MANTRA AMUK HARIMAU PUTEH



Assalamualaikum dan salam bahagia, 
Alhamdulillah hari ni baru abang berpeluang menghadirkan sebuah keilmuan nusantara yang sebenarnya hendak dikeluarkan pada bulan puasa namun akibat kesibukan masa terpaksa abang hold dulu. Ilmu ini telah abang "ulik" daya kekuatannya pada bulan puasa yang lepas. Siapa tak kenal Harimau Puteh? Antara khodam yang paling digila-gilakan oleh para penuntut kebatinan. Sosok HARIMAU PUTEH memang sudah terkenal di blog MGT. Apa saja item yang berkaitan dengan rimau puteh pasti akan laris dan habis terjual di blog ini. Bermula dengan geliga yang mempunyai aura harimau, geliga yang berkhodamkan harimau puteh sehingga pengisian khodam harimau puteh pasti akan LAKU KERAS dan KEAMPUHANNYA SUDAH TERBUKTI

Nah kali ini abang hadirkan ilmunya untuk anda semua tetapi ilmu harimau ini berbeza dengan ilmu harimau dan geliga-geliga harimau yang pernah abang keluarkan kerana fungsinya yang berlainan dengan harimau yang lain. Ilmunya bernama MANTRA AMUK HARIMAU PUTEH yang bertujuan khusus untuk "MENGAMUK" dan khasiatnya juga khusus untuk peperangan sahaja. Abang mengeluarkan ilmu ini sebagai persediaan kita menghadapi perang akhir zaman yang bila-bila masa saja boleh meletus. Dengan pelbagai petanda dan firasat yang abang perolehi tentang peristiwa yang bakal berlaku maka secara tidak langsung abang rasa bertanggunjawab untuk membekalkan anda dengan beberapa keilmuan "SURVIVAL".  Mantra Amuk Harimau Puteh sudah menjadi lagenda di perguruan abang semenjak abang mengajar secara offline lagi. Ilmu ini sudah banyak abang ijazahkan kepada para murid abang yang bekerja sebagai penguatkuasa, askar, bodyguard dan orang yang mempunyai masalah sering dibuli. Ya keilmuan ini juga sangat bagus untuk anda yang sering dibuli dan mempunyai sifat penakut yang teruk ketika berhadapan dengan sesiapa.

Adapun keilmuan ini tak boleh dibuat mainan atau sekadar mencuba-cuba kerana kekuatan amuk ini akan langsung menyerap dalam diri anda apabila anda merapalkan mantranya. 
Jangan terkejut ketika anda mengamalkan keilmuan ini anda akan merasakan:

1. TIBA-TIBA SUKA MELIHAT GAMBAR HARIMAU PUTEH
2. TIBA-TIBA SUKA SERTA ASYIK MELIHAT VIDEO HARIMAU PUTEH 3. TIBA-TIBA ANDA MEMPEROLEHI GERAK GAYA PENYERANGAN HARIMAU MELALUI ILHAM GHAIB SEPERTI GAYA MENCAKAR, GAYA MENGOYAK MUSUH, DAN GAYA MEMBUNUH SEPERTI HARIMAU. IANYA BUKAN PERSILATAN GHAIB TETAPI HANYA AKAN DIAJARKAN "BUAH SERANG" SAHAJA SESUAI DENGAN "GERAK AMUK"

Apabila berlaku tanda-tanda di atas kepada diri anda maka itulah tanda ikatan diri batin anda dengan SOSOK HARIMAU PUTEH sudah tersambung. Keilmuan ini sangat unik kerana kesan pengamalan dan bait mantranya tidak seperti keilmuan harimau yang lain. Jika sebelum ini anda seorang yang tidak menggemari haiwan maka dengan wasilah keilmuan ini anda akan menjadi seorang yang sangat penyayang kepada haiwan kerana HARIMAU PUTEH MERUPAKAN RAJA RIMBA YANG MENYAYANGI DAN MENJAGA RAKYATNYA.

Mantra Amuk Harimau Putih ini pendek dan bait mantranya senang dihafal, panjangnya hanya sepanjang surah Al-Falaq sahaja dan hanya perlu diamalkan selama 3 malam berturut-turut. Selepas itu anda tidak lagi perlu mengamalkannya dan hanya perlu digunakan ketika waktu yang sangat-sangat mendesak.

Sekali lagi abang tegaskan bahawa keilmuan ini hanya khusus digunakan ketika peperangan sahaja atau ketika di dalam kepungan musuh kerana apabila anda merapal mantra keilmuan amuk harimau puteh ini tubuh dan jiwa anda akan mempunyai KEKUATAN AMUKAN YANG LUAR BIASA. Mantra Amuk Harimau Puteh ini khusus digunakan apabila anda menghadapi kumpulan musuh yang ramai. Pada fikiran logik memang tak mungkin berseorangan dapat mengalahkan kumpulan yang ramai tetapi inilah kelebihan sejati ilmu ini, anda mampu menghadapi 40 orang musuh atau sekampung sekalipun dan in sha Allah semuanya akan menjadi KORBAN PUKULAN ANDA. Kekuatan Amuk ini akan membaham siapa saja yang menyerang anda dan keluarga pada ketika itu. 

APABILA DAYA AMUK HARIMAU TELAHPUTEH INI AKTIF:

1. JIWA ANDA AKAN DIKUASAI SEMANGAT AMUK SANG HARIMAU PUTEH DAN KUMPULAN MUSUH AKAN KELIHATAN SEPERTI ANAK AYAM KECIL SAHAJA DI MATA ANDA (KHODAM AMUK INI AKAN AUTOMATIK MEMAINKAN PERANANNYA KETIKA ANDA DI DALAM SITUASI MEMERLUKAN)

2. KEKUATAN TUBUH ANDA MENJADI GAGAH PERKASA DAN STAMINA TUBUH ANDA TIDAK AKAN LELAH SEHINGGA PEPERANGAN SELESAI. IANYA JUGA AKAN MEMBUATKAN BADAN ANDA MAMPU BERJALAN LAJU, LAMA DAN TIDAK MUDAH PENAT

3. PUKULAN DAN TENDANGAN ANDA SEPERTI BESI KURSANI KERANA MANTRA KEILMUAN INI JUGA TERDAPAT BAIT PENGAKTIFAN BESI KURSANI YANG BERADA DI DALAM TUBUH ANDA YAKNI DI TULANG SULBI (KEISTIMEWAAN KEILMUAN INI BUKAN SAJA BERKAITAN DENGAN HARIMAU PUTEH BAHKAN JUGA MELIBATKAN UNSUR BESI DALAM TUBUH. ANDA MENDAPAT 2 KEKUATAN DALAM 1)

4. PUKULAN DAN TENDANGAN ANDA SANGAT BERACUN DAN HANYA ANDA MAMPU MENYEMBUHKAN MANGSA TERSEBUT (ABANG AKAN AJARKAN CARA PENYEMBUHANNYA)

5. DENGAN WASILAH BESI KURSANI YANG SUDAH DIAKTIFKAN IANYA AKAN MEMBUATKAN TUBUH ANDA KEBAL DARI SEGALA MACAM JENIS SENJATA BAIK SENJATA TAJAM MAUPUN YANG BERPELURU SERTA TUBUH ANDA JUGA SEKETIKA AKAN MENJADI PENIMBUL YAKNI DIPUKUL TAK SAKIT

Demikianlah kelebihan khusus keilmuan ini yang diterangkan oleh guru dan sudah terbukti kepada para murid dahulu dan abang jamin kelebihan "amukan" ini anda tidak akan ketemui melainkan di PERGURUAN MEGAT GUNUNG TEBU SAHAJA. Keilmuan ini hanya boleh dipelajari oleh kaum lelaki sahaja kerana memang begitu syarat keilmuan yang abang terima dari guru. Kaedah pengijazahan keilmuan ini juga tidak memerlukan sebarang alat seperti madu atau garam tetapi anda hanya perlu memberikan nama penuh anda kepada abang dan berwudhuklah pada waktu yang abang akan tetapkan lalu abang akan wushulkan nama anda dan menyambungkan sanad keilmuan ini melalui doa batin. Keilmuan ini bersalasilahkan dari para pejuang yang dipimpin oleh seorang waliyullah.

Ilmu itu harus disebarkan seluas-luasnya supaya ilmu tersebut terus bermanfaat kepada manusia kerana asal usul penciptaan ilmu hanyalah semata-mata untuk digunakan oleh manusia dengan sebaik mungkin. 

MAHAR AMUK HARIMAU PUTEH:

SEBANYAK RM 212 SAHAJA 


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMAHARAN ILMU SILA KLIK SINI



No comments:

Post a Comment