ISMUL ADZOM RAJA THOLUT



Assalamualaikum dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua pengunjung setia blog MGT. Abang juga dengan rendah hati memohon maaf zahir dan batin selama kita berurusan ya.

Baik kita lanjut pada tujuan utama iaitu sebuah keilmuan yang ingin abang turunkan pada bulan Ramadhan tetapi disebabkan kekangan masa maka abang keluarkan pada hari ini. Ilmu ini bernama ISMUL ADZOM RAJA THOLUT. Ismul Adzom bermakna "NAMA ALLAH YANG AGUNG" dan perlu anda ketahui bahawa Ismul Adzom terbahagi kepada 3 bahagian:

1. ISMUL ADZOM KENABIAN - Yang diturunkan kepada para nabi dan rasul
2. ISMUL ADZOM KEWALIAN - Yang diturunkan kepada para waliyullah
3. ISMUL ADZOM MALAK - Yang diturunkan kepada para malaikat

Ismul Adzom kali ini ialah milik RAJA THOLUT, tahukah anda tentang sejarah Raja Tholut? Pada yang menggemari sejarah islam pasti akan mengetahui tentang diri beliau dan kemegahannya. Ok mari kita kupaskan secara lanjut tentang THOLUT SANG PERKASA ini. Raja Tholut ialah raja yang diangkat oleh Allah SWT untuk memimpin Bani Israil dan menentang penjajahan dan kezaliman. Tholut pada awalnya hanyalah pemuda soleh dari golongan orang biasa namun memiliki perwatakan yang tinggi, gagah, memiliki hati yang suci dan mempunyai pemikiran yang luas serta bijaksana. Selain itu, beliau juga merupakan cucu cicit kepada Sayyidina Bunyamin saudara kepada Nabi Yusof AS. Walaupun begitu beliau hanyalah seorang penggembala yang miskin namun mempunyai akhlak yang baik serta beriman orangnya. Nabi bagi kaum Bani Israil pada zaman itu ialah Nabi Syamuel dan beliau menerima wahyu dari Allah SWT bahawa "AKAN ADA SEORANG PEMUDA YANG BERIMAN YANG AKAN DIANGKAT OLEH ALLAH SEBAGAI RAJA BAGI BANI ISRAIL IAITU THOLUT" maka Nabi Syamuel langsung menyampaikan berita ini kepada Tholut dan kaum Bani Israil. Tholut hampir tidak percaya tentang hal tersebut kerana beliau hanyalah orang biasa dan Bani Israil juga tidak mahu mengakui beliau sebagai raja serta meremehkan Tholut.

Oleh hal yang demikian Allah Taala menunjukkan kekuasaannya dan membuktikan kebenaran wahyunya dengan menghadirkan PETI TABUT milik Nabi Musa AS kepada Tholut di hadapan kaum Bani Israil dan akhirnya kaum Bani Israil mengakui Tholut sebagai raja mereka dan tunduk kepadanya.

Hal ini diceritakan di dalam:
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

"Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu yang menunjukkan benarnya dari Allah ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi sesuatu yang memberi ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan berisi sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman"."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 248)

Setelah itulah bermulanya era pemerintahan kerajaan Raja Tholut yang megah dan hebat didalam penaklukan dan menentang kezaliman raja-raja yang zalim. Adapun kehebatan Raja Tholut ini sudah diakui di dalam Kitab Al-Quran yang mulia yakni: 
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

"Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilih Talut menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam keluasan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan ingatlah, Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas rahmatNya dan pengurniaanNya, lagi meliputi ilmuNya."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 247)

Demikianlah bukti nyata tentang keagungan kerajaan Raja Tholut. Beliau "dilantik" secara direct oleh Allah Taala menjadi pemimpin bagi bani israil dan itulah keistimewaan beliau berbanding raja-raja yang lain. Beliau berjaya menyatupadukan semula kaum Bani Israil dan berjaya membentuk pasukan tentera yang kuat dan handal di dalam peperangan.  Kerajaan yang hebat terbentuk kerana pemimpinnya yang HEBAT. Raja Tholut dikenali sebagai seorang yang GAGAH PERKASA DAN MEMPUNYAI PELBAGAI KAROMAH YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWTApakah pangkat Raja Tholut? Adakah beliau seorang nabi atau waliyullah? Itulah yang menjadi perbahasan di kalangan ulamak ahli hikmah. 

Kaum Bani Israil kembali menjadi kaum yang megah dan digeruni ketika di bawah pemerintahan beliau namun apakah rahsia disebalik kehebatan Raja Tholut? Rahsia di sebalik kehebatan dan karomah beliau ialah ISMUL ADZOM yang diamalkan olehnya. Dengan wasilah Ismul Adzom inilah beliau dikurniakan pelbagai karomah dan kelebihan yang tak terkalahkan. Ismul Adzom ini abang terima ijazahnya dari salah seorang guru abang yang ahli di dalam keilmuan Ismul Adzom dan inilah salah satu Ismul Adzom yang teragung, abang yakin bahawa anda tidak akan jumpa keilmuan ini melainkan di Perguruan Megat Gunung Tebu sahaja Alhamdulillah. Ismul Adzom Raja Tholut ini terdiri dari 4 Kalimat pendek sahaja yang dapat dihafal kurang dari 3 minit dan cara amalannya juga ringkas dan tak membebankan. Abang sarankan kepada anda baik lelaki mahupun wanita agar memiliki ilmu ini sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan sebagai wasilah untuk menjayakan hajat keduniaan anda kerana ianya bersifat MULTIHAJAT. Ya itulah keistimewaan Ismul Adzom yakni "MEMOHON APA SAJA KEPADA YANG MAHA ESA DENGAN MENGGUNAKAN NAMA-NAMA ALLAH YANG AGUNG". Bacakanlah ismul adzom ini setiap kali anda berdoa dan bermunajat kepada Allah nescaya menguntungkan anda disamping menambah keimanan kepada Allah SWT

ANTARA KEISTIMEWAAN YANG ANDA AKAN RASAKAN APABILA MENGAMALKAN ISMUL ADZOM RAJA THOLUT INI: 

1. MEMPEROLEHI KAROMAH RAJA THOLUT YANG DICERITAKAN DI DALAM 2 AYAT AL-QURAN DI ATAS (SIRRUL KAROMATUL THOLUT)

2. DIBERIKAN KEKUATAN PENAKLUKAN DAN KEMENANGAN DALAM PEPERANGAN MAUPUN URUSAN PERDEBATAN, MAKHAMAH, TENDER PROJECT DAN HAL-HAL YANG BERSIFAT "PERTANDINGAN" 

3. DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSANNYA DAN DIKABULKAN SEGALA HAJAT DUNIAWINYA

4. DIBERIKAN ILHAM KEBIJAKSANAAN DALAM MENYELESAIKAN SEBARANG PERMASALAH DAN MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN

5. MENDAPAT PERKHABARAN RAHSIA-RAHSIA GHAIB

6. DICINTAI, DIHORMATI DAN DIMULIAKAN OLEH PARA PEMBESAR   

7. DIBERIKAN KEKUASAAN DAN PENGARUH BAIK DALAM KUMPULAN, JABATAN ATAUPUN MASYARAKAT 

8. KEWIBAWAAN DAN DITUNDUKKAN BAGINYA SEKALIAN GOLONGAN MANUSIA AGAR SENANG MERAIH PENGIKUT DAN MERAIH KEPERCAYAAN RAMAI

9. MENAMBAH BAROKAH DAN KEBERKATAN DI DALAM KEHIDUPANNYA 

10. DIJAGA OLEH ALLAH SWT DARI SEBARANG MUSIBAH DAN BAHAYA 

11. MENDATANGKAN TUAH DAN KEMAJUAN DALAM SESEBUAH USAHA YANG DILAKUKAN OLEH PENGAMAL (KEJAYAAN DI DALAM BIDANG YANG ANDA TUMPUKAN) 

12. MEMPUNYAI KEUNGGULAN DALAM MENARIK KEREZEKIAN DAN KEKAYAAN
(YA ALLAH BI BAROKATI ISMUL ADZOM RAJA THOLUT MAKA KURNIAKANLAH PADAKU KEKAYAAN MELALUI JALAN XXXXX AKAN ABANG AJARKAN FULL DI DALAM PDF) 

DEMIKIANLAH ANTARA MANFAAT DAN KAROMAH YANG TERDAPAT DI DALAM ILMU INI. ANDA AKAN NIKMAT SENDIRI KEKUATAN MULTIHAJAT ISMUL ADZOM RAJA THOLUT INI APABILA MENGAMALKANNYA DENGAN IKHLAS DAN PENUH PENGHARAPAN KEPADA ALLAH. 

Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu. 

MAHAR KEILMUAN RAJA THOLUT:

SEBANYAK RM 248 SAHAJA 


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI


No comments:

Post a Comment