Assalamualaikum dan salam bahagia,
Selamat Hari Guru kepada para guru yang telah mendidik dan mengajar abang. Semoga mereka sentiasa diberkati oleh Allah swt baik yang masih hidup dan telah meninggal dunia. Jika bukan kerana guru maka kita tidak akan dapat merasakan kemanisan ilmu Alhamdulillah. Tajuk di atas adalah fasal ahli hikmah yang membawa maksud
"KETERANGAN TENTANG AHLI HIKMAH"
Sementara menunggu waktu asar jadi abang nak kupaskan sikit soal ini. Ahli hikmah adalah gelaran kepada para pengamal ilmu dalaman, kebatinan dan kerohanian. Kewujudan ahli hikmah di dunia sudah sangat-sangat lama dan antara tokoh ahli hikmah yang terkenal sepanjang zaman dan menjadi idola abang ialah SAYYID ASHIF BIN BARKIYA iaitu waliyullah yang berkhidmat kepada Nabi Sulaiman AS. Beliau seorang yang sangat handal dan sakti tetapi apakah "intinya" dan "rahsianya" yang membuatkan beliau mempunyai karomah sehandal itu? Diberikan pertolongan oleh Allah sehingga mampu memindahkan Istana Balqis?
Ayuh kita kupas tentang bagaimana KAROMAH, MA'UNAH, DAN PERTOLONGAN ALLAH dikurniakan kepada para pengamal keilmuan hikmah. Inti atau rahsia kepada 3 hal di atas adalah bergantung kepada bagaimana keadaan HATI DAN NIAT ANDA ketika beramal. Hati merupakan induk kepada segalanya. Orang berbuat jahat kerana hatinya penuh dengan sifat-sifat buruk dan orang yang sentiasa membuat baik dengan SUKARELA kerana kesucian hatinya maka terbukti hati adalah induk bagi segala perbuatan di dunia. Begitu juga dengan "kemujaraban" ilmu hikmah, ianya bermula dari HATI DAN TUJUAN ANDA.
Perihal hati anda sangat-sangat berpengaruh kepada kemujaraban ilmu. Lantas bagaimanakah hati dan niat yang betul ketika beramal? Jawapannya adalah hati anda HENDAKLAH IKHLAS DAN TUJUANNYA SEMATA-MATA MENCARI KEREDHAAN ALLAH. Ini yang abang bagitau kepada anak murid abang BAD IPOH yakni paksi niat kita ketika beramal ialah "ILAHI ANTA MAQSUDI WA RIDHOKA MATLUBI" yang bermakna "ENGKAULAH TUJUAN AKU YA ALLAH DAN REDHOMU YANG AKU HARAPKAN". Kalau macam tu kenapa abang tulis jugak karomah dan kelebihan bagi setiap ilmu di blog? YA MEMANG ABANG TULIS SETIAP KELEBIHAN ILMU TETAPI ITU BUKAN MENJADI KEUTAMAAN HATI KETIKA BERAMAL. Kelebihan itu akan hadir dengan sendirinya apabila hati kita ikhlas kepada ALLAH. Kenapa? Kerana ilmu yang anda amalkan sekarang adalah milik ALLAH DAN HANYA DIA SAHAJA YANG BERKUASA MENGURNIAKAN SESUATU KEPADA ANDA. Contoh yang paling mudah abang berikan supaya anda faham, setiap dari anda pasti memiliki ibu kan? Semua orang sangat menyukai masakan ibu tetapi adakah masakannya yang lebih anda cintai berbanding ibu anda? Sudah pasti anda lebih mencintai ibu anda dari semuanya kerana jika anda mencintai ibu, bukan sahaja nasi goreng yang anda dapat tetapi segala milik ibu akan ibu anda berikan kepada anda termasuk kasih sayang yang khusus, harta, tanah pusaka dan sebagainya KERANA ANDA IKHLAS KEPADANYA. Adakah anda suka kepada orang yang rapat dengan anda hanya semata-mata untuk pinjam duit dan apabila anda telah pinjamkan lalu beliau hilang tanpa khabar berita? Anda pasti mengatakan "DIA NI TAK IKHLAS BERKAWAN DENGAN AKU SEBENARNYA". Begitulah juga urusan hati dan niat anda kepada Tuhan ketika beramal, anda perlukan keikhlasan hati. Jadi salah ke kami beramal bertujuan hanya untuk kerezekian atau nikmat dunia bang? Tak salah pun tetapi jangan jadikan ianya sebagai keutamaan dalam beramal, cukuplah anda niat "SAHAJA AKU BERAMAL SEMATA-MATA KERANA ALLAH DAN SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN APA YANG AKU INGINKAN".
Abang senaraikan kelebihan ilmu KERANA MANUSIA ITU SIFATNYA SANGAT SUKAKAN KEPADA KELEBIHAN DUNIA tetapi itu bukan menjadi tujuan utama kerana tujuan utama abang adalah agar anda dapat mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Guru abang berpesan "BERAMAL SEHINGGA TIMBUL KEIKHLASAN DAN WALAUPUN PADA AWALNYA KAMU MEMANG TERGILA-GILAKAN KELEBIHAN TETAPI TAK MENGAPA.. APABILA KAMU ISTIQOMAH MAKA DARI SITULAH DATANGNYA KEIKHLASAN". Jadi apa yang anda faham? Anda akan fahami bahawa HATI YANG IKHLAS DAN BERSIH memainkan peranan penting di dalam proses kemujaraban ilmu. Oleh sebab itulah abang mengajarkan juga ilmu kerohanian KALIMAH MANUNGGAL kerana ilmu tersebut merupakan wasilah penyucian hati anda, menambah rasa cinta anda kepada Allah, membina keikhlasan diri dan menambah keyakinan anda kepada ALLAH. Ingat sabda Baginda Rasulullah SAW bahawa Allah mengatakan "AKU BERSAMA DENGAN SANGKAAN HAMBAKU TERHADAPKU".
Ok akhir kata, janganlah berputus asa dan teruskanlah beramal. Ketahuilah wahai saudaraku bahawa SETIAP USAHA ANDA TIDAK AKAN DIPERSIA-SIAKAN OLEH ALLAH. Next posting kita akan bahas bab ISTIQOMAH pula dan kita akan terus membahas sehingga kita menjadi pengamal yang betul-betul berkualiti dan memperolehi kefahaman.
ILMU SI JARI GETIH AKAN MASUK ESOK ATAU JUMAAT, STAY TUNE WAHAI SEKALIAN PEMBURU ILMU.
No comments:
Post a Comment