SULUK KERINDUAN

 


Alhamdulillah salah satu anak murid yang sedang "menikmati" perjalanan kerohanian KALIMAH MANUNGGAL. Sebuah perjalanan "suluk kerinduan" menuju yang Maha Esa.

PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU akan sentiasa mengimbangi keilmuan dunia dan akhirat agar para murid bukan saja handal dalam hal keduniaan tetapi juga teguh jiwanya dalam hal ketuhanan. YA ALLAH HANYA INI SAJA USAHA YANG MAMPU AKU LAKUKAN AGAR MASYARAKAT KEMBALI PADAMU DAN MENGANGKAT KEMBALI KEILMUAN HIKMAH YANG TELAH DITELAN ZAMAN. 

DALIL KHIDMAT KHODAM




ANTARA DALIL DARI ULAMAK TENTANG HUKUM MENGGUNAKAN KHIDMAT KHODAM. LUASKAN PEMIKIRANMU DAN TURUNKAN EGOMU. 

SANG DURGO BERAKSI

 


SANG DURGO SUDAH BERAKSI MENARIK KELEBIHAN PARA LELUHUR DAN MEMBAWA PENGAMALNYA BERTEMU DENGAN KETURUNANNYA SEDANG SENDIRI.


FASAL AHLI HIKMAH 1

 


Assalamualaikum dan salam bahagia, 

Selamat Hari Guru kepada para guru yang telah mendidik dan mengajar abang. Semoga mereka sentiasa diberkati oleh Allah swt baik yang masih hidup dan telah meninggal dunia. Jika bukan kerana guru maka kita tidak akan dapat merasakan kemanisan ilmu Alhamdulillah. Tajuk di atas adalah fasal ahli hikmah yang membawa maksud

 "KETERANGAN TENTANG AHLI HIKMAH" 

Sementara menunggu waktu asar jadi abang nak kupaskan sikit soal ini. Ahli hikmah adalah gelaran kepada para pengamal ilmu dalaman, kebatinan dan kerohanian. Kewujudan ahli hikmah di dunia sudah sangat-sangat lama dan antara tokoh ahli hikmah yang terkenal sepanjang zaman dan menjadi idola abang ialah SAYYID ASHIF BIN BARKIYA iaitu waliyullah yang berkhidmat kepada Nabi Sulaiman AS. Beliau seorang yang sangat handal dan sakti tetapi apakah "intinya" dan "rahsianya" yang membuatkan beliau mempunyai karomah sehandal itu? Diberikan pertolongan oleh Allah sehingga mampu memindahkan Istana Balqis? 

Ayuh kita kupas tentang bagaimana KAROMAH, MA'UNAH, DAN PERTOLONGAN ALLAH dikurniakan kepada para pengamal keilmuan hikmah. Inti atau rahsia kepada 3 hal di atas adalah bergantung kepada bagaimana keadaan HATI DAN NIAT ANDA ketika beramal. Hati merupakan induk kepada segalanya. Orang berbuat jahat kerana hatinya penuh dengan sifat-sifat buruk dan orang yang sentiasa membuat baik dengan SUKARELA kerana kesucian hatinya maka terbukti hati adalah induk bagi segala perbuatan di dunia. Begitu juga dengan "kemujaraban" ilmu hikmah, ianya bermula dari HATI DAN TUJUAN ANDA

Perihal hati anda sangat-sangat berpengaruh kepada kemujaraban ilmu. Lantas bagaimanakah hati dan niat yang betul ketika beramal? Jawapannya adalah hati anda HENDAKLAH IKHLAS DAN TUJUANNYA SEMATA-MATA MENCARI KEREDHAAN ALLAH. Ini yang abang bagitau kepada anak murid abang BAD IPOH yakni paksi niat kita ketika beramal ialah "ILAHI ANTA MAQSUDI WA RIDHOKA MATLUBI" yang bermakna "ENGKAULAH TUJUAN AKU YA ALLAH DAN REDHOMU YANG AKU HARAPKAN". Kalau macam tu kenapa abang tulis jugak karomah dan kelebihan bagi setiap ilmu di blog? YA MEMANG ABANG TULIS SETIAP KELEBIHAN ILMU TETAPI ITU BUKAN MENJADI KEUTAMAAN HATI KETIKA BERAMAL. Kelebihan itu akan hadir dengan sendirinya apabila hati kita ikhlas kepada ALLAH. Kenapa? Kerana ilmu yang anda amalkan sekarang adalah milik ALLAH DAN HANYA DIA SAHAJA YANG BERKUASA MENGURNIAKAN SESUATU KEPADA ANDA. Contoh yang paling mudah abang berikan supaya anda faham, setiap dari anda pasti memiliki ibu kan? Semua orang sangat menyukai masakan ibu tetapi adakah masakannya yang lebih anda cintai berbanding ibu anda? Sudah pasti anda lebih mencintai ibu anda dari semuanya kerana jika anda mencintai ibu, bukan sahaja nasi goreng yang anda dapat tetapi segala milik ibu akan ibu anda berikan kepada anda termasuk kasih sayang yang khusus, harta, tanah pusaka dan sebagainya KERANA ANDA IKHLAS KEPADANYA. Adakah anda suka kepada orang yang rapat dengan anda hanya semata-mata untuk pinjam duit dan apabila anda telah pinjamkan lalu beliau hilang tanpa khabar berita? Anda pasti mengatakan "DIA NI TAK IKHLAS BERKAWAN DENGAN AKU SEBENARNYA". Begitulah juga urusan hati dan niat anda kepada Tuhan ketika beramal, anda perlukan keikhlasan hati. Jadi salah ke kami beramal bertujuan hanya untuk kerezekian atau nikmat dunia bang?  Tak salah pun tetapi jangan jadikan ianya sebagai keutamaan dalam beramal, cukuplah anda niat "SAHAJA AKU BERAMAL SEMATA-MATA KERANA ALLAH DAN SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN APA YANG AKU INGINKAN".    

Abang senaraikan kelebihan ilmu KERANA MANUSIA ITU SIFATNYA SANGAT SUKAKAN KEPADA KELEBIHAN DUNIA tetapi itu bukan menjadi tujuan utama kerana tujuan utama abang adalah agar anda dapat mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Guru abang berpesan "BERAMAL SEHINGGA TIMBUL KEIKHLASAN DAN WALAUPUN PADA AWALNYA KAMU MEMANG TERGILA-GILAKAN KELEBIHAN TETAPI TAK MENGAPA.. APABILA KAMU ISTIQOMAH MAKA DARI SITULAH DATANGNYA KEIKHLASAN". Jadi apa yang anda faham? Anda akan fahami bahawa HATI YANG IKHLAS DAN BERSIH memainkan peranan penting di dalam proses kemujaraban ilmu. Oleh sebab itulah abang mengajarkan juga ilmu kerohanian KALIMAH MANUNGGAL kerana ilmu tersebut merupakan wasilah penyucian hati anda, menambah rasa cinta anda kepada Allah, membina keikhlasan diri dan menambah keyakinan anda kepada ALLAH. Ingat sabda Baginda Rasulullah SAW bahawa Allah mengatakan "AKU BERSAMA DENGAN SANGKAAN HAMBAKU TERHADAPKU".

Ok akhir kata, janganlah berputus asa dan teruskanlah beramal. Ketahuilah wahai saudaraku bahawa SETIAP USAHA ANDA TIDAK AKAN DIPERSIA-SIAKAN OLEH ALLAH. Next posting kita akan bahas bab ISTIQOMAH pula dan kita akan terus membahas sehingga kita menjadi pengamal yang betul-betul berkualiti dan memperolehi kefahaman.

ILMU SI JARI GETIH AKAN MASUK ESOK ATAU JUMAAT, STAY TUNE WAHAI SEKALIAN PEMBURU ILMU.






KESEMPURNAAN



PERJALANAN AHLI KEBATINAN 

Kebatinan mencari kehebatan,

Spiritual mencari kesaktian,

Rasa mencari semangat jiwa,

Arifbillah mencari Tuhan.

Empat pakaian ini menjadi keperluan untuk anda menjadi Ahli Hikmah yang sempurna zahir batinnya.

KALIMAH MANUNGGAL

 



Assalamualaikum dan salam jumaat yang berkah lagi mulia,
Apa khabar anda semua? Sihat? Masih tertunggu-tunggu tawaran keilmuan? Abang agak slow upload sesebuah ilmu kerana sibuk mengajar para murid di whatsapp dan memberi bimbingan penuh. Keilmuan perguruan MGT mendapat sambutan hangat di blog Alhamdulillah.

KALIMAH MANUNGGAL? Ada yang pernah dengar tentang keilmuan ini? Abang terpanggil untuk mengijazahkan keilmuan ini KERANA SUDAH BANYAK ILMU DUNIA ABANG TURUNKAN KEPADA ANDA dan kini tiba masanya anda mendalami ilmu yang beraliran "Kerohanian" supaya mengimbangi diri anda antara dunia dengan akhirat. Setiap ahli kebatinan wajib mempunyai jalan kerohanian tersendiri kerana dengan jalan ini saja dapat membendung kita dari perasaan riak dan takbur apabila kita memperolehi kesaktian dan kelebihan. Abang taknak kita tergolong dalam golongan istidraj, semakin diberi kesaktian semakin sombong dan rasa hebat. Kalimah Manunggal ini merupakan THOREQOH PARA PERTAPA DAN AHLUL SULUK. Suluk bermaksud mengasingkan diri dari makhluk, bersendirian menyepi dan berzikir bertujuan mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. Suluk dan bertapa itu sama saja cuma kebanyakkan orang melayu memanggilnya ritual pertapaan. 

PERTAPAAN PULA TERBAHAGI KEPADA DUA KATEGORI:
1. PERTAPAAN KEDUNIAAN IAITU MENCARI KESAKTIAN DUNIA 
2. PERTAPAAN KEROHANIAN YAKNI MENCARI KETENANGAN, MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH DAN MENCAPAI "MAQOM SEJATI"

Kalimah Manunggal berada dalam kategori kedua dan abang mewarisinya dari salah seorang guru abang yang tinggal di selatan malaysia. Beliau merupakan ahli suluk di dalam jalan kerohanian kesejatian diri. Kalimah Manunggal bersanad jelas sehingga kepada seorang Waliyullah dan nama Waliyullah ini abang bakal dedahkan kepada murid di dalam pdf keilmuan kelak. Abang sangat mencintai keilmuan pertapaan kerana ianya sangat berjasa kepada abang di dalam aspek ketenangan, keunggulan dan pembangunan jiwa serta spiritual. Antara idola abang di dalam sejarah tokoh pertapaan/suluk ialah Ciung Wanara, Syeikh Ibnu Arobi, Arwah Wak dan ada beberapa orang lagi.   

Kalimah Manunggal ini sudah lama abang amalkan di dalam pertapaan dan ianya sudah terbukti kepada diri abang sendiri. Manunggal itu apa maksudnya? Manuggal bermaksud "MENYATU", "KALIMAH PENYATUAN". Menyatu di sini bukan bermakna diri anda menyatu dengan Allah tetapi bermaksud "ANDA KARAM DI DALAM LAUTAN HAUQOLAH". Hauqolah ialah singkatan kepada LA HAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH yakni TIADA DAYA DAN KEKUATAN KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH. Karam dan tenggelam dalam lautan hauqolah menjadikan anda kembali kepada Sang Sejati, menyerahkan diri anda dan segala urusan anda kepada ALLAH SWT sebulat-bulatnya kerana anda meyakini sepenuhnya bahawa HANYA ALLAH SWT MAMPU MENOLONG ANDA maka itulah yang membuatkan anda tenang dalam menempuhi pancaroba kehidupan. Abang sangat suka dengan kata pujangga guru abang "ALLAH YANG MENGUJI DAN ALLAH JUGA YANG MENYELESAIKAN DAN ITULAH HAKIKAT BAGI SEGALANYA" Ketenagan batin akan anda kecapi dan masuklah di dalam golongan "Ahli Sejati". Ahli Sejati itu sifatnya orang yang mempunyai ketenangan batin iaitu tidak ada keluh kesah dan kerisauan di hatinya, sentiasa berhubung dengan Allah dan keyakinannya kepada Allah sangat-sangat LUARBIASA

Kalimah Manunggal ini bukan untuk orang yang mencari kesaktian dunia tetapi hanya untuk orang yang ingin mengenal Allah yang Sejati, hanya untuk orang yang ingin mengenal dirinya sendiri, hanya untuk orang yang mencari-cari hakikat kehidupan, hanya untuk orang yang mencari ketenangan batin dan ingin membangunkan jiwa ketuhanannya.  

JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH SEPERTI: 
1. SUDAH PENAT BERZIKIR RATUSAN, RIBUAN KALI TETAPI MASIH BELUM MERASAKAN KETENANGAN JIWA DAN KENIKMATAN ZIKIR
2. KEHILANGAN ARAH TUJU KEHIDUPAN SEHINGGA BERPUTUS ASA
3. SUDAH PUAS BERAMAL TAPI MASIH BELUM MERASAKAN "KESEMPURNAAN AMALAN" 
4. MASIH BELUM MERASAKAN KEKHUSYUKAN IBADAH

Jika anda mengalami masalah-masalah sedemikian maka keilmuan KALIMAH MANUNGGAL pilihan yang sangat tepat untuk anda. Sebuah keilmuan jalan kerohanian yang sangat berguna dari dunia hingga ke akhirat. Adakah keilmuan ini hanya wajib diamalkan ketika pertapaan di bukit bukau? Tidak sama sekali. Definisi "bersuluk" dan "bertapa" ini adalah mengasingkan diri dari keramaian bermakna bukan hanya di bukit bahkan berseorangan di bilik pun dikira sebagai bersuluk. 

ADA 2 TATACARA AMALAN KALIMAH MANUNGGAL YANG ANDA BOLEH PILIH: 
1. DIAMALKAN DI TEPI SUNGAI ATAUPUN AIR TERJUN SECARA BERSEORANGAN. KENAPA DI SUNGAI ATAU AIR TERJUN? KERANA SUASANANYA MEMBANTU ANDA UNTUK LEBIH FOCUS PADA WIRIDAN ANDA
2. DIAMALKAN DI DALAM BILIK SECARA BERSEORANGAN DAN BERALASKAN DENGAN SEJADAH YANG DITUTUPI DENGAN KAIN PUTIH. KAIN PUTIH TERSEBUT ANDA BOLEH BELI DI MANA-MANA KEDAI KAIN DAN BENTANGKAN DI ATAS SEJADAH ANDA. KENAPA KAIN PUTIH? KERANA KAIN PUTIH MENGINGATKAN KITA KEPADA KEMATIAN DAN MENGINGATKAN KITA KEPADA KESUCIAN HATI. WARNA PUTIH MELAMBANGKAN KESUCIAN DAN KEMURNIAN.
 
Kaedah amalannya sangat ringkas dan tidak membebankan anda, siapa saja boleh amalkan asalkan anda mempunyai tekad yang bersungguh-sungguh. Jika keduniaan anda sanggup mengamalkan ribuan zikir dan berpuluh jenis ilmu, takkan kerohanian jadi malas? Taknak ke mengenal "siapa" yang mengurniakan kelebihan kesaktian tersebut kepada anda? Sedarlah diri dan kembalilah kepada yang Sejati, selamatkan diri anda dari istidraj dan ingatlah bahawa itu semua hanya pinjaman semata-mata. 

Di dalam pdf keilmuan KALIMAH MANUNGGAL ini akan abang ajarkan sebuah DOA MANUNGGAL yang perlu dibaca sebelum anda mewiridkan kalimah manunggal tersebut. Doa Manunggal ini menceritakan tentang hakikat kehidupan yang sebenar, intipati tentang hak Allah sebagai Tuhan, rahsia insan diciptakan di dunia dan ada beberapa lagi "sirr" yang terdapat di dalam doa tersebut. Segala maksud dan kefahaman tentang Doa Manunggal akan abang kupaskan dan terangkan secara tuntas di dalam pdf. Isi pdf yang seterusnya ialah KALIMAH MANUNGGAL yang perlu anda wiridkan dan kalimahnya sangat pendek hanya sepanjang ayat bismillah sahaja. Kalimah Manunggal ini pula merupakan bait pendek yang menceritakan tentang dua martabat iaitu MARTABAT KETUHANAN dan MARTABAT KEHAMBAAN. Ianya sebuah ayat pendek yang mengandungi rahsia hakikat "AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHU: INSAN ITU RAHSIAKU DAN AKULAH RAHSIANYA" dan pengakhiran kalimah manunggal ini ditutupi dengan zikir nafas HU ALLAH. Hu Allah sudah tidak asing lagi di dalam jalan kerohanian dan ianya sudah menjadi amalan ribuan para auliya Allah. Walaupun ayatnya dan terjemahannya kalimah manunggal ini pendek tetapi kefahamannya sangat mendalam. 

KEILMUAN KALIMAH MANUNGGAL INI BERTUJUAN KHUSUS: 

1. PEMBUKAAN BAGI JALAN KEROHANIAN DAN KETUHANAN 
2. MENJADIKAN ANDA SEBAGAI SEORANG YANG MEMPUNYAI JATI DIRI YANG UTUH DAN UNGGUL
3. MEMPUNYAI MATLAMAT KEHIDUPAN YANG JELAS DAN MEMBERI PETUNJUK TENTANG KEHIDUPAN
4. MEMPEROLEHI KETENANGAN JIWA WALAU APA SAJA DUGAAN YANG MELANDA ANDA DI DALAM KEHIDUPAN
5. MENAMBAH KEKHUSYUKAN DAN KEMANISAN DI DALAM IBADAH 
6. MENUNDUKKAN HAWA NAFSU DARI MELAKUKAN PERKARA YANG BURUK
7. BERTEMU GURU SEJATI DI DALAM DIRI ANDA YANG AKAN MEMBIMBING DAN MENEGUR ANDA   
8. MENCAPAI MAQOM NURUL YAKIN YAKNI MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG KUKUH KEPADA ALLAH SWT
9. MEMBERI PETUNJUK TENTANG HAL KETUHANAN DAN KEFAHAMAN TENTANG MAKRIFATULLAH
10. MEMBUANG SEGALA KEBERGANTUNG KEPADA MAKHLUK DI DALAM HATI SEHINGGA HANYA ALLAH SAJA YANG ADA DI DALAM HATI ANDA
11. MEMPERBAIKKAN AKHLAK ANDA SESUAI DENGAN AKHLAK KEHAMBAAN 
12. MENAMBAH RASA CINTA KEPADA ALLAH 
13. TENANG MENGHADAPI KEMATIAN 

Kalimah Manunggal ini mempunyai pelbagai karomah yang berkait rapat dengan hal kerohanian, anda rasakanlah sendiri nikmatnya. Apakah keilmuan ini juga ada kelebihan dunia bang? Abang menjawab soalan anda dengan sebuah contoh iaitu apabila anda tahu bahawa ada seseorang ikhlas mencintai dan menyayangi anda lalu apa anda akan buat? Sudah pasti anda akan membalas cintanya dengan berusaha membahagiakannya juga. Begitu juga dengan Allah apabila anda ikhlas ingin mendekatiNya maka Dia akan membalas cinta anda dengan pelbagai "Hadiah"

Keilmuan Kalimah Manunggal ini akan abang ijazahkan kepada anda melalui segelas air kelapa yang dicampurkan dengan sedikit garam. Mengapa air kelapa dan garam? Kerana air kelapa simbolik kepada kemanisan ketika anda mengamalkan ilmu ini dan garam pula simbolik kepada dugaan kehidupan yang anda akan hadapi. Sesungguhnya setiap manusia tidak akan terlepas dari ujian maka semoga ilmu ini menjadi wasilah agar anda tetap tenang dan bijak mengatasi sesuatu masalah. Demikianlah keterangan tentang ilmu warisan waliyullah ini, moga memberi petunjuk kepada anda. 

MAHAR PENGORBANAN DIRI ANDA MEMPELAJARI KALIMAH MANUNGGAL:

SEBANYAK RM 233 SAHAJA 


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI

AKIDAH PARA AHLI KHODAM

 

Assalamualaikum dan salam jumaat, apa khabar semua?

Abang terpanggil untuk menulis tentang AKIDAH PARA AHLI KHODAM yakni bagaimana iktikad akidah para pengamal ilmu khodam jin maupun khodam malaikat. Ada yang kata ilmu melibatkan khodam ni syirik, betul ke syirik? Anda pasti dan yakin 100%? Jika syirik mengapa banyak ilmu warisan dari para alim ulamak yang berunsurkan khodam? Siap ada 1 kitab hikmah yang dikarang oleh seorang ulamak yang bertajuk "PERMATA YANG BERKILAUAN DALAM MENGHADIRKAN RAJA JIN MUSLIM" dan kitab itu ada di dalam simpanan abang sekarang. Abang menerima ijazah kitabnya dari salah satu guru abang. Bukan kitab itu saja bahkan berpuluh lagi kitab ilmu hikmah yang dikarang oleh para ulamak dan para waliyullah yang berunsurkan khodam malaikat dan khodam jin muslim. Abang juga memiliki sebuah ilmu khodam milik seorang pengasas sebuah tareqat dan beliau berstatus waliyullah, takkan pengasas tareqat nak amal ilmu syirik pula kan? Sedar dan bangkitlah dari tidur anda, luaskan pemikiran anda yang sempit itu dan belajarlah menerima keluasan ilmu yang pelbagai. Macam abang bagitahu pada murid abang faizal, sangat sayang sekali jika kita tidak mempelajari ilmu hikmah kerana tujuan asal penciptaan ilmu memang KHUSUS UNTUK KEGUNAAN MANUSIA dan ilmu-ilmu sebegini merupakan "JALAN SHORTCUT" untuk kita menjayakan sesuatu hajat dunia. Bukan kita malas dan tak berusaha.. kita juga berusaha cuma dengan cara yang berbeza sikit dari orang lain. Anda bekerja dan dalam masa yang sama anda juga mengamalkan keilmuan nah itu dikira anda sudah berusaha secara lahiriyah dan batiniyah. Contohnya dulu abang bekerja makan gaji dengan satu company tapi kewangan masih tak cukup lalu pada waktu malam abang buat kerja sampingan iaitu menjual burger tetapi tetap juga tak mencukupi. Sehingga pada waktu abang sedang bertapa, abang merenung sedalam-dalamnya.. "Hanya usaha dunia aku kejarkan sedangkan dunia tidak akan mencukupi diriku kerana hanya ALLAH yang mempunyai sifat MAHA MENCUKUPI." Selepas itu, abang dah tak jual burger pada waktu malam tetapi abang gantikan masa tersebut dengan mengamalkan beberapa ilmu hikmah yang bersifat kerezekian dan keduniaan. Alhamdulillah hasil yang sangat memuaskan bila kita kembali bergantung dan bermohon kepada Allah. Khodam jin maupun malaikat hanyalah perantara namun yang mengizinkan ialah ALLAH SWT. Khodam memang diciptakan untuk menjaga sesebuah ayat dan ilmu, bila kita terus mengamalkan ilmunya maka khodam tersebut akan terus mendampingi dan membantu hajat kita. Ayat juga bergantung kepada aliran yang anda pelajari, jika anda pelajari aliran hitam maka khodam ilmu hitamlah yang akan mendampingi anda tetapi jika anda mengamalkan aliran putih suci bersih maka khodam muslimlah yang akan mendampingi anda. Segala ilmu yang abang tawarkan di blog ini semuanya bersifat aliran putih yang dijamin tidak akan menyusahkan urusan sakaratul maut anda dan takkan ada efek sampingan yang membahayakan. 

Tetapi bagaimanakah akidah kita ketika mengamalkan ilmu berkhodam? Disini abang kupaskan.. abang hanya berikan contoh untuk menjawab soalan anda. Contoh, rumah anda dirompak dan anda report kepada polis untuk mengesan dan menangkap perompak tersebut. Kenapa tak mohon terus kepada Allah tangkap perompak tu? Kenapa perlu report pada polis? Adakah polis itu LEBIH BERKUASA DARI ALLAH? Jika begini akidah harian anda maka setiap hari anda MEMBUAT SYIRIK KEPADA ALLAH. Konsepnya sama juga dengan keilmuan berkhodam yakni anda meminta pertolongan khodam namun jika anda menganggap khodam itu lebih berkuasa dari ALLAH MAKA JATUH SYIRIK. Jadi bagaimana? Hakikatnya yang sebenar adalah usaha anda meminta pertolongan makhluk hanyalah sebagai asbab dan wasilah sahaja namun yang mengizinkan TETAP ALLAH SWT. Tak kiralah anda meminta pertolongan manusia ke jin ke malaikat ke haiwan ke konsepnya tetap sama, HANYA ALLAH SWT. Abang menulis tentang ini kerana abang bertanggungjawab mendidik murid-murid abang yang belajar di blog MGT agar tidak terkeluar dari landasan sebenar.

ADA DALIL KE ABANG MEGAT HUKUM MEMAKAI KHIDMAT KHODAM NI? 

YA ADA, ANDA BOLEH RUJUK KITAB AL-IQNA' DALAM BAB MUNAKAHAT, HUKUM BERKHODAM ADALAH HARUS.  

Itu saja bebelan abang hari ini dan maaf jika ayat abang agak berterabur sebab tak cukup tidur ni huhu. Ilmu apa pula yang akan keluar dalam masa terdekat? Nantikan saja dan teruslah menyemak blog abang. Ilmu yang abang pelajari terbahagi kepada beberapa pecahan :

1. Ilmu Wushul yakni ilmu untuk mujarabkan sebuah ilmu 

2. Ilmu Khodamul Jin

3. Ilmu Khodamul Malak

4. Ilmu Hakikat yakni ilmu tentang  rahsia mengenal diri sendiri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ilmu Hakikat bukanlah khusus untuk kesaktian namun ianya semata-mata untuk kembali kepada "Sang Sejati" dan agar sampai kepada maqom ketenangan. Banyak kupasan tentang ilmu hakikat ni in sha Allah abang akan keluarkan. Ilmu kategori ini banyak diamalkan oleh sang pertapa dan para waliyullah. 

5. Ilmu Pawang yakni agar menjadi tukang perubatan yang unggul dan boleh membantu masyarakat dalam urusan apapun

6. rahsia

7. rahsia

NANTIKAN SAJA KEJUTAN DEMI KEJUTAN DI BLOG MGT. PERBENDAHARAAN ILMU DI PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU TIDAK AKAN TANDUS MALAH AKAN TERUS MEKAR DAN MEGAH DALAM ARENA SPIRITUAL. 

MANTRA AMUK HARIMAU PUTEH



Assalamualaikum dan salam bahagia, 
Alhamdulillah hari ni baru abang berpeluang menghadirkan sebuah keilmuan nusantara yang sebenarnya hendak dikeluarkan pada bulan puasa namun akibat kesibukan masa terpaksa abang hold dulu. Ilmu ini telah abang "ulik" daya kekuatannya pada bulan puasa yang lepas. Siapa tak kenal Harimau Puteh? Antara khodam yang paling digila-gilakan oleh para penuntut kebatinan. Sosok HARIMAU PUTEH memang sudah terkenal di blog MGT. Apa saja item yang berkaitan dengan rimau puteh pasti akan laris dan habis terjual di blog ini. Bermula dengan geliga yang mempunyai aura harimau, geliga yang berkhodamkan harimau puteh sehingga pengisian khodam harimau puteh pasti akan LAKU KERAS dan KEAMPUHANNYA SUDAH TERBUKTI

Nah kali ini abang hadirkan ilmunya untuk anda semua tetapi ilmu harimau ini berbeza dengan ilmu harimau dan geliga-geliga harimau yang pernah abang keluarkan kerana fungsinya yang berlainan dengan harimau yang lain. Ilmunya bernama MANTRA AMUK HARIMAU PUTEH yang bertujuan khusus untuk "MENGAMUK" dan khasiatnya juga khusus untuk peperangan sahaja. Abang mengeluarkan ilmu ini sebagai persediaan kita menghadapi perang akhir zaman yang bila-bila masa saja boleh meletus. Dengan pelbagai petanda dan firasat yang abang perolehi tentang peristiwa yang bakal berlaku maka secara tidak langsung abang rasa bertanggunjawab untuk membekalkan anda dengan beberapa keilmuan "SURVIVAL".  Mantra Amuk Harimau Puteh sudah menjadi lagenda di perguruan abang semenjak abang mengajar secara offline lagi. Ilmu ini sudah banyak abang ijazahkan kepada para murid abang yang bekerja sebagai penguatkuasa, askar, bodyguard dan orang yang mempunyai masalah sering dibuli. Ya keilmuan ini juga sangat bagus untuk anda yang sering dibuli dan mempunyai sifat penakut yang teruk ketika berhadapan dengan sesiapa.

Adapun keilmuan ini tak boleh dibuat mainan atau sekadar mencuba-cuba kerana kekuatan amuk ini akan langsung menyerap dalam diri anda apabila anda merapalkan mantranya. 
Jangan terkejut ketika anda mengamalkan keilmuan ini anda akan merasakan:

1. TIBA-TIBA SUKA MELIHAT GAMBAR HARIMAU PUTEH
2. TIBA-TIBA SUKA SERTA ASYIK MELIHAT VIDEO HARIMAU PUTEH 3. TIBA-TIBA ANDA MEMPEROLEHI GERAK GAYA PENYERANGAN HARIMAU MELALUI ILHAM GHAIB SEPERTI GAYA MENCAKAR, GAYA MENGOYAK MUSUH, DAN GAYA MEMBUNUH SEPERTI HARIMAU. IANYA BUKAN PERSILATAN GHAIB TETAPI HANYA AKAN DIAJARKAN "BUAH SERANG" SAHAJA SESUAI DENGAN "GERAK AMUK"

Apabila berlaku tanda-tanda di atas kepada diri anda maka itulah tanda ikatan diri batin anda dengan SOSOK HARIMAU PUTEH sudah tersambung. Keilmuan ini sangat unik kerana kesan pengamalan dan bait mantranya tidak seperti keilmuan harimau yang lain. Jika sebelum ini anda seorang yang tidak menggemari haiwan maka dengan wasilah keilmuan ini anda akan menjadi seorang yang sangat penyayang kepada haiwan kerana HARIMAU PUTEH MERUPAKAN RAJA RIMBA YANG MENYAYANGI DAN MENJAGA RAKYATNYA.

Mantra Amuk Harimau Putih ini pendek dan bait mantranya senang dihafal, panjangnya hanya sepanjang surah Al-Falaq sahaja dan hanya perlu diamalkan selama 3 malam berturut-turut. Selepas itu anda tidak lagi perlu mengamalkannya dan hanya perlu digunakan ketika waktu yang sangat-sangat mendesak.

Sekali lagi abang tegaskan bahawa keilmuan ini hanya khusus digunakan ketika peperangan sahaja atau ketika di dalam kepungan musuh kerana apabila anda merapal mantra keilmuan amuk harimau puteh ini tubuh dan jiwa anda akan mempunyai KEKUATAN AMUKAN YANG LUAR BIASA. Mantra Amuk Harimau Puteh ini khusus digunakan apabila anda menghadapi kumpulan musuh yang ramai. Pada fikiran logik memang tak mungkin berseorangan dapat mengalahkan kumpulan yang ramai tetapi inilah kelebihan sejati ilmu ini, anda mampu menghadapi 40 orang musuh atau sekampung sekalipun dan in sha Allah semuanya akan menjadi KORBAN PUKULAN ANDA. Kekuatan Amuk ini akan membaham siapa saja yang menyerang anda dan keluarga pada ketika itu. 

APABILA DAYA AMUK HARIMAU TELAHPUTEH INI AKTIF:

1. JIWA ANDA AKAN DIKUASAI SEMANGAT AMUK SANG HARIMAU PUTEH DAN KUMPULAN MUSUH AKAN KELIHATAN SEPERTI ANAK AYAM KECIL SAHAJA DI MATA ANDA (KHODAM AMUK INI AKAN AUTOMATIK MEMAINKAN PERANANNYA KETIKA ANDA DI DALAM SITUASI MEMERLUKAN)

2. KEKUATAN TUBUH ANDA MENJADI GAGAH PERKASA DAN STAMINA TUBUH ANDA TIDAK AKAN LELAH SEHINGGA PEPERANGAN SELESAI. IANYA JUGA AKAN MEMBUATKAN BADAN ANDA MAMPU BERJALAN LAJU, LAMA DAN TIDAK MUDAH PENAT

3. PUKULAN DAN TENDANGAN ANDA SEPERTI BESI KURSANI KERANA MANTRA KEILMUAN INI JUGA TERDAPAT BAIT PENGAKTIFAN BESI KURSANI YANG BERADA DI DALAM TUBUH ANDA YAKNI DI TULANG SULBI (KEISTIMEWAAN KEILMUAN INI BUKAN SAJA BERKAITAN DENGAN HARIMAU PUTEH BAHKAN JUGA MELIBATKAN UNSUR BESI DALAM TUBUH. ANDA MENDAPAT 2 KEKUATAN DALAM 1)

4. PUKULAN DAN TENDANGAN ANDA SANGAT BERACUN DAN HANYA ANDA MAMPU MENYEMBUHKAN MANGSA TERSEBUT (ABANG AKAN AJARKAN CARA PENYEMBUHANNYA)

5. DENGAN WASILAH BESI KURSANI YANG SUDAH DIAKTIFKAN IANYA AKAN MEMBUATKAN TUBUH ANDA KEBAL DARI SEGALA MACAM JENIS SENJATA BAIK SENJATA TAJAM MAUPUN YANG BERPELURU SERTA TUBUH ANDA JUGA SEKETIKA AKAN MENJADI PENIMBUL YAKNI DIPUKUL TAK SAKIT

Demikianlah kelebihan khusus keilmuan ini yang diterangkan oleh guru dan sudah terbukti kepada para murid dahulu dan abang jamin kelebihan "amukan" ini anda tidak akan ketemui melainkan di PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU SAHAJA. Keilmuan ini hanya boleh dipelajari oleh kaum lelaki sahaja kerana memang begitu syarat keilmuan yang abang terima dari guru. Kaedah pengijazahan keilmuan ini juga tidak memerlukan sebarang alat seperti madu atau garam tetapi anda hanya perlu memberikan nama penuh anda kepada abang dan berwudhuklah pada waktu yang abang akan tetapkan lalu abang akan wushulkan nama anda dan menyambungkan sanad keilmuan ini melalui doa batin. Keilmuan ini bersalasilahkan dari para pejuang yang dipimpin oleh seorang waliyullah.

Ilmu itu harus disebarkan seluas-luasnya supaya ilmu tersebut terus bermanfaat kepada manusia kerana asal usul penciptaan ilmu hanyalah semata-mata untuk digunakan oleh manusia dengan sebaik mungkin. 

MAHAR AMUK HARIMAU PUTEH:

SEBANYAK RM 212 SAHAJA 


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI



TESTIMONI EMPAT KHODAM RAJA



ALHAMDULILLAH SYUKUR KEBENARAN ILMU EMPAT KHODAM SUDAH TERBUKTI. NANTIKAN SEBUAH LAGI KHAZANAH KEILMUAN PERANG YANG AKAN KELUAR DI BLOG YAKNI KEILMUAN KHUSUS UNTUK MENGAMUK. PERSIAPAN ILMU AKHIR ZAMAN AKAN DIKELUARKAN SATU DEMI SATU. TIADA LAGI KERAGUAN DENGAN PERGURUAN KAMI SETELAH ANDA MERASAKAN SENDIRI KEMANISAN ILMU KAMI. 

NANTIKAN KEILMUAN AMUK HARIMAU PUTEH YANG AKAN KELUAR ESOK.