Assalamualaikum dan salam jumaat yang berkah lagi mulia,
Apa khabar anda semua? Sihat? Masih tertunggu-tunggu tawaran keilmuan? Abang agak slow upload sesebuah ilmu kerana sibuk mengajar para murid di whatsapp dan memberi bimbingan penuh. Keilmuan perguruan MGT mendapat sambutan hangat di blog Alhamdulillah.
KALIMAH MANUNGGAL? Ada yang pernah dengar tentang keilmuan ini? Abang terpanggil untuk mengijazahkan keilmuan ini KERANA SUDAH BANYAK ILMU DUNIA ABANG TURUNKAN KEPADA ANDA dan kini tiba masanya anda mendalami ilmu yang beraliran "Kerohanian" supaya mengimbangi diri anda antara dunia dengan akhirat. Setiap ahli kebatinan wajib mempunyai jalan kerohanian tersendiri kerana dengan jalan ini saja dapat membendung kita dari perasaan riak dan takbur apabila kita memperolehi kesaktian dan kelebihan. Abang taknak kita tergolong dalam golongan istidraj, semakin diberi kesaktian semakin sombong dan rasa hebat. Kalimah Manunggal ini merupakan THOREQOH PARA PERTAPA DAN AHLUL SULUK. Suluk bermaksud mengasingkan diri dari makhluk, bersendirian menyepi dan berzikir bertujuan mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. Suluk dan bertapa itu sama saja cuma kebanyakkan orang melayu memanggilnya ritual pertapaan.
PERTAPAAN PULA TERBAHAGI KEPADA DUA KATEGORI:
1. PERTAPAAN KEDUNIAAN IAITU MENCARI KESAKTIAN DUNIA
2. PERTAPAAN KEROHANIAN YAKNI MENCARI KETENANGAN, MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH DAN MENCAPAI "MAQOM SEJATI"
Kalimah Manunggal berada dalam kategori kedua dan abang mewarisinya dari salah seorang guru abang yang tinggal di selatan malaysia. Beliau merupakan ahli suluk di dalam jalan kerohanian kesejatian diri. Kalimah Manunggal bersanad jelas sehingga kepada seorang Waliyullah dan nama Waliyullah ini abang bakal dedahkan kepada murid di dalam pdf keilmuan kelak. Abang sangat mencintai keilmuan pertapaan kerana ianya sangat berjasa kepada abang di dalam aspek ketenangan, keunggulan dan pembangunan jiwa serta spiritual. Antara idola abang di dalam sejarah tokoh pertapaan/suluk ialah Ciung Wanara, Syeikh Ibnu Arobi, Arwah Wak dan ada beberapa orang lagi.
Kalimah Manunggal ini sudah lama abang amalkan di dalam pertapaan dan ianya sudah terbukti kepada diri abang sendiri. Manunggal itu apa maksudnya? Manuggal bermaksud "MENYATU", "KALIMAH PENYATUAN". Menyatu di sini bukan bermakna diri anda menyatu dengan Allah tetapi bermaksud "ANDA KARAM DI DALAM LAUTAN HAUQOLAH". Hauqolah ialah singkatan kepada LA HAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH yakni TIADA DAYA DAN KEKUATAN KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH. Karam dan tenggelam dalam lautan hauqolah menjadikan anda kembali kepada Sang Sejati, menyerahkan diri anda dan segala urusan anda kepada ALLAH SWT sebulat-bulatnya kerana anda meyakini sepenuhnya bahawa HANYA ALLAH SWT MAMPU MENOLONG ANDA maka itulah yang membuatkan anda tenang dalam menempuhi pancaroba kehidupan. Abang sangat suka dengan kata pujangga guru abang "ALLAH YANG MENGUJI DAN ALLAH JUGA YANG MENYELESAIKAN DAN ITULAH HAKIKAT BAGI SEGALANYA" Ketenagan batin akan anda kecapi dan masuklah di dalam golongan "Ahli Sejati". Ahli Sejati itu sifatnya orang yang mempunyai ketenangan batin iaitu tidak ada keluh kesah dan kerisauan di hatinya, sentiasa berhubung dengan Allah dan keyakinannya kepada Allah sangat-sangat LUARBIASA.
Kalimah Manunggal ini bukan untuk orang yang mencari kesaktian dunia tetapi hanya untuk orang yang ingin mengenal Allah yang Sejati, hanya untuk orang yang ingin mengenal dirinya sendiri, hanya untuk orang yang mencari-cari hakikat kehidupan, hanya untuk orang yang mencari ketenangan batin dan ingin membangunkan jiwa ketuhanannya.
JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH SEPERTI:
1. SUDAH PENAT BERZIKIR RATUSAN, RIBUAN KALI TETAPI MASIH BELUM MERASAKAN KETENANGAN JIWA DAN KENIKMATAN ZIKIR
2. KEHILANGAN ARAH TUJU KEHIDUPAN SEHINGGA BERPUTUS ASA
3. SUDAH PUAS BERAMAL TAPI MASIH BELUM MERASAKAN "KESEMPURNAAN AMALAN"
4. MASIH BELUM MERASAKAN KEKHUSYUKAN IBADAH
Jika anda mengalami masalah-masalah sedemikian maka keilmuan KALIMAH MANUNGGAL pilihan yang sangat tepat untuk anda. Sebuah keilmuan jalan kerohanian yang sangat berguna dari dunia hingga ke akhirat. Adakah keilmuan ini hanya wajib diamalkan ketika pertapaan di bukit bukau? Tidak sama sekali. Definisi "bersuluk" dan "bertapa" ini adalah mengasingkan diri dari keramaian bermakna bukan hanya di bukit bahkan berseorangan di bilik pun dikira sebagai bersuluk.
ADA 2 TATACARA AMALAN KALIMAH MANUNGGAL YANG ANDA BOLEH PILIH:
1. DIAMALKAN DI TEPI SUNGAI ATAUPUN AIR TERJUN SECARA BERSEORANGAN. KENAPA DI SUNGAI ATAU AIR TERJUN? KERANA SUASANANYA MEMBANTU ANDA UNTUK LEBIH FOCUS PADA WIRIDAN ANDA
2. DIAMALKAN DI DALAM BILIK SECARA BERSEORANGAN DAN BERALASKAN DENGAN SEJADAH YANG DITUTUPI DENGAN KAIN PUTIH. KAIN PUTIH TERSEBUT ANDA BOLEH BELI DI MANA-MANA KEDAI KAIN DAN BENTANGKAN DI ATAS SEJADAH ANDA. KENAPA KAIN PUTIH? KERANA KAIN PUTIH MENGINGATKAN KITA KEPADA KEMATIAN DAN MENGINGATKAN KITA KEPADA KESUCIAN HATI. WARNA PUTIH MELAMBANGKAN KESUCIAN DAN KEMURNIAN.
Kaedah amalannya sangat ringkas dan tidak membebankan anda, siapa saja boleh amalkan asalkan anda mempunyai tekad yang bersungguh-sungguh. Jika keduniaan anda sanggup mengamalkan ribuan zikir dan berpuluh jenis ilmu, takkan kerohanian jadi malas? Taknak ke mengenal "siapa" yang mengurniakan kelebihan kesaktian tersebut kepada anda? Sedarlah diri dan kembalilah kepada yang Sejati, selamatkan diri anda dari istidraj dan ingatlah bahawa itu semua hanya pinjaman semata-mata.
Di dalam pdf keilmuan KALIMAH MANUNGGAL ini akan abang ajarkan sebuah DOA MANUNGGAL yang perlu dibaca sebelum anda mewiridkan kalimah manunggal tersebut. Doa Manunggal ini menceritakan tentang hakikat kehidupan yang sebenar, intipati tentang hak Allah sebagai Tuhan, rahsia insan diciptakan di dunia dan ada beberapa lagi "sirr" yang terdapat di dalam doa tersebut. Segala maksud dan kefahaman tentang Doa Manunggal akan abang kupaskan dan terangkan secara tuntas di dalam pdf. Isi pdf yang seterusnya ialah KALIMAH MANUNGGAL yang perlu anda wiridkan dan kalimahnya sangat pendek hanya sepanjang ayat bismillah sahaja. Kalimah Manunggal ini pula merupakan bait pendek yang menceritakan tentang dua martabat iaitu MARTABAT KETUHANAN dan MARTABAT KEHAMBAAN. Ianya sebuah ayat pendek yang mengandungi rahsia hakikat "AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHU: INSAN ITU RAHSIAKU DAN AKULAH RAHSIANYA" dan pengakhiran kalimah manunggal ini ditutupi dengan zikir nafas HU ALLAH. Hu Allah sudah tidak asing lagi di dalam jalan kerohanian dan ianya sudah menjadi amalan ribuan para auliya Allah. Walaupun ayatnya dan terjemahannya kalimah manunggal ini pendek tetapi kefahamannya sangat mendalam.
KEILMUAN KALIMAH MANUNGGAL INI BERTUJUAN KHUSUS:
1. PEMBUKAAN BAGI JALAN KEROHANIAN DAN KETUHANAN
2. MENJADIKAN ANDA SEBAGAI SEORANG YANG MEMPUNYAI JATI DIRI YANG UTUH DAN UNGGUL
3. MEMPUNYAI MATLAMAT KEHIDUPAN YANG JELAS DAN MEMBERI PETUNJUK TENTANG KEHIDUPAN
4. MEMPEROLEHI KETENANGAN JIWA WALAU APA SAJA DUGAAN YANG MELANDA ANDA DI DALAM KEHIDUPAN
5. MENAMBAH KEKHUSYUKAN DAN KEMANISAN DI DALAM IBADAH
6. MENUNDUKKAN HAWA NAFSU DARI MELAKUKAN PERKARA YANG BURUK
7. BERTEMU GURU SEJATI DI DALAM DIRI ANDA YANG AKAN MEMBIMBING DAN MENEGUR ANDA
8. MENCAPAI MAQOM NURUL YAKIN YAKNI MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG KUKUH KEPADA ALLAH SWT
9. MEMBERI PETUNJUK TENTANG HAL KETUHANAN DAN KEFAHAMAN TENTANG MAKRIFATULLAH
10. MEMBUANG SEGALA KEBERGANTUNG KEPADA MAKHLUK DI DALAM HATI SEHINGGA HANYA ALLAH SAJA YANG ADA DI DALAM HATI ANDA
11. MEMPERBAIKKAN AKHLAK ANDA SESUAI DENGAN AKHLAK KEHAMBAAN
12. MENAMBAH RASA CINTA KEPADA ALLAH
13. TENANG MENGHADAPI KEMATIAN
Kalimah Manunggal ini mempunyai pelbagai karomah yang berkait rapat dengan hal kerohanian, anda rasakanlah sendiri nikmatnya. Apakah keilmuan ini juga ada kelebihan dunia bang? Abang menjawab soalan anda dengan sebuah contoh iaitu apabila anda tahu bahawa ada seseorang ikhlas mencintai dan menyayangi anda lalu apa anda akan buat? Sudah pasti anda akan membalas cintanya dengan berusaha membahagiakannya juga. Begitu juga dengan Allah apabila anda ikhlas ingin mendekatiNya maka Dia akan membalas cinta anda dengan pelbagai "Hadiah"
Keilmuan Kalimah Manunggal ini akan abang ijazahkan kepada anda melalui segelas air kelapa yang dicampurkan dengan sedikit garam. Mengapa air kelapa dan garam? Kerana air kelapa simbolik kepada kemanisan ketika anda mengamalkan ilmu ini dan garam pula simbolik kepada dugaan kehidupan yang anda akan hadapi. Sesungguhnya setiap manusia tidak akan terlepas dari ujian maka semoga ilmu ini menjadi wasilah agar anda tetap tenang dan bijak mengatasi sesuatu masalah. Demikianlah keterangan tentang ilmu warisan waliyullah ini, moga memberi petunjuk kepada anda.
MAHAR PENGORBANAN DIRI ANDA MEMPELAJARI KALIMAH MANUNGGAL:
SEBANYAK RM 233 SAHAJA
SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI
No comments:
Post a Comment