SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

 



Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pelanggan abang dan selamat bercuti ya! Esok moga mudah urusan anda semua melapah lembu. Blog MGT akan bercuti selama 2 hari sempena Hari Raya Aidiladha dan akan kembali beroperasi pada hari selasa ini. Blog abang ni cuti ikut pejabat pos cuti sebenarnya huhu, kalau beroperasi pun tak boleh buat pengeposan jugak kan. Jadi kepada customer yang abang belum pengeposan, abang akan pos kesemuanya hari Selasa ini ya.

Di kesempatan ini juga abang ingin memberitahu bahawa selepas cuti hari raya Aidiladha ini, Perguruan Megat Gunung Tebu akan kembali mengijazahkan keilmuan-keilmuan yang baru iaitu:


1. Ilmu Lanun Tahan 
Amalannya para lanun dan pahlawan zaman dahulu untuk keselamatan diri. Ada kisah menarik tentang ilmu ini nanti abang ceritakan bila abang buka ijazahnya nanti dan ilmu ini bebas dipelajari oleh MUSLIM DAN NON MUSLIM kerana ilmu ini hanya sebuah jampi usul yang pendek yang berisi "Sumpah Besi" dan terbukti mujarabb.



2. Isim Besi Kuningan
Ilmu ini untuk kekebalan diri dan penegak semangat diri dalam berperang in sha Allah terbukti mujarab, amalan hanya selama 7 malam. Abang akan ceritakan detail dalam post khusus ya. 




Dan banyak lagi pengijazahan akan dibuka di blog MGT, In Sha Allah satu persatu ya.. ilmu yang dibuka semuanya sudah terbukti pada diri abang selama ini. Prinsip abang ni kalau ilmu tak jadi, kita tak ajar orang lorhhh.




No comments:

Post a Comment