pelikkk tuan-puan huhu

Kalau kena sajikan makanan ni tuan-puan kena hidangkan lauk pauk seperti orang dulu2 hidangkan seperti ayam golek, nasi putih, telor rebus, pulut kuning dan kopi tawar. Yang abang punya takde la yang bersifat macam tuuu. Kita isi yang tak banyak syarat, tak memudaratkan pemilik ketika di akhir hayat nanti dan kekuatannya pun puas hati.



4. Khodam ni boleh buat semua benda ke abang megat?

Khodam boleh diarahkan buat semua benda kecuali kerja membunuh orang depa tak mau sebab depa dari golongan muslim kan. Golongan Jin Muslim ni tak suka bunuh orang suka-suka kecuali jika pemilik diancam oleh sihir sehingga boleh membawa mati baru depa akan bertindak.



5. Ada amalan ke abang megat untuk khodam ni?

Tak ada pun... khodam abang sediakan ni tak perlu amalan kerana mereka sudah sedia kuat.



6. Adakah khodam ini boleh diperintah melakukan tugas khusus?

Ya boleh, abang akan ajarkan dalam pdf bagaimana untuk memerintah mereka. Kalau kita tak perintah dorang tak buat keje ke? Dorang buat kerja.. dorang jalankan tanggungjawab seperti yang telah dinyatakan dalam posting khodam sebelum ini. Perintah ni jika pemilik ada hajat khusus seperti suruh khodam jaga anak pemilik yang pergi kem di hutan ke haa tu perlu arahan dari pemilik. 



7. Khodam ni ada pantang ke abang megat?

Ya ada pantang.. pantangannya ialah berzina dan maksiat, jika pemilik melakukan hal tersebut maka khodam akan kembali ke tempat asal serta-merta. Khodam yang abang maharkan ni jenis kuat agama, dorang cukup strict bab zina dan maksiat.



8. Bila barang baru akan masuk abang megat? Barang apa yang masuk?

Barang akan masuk pada hari esok pukul 1 tengahari. Barang2 yang akan masuk ada yang geliga berkhodam dari alam jin dan ada juga penarikkan dari alam bunian yang best2 Alhamdulillah


9. Abang dah tak buka ijazah ilmu baru je?

Ada in sha Allah akan dibuka pengijazahan ilmu baru, hujung bulan ni kot. Abang pun masih dalam kira-kira lagi nak buka ilmu apa. Antara yang ada dalam kepala abang ni ialah Ijazah Doa Pedang Api, Ilmu Besi Kuningan dan beberapa lagi.. in sha Allah doakan urusan abang dipermudahkan ya.

5 comments:

  1. Replies

    1. Terima kasih tuan jebat, program khodam dapat sambutan yang cukup ramai.
      So kita jawab dalam ni je terus

      Delete
  2. Alhamdulillah .dengan media Dan ilmu yang abang kongsikan .dapat membantu orang yang memerlukan. .terimakaseh bang megat.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah terbaik abg megat..x sbr nk belajar ilmu doa pedang api & besi kuningan

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum abg megat,klau khodam naga emas brapa maharnya?

    ReplyDelete