ISMUL ADZOM RAJA THOLUT



Assalamualaikum dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua pengunjung setia blog MGT. Abang juga dengan rendah hati memohon maaf zahir dan batin selama kita berurusan ya.

Baik kita lanjut pada tujuan utama iaitu sebuah keilmuan yang ingin abang turunkan pada bulan Ramadhan tetapi disebabkan kekangan masa maka abang keluarkan pada hari ini. Ilmu ini bernama ISMUL ADZOM RAJA THOLUT. Ismul Adzom bermakna "NAMA ALLAH YANG AGUNG" dan perlu anda ketahui bahawa Ismul Adzom terbahagi kepada 3 bahagian:

1. ISMUL ADZOM KENABIAN - Yang diturunkan kepada para nabi dan rasul
2. ISMUL ADZOM KEWALIAN - Yang diturunkan kepada para waliyullah
3. ISMUL ADZOM MALAK - Yang diturunkan kepada para malaikat

Ismul Adzom kali ini ialah milik RAJA THOLUT, tahukah anda tentang sejarah Raja Tholut? Pada yang menggemari sejarah islam pasti akan mengetahui tentang diri beliau dan kemegahannya. Ok mari kita kupaskan secara lanjut tentang THOLUT SANG PERKASA ini. Raja Tholut ialah raja yang diangkat oleh Allah SWT untuk memimpin Bani Israil dan menentang penjajahan dan kezaliman. Tholut pada awalnya hanyalah pemuda soleh dari golongan orang biasa namun memiliki perwatakan yang tinggi, gagah, memiliki hati yang suci dan mempunyai pemikiran yang luas serta bijaksana. Selain itu, beliau juga merupakan cucu cicit kepada Sayyidina Bunyamin saudara kepada Nabi Yusof AS. Walaupun begitu beliau hanyalah seorang penggembala yang miskin namun mempunyai akhlak yang baik serta beriman orangnya. Nabi bagi kaum Bani Israil pada zaman itu ialah Nabi Syamuel dan beliau menerima wahyu dari Allah SWT bahawa "AKAN ADA SEORANG PEMUDA YANG BERIMAN YANG AKAN DIANGKAT OLEH ALLAH SEBAGAI RAJA BAGI BANI ISRAIL IAITU THOLUT" maka Nabi Syamuel langsung menyampaikan berita ini kepada Tholut dan kaum Bani Israil. Tholut hampir tidak percaya tentang hal tersebut kerana beliau hanyalah orang biasa dan Bani Israil juga tidak mahu mengakui beliau sebagai raja serta meremehkan Tholut.

Oleh hal yang demikian Allah Taala menunjukkan kekuasaannya dan membuktikan kebenaran wahyunya dengan menghadirkan PETI TABUT milik Nabi Musa AS kepada Tholut di hadapan kaum Bani Israil dan akhirnya kaum Bani Israil mengakui Tholut sebagai raja mereka dan tunduk kepadanya.

Hal ini diceritakan di dalam:
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

"Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu yang menunjukkan benarnya dari Allah ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi sesuatu yang memberi ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan berisi sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman"."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 248)

Setelah itulah bermulanya era pemerintahan kerajaan Raja Tholut yang megah dan hebat didalam penaklukan dan menentang kezaliman raja-raja yang zalim. Adapun kehebatan Raja Tholut ini sudah diakui di dalam Kitab Al-Quran yang mulia yakni: 
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

"Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilih Talut menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam keluasan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan ingatlah, Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas rahmatNya dan pengurniaanNya, lagi meliputi ilmuNya."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 247)

Demikianlah bukti nyata tentang keagungan kerajaan Raja Tholut. Beliau "dilantik" secara direct oleh Allah Taala menjadi pemimpin bagi bani israil dan itulah keistimewaan beliau berbanding raja-raja yang lain. Beliau berjaya menyatupadukan semula kaum Bani Israil dan berjaya membentuk pasukan tentera yang kuat dan handal di dalam peperangan.  Kerajaan yang hebat terbentuk kerana pemimpinnya yang HEBAT. Raja Tholut dikenali sebagai seorang yang GAGAH PERKASA DAN MEMPUNYAI PELBAGAI KAROMAH YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWTApakah pangkat Raja Tholut? Adakah beliau seorang nabi atau waliyullah? Itulah yang menjadi perbahasan di kalangan ulamak ahli hikmah. 

Kaum Bani Israil kembali menjadi kaum yang megah dan digeruni ketika di bawah pemerintahan beliau namun apakah rahsia disebalik kehebatan Raja Tholut? Rahsia di sebalik kehebatan dan karomah beliau ialah ISMUL ADZOM yang diamalkan olehnya. Dengan wasilah Ismul Adzom inilah beliau dikurniakan pelbagai karomah dan kelebihan yang tak terkalahkan. Ismul Adzom ini abang terima ijazahnya dari salah seorang guru abang yang ahli di dalam keilmuan Ismul Adzom dan inilah salah satu Ismul Adzom yang teragung, abang yakin bahawa anda tidak akan jumpa keilmuan ini melainkan di Perguruan Megat Gunung Tebu sahaja Alhamdulillah. Ismul Adzom Raja Tholut ini terdiri dari 4 Kalimat pendek sahaja yang dapat dihafal kurang dari 3 minit dan cara amalannya juga ringkas dan tak membebankan. Abang sarankan kepada anda baik lelaki mahupun wanita agar memiliki ilmu ini sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan sebagai wasilah untuk menjayakan hajat keduniaan anda kerana ianya bersifat MULTIHAJAT. Ya itulah keistimewaan Ismul Adzom yakni "MEMOHON APA SAJA KEPADA YANG MAHA ESA DENGAN MENGGUNAKAN NAMA-NAMA ALLAH YANG AGUNG". Bacakanlah ismul adzom ini setiap kali anda berdoa dan bermunajat kepada Allah nescaya menguntungkan anda disamping menambah keimanan kepada Allah SWT

ANTARA KEISTIMEWAAN YANG ANDA AKAN RASAKAN APABILA MENGAMALKAN ISMUL ADZOM RAJA THOLUT INI: 

1. MEMPEROLEHI KAROMAH RAJA THOLUT YANG DICERITAKAN DI DALAM 2 AYAT AL-QURAN DI ATAS (SIRRUL KAROMATUL THOLUT)

2. DIBERIKAN KEKUATAN PENAKLUKAN DAN KEMENANGAN DALAM PEPERANGAN MAUPUN URUSAN PERDEBATAN, MAKHAMAH, TENDER PROJECT DAN HAL-HAL YANG BERSIFAT "PERTANDINGAN" 

3. DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSANNYA DAN DIKABULKAN SEGALA HAJAT DUNIAWINYA

4. DIBERIKAN ILHAM KEBIJAKSANAAN DALAM MENYELESAIKAN SEBARANG PERMASALAH DAN MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN

5. MENDAPAT PERKHABARAN RAHSIA-RAHSIA GHAIB

6. DICINTAI, DIHORMATI DAN DIMULIAKAN OLEH PARA PEMBESAR   

7. DIBERIKAN KEKUASAAN DAN PENGARUH BAIK DALAM KUMPULAN, JABATAN ATAUPUN MASYARAKAT 

8. KEWIBAWAAN DAN DITUNDUKKAN BAGINYA SEKALIAN GOLONGAN MANUSIA AGAR SENANG MERAIH PENGIKUT DAN MERAIH KEPERCAYAAN RAMAI

9. MENAMBAH BAROKAH DAN KEBERKATAN DI DALAM KEHIDUPANNYA 

10. DIJAGA OLEH ALLAH SWT DARI SEBARANG MUSIBAH DAN BAHAYA 

11. MENDATANGKAN TUAH DAN KEMAJUAN DALAM SESEBUAH USAHA YANG DILAKUKAN OLEH PENGAMAL (KEJAYAAN DI DALAM BIDANG YANG ANDA TUMPUKAN) 

12. MEMPUNYAI KEUNGGULAN DALAM MENARIK KEREZEKIAN DAN KEKAYAAN
(YA ALLAH BI BAROKATI ISMUL ADZOM RAJA THOLUT MAKA KURNIAKANLAH PADAKU KEKAYAAN MELALUI JALAN XXXXX AKAN ABANG AJARKAN FULL DI DALAM PDF) 

DEMIKIANLAH ANTARA MANFAAT DAN KAROMAH YANG TERDAPAT DI DALAM ILMU INI. ANDA AKAN NIKMAT SENDIRI KEKUATAN MULTIHAJAT ISMUL ADZOM RAJA THOLUT INI APABILA MENGAMALKANNYA DENGAN IKHLAS DAN PENUH PENGHARAPAN KEPADA ALLAH. 

Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. 

MAHAR KEILMUAN RAJA THOLUT:

SEBANYAK RM 248 SAHAJA 


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 



Assalamualaikum dan salam bahagia buat semua , selamat hari raya Aidilfitri dan abang menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin jika ada salah silap selama blog MGT ini ditubuhkan.

BERIKUT ADALAH TESTIMONI PENGAMAL MALIKUL KHOMSI ALHAMDULILLAH REZEKI BELIAU BERTEMU SECARA NYATA 


GAMBAR DI BAWAH PULA ADALAH TESTIMONI DARI PENGAMAL MALIKUL GHULAM AL-KUBRO. SEBENARNYA BANYAK SANGAT TESTIMONI YANG ABANG TERIMA CUMA TAK MUAT POSTING KALAU NAK UPLOAD SEMUA HEHE ALHAMDULILLAH



PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU SENTIASA AKAN HIDANGKAN ILMU YANG SUDAH TERBUKTI MUJARAB DAN IN SHA ALLAH PERJUANGAN PERGURUAN INI AKAN DITERUSKAN SEHINGGA KIAMAT. MATLAMAT ABANG ADALAH INGIN MELAHIRKAN LEBIH RAMAI LAGI AHLI HIKMAH DI DUNIA UNTUK BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT DAN MENANTANG AHLI HIKMAH PENIPU YANG TELAH MENCEMARKAN IMEJ INDUSTRI SPIRITUAL.

BILAKAH ISMUL ADZOM RAJA THOLUT AKAN DIKELUARKAN? IN SHA ALLAH PADA MINGGU INI IANYA AKAN KELUAR DAN BAKAL MENGGEMPARKAN DUNIA SPIRITUAL MODERN KERANA ILMU INI SANGAT LANGKA DAN HANYA ADA DALAM DADA PARA GURU TUA SAHAJA. PELBAGAI KEILMUAN LAGI AKAN MENYUSUL KELUAR DI BLOG IN SHA ALLAH.  



KALIMAT MALIKUL GHULAM AL-KUBRO




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Sempena memuliakan bulan Ramadhan yang kian berakhir maka abang membuka ijazah ilmu khodam yang agong MALIKUL GHULAM AL-KUBRO. Ilmu ini merupakan antara ilmu khodam peringkat tertinggi yang pernah abang miliki dan ijazah ilmu ini hanya abang khususkan KEPADA MEREKA YANG SUDAH MEMPUNYAI SANAD PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU SAHAJA yakni orang yang sudah pernah memaharkan ijazah keilmuan dari abang walaupun hanya sebuah ilmu. Kerahsiaan ilmu ini masih terjaga rapi dan utuh di dalam dada abang dan tidak pernah lagi diturunkan pada sesiapa sebelum ini. 

Malikul Ghulam Al-Kubro ini diturunkan kepada abang beserta seutas tasbih milik guru. Pada awalnya abang hanya ingin memiliki tasbih tersebut sahaja kerana ianya sudah digunakan oleh guru bertahun lamanya di dalam ritual dan khalwah beliau tetapi apabila rezeki sudah ditetapkan oleh Allah SWT, guru abang menjabat lalu mengijazahkan Malikul Ghulam ini kepada abang. Perasaan pada ketika itu sangat gembira dan bahagia kerana abang sudah lama mengidamkan Kalimat Malikul Ghulam Al-Kubro ini Alhamdulillah.

Malikul Ghulam Al-Kubro ialah seorang RAJA JIN MUSLIM YANG SANGAT TUA DAN LANGKA. Sangat tua? Abang mengatakan beliau merupakan raja jin muslim yang sangat tua kerana beliau telah wujud pada ZAMAN NABI NUH AS lagi. Beliau juga antara raja jin yang turut serta MEMBANTU MENYELAMATKAN UMAT NABI NUH AS ketika bumi dilanda banjir besar. Keterangan tentang ilmu ini memang benar-benar membuatkan abang terkejut dan kagum seketika. Selain itu, Malikul Ghulam ini juga pernah berkhidmat kepada NABI SULAIMAN AS sebagai PANGLIMA PERANG KERAJAAN NABI SULAIMAN. Beliau antara 8 Raja Jin yang menjadi Panglima Utama kepada Nabi Sulaiman. Keterangan ini abang perolehi dari guru abang ketika beliau menurunkan ilmu ini dan kata beliau keterangan ilmu ini juga sudah dibahas dan diakui di dalam kitab para ulamak yang arif dalam bidang ilmu hikmah.  Menyelamatkan umat Nabi Nuh dan berkhidmat sebagai panglima perang Nabi Sulaiman sudah memberi gambaran yang cukup jelas kepada kita bahawa Malikul Ghulam ini bukan calang-calang dan kehebatannya sudah diakui sejak ribuan tahun lagi. Malikul Ghulam ini mempunyai nama penuhnya dan ianya akan abang dedahkan kepada murid yang mempelajari ilmu ini sahaja. 

"Ketahuilah wahai saudaraku bahawa Malikul Ghulam ini mempunyai wujud aslinya yang tersendiri yakni KAKINYA DI BUMI DAN KEPALANYA DI LANGIT, MEMPUNYAI FIZIKAL TUBUH YANG BESAR DAN GAGAH PERKASA SERTA SENTIASA MEMAKAI BAJU PERISAI BESI LAYAKNYA SEPERTI PANGLIMA PERANG YANG GANAS."

Bentuk wujudnya telah abang saksikan sendiri ketika meritualkan ilmu ini dulu. Kalimat Malikul Ghulam ini juga telah abang sempurnakan lagi dengan "memanaskan" ilmu ini pada 10 hari terakhir Ramadhon in sha Allah sangat mujarab dan berkah. Ilmu ini tidak memerlukan puasa dan ritual yang memberatkan bahkan kalimat ilmu ini sangat pendek kurang dari 4 PATAH PERKATAAN SAHAJA dan hanya memerlukan waktu kurang dari 45 minit untuk mengamalkannya pada waktu malam. Anda mampu menghadirkannya secara nyata dengan mengikut tatacara yang akan abang ajarkan namun kepada anda yang takut untuk bertemu dengannya tetapi tetap ingin memiliki kesaktian ilmu ini maka abang akan ajarkan tatacara yang lain.  

Abang juga akan bekalkan anda dengan:

1. KALIMAT PENUNDUK MALIKUL GHULAM AL-KUBRO untuk memerintah dan menggunakan kehebatan beliau melaksanakan hajat anda. Kalimat ini tidak sama dengan kalimat penunduk malikul khomsi kerana setiap ilmu mempunyai kalimat yang berbeza untuk memerintah.

2. Abang akan bekalkan juga dengan TAWASSUL TUJUH HARI yakni tawassul kepada malaikat khusus yang menjaga hari. Tawassul Tujuh Hari ini sangat penting kerana di dalam pengamalan ilmu suryani anda perlu menghadiahkan al-fatihah kepada malaikat yang menjaga hari bagi mempercepatkan ''Proses Kemujaraban'' ilmu yang anda amalkan pada hari tersebut.


Cukup dengan mempunyai 1 ilmu ini saja anda mampu menjadi ahli hikmah tingkat tinggi untuk melaksanakan pelbagai hajat keduniaan dengan menggunakan kesaktian yang ada pada Malikul Ghulam dan ianya sudah dibuktikan oleh abang sendiri dalam mengatasi kes yang berat. 

ANTARA KAROMAH MALIKUL GHULAM AL-KUBRO INI:   

1. URUSAN HARTA DAN KEKAYAAN YAKNI PENGAMAL MAMPU MENARIK KEKAYAAN SECARA GHAIBIYYAH SERTA MELARISKAN DAGANGAN

2. PENARIKKAN DAN MENGESAN KEDUDUKAN HARTA DALAM PERUT BUMI DENGAN BISIKAN YANG MALIKUL GHULAM AKAN SAMPAIKAN KEPADA ANDA

3. URUSAN PERUBATAN YAKNI PENGAMAL MAMPU MENGUBATI PENYAKIT SIHIR YANG BERAT

4. MENGHALAU DAN MENGHANCURKAN KERAJAAN JIN JAHAT (TERGANTUNG KEPADA NIAT ANDA SAMA ADA INGIN MENGHALAU ATAU MENGHANCURKAN TERUS JIN TERSEBUT)

5. MENAKUTKAN DAN MENUNDUKKAN SEKALIAN BANGSA JIN 

6. PENGAMAL MEMPUNYAI DAYA PERISAI DIRI DAN PENUMBAL YANG DAHSYAT

7. DAYA KEWIBAWAAN DAN MENGUKUHKAN KEDUDUKAN ANDA DARI DIJATUHKAN OLEH SESIAPA

8. URUSAN PENGASIHAN TINGKAT TINGGI BAIK UNTUK ORANG YANG ANDA SUKAI ATAU MEMBANTU MENYATUKAN 2 INSAN AGAR SENTIASA MENCINTAI SATU SAMA LAIN

9. PENGAMAL JUGA MAMPU MEMBATALKAN SIHIR PENGASEH YANG DIKENAKAN KE ATAS PESAKIT  (MEMBANTU ORANG YANG TERKENA AYAT PENGASIH ATAU YANG DIPALIT DENGAN MINYAK PENGASIH)

10. MENARIK DAN MENGEMBALIKAN ORANG YANG HILANG DAN LARI DARI RUMAH TANPA KHABAR

11. MEMISAHKAN PASANGAN ZINA AGAR MEMBENCI ANTARA SATU SAMA LAIN (SUDAH BANYAK KALI ABANG GUNAKAN MEMBANTU PESAKIT YANG ISTERINYA CURANG DENGAN LELAKI LAIN)

12. PENGAMAL MAMPU MENGHANCURKAN ORANG YANG ZALIM

13. PENGAMAL MAMPU MEMBERI PENGAJARAN KEPADA ORANG ZALIM BAIK ORANG ITU BOMOH JAHAT ATAU ORANG YANG MENINDAS ANDA

14. MENAGIH HUTANG DAN MEMAKSA ORANG YANG LIAT NAK BAYAR HUTANG AGAR MENGEMBALIKAN HAK KITA

15. MENGIKAT LIDAH DI DALAM PERDEBATAN BAIK DALAM MAKHAMAH ATAU URUSAN LAIN (SENTIASA MENANG DALAM HAL PERBINCANGAN)

16. KEKUATAN DAN KEHEBATAN ILMU INI SANGAT BANYAK, ANDA AKAN RASAKAN SENDIRI KETIKA ISTIQOMAH MENGAMALKAN ILMU INI

GUNAKANLAH ILMU INI DI JALAN KEBENARAN YANG BERLANDASKAN SYARIAT ISLAM DAN ABANG BERLEPAS DIRI JIKA ANDA MENGGUNAKANNYA KE ARAH KEJAHATAN. KETAHUILAH BAHAWA SETIAP PERBUATAN ANDA AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN PADA HARI PERHITUNGAN. 

Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. 

MAHAR KHUSUS KEILMUAN AGUNG INI DI BULAN RAMADHON DAN BULAN SYAWAL:

RM 403 SAHAJA 

ABANG SARANKAN ANDA MELAKSANAKAN SOLAT ISTIKHARAH DAHULU JIKA ANDA RAGU-RAGU MEMPELAJARI ILMU INI. IN SHA ALLAH ANDA AKAN PEROLEHI PETUNJUK TENTANG KEILMUAN INI.  

AJIB NAFAQOH

 


ASSALAMUALAIKUM WBT,
Apa khabar semua? Pada bulan Ramadhan ini abang agak sibuk dengan amalan kerana bulan Ramadhan mengandungi keberkatan yang tak terkata maka sebab itu abang menyibukkan diri. Dalam bulan ini juga sangat banyak testimoni yang abang terima dari murid-murid abang yang mengamalkan ilmu yang telah diijazahkan, ada yang naik pangkat, ada yang menang dalam perlawanan, ada yang menjadi gagah berani dan ada juga yang dipermudahkan urusan kerezekian. Alhamdulillah itulah kehebatan ilmu Allah SWT, setiap ilmu itu sudah sempurna kejadiannya namun kemujaraban ilmu tersebut bergantung kepada sang pengamal. 

Baiklah kita teruskan kepada tajuk yang utama iaitu ILMU AJIB NAFAQOH. Ajib bermaksud MENAKJUBKAN DAN LUAR BIASA manakala Nafaqoh bermaksud NAFKAH iaitu keperluan harian seperti duit, makan, minum dan sebagainya. NAFKAH YANG AJAIB ini ialah sebuah ilmu yang khusus untuk URUSAN KEREZEKIAN. Ilmu ini abang warisi dari salah seorang guru yang handal dalam hal kerezekian dan ini salah satu ilmu ringan dan tak memberatkan yang masih abang amalkan sehingga kini. Kenapa? KERANA AMALANNYA SANGAT RINGKAS NAMUN IMPAKNYA SANGAT LUAR BIASA. Jika anda seorang yang tak ada masa untuk beramal kerana kesibukkan kerja tetapi masih memerlukan ilmu untuk mempermudahkan urusan kerezekian anda maka inilah pilihan paling yang tepat. Ilmu ini tidak memerlukan masa yang lama iaitu hanya memerlukan waktu kurang dari 4 minit sahaja dan bacaan ilmu ini juga sangat pendek. Jika ilmu-ilmu lain memerlukan solat taubat dan solat hajat serta tawassul tetapi AJIB NAFAQOH ini tidak, anda terus mewiridkan kalimatnya dengan bilangan yang kurang dari 7x sahaja pada waktu yang akan abang beritahu dalam pdf nanti. 

AJIB NAFAQOH INI KHUSUS UNTUK:

1. MEMBERI KECUKUPAN NAFKAH KEPADA ANDA SETIAP BULAN. CONTOH JIKA ANDA ADA TANGGUNGAN SEORANG ISTERI, TIGA ORANG ANAK, BIL API, BIL AIR DAN ANSURAN KERETA MAKA SEGALA KEPERLUAN TERSEBUT AKAN DICUKUPI SELAMA ANDA MENGAMALKAN ILMU INI.

2. KAROMAH DARI AJIB NAFAQOH INI JUGA BERTINDAK MEMBUANG SEGALA KESULITAN YANG MENJADI PENGHALANG DALAM URUSAN ANDA MENCARI REZEKI.

3. AJIB NAFAQOH INI JUGA AKAN MEMBANTU MELANCARKAN URUSAN KEREZEKIAN ANDA. BAGAIMANA? JIKA ANDA SEORANG PEKERJA MAKA SEGALA TUGAS ANDA DIMUDAHKAN, JIKA ANDA SEORANG PENIAGA MAKA JUALAN ANDA AKAN LEKAS LARIS DAN JIKA ANDA SEORANG PERAWAT MAKA PESAKIT AKAN DATANG BERPUSU-PUSU UNTUK MEMINTA RAWATAN ANDA. 

SECARA RINGKASNYA AJIB NAFAQOH INI AKAN MEMBANTU ANDA DALAM URUSAN MENCARI NAFKAH SECARA AJAIB TANPA ANDA SEDARI. 

Jangan memandang rendah kepada ilmu yang SIMPLE kerana ALLAH itu MAHA ADIL LAGI MAHA PEMURAH. Ketahuilah wahai saudaraku semua bahawa Allah telah menciptakan ilmu yang memerlukan ritual yang panjang hanya untuk orang yang suka beramal dan Allah juga telah menciptakan ilmu yang ringkas untuk orang yang kekurangan masa untuk beramal namun keduanya mempunyai kesan yang sama yakni KECUKUPAN DAN KESENANGAN

Sejauh mana kekuatan Ajib Nafaqoh? Jika ilmu bersifat multifungsi seperti Malikul Khomsi itu pun sudah memberi kesan yang bagus dalam urusan kerezekian apatah lagi jika anda amalkan ilmu yang bersifat khusus dalam hal rezeki? Contohnya anda bertemu dengan doktor am di klinik biasa dan anda bertemu doktor pakar di hospital, kedua-duanya bagus tapi tentu saja berbeza kan? Anda boleh fikirkan secara logikal tanpa abang terangkan dengan panjang. Keilmuan yang bersanad dari Perguruan Megat Gunung Tebu setakat ini sudah terbukti keampuhannya Alhamdulillah.  

Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. 

MAHAR KHUSUS SEMPENA BULAN RAMADHAN:

SEBANYAK RM 144

 SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI

PENARIK JODOH



Assalamualaikum wbt dan salam bahagia,

Oleh kerana ramai yang bertanya tentang urusan jodoh di ws maka abang keluarkan ilmunya PENARIK JODOH. Ilmu ini bukan dalam aliran pengasehan tetapi ianya khusus sebagai ikhtiar untuk anda dapatkan jodoh yang soleh dan solehah. Abang tahu sekarang sangat ramai yang takut untuk membuka hati untuk orang baru kerana takut dikecewakan dan dikhianati. Ada juga yang sering gagal dalam perhubungan dan ada juga yang hidup bersama pasangannya namun rumahtangga tak tenteram kerana sering berlaku pergaduhan. Abang hanya mampu membantu anda dengan mengijazahkan ilmu ini. Ilmu ini abang amalkan sudah sekian lama dan sudah terbukti keberhasilannya pada diri abang sendiri apabila jodoh abang datang dari jalan yang tak disangka-sangka iaitu isteri abang sekarang hehe. 

Kaedah amalan PENARIK JODOH ini ringkas tanpa tawassul dan doanya yang pendek hanya perlu dibacakan selepas solat fardhu sahaja. Ilmu ini hanya untuk orang yang serious mencari jodoh sahaja bukan untuk digunakan untuk mempermainkan orang lain. Jika anda niatkan untuk mempermainkan orang lain maka kekuatan ilmu ini tidak akan berfungsi sama sekali pada diri anda. Selain itu abang juga akan ijazahkan sebuah ilmu untuk membuang segala kesialan atau aura yang tidak baik yang ada dalam diri anda sebagai pelengkap ikhtiar mencari jodoh. Ilmu membuang kesialan ini memang selalu abang ijazahkan beserta Ilmu Penarik Jodoh kepada pesakit abang yang mengalami "Penyakit Pengambang". Anda tahu apa itu penyakit Pengambang? Penyakit pengambang ialah sebuah penyakit kesialan yang ada pada tubuh seseorang sehingga membuatkan pesakit kerap gagal dalam hubungan dan kerap "di reject" oleh orang yang mereka sukai. 

ILMU PENARIK JODOH INI KHUSUS UNTUK:

1. MENDATANGKAN JODOH YANG SOLEH UNTUK PEREMPUAN YANG BUJANG ATAU JANDA 

2. MENDATANGKAN JODOH YANG SOLEHAH UNTUK LELAKI YANG BUJANG 

3. JIKA ANDA SUDAH BERISTERI DAN NIAT INGIN BERKAHWIN LAGI MAKA JODOH TERSEBUT AKAN DATANG KEPADA ANDA DAN ISTERI PERTAMA DENGAN BAKAL ISTERI TERSEBUT TIDAK AKAN BERGADUH BAHKAN KATA GURU ABANG MAMPU UNTUK TINGGAL DI DALAM 1 RUMAH YANG SAMA

4. JIKA ANDA SUDAH MEMPUNYAI RUMAHTANGGA NAMUN HUBUNGAN ANDA SERING TERJADI PERGADUHAN MAKA DENGAN ASBAB ILMU INI, RUMAHTANGGA ANDA AKAN KEMBALI AMAN DAN MAKMUR SEPERTI BARU BERKAHWIN

5. JIKA ANDA SUDAH MEMPUNYAI RUMAHTANGGA TETAPI PASANGAN ANDA MEMPUNYAI TINGKAH LAKU YANG BURUK DAN BERMASALAH MAKA DENGAN ASBAB ILMU INI, PASANGAN ANDA AKAN BERUBAH MENJADI SEORANG YANG BAIK.  


Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. 


MAHAR KEILMUAN PENARIK JODOH:

SEBANYAK RM 111

 SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI

MALIKUL KHOMSI MEMANG GILA!!



MALIKUL KHOMSI memang betul-betul gila. Pada awal bulan Ramadhan kedainya sunyi sepi dan selepas satu malam beliau amalkan MALIKUL KHOMSI kesannya sudah NYATA. Tiada istilah "kebetulan" dalam kehidupan, semuanya dengan asbab dan BIIZNILLAH. Allahumma solli ala Muhammad. Perguruan MGT punyai sanad emas, sanad yang jelas.