ASSALAMUALAIKUM WBT,
Apa khabar semua? Pada bulan Ramadhan ini abang agak sibuk dengan amalan kerana bulan Ramadhan mengandungi keberkatan yang tak terkata maka sebab itu abang menyibukkan diri. Dalam bulan ini juga sangat banyak testimoni yang abang terima dari murid-murid abang yang mengamalkan ilmu yang telah diijazahkan, ada yang naik pangkat, ada yang menang dalam perlawanan, ada yang menjadi gagah berani dan ada juga yang dipermudahkan urusan kerezekian. Alhamdulillah itulah kehebatan ilmu Allah SWT, setiap ilmu itu sudah sempurna kejadiannya namun kemujaraban ilmu tersebut bergantung kepada sang pengamal.
Baiklah kita teruskan kepada tajuk yang utama iaitu ILMU AJIB NAFAQOH. Ajib bermaksud MENAKJUBKAN DAN LUAR BIASA manakala Nafaqoh bermaksud NAFKAH iaitu keperluan harian seperti duit, makan, minum dan sebagainya. NAFKAH YANG AJAIB ini ialah sebuah ilmu yang khusus untuk URUSAN KEREZEKIAN. Ilmu ini abang warisi dari salah seorang guru yang handal dalam hal kerezekian dan ini salah satu ilmu ringan dan tak memberatkan yang masih abang amalkan sehingga kini. Kenapa? KERANA AMALANNYA SANGAT RINGKAS NAMUN IMPAKNYA SANGAT LUAR BIASA. Jika anda seorang yang tak ada masa untuk beramal kerana kesibukkan kerja tetapi masih memerlukan ilmu untuk mempermudahkan urusan kerezekian anda maka inilah pilihan paling yang tepat. Ilmu ini tidak memerlukan masa yang lama iaitu hanya memerlukan waktu kurang dari 4 minit sahaja dan bacaan ilmu ini juga sangat pendek. Jika ilmu-ilmu lain memerlukan solat taubat dan solat hajat serta tawassul tetapi AJIB NAFAQOH ini tidak, anda terus mewiridkan kalimatnya dengan bilangan yang kurang dari 7x sahaja pada waktu yang akan abang beritahu dalam pdf nanti.
AJIB NAFAQOH INI KHUSUS UNTUK:
1. MEMBERI KECUKUPAN NAFKAH KEPADA ANDA SETIAP BULAN. CONTOH JIKA ANDA ADA TANGGUNGAN SEORANG ISTERI, TIGA ORANG ANAK, BIL API, BIL AIR DAN ANSURAN KERETA MAKA SEGALA KEPERLUAN TERSEBUT AKAN DICUKUPI SELAMA ANDA MENGAMALKAN ILMU INI.
2. KAROMAH DARI AJIB NAFAQOH INI JUGA BERTINDAK MEMBUANG SEGALA KESULITAN YANG MENJADI PENGHALANG DALAM URUSAN ANDA MENCARI REZEKI.
3. AJIB NAFAQOH INI JUGA AKAN MEMBANTU MELANCARKAN URUSAN KEREZEKIAN ANDA. BAGAIMANA? JIKA ANDA SEORANG PEKERJA MAKA SEGALA TUGAS ANDA DIMUDAHKAN, JIKA ANDA SEORANG PENIAGA MAKA JUALAN ANDA AKAN LEKAS LARIS DAN JIKA ANDA SEORANG PERAWAT MAKA PESAKIT AKAN DATANG BERPUSU-PUSU UNTUK MEMINTA RAWATAN ANDA.
SECARA RINGKASNYA AJIB NAFAQOH INI AKAN MEMBANTU ANDA DALAM URUSAN MENCARI NAFKAH SECARA AJAIB TANPA ANDA SEDARI.
Jangan memandang rendah kepada ilmu yang SIMPLE kerana ALLAH itu MAHA ADIL LAGI MAHA PEMURAH. Ketahuilah wahai saudaraku semua bahawa Allah telah menciptakan ilmu yang memerlukan ritual yang panjang hanya untuk orang yang suka beramal dan Allah juga telah menciptakan ilmu yang ringkas untuk orang yang kekurangan masa untuk beramal namun keduanya mempunyai kesan yang sama yakni KECUKUPAN DAN KESENANGAN.
Sejauh mana kekuatan Ajib Nafaqoh? Jika ilmu bersifat multifungsi seperti Malikul Khomsi itu pun sudah memberi kesan yang bagus dalam urusan kerezekian apatah lagi jika anda amalkan ilmu yang bersifat khusus dalam hal rezeki? Contohnya anda bertemu dengan doktor am di klinik biasa dan anda bertemu doktor pakar di hospital, kedua-duanya bagus tapi tentu saja berbeza kan? Anda boleh fikirkan secara logikal tanpa abang terangkan dengan panjang. Keilmuan yang bersanad dari Perguruan Megat Gunung Tebu setakat ini sudah terbukti keampuhannya Alhamdulillah.
Sesi pengijazahan ilmu ini tidak memerlukan sebarang medium seperti air atau apa-apa. Anda cukup memberikan nama penuh anda lalu abang akan wushulkan dalam solat hajat dan pdf keilmuannya abang berikan dan anda boleh terus amalkan. Abang turunkan ilmu ini sesuai dengan bagaimana abang terima ilmu ini dari guru abang dulu.
MAHAR KHUSUS SEMPENA BULAN RAMADHAN:
SEBANYAK RM 144
SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI
No comments:
Post a Comment